You know them famous people...the one yang adalah chance nak kena interview dengan reporter-reporter berbayar. Of course la, you kena jadik femes dalam bentuk menjadik retis tak pun ahli politik, or pembaca berita ka...kalau setakat sosiyal worker, siapa lah nak tahu apa you buat, apa you suka makan, dengan siapa you bercenta etc etc.
Lain lah kalau you set2 yang nak kata glamer idok lah, but suka benar nak mencari perhatian orang dengan membuat announcement yang pelik lagi mengundang gelak ketawa orang macam I dengan Kiah. Macam...katalah kan..I pi taruk status kat pesbuk I bagitau 276 kengkawan I tu yang ada orang kata muka I macam Angelina Jolie. Tak ke Kiah yang membaca terasa nak mencarut?!
Masa I kat Kehell, asal hari minggu aje, tak cukup dengan propaganza and Melodi, I rajin pulak tu gi beli segala sokabar mingguan yang akan mendedikasikan few pages hanya untuk cerita retis-retis kat Malaya tu. Tak kenal2 pun baca la jugak...
Then I rasalah yang keroje nya wartawan2 ni..suka menanya kat retis2..especially yang baru kahwin dgn soklan2 berbau family planning gituh.
And the retis..tak tau lah apa perasaan nya masa menjawab tu..buatlah statement...ohh memang kalau boleh kami memang lah nak menimang cahaya mata secepat mungkin, kalau lah tak kerna proses mengandung tu semilan bulan, rasa nak beranak time tu gak kann.
Of course orang macam I akan memahami cerita tu dengan mengaitkan nya dengan activity yang perlu dilakukan untuk mengandung. Ye lah, si retis tu kena interview pada hari kenduri kawin nya, tak ke kita tak semena-mena memikirkan yang malam tu jugak mereka tu akan start production?
Then the reporter pi interview retis yang dah kawin for over a year or so..and the retis dengan inneseng nya cakap..ohh kami mmg telah mencuba sedaya upaya, tapi nak buat cemana takdak rezeki. And kita dok terbayangkan..itu aje ke keja kau, cuba membuat anak siang malam?
It is either kepala hotak I memang berwarna biru ke reporter Malaya tu mmg itu aja standard question nak tanya para-para pengantin retis?
Of course kalau dah kahwin tu, mmg la dalam plan jangkapanjang nya nak beranak kannn? But perlukah nak tanya masa org tu baru turun pelamin? Dah le nak buat preparation tu badan penat kann?
Tu cerita orang kahwin. Kalau kes kematian...tak kisah lah retis ke, tak retis ke, rasa2 patut tak kita tanya anak, mak ke bapak orang yang meninggal tu apa perasaan mereka? Pastu boleh lak tulis dalam news..oh, so and so terlalu sedih untuk ditemu bual. Bodo sungguh line tu.
I remember many years ago...masa tu I tunggu SPM lah macam tu, keluarlah news anak Datuk Marina Yusoff tu meninggal accident. Selang 2 hari, ada pulak reporter pi buat cerita budak tu kaki clubbing and sneak out dari rumah, mabs-mabs..and tups, accident pukul 4 pagi.
Takdelah nak memikir macam mana perasaan mak orang tu, adik beradik orang tu kan?
Cuba tengok kalau Raja ke VIP besar meninggal or kawin, berani kau nak tanya bila Tuanku nak menimang cahaya mata or ada tak reporter berani tanya DS Noraini Jane tu apa perasaan dia bila Raja Ashman tu mangkat tu hari?
SElling news is one thing...but appropriateness is another kan?
2 comments:
Couldn't agree more.
Yg retis tu pun kdg2 jawapan hazabullah.. Cam Azza yg kena taram psl x tutup orat kat sejid masa kawin tu hari... Geleng kapla ai mendengarnya.. And oso pakwe bdk yg nyanyi lagu seribu sesalan tuh punya stetmen bila org question pasal bila nk kawen.. Pitam mak!
Lg satu reporter ni pun, cara tulis berita cam tulis fatwa.. Semua org kena percaya dan terima dan kalau retis tu nafi2kan tulisan dia, meroyan mcm hape. Eg repoter yg kete dia kena simbah darah ayam tu..
Guess that the price they hv to pay. Mujur ai bukan retis... Boleh gigiiihhh ngumpat2 gini..
Peace!
-- pishposh
Wahh pishposh...cerita tu ai tatau..hiks. But I saw Azza cakap..ohh saya lewwperrr, ye lah, saya seboksss kann...isk. Tapi remoss dah set kaw kaw tinggi nya.
Post a Comment