About Me

Thursday, May 27, 2010

Aku, Pompuan Itu Dan Facebook

Hari ni, I dapat 3 friend request. 3, 3 pun tidak syiok..sebab satu ialah friend suggestion, satu adalah sepupu dan satu ialah entahsiapapuntatau.

Friend Suggestion
Nak kata tak kenal....memang kenal. Tapi dalam 365 hari or less...beberapa kali kita akan terserempak dalam compound sekolah tu pun boleh dikira dengan jari dalam satu tangan. bagi menghormati yang tukang suggest tu, I pun accept laa....pikir-pikir balik, I ni idok le pemes macam Desert Rose, so kalau ada orang nak kawan dengan kita tu, kawan aje lah kan...nak nak, dulu satu sekolah lak tu. And of course, being a freak that I am, kepala hotak I akan menjalar memikir benda tak perlu macam...nanti sibudak yang kena suggest ni akan mengadu dengan situkang suggest (yang agak rapat jugak la dengan I) yang ammmmboiiiii...Makji Esah, mentang mentang dah dok UK na..tak mao kawan dengan I pun. Okay lah...if you think having long list in the social networking is far more important than whether or not kita ni akan akhirnya berjumpa kembali ke tidak. I ni nak mengurangkan tanggapan negative orang kat I..yang kata I sombong la..ganas la...so, okaylah..get to know me laa...then you tahu la...memang I ni sombong orang nya...tak caya, tanya Kiah, kan? Bukan nak kata apa la...lagi ramai kengkawan I dapat tahu I ni dah dok negara 4 musim ni (ye lah 4 musim kan, Izuan???) ramai benar yang nak kawan. Then tanyalah...sedap ke dok UK, bila nak balik...kalau I mai UK, boleh I dok dgn you tak...tapi selama ni, nak tanya khabar pun payah. Nama I pun tatau hingat ke tidak. What if I dok kat Zimbabwe...mau ke kau nak kawan dengan I?

Sepupu Yang CNN
Ini tidak dapat dielakkan...kerna perbuatanku mendelay kan request nya telah disusuli dengan message-message yang macam sial...oiii...copek la approve..den nak nengok ekau ni semonjak dok UK dah makin putih ko? Ada ke macam tu? Okaylah...she is my 1st cous...kang dia ngadu kat mak I...(mak I pun dah tahu apa pesbuk la ni..ye lah, nak keep up dengan cucu-cucu...nak tengok cucu buat apa..pergi mana...) Dengan niat yang ikhlas..I pun tegur lah si sepupu I ni...cakap lah..eh, kau makin cantik sekarang (takde nya pun Kiah..aku lagi lawa...dia dah ghope tempayan beroda)...nak tahu dia jawab apa? Kenapa? Selebet sangat ke aku dulu? Seburuk-buruk den pun dulu..den berlaki yo...kau tu bilo laie? Wah......haruskan ku upah penembak bersiri untuk membunuh dia anak beranak? I sabarrrrrrrr.....sabarrrrrr.....sabarrrrr (habis satu tub Hagan Daaz)

Friend Request Entahsiapapuntatau
Ada budak pompuan ni. Sumpah I tak kenal dia. Dia muda banyak tahun dari I...tidak mungkin I kenal. Tapi ada 2 kawan I kawan dengan dia. Mana diorang berkenalan, I pun taktahu...and I takde sebab nak ambik tahu. Adakah dia Fauziah Latiff? Tidak la..kalau Fauziah Latiff yang request, ko hingat I nak tolak? Dia ni pulak...takde nak msg I introduce diri dia ke hapa. So I pun mengambil inisiatif la pi menanya. Kita kenal kat mana ye? Dia jawab...dalam pesbuk la. I betul tak paham maksud nya and I tanya balik...dalam FB macam mana tu? I cakap..I tak perasan dia..and tak perasan laki nya (Kiah, her profile pic gambau dia satu family berderet anaknya..tapi umur belum 30 lagi) Then macam biasa I cakap la..FB ni untuk I keep in touch dengan kawan-kawan...so, kalau yg I betul betul tak ingat, silalah ingatkan I. Nak tau makcik anak berderet tu cakap apa? Memang lah tak kenal. Tak apa..kalau tak sudi reject aje la. Whaaaa? Kalau lah dia kata dia nak berkenalan dengan I takpelah jugak...ni dah le dia tak cakap apa-apa..tahu-tahu main add aje, bila kita tanya lelebih...tak sudi dikoba eh?


Rumusan : FB adalah jahat.

15 comments:

Lady of Leisure said...

salam... hehe.. macam-macam ragam jugak yer... such is life.. anyway, salam perkenalan... nice blog..
:)

cik said...

Kak Esah..
Den nak pi paris ni haa..agak2nya kalau den tersosat ke london..bule ke menumpang mandi? hehehehe

Hjh Esah Jolie said...

LoL..salam perkenalan too...

Cik, jgn kato menumpang mandi..numpang berak, koncing and minum air pun boleyyy.....

Izuan Kunang-Kunang said...

4 musim ke?? More likely macam 2 musim jer. Satu sejuk kejung, satu lagi sejuk lite-lite..hohohoho :P

arep said...

i hate FB when there is no status update.. gituh

NenekPenne said...

kalau i addd u kat fesbuk, kalau u tanya kenal u kat kat mana
i jawab, kenal u kat blogspot...
ok ka?

nanti i ke London, tumpang tidur, makan, semua2 lah eh... kat umah u... :)

Manal said...

Rajin plak u menanya the 3rd one? i slalu nya ignore jer, esp nowadays orang main add jer sebab nak jual barang like kain baju la, ape2 la nak dijual, bukan sbb kenal pon

Anonymous said...

Cik Esah comel,

sabarrrr yea...kalau taknak add buat dunno sajalah..orang nak kata sombong pon katalah..kalau add pon buat sakit hati yo..kann..

-blue-

aking said...

yg part bila kita keje kat obersee+crew kemain lagi nak add, selmani tahu aku pernah keje hantar pizza non ado pun nk tegur how?

AyunasiA said...

baru ingat nak test market, kot la di accept :)

nbns said...

Makji,

Jgn dilit wa tau....

Tengkiu..

-nbns-

Desert Rose said...

* pengsan* aku tidak terlibat dlm cerita ni samada yg hidup atau telah sodaqollah.

Akak anak bederet tu nak juai tepeware je kat ko pun taknak except , sian dia hu hu.

Desert Rose said...

Tambah tambah, cop cop, aku taknak ar kata FB jahat lagi sebab jumpa heart throb lama kat situ hi hi, naik bulu aku weiii, seb baik rhopenyer dah cam temapayan beroda gak -histeria-

Olive said...

suraya likes "tak sudi dikoba eh"!!!

OOD said...

yang nombor 3 tu, den agak eh? jambu tak?