About Me

Monday, April 29, 2013

Masalah Saya atau Sayakah Yg Bermasalah?

Hello uols....

I ada dilema sikit ni. But I nak bagitau sikit sebelum I start menceceh lantas menyakitkan hati uols yang entry ini macam ada potensi untuk mengecikkan hati para-para Ibu kat luar sana tu.

Tapi, belajarlah menerima yang manusia lain pun ada pendapat cam lahanat ya uols. Hiks..

Gini cerita nya....

I ni kan secara paksarela kena masuk Persatuan Orang Malaya di Hinglen ni. Kalau ikutkan hati dan mengenangkan sifat sosial I ni kurang, nak nak pulak dgn orang yang I tak berapa berkenan----tak hengennnnn I nak join uols. Bukannya apa, dari pandangan logik, kalaulah uols dok bermastautin kat USA sana, adakah uols nak berkawan dgn orang Italy? Mestilah nak kawan dgn orang USA kann?

Tapi setelah dibebel oleh orang yang lebih banyak makan garam dari I, ye lah ..mengenangkan kita ni, kalau Allah nak tarik nyawa, tengah tengok Eastenders petang karang pun boleh tercekik masa tengah makan kuih simpulan kasih tu lalu membawa maut. Siapakah orang-orang yang nak kita harapkan menyempurnakan jenazah kita, buat tahlil segala? Mrs Beckenham sebelah rumah ke? Takkkk uols. Insaf tau bila pikir bab camni.

So yes, off I went and joined this group of my fellow countrymen/women. Mana yang rajin (or macam dia ajelah yang sangat patriotik lantas tiap-tiap bulan nak buat majlis bertemakan Malaysia ku, tanahair aku..meh kita pi makan maruku) akan jadi sukarelawan lah organise majlis-majlis jumpa-jumpa an ni. I ni pulak, kalau macam dah takde excuse nak elak, I terpaksalah bawak MB1 kan? Dah dia kan penyeri majlis? Kalau I pi sorang, majlis tak selalunya kurang seri tu, dgn kehadiran I, lagilah malap jadik nya. Terpaksa pulak keluaq duit panggil PSY kann? (ohh tetap!)

Diorang ni kan uols...especially ahli-ahli yang terlebih active ni, kebanyakkan nya adalah negarawan kita yang telah berkahwin dgn orang negara ni. Bila dah beranak pinak tu, I rasa, masing2 tu rasa apprehensive lah kot..takut anak masing2 nanti membesar menjadi manusia yang menyerupai sifat ibu atau bapa mereka yang tidak Malaysia tu. Lantas, dari kecik ni lah mesti diajar cakap melayu, makan nasik lemak, mengumpat cara Malaysia (oops) dan sebagainya.

Diorang ni juga....the one with reproducing organ, nampak gaya nya macam freeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat tau. Kalau hari ni diorang buat kuih koci sebab tertiba pulak terindu kat kuih makcik kat simpang rumah diorang kat Taman Paroi Jaya nun, maka FB wall mereka akan dipenuhi cerita kuih koci, komen dari anak laki if the kuih koci menjadi (Kiah, ko hengat diorang nak publish if their kuih Koci jadi bantat lantas dgn laki omputis yang kalau comment tu tak reti nak selindung perasaan sebenar ---your Koh Chee taste like crap---)

I try to be as friendly as I could be. I ni, susah nak commit uols. Orang telephone lagikan I ni tak jawab (dah tu, kau call masa I kat opis) ni kan pulak nak buat janji-janji..date-date makan ni. But like I said...I tried.

Some of them are young mothers. With budak kecik in tow, career tak berapa nak ada...topic yang I selalu nampak dalam wall depa, selain dari kejayaan membuat kari ayam menggunakan yogurt and it still taste like kari ayam mak diorang (ko hengat ko je ke sorang pandai buat kari ayam?!) another topic yang tak lekang dimulut mereka ialah laki dan anak mereka.

Should I say more?

Kisah isteri A - My hubby misti request sambal belacan. Takde sambal belacan tak sah. He is sooooooo into malay food.

Kisah isteri B - (nampak nau taknak kalah dgn isteri A) Husband I pun camtu. Sekarang ni dia dah tak nak dah makan western food. Hari -hariiiiiiiiiiiiiii mintak nasik. Habis diet plan I. (Err, cik Amelia, nasik tu masuk mulut laki ke, mulut you? Kalau dah sendiri pun sama berganding bahu makan nasik, apsal nak salahkan laki lah?)

Kisah isteri C - (ni memang konsep 1st Lady la sangat) Ohh my husband and my kids, so into malay food. I am always outnumbered in the house when come to menu. Mesti nak sambal. Kalau tak pedas, laki I bakar rambut I.

Then the argument (tetaplah manja) is adjourned to laki siapa paling tahan pedas.

The other time is a competition of anak siapa paling makan tak memilih.

Bulan lepas, ada competition anak siapa paling terrer buat magic sampai hilang henbeg/mekap kit mak dia.

Tu belum lagi, masalah2 takperlu yang juga menjadi topic perbincangan semasa ----my daughter/son is turning more into his caucasion family, I am worried. Sampaikan anak dia tak suka makan nasik pun jadi punca stress uols. Tak ke itu juga menunjuk cara halus?

Adalah sekali I pergi ikut diorang lunch. Dalam ramai2 tu, I aje yang datang takde bawak pram okay. Okaylah..tujuan nak datang makan kuehtiau dan say say hello aje and bersosialan lebih kurang. After 2 hours, conversations are mainly around eczema, susu badan and anything that a single woman like me tak tau nak masuk tang mana.

Antara ilmu-ilmu yang I dapat hari tu ialah....kat mana nak beli daun pandan, what type of tepung you must use to make your kuih kosui rasa macam kuih kosui and type of cream a 3 year old boy can use to brush the eczema off.

Okay, I ada gak kawan yang ada laki, ada anak and ada family mertua, biras caras everything. Unless Kiah, Loyar Sabung Ayam, Ani BNS memang specis pelik, is it normal to talk about your laki, your baby at any given conversation?!

Do you just worship your babies macam itu ajelah benda yang boleh dipuji bentuk kejadiannya? Is Prince/Princess the new term of endearment for little kids? (ke aku yang rasa korang tu sebenarnya nak menunjuk anak siapa yang paling pan asian sekali)

Soklan terakhir ----adakah you all rasa I ni yang pelik atau terserlah sifat-sifat irihati I sebab I ni takde laki yang nak di publicised dan anak untuk dipuja-puja?

Kiah...is that why your kids called me 'Aunty Police'?

The next outing is next weekend. Do you all think I should go, padahal I dah cakap kat yang sorang tu I nak pergi (this is before she cascade the invitation to the other mummies) ?

I am in the right mind to tell them...err, I rasa awkward lah.  How inconsiderate to just sidelined me and go on and on about your laki and baby.

Sekian.

Saturday, April 27, 2013

Nasihat Untuk 'Kawan' You

I suka dapat email. Bukan lah email spam cam haram yang kata ada orang tinggalkan 18 juta untuk I sebab tah sapa2 mati dalam eksiden lupa nak bawak duit diorang tu mati eksiden sekali. ---sial kan email cenggitu?

I suka baca email berupa email mintak nasihat gitu. Kadang2 tu tak tahu pun nak bagi nasihat apa. Nak nak yang ada relationship problem tak sudah-sudah tu. Kepada yang tanya soklan

1. Apa patut saya buat pada laki yang cam binawe with all the list of his bad points
2. Kawan saya yang saya suspek bakal nak merampas laki saya

Sorry lah ye, bukan makji nak menyombong bongkak tak nak jawab email you...but, if you can think of all the bad points over weighing the good, perlu ke nak tanya lagi? Kalau takat nak mintak validation I, okay la...I'm honoured you have me in mind but problem you all sungguh lah no brainer, okay?

Sudah-sudah...you all ni set-set mencari perhatian saja. Dah la menyorok bawah nama anon, create email pun anon. Banyak lagi kerja sosial penting yang I boleh buat dari melayan masalah kacang putih (cehh..sombong nya I) uols.

Next.

I particularly quite like those of a concern friend of their troubled 'friend'. Makji, nak mintak pendapat you tentang my fren yang cenggini...cenggini. They seems to know every little details of their friend's problem, wa tell you. Their representation of their friends sungguhlah patut dibagi full marks gitu.

When it is quite obvious yang sebenarnya bermasalah tu adalah dia. Hik hik hik.

Tell me, siapalah yang suka menunjuk kurap ayam diorang sendi kannn? Hina kah ber kurap ayam tu? Takk..tapi kalau orang tahu kita ada kurap ayam , orang juga akan tahu kita ni pemalas mandi serta pengotor nak mampus. Bad enough ada kurap ayam, perlukah nak advertise bad personal hygiene lagi?

Can I ask you the 'kawan' kepada 'kawan' yang bermasalah, malu sangatkah kepada kekurangan diri? Ke you takut orang chop you bodoh? Which is worse?

Kalau lah kita ditipu, adalah kita marah kerana kita ditipu atau kita malu sebab kita ditipu?

Making a new friend can be as exciting as taking up with a new lover. You may find that you want to spend all your free time with them. Some friend, that you chose can be privy to all your secrets and plan, will allow you to admit your failings without being judgmental and will support you in your hopes for the future.

If something bad happened to us by this friend, maka to us, dia lah psychopath. Yes, you actually must think that.For them to actually berjaya membuat kita pulak rasa kita yang psycho, maka well done lah kepada 100 carat psychopath tu.

If there is going to be a good advice then it should be asking you to move on. When bad things happened, if we came out alive, the best to do is to think what to do next. A good friend is a friend who cares about you but NOT the type who make you believe that they are a better friend to you than anyone else. This discipline if you like, can be applied to your laki/bini to.

Bila kita berpacaran, berlaki an dan ber bini an, masa adrenaline tgh tinggi mencanak tu kita rasalah ohh, this is the best. Tak ye uols. Kita je yang rasa camtu. Dia bagi kita beg LV maka dialah boipren yang terbaik sampai mati. Padahal kalau BFF kita kalau berduit lebih boleh je nak bagi kita LV, Gucci segala. (kawanlah dgn anak Sultan Brunei ye...dapat purse Hermes cam dapat chocolate tau uols)

Siapa tak suka good news story? Laki yang loving dgn bukti bergmbar untuk tayangan pesbuk, kemanapun pergi nya, kita selalu berdua bak kata Sila Majit, tup tup orang tahu dan terbongkar yang relationship kita yg perfect tu, laki kita yang nampak macam loving tu sebenarnya Jin Aprit.

Perfect relationship lah sangat kann?

To get devastated by the betrayal, is a completely normal response. Jatuh sakit, emosi terganggu etc. Who would have prepared for this? So what if you have been betrayed, suffered the effect of the stress physically and become disorientated?

Rasa aje nak mati..tapi tak mati. A friend of mine lost her husband so suddenly she was so sad she told me, aku rasa nak ikut dia mati. Diulangi, rasa. rasa nak mati dan mahu mati is two different feelings. But of course, separation by mati is different than kena tinggal sebab kena tipu. Orang mati takyah bagi you explanation apa-apa sebab dah tertulis kat surat mati nya. Kena tinggal dan kena tipu ni, banyak persoalan yg akan timbul, apsal kau tipu, aku ni dah tak bagus ke, what happen to our janji nak sehidup semati brok brek. Yes, boleh gila.

Yes, fikiran kita terganggu. Apa salahnya kalau fikiran kita terganggu pun? Kita terserempak hantu pun menganggu fikiran jugak kan?If you can't cope, you get help.

Yes, get help. Bukannya menyeksa diri. Tak payah guna namaganti lain. Masalah you hanya you aje yang tahu terangkan..bukannya 'kawan' you.

You will get better.

Wednesday, April 24, 2013

Kempen 1

Ye, undi kita adalah rahsia. Maka tak semestinya orang yang berdegar-degar support Parti Tupperware akan pangkah lambang tupperware. Tahu-tahu, dia pangkah Party Mangkuk Bertingkat.

I think my friends know my stance. Indecisiveness is what some of us is experiencing, apparently, given our political scenario. Nak ubah, tapi ketua perubahan tu dulu pun adalah satu set dgn penyangak. Dia pun khabar nya ketua penyangak tahap dewa jua.

The desperation to menang by the power in power is to tickle the core of our sensitivity. Race & Religion. Sungguh takde langsung tanggungjawab if you ask me. Nak nak orang yang menyeru kepada jgn undi Party Ubah tu bolehlah dikira sebagai negarawan ulung la jugak..ada ka pi cakap, you pi undi cina tu, besok2 jadilah ketegangan kaum. Hek elehh...dah lama2 ni, bila party Cina tu tak menang, takde pun pertumpahan darah. Are you suggesting lepas you kalah, ada pulak kekacauan? So, siapalah yang akan buat kacau tu? Party yang kalah lah kan? Bodoh. Bodoh if you ask me. (if you didn't, don't mind me)

 I can tell you half of my friends in Malaysia are constitutional racists. Habis lah hak melayu kalau cina naik, kata mereka. Looking at bigger picture, they (the unconscious racists) yang perjalanan hidup adalah sedikit 'slow'. Hidup tak nak berusaha, kiri kanan tengok budak cina pandai sikit, berduit sikit..terus takut kat cina.

Then ada pulak golongan sekular yang pada mereka hidupku, kubur ku aku punya pasal. Kena momok pulak dgn, if you pilih Party Mesjid, maka terkubur lah harapan you nak bebas ber clubbing. Pasal takut langkah clubbing pendek, maka pilihlah party yang Apa Pun Boleh. Tapi tak pulak dia nampak Party Apa Pun Boleh ni stance macam lalang. Kalau orang takut hukum hudud, dia akan kata hudud boleh belah.

Kawan I orang Putrajaya yang mempunyai calon hensem tu pernah kata, what is our choice? Choice kita memang tak banyak. I would want LGE as a PM. Ye, dia orang Cina. The same chinese man who defended Malay girl in Malacca and go to jail for it and the same cina tongkang who allowed UAI to just pick and choose which mesjid he want to carry out his ceramah in his govern state.

I worked with a chinese Boss before. Everytime he want to take us makan in Chinese restaurant, he will ask me, ei..you okay ka? If bought food for staff, he will tell me, gua beli you lain kuih ah, lu tak boleh makan ini..ini ada ba alip ba ya.

Was I offended? Offended menda nya? Kan ke dah bangsa tu takde pengharaman babi dlm menu makan depa.

Tell me, if there have ever been a ceramah of them chinese and indian where they were told, sila takut dgn orang melayu. Ada? What they rightly questioned is for, apasal melayu dapat discount bumi and we don't? Tapi satu Malaysia?

I was invited to attend a roundtable discussion dimana salah seorang panel nya adalah anak bekas ahli group penyangak tu. Why lah so harsh nak panggil politician party itu penyangak? Dah tu, nak panggil apa? Uols bayar tol jal;an tetap jugak jam. Orang tak upaya rumah yang dah roboh pun ada, tapi lembuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jugak yang dibagi dok condo mewah, bukan penyangak ke tu?

Tu belum lagi ketua penyangak seberang laut yang gasak la panggil orang2 kampung nya 'naughty people'.

I tanya kat journalist yang jemput I pi dengar ceramah tu, what do you think about the calon PM andaikata party Ubah menang GE? Dia kata, orang itu sangat opportunist. She didn't think highly of him personally.

The power in charge, is getting very very desperate. Nak menang dan mesti menang sampai cakap pun berterabur. Sekejap kutuk Party Ubah punya menifesto tapi lepas tu pi tiru bulat-bulat. Last-last cakap, kalau sayang saya, tolong saya. Tolong dia buat apa lah?

Aruah Appa saya kata, kalau nak pilih pemimpin, pilihlah orang yang kita boleh percaya. I think, whilst the rakyat yakin dgn the party in charge, orang dalam party tu pulak yang depa tak berapa suka.

Calon Sakalam. Ye..loyar tak berapa cerdik tu. Dulu dia kata, Tuhan kaum ammapodi tu tak de power. Sekarang dia naik jadi calon and ada jugak pengundi ammapodi kat situ. Kalaulah calon ammapodi ke, cina ke kata tuhan orang Islam tak power, rasa2 nya boleh tak orang tu jadi calon?

Tengoklah calon kawasan mengundi kita. Bolehkah dia tu dipercayai? Senang kah dia tu dirapati?

I hope pengundi area Kinabatangan have easy access to their MP. Sebabnya dia ada banyak masa pulak meng access kan dirinya kat actress tu.

Kepada party politik yang bertanding, kalau nak cari jurucakap tu, carilah yang ada otak sikit ye. Dah la kita nak kering darah baca opinion Abby Adidas tu. Hari ni tadi Zehar Tapak Seleman pulak pi kata orang Party Ubah menegakkan benang yg basah pasal video sex mereka. Katanya, mana ada super impose? Dia org pelem, dia tahu lah. Kata nya...

So, kiranya bolehlah kita pasang video seks untuk tontonan umum and use that against people, eh? Do you penalised people for having sex?

Do you?

Monday, April 22, 2013

Pembuli Pasif

Swomi kepada kawan baik saya kata..kalau kita suka cakap pasal orang..kita adalah tergolong dalam golongan busuk hati. ------->So, jangan lah kita sesekali bercakap pasal Maya Karin ataupun Julia Rais ye?

MC ----> ye, dia masih hidup cuma publisiti terpaksa dikurangkan sebab banyak exposure, macam2 pulak yang terpaksa di voluntarily exposed. Ni pun, selalu tegur saya kerana saya suka cakap pasal orang. Nak kutuk Pasah Sandak pun susah tau depan dia...terpaksa saya whatsapp Kiah untuk melepaskan kata-kata umpatan.

Okay. Ini pun posting cakap pasal orang juga. Dah namapun manusia kann? Orang yang mengaku alim ulamak kat Malaya tu pun lagi berceramah maki-maki orang apatah lagi I yang serba kekurangan pahala ni.---analogy yg sangatlah tak relevan

Mangsa umpatan I hari ni ialah rakan sekantor I. Dia ni memanglah rajin menyakitkan hati I dari dulu tapi disebabkan I ni sokmo busy, I takdelah nak melayan sakit hati I tu. Tapi dua tiga menjak I menyampah ni, nak nak pulak dia tu dah semakin berani menyakitkan hati I secara terang-terangan..maka he deserved lah to be umpat kan?

I ni kira tergolong dalam professional yg tak berapa 'professional' lah dalam kerjaya I. Maksudnya...dalam reramai employee kat jabatan I, I ni takde kelulusan academic la. Kaya dek experience and sijil-sijil training paksa aje. Mamat ni pulak mmg siap masuk Uni ambik bidang yang kitorang kerja ni. Maybe, pada perasaan dia dia dalah pandai la sikit. Banyak betul benda yang saya buat dia ragui dan pada pirasat dia (sebab dia lagi tahu sebab dia dah belajar) teknik saya kurang lah berkesan. Tapi saya tahu, client dia semua benci kat dia dan dialah salah sorang pegawai dalam jabatan ni yang selalu dapat komplen.

Disini, sukalah saya nak bagi nasihat kepada mereka2 yang kerja dalam memberi perkhidmatan ya. Kalaupun you all tu expert..tak kisah lah expert tang mata..check mata ke, check gigi ke..check puk* ke, kelebihan yang you ada tu bukanlah ticket untuk you rasa you lagi pandai dari orang yang menerima service you ye? People always feel that they know themselves better. Kalau orang tak terima pandangan you, you terima ajelah. You pun tatau pandangan you sesuai ke tidak kan untuk orang yang mendengar tu. Like a doctor..doctor can give advice on his/her knowledge based. Terpulang la patient tu nak dengar ke tidak. Doctor suruh kita exercise and jaga makan kalau taknak gemuk, tapi kita tetap lah nak mempercayai kata-kata pil pecah lemak. Sebaagai Doktor yang berwibawa, biar ajelah orang tu nak terjun dgn labu-labunya. Takyah nak kutuk orang tu takde pelajaran ke, bangsa dia bangsa bingai ka..takde pekdah. For all you know, orang tu yang berlagak bodoh sebab tak suka kat you.

Back to this guy. He has couple of favourite phrases. He never say hello to you but start every other sentence with his faux disclaimer, I'm not being funny but....

His 2nd favourite thing to say is to say 'Can I just say something?'.

Either way, both phrases will end with something that is really menyakitkan hati. He will say..I'm not being funny but....I think your approach is wrong. To me, he is right though. He is not 'being funny'. He is just horrible.

Then another one...is it possible to say 'can I just say something?' without it being followed up by something you don't want to hear? To me, if you have something acceptable to say, you don't need to frame it with that 'can I just say something?' piece. Very lah annoying okay? To make matters worse, this guy is an Australian, which means his voice is annoying at any volume.

This guy...I must say, rarely talk about others. Rarely as in, if you ask, he will tell. He is so proud with fact that he doesn't do 'back chat'. He claim he got 'integrity'.

Like, when he say...'Can I just say something?' and tell you his piece of mind, he is delighted that he is able to say it as it is directly to you without bush beating. Mind you...he doesn't filter his thoughts. His choice of words maybe a lot better than our penyokong parti BN or pembangkang, this guy doesn't swear but he sure cakap tak pakai otak.

If a girl came to you in distress telling you she think she might be pregnant, wise word to say to her is something like..you want to talk about it, kan? This guy would just say things like, how on earth you forgot the risk etc etc..do you know what harm are you bringing to yourself. Camtu. Tak ke kau rasa nak bunuh dia tak pun nak bunuh diri jamjam tu gak?

So tadi I dgn geng-geng pekerja Sosial teraniaya (I and 3 other persons) berdiskus lah pasal politik opis and etika kerja. Dari tepi mata I I dah nampak dia jeling menjeling...ye lah, kadang2 when office people have discussion, more than often benda yang didiskus tu adalah benda bodoh. Kerja dah la stress so kadang2 nak de stress kita kenalah cakap merapu-rapu kan?

Yess, we do have off days you know..from jaga tepi kain orang. I must tell you in UK, kerja I ni takdelah dipandang tinggi sangat. Macam kerja Jabtan Pencegah Maksiat gitu...siapalah yang suka kan? (only yang tukang adu lah yang suka)

Tetiba dia menyampuk...Can I just say something?

I look at him and said NO. Maka semua orang terdiam. As if I just set a trend, by saying NO to 'can I just say something?'.

I think that must have prompted the moment of awkwardness for all, lalu kami pun terus balik. Tetiba kawan I (yg sama2 cakap merapu tadi whatsapp I cakap...'don't you think you being a bit harsh to Steve Irwin?'. -----yes, we called him that. I jawan, no. I told my friend that the reason I said NO is that I don't want to hear what he have to say because one) he is not in our discussion and  second) I am not interested to hear his opinion. He always come up with either condescending stuff or full of judgement. That was why I said NO. kawan I reply, true that.

I am sure in your walks of life, you pernah jumpa orang yang sangat cekap dalam memutarbelitkan fakta demi nak menutup kekurangan dirinya. I suspect this guy is one of them 'passive' bully.

Books always refer those passive bully as ‘covert-aggressive personalities'. Macam orang yang nampak baik tapi..tidak lah baik pun sebenar nya. (Macam I kan, Kiah?)

Sometimes we can experience witnessing two people talking, possibly arguing with one another. Argument doesn't always have to be aggressive but one party may want to win over another by his/her opinion or fact about stuff they argue. Say a wife telling her husband that she thinks their marriage is doomed. Sana salah, sini tak betul. A defensive husband will always turned the discussion into criteria-bashing speech dan dengan selambanya. He can be blatantly abusive and think nothing of it. Again, abusive doesn't really have to be physical, tau.

A bully will always find a way to win...even in a discussion. If he/she doesn't have a strong point, they can always resort to not letting you get your word out and raising their voice, enough to put people off and walk away.

So this guy sangat suka belit fakta dan sambil dia membelitkan fakta tu, he will use your weakness (that he knows of) to pin you down. Macam kalau you tengok video Nik Aziz berceramah pasal Umno tolak Islam and the reporter keep quoting the words he used. Padahal Tuan Guru tu bagi contoh cerita zaman Rasulullah minta doakan orang yang menolak Islam tu supaya hancur. The reporter 'framed' him with that knowing very well the whole context of the speech. Jahat betul. Tak ke membully namanya tu?

So yes, I memanglah tak akan menyokong kepada pembuli. Some people kenkadang tak sedar pun dia tu ada unsur2 pembuli. Tapi, kalau ada disagreement, bila kala you rasa you tak incline nak setuju dgn pendapat orang malah menuduh orang tu bukan2 demi nak tutp kemaluan you, tu pun adalah sifat bully jua, ye?

This guy, hobi nya mmemang cenggitu. Salah dia terang2 dia tak kan mengaku but nak judge orang tu tersangatlah laju nya. Kalau you bercakap dgn dia and dan-dan tu pulak you tersasul, maka sasulan you tu lah akan digunakan untuk menjatuhkan you. What worse was that people listening to it believe what he says. He knows this and he keeps doing it.

Punyalah nak jadi cerita kann..masa I nak sign out tadi, I terserempak dgn mamat tu. Bila dah berdepan macam terpaksalah cakap hey camtu. Terus mulut dia cakap kat I, I think you're being defensive.

Dengan gaya bodoh nya I jawab...was I? I didn't realised.

I was only trying to give my opinion...

I cakap, you mean being judgemental? Okay, let's just drop it okay. I was doing you a favour actually. You a far too clever for my mindless discussion, so by not allowing you to say something just now is my way of protecting you from being stupid. Unintelligent is pandemic, you know? You best stay at the top. If I had let you say something, you will say how this and this wrong and offer a right solution. Thing is, we don't want any right solution. We are happy as it is. Being silly.

Okay..I was mean. Tapi takpelah..I kan kaki bully gitu.


Saturday, April 20, 2013

Sensitip Kah I?

Hosmet saya kata....saya ni cepat naik darah.  Amma saya pun kata begitu jua. Adik-adik saya pun kata begitu jua.

Might you want to ask, what prompted the comment from orang-orang diatas kan?

Hosmet saya terdengar saya menempik puak2 bank dalam phone. Amma saya pula tengok saya marah doctor spital Seremban tu dengan sadis nya. Adik2 saya terdengar conversation saya dengan Ketua Jururawat spital Seremban.  Tu aje lah...terus kena chop cepat naik darah.

In my defence, orang bank call centre dari negara Ammapodi tu telah membanyakkan songel nya dikala saya baru aje sampai ke bumi Hinglen dengan tak cukup tido segala. Pernah tak uols dapat phone call, dia  nya yg nak bercakap dgn kita...tapi dia pulak yg banyak songel macam you buat salah dgn dia. Well...bad day sungguh untuk si Param tu.

Saya bergaduh dgn doktor spital pun bersebab. Dah ditanya baik2...berlagak student doktor tu. Saya tanya kenapa, kenapa dan kenapa, jawab nya tak acuh saja. Tu tak termasuk janji pelesu nya kat mak saya.

Sister Nurse tu? Aiyoh..pun berfeeling macam dia warden asrama so kata-kata yg keluar dari mulutnya tak soothing langsung, tah cemana dia qualify jadik nurse pun saya tatau, gamaknya dia patut kerja wad psychiatry maka tak kan panjang lah nyawa nya.

The thing is for me, when I did all that, it pays. I marah doctor tu, maka secepat kilat mak saya dapat jumpa consultant dan katil nya yg rosak telah ditukar.

I marah call centre tu, maka berkoyan2 email permohonan maap saya dapat dari bank Baklava tu dan mereka reimburse benda yang di caj secara haram oleh restoran KL jahanam itu.

Sister Nurse tu, tetap gak takde perubahan. Tapi gasak dia lah. Dia yang ambik akad nak jadik nurse kan? So kalau dia tak buat kerja dia dgn baik dan disumpah orang, maka suweyyy lah hidup nya.

Talking about suwey...nak lah juga saya nyatakan disini, bila mulut kita suka bercerita hal orang (err, aku kah ittew?) buat dusta dengan orang etc etc, lepas tu nasib kau manjang malang kena tipu lah, kapur lah..rumah kena pecah masuk lah (utk kali ke sejuta) maka perlulah ko reflect dan mintak mahap kat orang yang kau ada buat salah tu ye? Yes Kiah...tell MG I am not sindir ing him.

But when you know that you only acted in good faith, and bila orang buat remark camtu, maka terasalah hati besar ku dan bertukar menjadi kecil, kan? Ye lah..kita kan nak menegakkan kebenaran alih2 kena label kaki gaduh.

But then I pikir balik, kebenaran juga boleh ditegakkan tanpa pergaduhan.

Tu belum lagi bila I balik kampung and jumpa sedara mara yang nasibbb baik tak mati tu hari...atas paksaan manja my mother. Then all your sedara mara tah siapa bagi mandat, taking liberty pi cakap kat I yang I ni sombong lah, mementingkan diri sendiri lah etc etc...

If you were like me, you heard a lot of that and it made you feel that there must be something very different about you. Made you convinced that you have a fatal flaw that you feel you had to hide. It really made you think there is something wrong with you.

Komen2 puaka camtu...on good days, you can actually let it passed. Orang nak cakap apa, cakap lah kan. Yes, there's time I am sombong, selfish what have you but when I look deeper, dengan certain-certain orang saja. Life could be easier if you can just say to that person you being sombong selfish tu that you ekcherli nya memang tak suka kat dia hence the attitude lah kann? But if people can't take a hint walaupun depan batang hidung dia, you spilling the beans of your real feelings is like pertumpahan darah going to happen.

In counseling room, I selalu cakap yang having a sensitive nervous system is normal. Being sensitive is a basic neutral trait. We could probably inherited it.  Being sensitive means that we are aware of subtleties in our surroundings. Macam secara tetiba you rasa orang sedikit lain dengan you, you terasa lah kann? Semalam bertepuk bertampar and lusa nya sampai sekarang jawab telepon tak pernah. Kita ni cari lah jugak kot kot ada salah dgn dia. Tapi kalau dah check2 tak ada, dia pun kata tak ada apa2 tapi tetap jugak berkonsep tak nak layan you, maka kita elok lah jgn buang masa, kan Kiah?

Tapi kan uols, being sensitive to surroundings has great advantage.Ye laa, orang yang kuat terasa ni deria rasa memang lah power. It make you very cautious and activate the thinking cap too.Macam org pompuan la, ni kes yang dah terasa akan kesiamangan lakinya, and from she she will be prepared. However in our culture, possessing this trait is not considered ideal. Well meaning parents, sedara mara and kengkawan probably tried to help you 'overcome' it. Like one friend said to me, kau ni sensitip sangat lah..you should go out more. Ptuihhhh la sangat.

Tapi apa-apa hal pun, I think we all know yang betapa kita tak kisah pun apa orang nak cakap kat kita opinion diorang, terkadang hati akan terasa jua, nak nak pulak selepas kita ni berfeeling martyr menegakkan benang kering dan basah.

Then of course u mengeluh, why do I bother???

You know, hantuklah kepala you beratus kali...buat lah teknik reflects tak pun buatlah style orang bijak supaya berfikir sebelum bertindak, things happened because it has to happened, kan?

Let's look back (okay, by this I mean..I lahh) you know suatu ketika tak berapa lama dahulu ada kawan saya yang kata dia mempunyai rezeki melimpah ruah bak Ratu MLM si HH tu, dia ni pun lebih kurang...beli apa2 and pergi mana2 kerana buat laporian live dari kedai or tempat dia visit tu. Ye lah..nak orang tahu lah ka. Biarlah..dia ada benda nak menunjuk, siapalah saya yang hanya baru laa ni mengikut desakan peer merembat beg elvavi (pastu pakai tak reti) Kawan saya kata dgn saya, dia nak fund lah project akhirat saya. Pompang pompang dia berjanji. Ada ketikanya saya sangsi tapi dia guna pendekatan..cakap depan rezeki. Cable dia, katanya power sungguh but lelama terserlah ketakmasukan akal dan I pun jadik fed up. Thing is..I tak kesah sangat bab propahan tu..ye lah, kalau dia tu banyak duit..err, eh, saya ekcherli ada ramai kawan orang ada-ada, tapi idoklah menunjuk cam nak rak macam dia tu. If can I kawan dgn orang tak centre akal nya, kalau setakat Ratu Propah untuk hiburan sendiri, apalah salahnya kan? Musuh jangan kita cari gittew. But bukan stakat propah aje dosa nya, main batu api pulak tu. Selama ni mulut yang ditahan2 tak nak memaki...akhirnya, kenalah dia sedas tua. Terus I potong kek.

Ada gak kerugian nya memotong kek..ye lah, berkawan dari zaman anak dara..sama-sama nak mengejar mimpi (dia active kejar laki) bila dah berumur, kelakar ingat zaman lama and how things change..mentally..physically. Rugi lagi satu...tak dapek den makan masak lodeh omak nya. Tu jelah. Well...things happened kann?

Kalau nak kira rugi, kalau nak hidup dalam keadaan cautious sentiasa....baiklah jangan hidup kan? Bila rasa sakit, belajarlah mengubati.

Sendiri. Besok adalah hari yang lain dan ada hantu lain pulak yang menunggu.

Gituh!


Friday, April 19, 2013

Ku Pendam Sebuah Bengang

Kiah...suatu masa dulu pernah cakap kat I yang dia amat bengang dgn perlakuan kawan I yang sorang ni. Tapi katanya, orang tu kawan I, bukannya kawan dia..kalau kawan dia..tah hapalah nasib nya ------> statement tak boleh blah Kiah yang I tahu, walaupun I dah simbah petrol kat dia, dia tetap mengamalkan konsep sokabar lembab. Imagine you all cuba bakar sokabar yang baru lepas kena rendam...camtulah Kiah & her procrastination.

Kawan I yang secara am nya kurang sifat-sifat decorum ni, memang dah lama menyakitkan hati I dengan komen2 nya dalam pesbuk I. Thing is, komen2 nya tu menampakkan ke tidakpandaiannya yang amat sangat. I bukannya apa uols, simpati I ni memang banyak kat orang yang tak berapa cerdik. Ye lah, dah kerja I kannn kena menanam rasa simpati kat orang so the only reason I tak pernah layan komen2 dia ialah sebab dah terserlah ketidakpandaian nya.

Maap lah ye...I takdelah nak kata I ni pandai.Ramaiiiiii lagi orang yang pandai. But konsep paling selamat untuk manusia sejagat ialah...kalau tak tahu bercakap, diam saja maka terselamatlah kemaluan.

This friend of mine, how best can I describe her? Imagine someone in your office who the only think he/she ever asks is, what's the time or what date is it? Despite having a calendar, a clock, a phone with a calendar and a clock, and...a computer depan mata with a calendar and a clock on it...all on their fingertips. Fortunately for my friend ni, hypothetically speaking, I am the type of a person who will still tell her the time and the date. To me it is easier that than trying to force-feed her with common sense. Some of us are born thick and others chose to remain clueless because it suits them. Either way, you're stuck with them (by choice, I stressed)

First, she commented in the line of asking...why my name is different from the previous. A question that is appropriately asked...privately. She added another question to that too...my marital status. Err, what else can you ask a free looking woman/man who has just passed their Big 3 gates?

I think that since dia tak berapa pandai, maybe she didn't know that in FB you can actually private message someone. Okayyy.

Then of course when she tend to 'hijack' other person's wall that I happened to singgah as well and asked me more and more questions, I think again. Maybe she got better at her FB explorations. If she can't get straight answer from me through my wall, she may be lucky at striking at other people's wall. I still think that she didn't know that there is envelope icon she can press to talk to me directly.

All ocassions dia buat kerja kurang cerdik tu, memanglah I tak layan. Some personal info adalah sangat private. Maybe ada yang bangsa suka orang lain tahu apa dia buat, mana dia pergi, dengan siapa dia berkawan etc etc. I ni, sikit2 boleh la. Tak semua orang dlm pesbuk I tu I kenal gila2. Some people think that by knowing that small bit of information about you warrant them to write your life story. Contoh..barulah tahu orang tu kerja kat mana..terus pulak berkirimsalam macam abang dia pernah bercinta dengan kakak tiri kau, kan?

Bila I tak layan tu, ingatkan dia akan berhentilah berusaha menanya benda2 private dikhalayak ramai kann? Tidak ye uols. Walaupun info yang I ni dah kahwin ke tidak, boleh je dia nak dapat dari orang2 kamfung I, tapi dia nak juga tanya terang2 kat wall I, kat wall orang and at any given places in FB yang orang lain boleh baca.

Pastu boleh pulak dia buat statement rinduan rinduan kat I yang dah lama dia tak jumpa...on other people's wall. Yang berjiwang karat dengan kengkawan sekolah ni lagilah I malas nak layan. Don't you just hate it when people wrote..ohh kenangan ku dibangku sekolah prekk prekkk. Well I do. I hated all my schools so kenangan memanglah tak ada..nak nak dengan puak2 yang rasa dia bagus.

Bebaru ni dia muncul kembali. So I got in touch with my old old friend. Adalah benda sikit yang I nak beli untuk Amma and this friend of mine adalah agen nya. Seeing her again is awkward dengan dianya yang dah beranak lima and anak2 nya tengok I macam alien. Sempat jugak dia menceramah kat I which I take it with an open mind lah kann. Kalau orang menegur kita ni makna nya dia concern. Motif lain kalau dia ada I tatau lah...but it is good to hear what other people have to say jugak ----janganlah dok buat statement seksay itu milik saya ye. Diam ajelah kalau orang tegur sekalipun you tak berapa suka dengar.

Okay berbalik pada kawan I yang ada sindrom MakcikWok tu. Maka tercari-carilah dia akan diriku....kat wall orang lain. Telling my other friends that how I have been ignoring her and how she would like to see me again after years and years. Err, bapak aku meninggal tak pulak kau datang visit, kan? Then of course my other friends yang amat prihatin telah juga mengkhabarkan pada I yang si MW ni mencarik I maka silalah contact dia. Kosser I.

Of course la I dok bersangka baik ingat dia tak berapa pandai menggodak FB ni. So apparently she read my recent status bila ramainya kawan2 me well wish I. Pastu dia sampuk...ohh, pasal tu ke you balik Malaya?

Then I published another news about myself maka dia pun menulis komen...err, what happened to you? So pray tell me, with you having access to my wall, getting to read what I write, you still nak buat aksi takde clue ke?

Bangang ke?! Tu lah dalam pala hotak I pada masa tu and I feel like saying it to her. But I don't. The pressure of thinking things and not daring to say them can make your head feel like it might spontaneously combust at any second.

Still, after many.many months of tormenting me with her stupid comments, questions and actions, I am still keeping mum and keep hoping that she will leave me alone.

I can never win with her. If I 'retaliate'..I am this snobbish girl yang tak sedar I ni datang dari mana or she may think that I mistreat her because she is housewife, ex kilang girl with SAP in SPM and now actively menternak anak when I am this asrama penuh after SRP going girl who lives 13 hours and thousands miles away? Berlagak ke I? Sikit2 lah...

Tu sajalah kebengangan nya.

Thursday, April 18, 2013

Inilah Centaaa....


Kekasih gelap I tu kan..selalu sangsi betapa dalamnya centa I kat dia. Katanya..I ni kurang expressive, bila dia menabur budi-budi centa nya. Katanya, bila dia bagi I barang, I adalah agak emotionless gittew maka dia terasa saperti tidak dihargai.

Entah lah, tatau nak expressive macam mana lagi. Nak lompat guling2 buat sora Pasah Sandak kang..orang kata I meroyan pulak.

So macam ni lah ye. To travel with Air Firaun memerlukan tahap kesabaran yg tinggi kerana drebar nya memang suka melalui area-area angin gelora hingga menggoncangkan kapal siri 777 mereka tu. For a nervous traveller kapal bergoncang sampai bontot pun boleh terangkat dan abang macho dok seat sebelah pun boleh cover muka dengan selimut adalah kesengsaraan yang jitu, okayyyy? Berejam lak tu rasanya.

Ditambah lagi dgn pelayan2 nya yang macam baru lepaih keluar jail jangan kata nak offer air, lalu lalang pun main langgar aje bahu orang tau! Stress sungguh. So, menemani ku disaat-saat getir KUL-BKK-CAI-LHR ialah kuih simpul kasih sebalang yang telah berjaya dimakan dalam tempoh 3 jam secara intensive dan gaya perseorangan.

If this doesn't show love, I don't know what will.




Sent from Samsung Mobile

Friday, April 12, 2013

Kempen Pengurusan Badan Gaya Gampang

Abang ex Hulk Hogan kata...naik cemburu bininya selepas dia menjadi hensem dan digilai ramai sambil mengejar dirinya tu. Hek elehhh...

Akak ex gajah pulak kata...laki nya sekarang kalau jalan nak berpimpin aje. Ye lah..dah kau kata kau dulu gajah, mana ada orang pimpin gajah kann? Orang tunggang ada la. 

Ishh...bencis taw I tengok heklan macam gini. 


Sent from Samsung Mobile

Wednesday, April 10, 2013

Promo...That You Must Watch

I don't know about you...but I suka tengok promo Kilauan Emas musim terbaru ni.

Gigillll....menggigill aku katanya disertai makcik pakcik lain membuat lambaian daio gittew.

Tak tahu ke uolss...I kan membesau zaman Lefthanded. 

Pastu..promo bahagian kedua pulak keluar lagu fevret Mak Piah. 

Penawarrrr rinduuuu pada muuuuu....sa olangggg. Hiks.

Babai uols. 

P/S ---Terserlah kekertuan iolss kannnn.


Sent from Samsung Mobile

Ohh Apakah?

Uolsss....ini kah ghopenya cartoon yg ditengok oleh bebudak Malaya sekarang ni?

Dimanakah Thundercats, HeMan, Jam & The Hologram, Sesame Street etc?

Cakap melayu lak tu...bukan nya I tak support bahasa kebangsaan uols tapi imejin betapa koyaknya perut saya bila dengar dialog si pompuan tu kena tampar...aduhhh...sungguh sakit nya muka saya...awak mmg tak patut buat begitu.

Ohhh...cry & die. 



Sent from Samsung Mobile

Tuesday, April 09, 2013

We Are...What We Do & What We Want

Orang update, kita update jugaklah kannnn? Sebelum orang start menyindir nyindir. Jaman sekarang ni, zaman ku pilih Malaysia ni semuanya main sindir, main sumpah laknat dan main ugut-ugut bukak rahsia. Gituhhhh.

Boleh tak I nak cerita sikit pasal....kekerapan kita mempunyai syak wasangka kepada orang lain hanya berdasarkan pada....

A) Bentuk mukabumi nya
B) Bentuk rupa kerjaya nya
C) Bentuk ropa makpak nya

Dan lain-lain bentuk lagi yang akan dipikirkan dikala menulis sambil mempropaganda nanti.

Disebabkan saya ni ropa taklah berapa nak Zara Salim Davidson itu (ciss..kau perampok boipren ku!!!) saya jarangla nak mengaku kat orang apakah kerjaya saya selepas saya berambus dari bank cilanat kat Jalan Utara tu.  Ye...selama 18 bulan dalam hidup ini, saya merasa jugak menjadi pramulori. Selain dari uols...tak ramai orang yg tahu. Sebab...itu bukanlah kerjaya yang bapak saya nak cerita kat orang. (Btw, abe heseng, ni nok wi tahu...MC dok tahu! Dia hanya tahu stint sekejaps kat ground aje. Serupalah jua dgn ketidaktahuannya tentang blog ini. Iskk...mak kan iguana, banyak kalerrr gittew)

Bercerita pasal pramulori ni uolssss.....how many of you have this thoughts about them crew yang berperilaku mengalahkan Tentera Sultan Sulu? Kalau uols nak tahu, dek perception itu lah penyebab ketidaksenangannya hati aruah appa I. Appa I kalau uols nak tahu, kata-kata nista can cercaan takkan kluar dari mulut nya untuk anak-anak nya (anak orang lain takpe lah kot agaknya) but he is never the one to use words like sundal or anything deragatory utk kekaum fomfuens ni...

People say....the pramuloris on their night stops is also a notch on the captain's bed post.

People say...we do drugs, we do clubs...all those substance.

People say...we pramuloris....we bergaul bebas. Orang, anjing, kucing & rabbit.

Tu bila kita kerja jadi pramuloris ye. Bila kita kerja kat hotel....ada lagi sets of stereotypicals nya.

Macam kita ingat....doktor-doktor kat sepitals tu....mempunyai tahap kebersihan diri tahap ph7 bila di evaluate dgn kertas litmus.

Ye ke?  Doktor sepital Seremban, pehalnya kolar baju sama kaler dgn beras terbakar? Nak bau cologne jangan haraplah kann...bau Dettol alangkan tak ada.

Tu belum lagi...cerita doktor yang dok bela lipas dalam kereta, kan?

Bila kita dengar cerita fomfuens kawin dgn laki orang....what crossed our mind that instant? ---perempuan perampok, gitu?!

A friend of mine, sudah kematian lakinya 8 tahun lalu. 2 months after they both had their first child. Semenjak tu, I dengar cerita...dia ni sibuk membesarkan anaknya saja. Takdenya masa nak berboipren, nak mencari pengganti tu jauh sekali lah kannn.? Tetiba....dengar cerita dia nak kahwin. Dengan laki orang pulak tu. Maka...bertubi-tubilah dia di tarbiyahkan oleh ustazah FB ye uolsss.

(Walaupun pada hakikatnya...dia hanya di ajak kahwin oleh mamat yg sangatlah berkenan kat dia. Lalu dia bersembahyang dan memintak petunjuk lantas mendapat message...terimalah, dgn syarat, jantan itu misti mendapat persetujuan bini nya)

Tapi..tetappppp gak si fomfuens ni di chop dengan sangkaan yg macam cilanat ya.

Ishh...ish....kalau laki kita nak kahwin lagi, tetaplah fomfuen lain yang salahkannn? Walaupun laki kita tu kenkadang tu perangai mengalahkan bapak ayam.

So, adakah ferlu kita ingat bini kedua tu adalah feramfok? Dan, adakah pramuloris itu semuanya menggalakkan hubungan bebas mesra alam?

Pada pendapat I kan uolss....we are what we do. Kalau kita suka gayahidup bebas, maka bebas lah kita. Kerja lah kat mana pun dan kerja lah apa pun. Kita juga boleh kerja kat jabatan penguatkuasaan agama dan menjadi pengamal ajaran sesat, ye tak?

Macam orang kat Malaysia ingat orang yang duduk di negara homputis tu...takde langsung mengamalkan budaya melayu dan ajaran islam. Ye lah....didoakan semoga banyaklah pahala orang yang suka buat anggapan general tu.

Nanti saya sambung lagi ye. Line tak berapa clear.


Saturday, April 06, 2013

Update

Huishhh...lama benau makji kau ni tak hapdate. Malasss la sangat kan, as opposed to fitnah ahli DUN   Kampung Pulau Kucing yang suka kata I ni busy memadu kasih la bagai. Ciss...ko taktau ke aku busy tengok TV cerita melayu dan menambahkan pengetahuan vocab diriku dan mengenali retis-retis baru yang nama mereka pelik-pelik belaka?

Maka,parlimen pun sudah dibubarkan. Ohh..perlukah nak cakap pasal politik dalam blog ni? Pendapat orang macam I ni ada ke orang nak gunapakai? Dengan adanya twitter dan pesbuk, susah betul nak merahsiakan undi, kan?

Tetapi sebagai rakyat Malaysia....juga pesanan kepada manusia atas pagar seperti MC, UNDI lahhhh, jangan tido...UNDI lahhh, jangan diam-diam. Gitu. Cakap bising macam Berahim Ali tapi takpun meregister sebagai pemilih serupalah seperti Nuar Berahim berkempen pasal hapuskan rasuah.

Okay...semalam saya telah membeli card MyRapidKL. Pernah dengar tak? Kepada penyumbang kepada masalah penipisan ozon macam Kiah serta suka memandang rendah orang tak ada kereta macam saya, MyRapidKL card means nothing. Tapi disebabkan card itulah diriku ini dapat berpoya-poya hingga ke menara berkembar. If only commuter kita ada disiplin naik public transport. ----tidak boleh nak disalahkan sepenuhnya kerana mereka tidak diajar. Perlukah belajar? Perlu. Malaysia ini negara membangun...rakyat2 nya tak berapa biasa dengan sistem kenderaan awam yang efficient. Bila kenderaan sudah efficient, orangnya belum lagi. Kalau orang sudah efficient, masakan ada kereta Honda Civic kaler hitam terbalik kat highway DUKE tu. Cepat betul tangan I nak menyumpah dan mempersendakan driver bodo tu, but Kiah said...he/she may have died from the crash. Ye lah...with the drivers propensity to malas pakai safety belt, tidak mustahil orang dalam kereta tu telah mati, takpun mengalami spinal atau brain injury. Lebih kesian if kemalangan kita disebabkan oleh anasir bodoh orang yang sangat feeling dia adalah Lewis Hamilton jadian yang berlumba dimasa orang sibuk nak pi kerja.

Adik yang menjual MyRapidKL tu kat saya sungguhlah memandang sinis bila saya tanya, macammana nak pakai card ni, adik? Haiyooo....perlukah kau berlagak bila kau kerja dalam kaunter sebesar pondok talipon tu? Tapi, I nak cerita yang I sangat bangga membeli card MyRapidKL tu, sebab to me lah...that is the sign for more permanent move. I kan suka Malaysia (ku pilihhh mengundiii ----apa makna kempen ni gua pun tatau) Adakah saya tak rindu negara sejuk serta efficient tempat saya cari makan tu? Sikit-sikit saja lah. I think, we only tend to miss so the thing we no longer have access to. Since I have unlimited access to tempat homputis tu, apa yang nak dirindukan sangat?

Okay, saya juga nak announce yang projek akhirat saya, Loyar Sabung Ayam dan Kiah Gilakucing akan dibuka tak lama lagi. Ohhh....about time kan uols. Lama I tunggu. Banyak betul drama. So for those who have been kind enough to part with your cash to make this happen, this is finally happening. Tapi website pulak rosak macam cilanat I kena balik London betulkan. Ptuihhh.

So, kepada yang ada pesakit nak direferkan kepada pusat pemulihan ni, silalah contact loyar sabung ayam ye.

Nanti saya update lagi. Tetiba pulak line tak clear sebab si empunya aipek sudah bangun. Kan ke berblogging ini rahsia uolsss...hiks.