Hello uolss,
I baru kembalians dari Wales. Apa kah yang femes dengan Wales itu? Okay, Vincent Tan telah membeli Cardiff City FC tu. Ye lah kot...kalau I tak silap. Tapi kalau silap, silalah betulkan ye, sebab ni orang sangat sensitip bila kita buat silap, walaupun terang2 silap tu bukanlah disengajakan. Tak pasal2 kena saman. Nak menyaman orang sesaja sekarang ni.
Bak kata Datuk Nala Kurappan tu (sajalah silap ni) kepada kawan baiknya Bang Nuar...samanlah saya dengan segera.
Drama lah sangat kan? Macam tadika. Orang tu kata orang ni. Orang ni katanya ada membuat aksi-aksi selak baju seluar kat toilet. Pastu adik nya yang kononnya nak menunjukkan kebenaran tu pi kata..ohh tu memang abang saya...99.9 persen centa ku. Ish..dikk oi. Yang abang nya pulak...eh, dia tu ramai abang..abang yang kuat meroyan satu..abang yang kononnya nak menegakkan keadilan satu. Last2 Mak jugakkkkk yang jadik mangsa. Ish..tak kesian ke kat Mak tu? Orang tu dah dekat nak 80 dah umur nya..lama mana sangat boleh tahan pun...bagilah dia senang hati, ye tak?
But apalah yang I tahu pasal masalah rumahtangga orang melainkan apa yang disajikan oleh bahan berita reporter pro and anti depa orang tu.
Okay. Apa ada kat Wales? Ada orang bunuh diri. Saya adalah pekerja sosial nya walaupun kes dia dah saya tutup 6 bulan yang lalu. Sistem khidmat soSIAL kat England ni cenggitu lah...sebab ramainya yang bermasalah, dan orang2 macam saya sikit jumlah nya maka bila orang yang bermasalah tu tidak lagi menimbulkan banyak masalah, kes nya akan ditutup. 6 bulan yang lalu masa ber meeting untuk menutup kes nya, saya adalah salah satu officer yang tidak setuju. Si pembunuh diri ni banyak masalah. Dia adalah penghisap cannabis yang tegar serta bila dah ngisap tu, mengalami psychosis. Kenapa saya tak setuju untuk menutup kes nya ialah, walaupun salah laku nya adalah kurang, dia masih mempunyai masalah ketagihan yang teruk. Kalau dia masih ada ketagihan maknanya dia belum sihat seratus peratus. Tapi sipembunuh diri tu kata dia ada hak membuat apa saja dia suka. Tapi saya bukannya pegawai yang bekerja dalam department substance misuse. Walaupun saya ada pengalaman bekerja dengan puak2 yang dependent dgn air kencing setan serta taik setan (all them illicit drugs family) saya sekarang sudah kerja department lain. Tapi masalah di England ni, kadang2 Humans Rights supersedes mental capacity and best interest. Macam babi. Kesudahnya, dia dijumpai mati jatuh bukit. Siapakah yang dipanggil untuk buat pengecaman? Ye...saya!
Speaking about Human Rights, saya sebenarnya mempunyai dua fikiran dalam hal ini. Yes, we should be free to choose what we want and like. Tapi...ada tapi nya. Benda yang kita suka dan mahu tu tak semestinya benda yang betul, dan kadang2 kita membuat keputusan berlandaskan hati, bukannya fikiran.
Macam set2 LGBT lah. Ohh hal ini sangat sensitive. Sebabnya, tidak mudah menjadi pihak minority. Tapi saya rasa, kita patut menghormati perasaan manusia. Nak kata saya sokong, tidaklah. Dan saya rasa, puak2 yang mintak LGBT tu pun dah tahu apa yang dimintak mereka tu dilarang dalam mana2 agama pun. Saya rasa mereka patut duduk diam2 dan teruskan kehidupan mereka tanpa mengganggu orang dan orang2 yang suka mengganggu mereka tu, sudah2 lah nak menghina 'kelainan' mereka. Mereka pun makhluk Allah juga, kalau kita percaya bab itu.
Saya rasalah...ramai antara kita yang bersungguh-sungguh mahu menempah tempat disyurga. Macam2 fatwa dah keluar. Kita war war kan betapa perlunya kita mengingatkan manusia tentang dosa dan tanggungjawab. Dalam pesbuk saya, adalah kawan saya ni pi cakap kat anak dia tu...well, dia pi hantar link pasal menutup aurat kat anak nya dgn mesej, kalau sayangkan Daddy ikut ini..jangan bagi Daddy masuk neraka etc, etc. Tu untuk anak dia..and for her kawan2 pulak, she wrote..takutlah kita kepada azab this and that.
Mengingatkan...satu hal. Tapi dalam mengingatkan tu, perlukah nak kecikkan hati orang? Cakaplah baik2 macam...aku doakan lah tuhan bukan hati mu untuk menutup aurat sebab menutup aurat ni wajib. Susahkah nak cakap baik2?
When I read all those gossip pages, and tengok cara2 orang bagi komen yang kadang2 ayat macam tak sekolah tu makes me wonder, alahai...kalau tak setuju pun, perlukah cakap macam tu? People like to get personal sebab dgn cara personal lah dia tahu dia dapat menyakitkan hati orang. Macam hobby pulak. Lagi kesat bahasa, lagi puas hati agak nya.
But really, puas kah hati..gembirakah kita sampai nyenyak tido sebab dah sumpah seranah orang?
And you still reckon, you tak sakit mental?
Bebaru ni...I think team Trengganu kalah bola kot. Hambikkk lah kau Capt Lukman...warihh mung. Bila dah kalah, ada kah patut si penyokong nak pi buat kacau kat rumah pengurus bola tu? Kita kalah, kita marah...dan kita nak agressive pulak? Sakit ke tak sakit tu?
Then semalam, ada pulak puak2 buat ugutan bunuh lah..nak pi bakar lah rumah Ambiga tu. Tak pulak orang yang buat ugutan bunuh tu kena tangkap, kan? Well, you have disagree with her. So? And she doesn't think what she is after is wrong...so, perlukah nak panggil orang tu macam2?
So tak adil kan? Ambiga nak buat Bersih, gomen tak kasi. But orang gomen buat bantah/ugut bunuh beramai2 tu boleh pulak?
Ohh...kata saja semuanya boleh berfikir dan berpelajaran. Okay, feel free to disagree.