About Me

Tuesday, June 05, 2012

Telling Stories

Okeh...I ni takde anak. Taktau bila boleh dapat (kalau ada yang nak bagi) or sebenarnya, boleh ke I cope menjaga anak...sebab menjaga diri sendiri pun hit and miss, kan?

But the post I am about to write is cerita-cerita yang selalu I dengar. dari mulut kuda, mulut arnab and mulut kambing.

Since appa I yillekporringek..(ampun Bah....), we become very overprotective of Amma. I tell you, my Amma don't really need protection. She is a grown up women. Kalau dia dah boleh mendidik anak2 yang seropa pelesit hingga berjaya meninggalkan sarang, kalau setakat nak jaga diri senirik tu, kacanggg lah. As much as Amma like her own space, mulut cilakabanat sebelah menyebelah yang berfeeling2 macam dia je tahu apa yang dia cakap, telah membuat Amma rasa, eloklah dia dok dgn anak2 nya. 

Kita selalu tengok kan..bila anak menantu dok dgn pak/mak mentua, problem tak de. Kalau ada pun...I tak pernah dengar. Ye lah..ko dah hidup menomPANG! kalau nak jugak ngutuk pakmak mentua, memanglah baik pergi mati aje kann?

But case like, bila pak kita mati maka dalam sedih sedan, kita rasa tak nak tengok mak kita dok sensorang. Nak pulak kalau area setempat tu cam hamlau. Kita pun hangkut lah mak kita dok dengan kita. 

Benda yang pertama kita kena ingat, mak kita tu bukan suka-suka nak masuk dok rumah kita ye? Setakat nak menyempit dgn anak beranak kita, you ingat dia selesa ke? Tak...selalunya mak kita akan tahan juga. Dia akan tolong lah apa yang patut...masak ke, jaga anak kita yang macam pelesit tu ke...

Benda kedua yg orang suka lupa ialah...mak kita tu baru kembali solo setelah berduet selama beberapa tahun. Walaupun hidup pasangat duet tak selalunya indah, tapi kat pasangan duet kita tu lah tempat kita mengadu asam garam. Walaupun dalam hidup berduet tu, adakalanya masa tgh marah kita memeng mintak pasangat duet kita tu mati dilanyak lori, tapi yang sebenarnya, cemana gorammm pun, dia tetap laki tompek kito mengadu, tompek dio mengadu dan mintak buek kan kuih kodok. So the transition from pasangan duet ke artis solo...adalah susah okayyy? Ni bukannya Kumpulan Bee Gees okay..sorang mati...duo orang tu masih boleh nyanyi...sekarang, duo2 dah mati? Nyanyilah ko sensorang.

Masa amma nak pindah duduk rumah adik I, I tak berapa suka sangat. Not because I think that my sister can't cope or my BIL tak suka, but I cannot see why amma mesti pindah rumah dan duduk rumah orang. Orang lah..walaupun tu rumah anaknya. But in Amma's circumstances, she has to. I know she is not particularly comfortable but Amma tak pulak bising and kalaupun ada ketidakpuasan hati, she would hint dgn kata2, jangan cerita kat orang. Tapi kita yang mendengar nya? Jangan kata orang, dengan lombu pun kita nak pi ngadu.

Okaylah..leave Amma story aside. She is about to live independently soon. But on another story, kita sebagai anak menantu ni....yang mana mak or pak mentua terpaksa datang tumpang rumah kita, takde ke nak mengambik kira perasaan orang tu yang baru mati laki, yang terpaksa mengubah hidup dgn takdo notis? Orang menumpang ni...sensitive weh. Kalau boleh dia pun tak nak menumpang.

Yes, other people living with us, in situation where one had to be imposed on us..is not ideal.  Pasal tu lah orang putih/cina etc tak nak tumpang rumah anak2. Dia sanggup masuk rumah orang tua. I have nothing against rumah orang tua. And I think kalau kita ni berada dalam situation, omak kita pun set2 tak leh nak ngam dgn orang...maka untuk kebaikan kedua belah pihak, masuk kan dia kat rumah jagaan. Macam2 activity, entah2 cukup bulan..emak kita akan pandai ber Facebook.

Tak pun, kalau uols rasa rumah orang tua tu macam kejam aje bunyi nya...carik lah org gaji teman mak kita tu. Ada gak dia kawan nak bercerita pasal Astro Oasis kann?

Yes, sebagai anak..kita nak menjaga mak kita or bapak kita...tapi bukankah menjaga tu termasuk memastikan dia ceria dan happy tanpa perlu memandang jelingan2 maut anak2 menantu.

Why malays is so against hantar makpak kat Nursing home? Nak jaga dgn tangan sendiri pastu stress ditompik-tompik lah orang tua tu. Jaga orang sakit memang stress...nak nak orang sakit ni juga ada jugak yang berperangai setan jelmaan. It is very hard when come to personal space and it got invaded. 

Lagi satu I tengok perangai orang Melayu, bila apak ke mak kita sakit, kita dgn automatik nya meng expect mak or pak kita tu dijaga oleh spouse nya. Uihh..agak2 la sikit..kalau samo2 dah tuo, macam mana?

I rasa, kalau kita abaikan makpak kita, tu lagi berdosa. Tapi kalau kita pastikan dia dapat jagaan terbaik walaupun bukan kita yang menjaga, maka..apakah yang buruknya? People are quick to jump to bad conclusion, macam Makcik yg kena tinggal kat hotel budget tempohari. Masa cerita tu baru keluar, no one seems to want to give the woman's child a thought. Macam2 statement keluar, mak can jaga sepuluh anak but seploh anak cannot jaga one mak. I saw different. Mak got left at a hotel, bukan mesjid. It turned out a different story altogether now and I hope those to dissed the anak, can eat your nice words!

Then also keluar cerita mak/pak yang kena abandoned oleh anak2. Can you blamed the anak when they also got abandoned by their parents? How can the anak grow up to care to love their dad, kalau perangai bapaknya dulu serupa pak ayam? Of course set set Tenggang exist. But very rare.

Jabatan Kebajikan Masyarakat, dah memang sepatutnya menjaga kebajikan, sudah2 lah nak tolak ke anak pulak. It is about time, goverment yang makan hasil cukai, start taking care of the vulnerable.

Mana2 yang berduit sekarang...simpanlah. Kita takleh paksa anak2 kita jaga kita. Hambiklah insurance premium tinggi2 besok2 kita nak nak masuk care home, takyah gi mintak derma.

We cannot force people to care. Because some people just don't..although di tunjuk kat depan hidung dia pun.

10 comments:

Anonymous said...

My mum penah story dolu2 ade pelakon lelaki ni kuar sokabar sayu anak2 x pedulik. Beduyun jugak la anak die. Last2, anak die bg statement bapak die tu tinggalkn mak diorang mase kecik2 lg haram x contact dah after that. Cam x bleh blah. Buat anak, tinggal, dah tua berharap menuai hasil dari benih die tu. Apala nak jadi ngn donia ni.

_Micha

Anonymous said...

makji.. i mmg agree with you.. i pn simpan duit untuk masukkan diri sendiri dlm rumah org tua yang bagus2 bila dah tua nanti.. i dont expect my children to dengan happy nye and sukarelanye change my diapers ke hape....

Unknown said...

Memang agree 100% uols... tapi nak wat cemana like uols said lah dah mendarah daging dalam society Melayu/ Asia kita kekdahnya..kalau tak jaga karang dianggap derhaka pulak. karang kena sumpah jadik tangkuban parahu lagi magu meraong khennn??? I pun sama uols, kalau I ada anak pun (tapi takde so how???) I won't ever try to menyusahkan orang lainlah kalau kedua dua anak dan menantu memang beria ia benor nak jaga then that is fine..barulah harmoni. Lagipun ingat senang ke semua nak duduk satu rumah ni? Clash of the Titans sangat! Ops!

DeLancrettLurpak said...

I mmg dah decide dgn T-Bag, dah tuo-tuo nanti masuk la nursing home.. at least buleh I borak2 dgn org sebaya tentang bestnya nyanyi lagu 50cent kann? Tapi ado la maso eh nak pi tumpang kojap rumah anak den, main ngan cucu..

Tapi I nak carik nursing home yg best la kannn.. ada jacuzzi, kehkehkeh

Makji Esah said...

Micha..dah nama pon pelakon dedolu kan..yang memang pemes mempunyai bini dan anak merata2...pastu bila dah uzur, mulalah kluar cerita anak2 tak peduliks. Bila nya yg dia tu duliks kat anak nya?!

Anon..hah tu lah dia. Even my mom pun tak suka bila I kena tukar pamperrs nya..(dah tu siapa nak tukar, Nurse bantai larikk aje bila panggil!)

Mak Leemah oiii..anak2 uols tu kalau tak mengenang budi apak nya mmg la tak tau nak cakap apa deh..pitih sokmo mitok kann? Tak jaga pun takpe, tapi sila check in uols kat Nursing Home fai star okehhh?

DLL, ondak yg ado jacuzzi yo..buek eh lomeh, shapooo nak nolong weihh? Bilo kito dah tuo sok, tak yah jacuzzi do..sendiri buleh buek..masuk an air lam tempayan..bawak berondam..pehtu kontut la reramai...jacuzzi pe?

Anonymous said...

makji,

you tak boleh cakap lebih lebih sebab you duduk senang dekat negara omputih. <--- familiar?

on a related note, bapak I pun walked away when I was 11. shall I reconcile when he pops up someday? stupid question, I know.

-abang hensem yg still hidup dengn subsidi-

Anonymous said...

makji, nice topic been discussed. my pov since i pernah jaga two persons closest to my heart. frankly, jaga org tua tambah lg yg sakit kronik, byk absorb energy on the caregiver. telling myself, i'm doing it in the name humanity n fardu kifayah. One day, kita pun taktau future nasib camner kan?

I can see raut muka anak2 yg happened to take giliran jaga parents yg sakit. ada yg merungut2, masam muka, bertengkar etc. These days, with high pressure in today's living and society. Can't blamed them, weols ada kuarga sendiri yg perlu perhatian juga.

Thru that, i kept berdoa as long as i live, i hope that i takkan susahkan anak2 waktu tua nnt. Biar ar mati mengejut pun takpe. Tinggal kat nursing home tak kisah, but every wiken ada ar somebody bawak balik (kira mcm kita duk kat asrama ler gamaknya). Sometimes, we need own family environment too.

We need to think positif, make own savings, create hobbies, make more frens around, planning travelling n holidays with frens, beloved ones. Reading, fesbuking n blogging pun orait gak to avoid loneliness. Surely, ur mom is an independent ex working woman tapi mulut org keliling susah nak tutup kannn makji? Let them be...as long as ur mom hepi, selesa dan tak kaco org sudaa..

makorang

Makji Esah said...

Abg Hensem eh, mmg that ayat is familar for those yg kiranya'terlepas' sebab dok oversea...tapi alhamdulillah, idok lah pernah terdengar lagi kat telinga I, but allah saja yg tahu kot2 ada terdetik dalam hati orang kannn? No question is a stupid question...you got abandoned at 11, allah knows why...sometimes, yg tukang abandon tu pun kita tak tahu apa masalah nya. but for sure, to expect you suddenly becoming excited serupa little house on the prairie tak leh gak kan? If your dad suddenly menjelma dan memerlukan penjagaan, kalau you mampu..you bayar saja lah. Jenguk lah jugak but I think you ought to let him know how you feel and tell him why you are doing it.Nobody can blame you for how you feel and you will not be blamed for turning away sick parent. tapi kalau dia setakat nak jadik kawan pesbuk mintak add, tak yah lah haa...doa dinganin lalu aje lah...(tu dia, jahanam punya nasihat)

Anon,
Sure. Tapi serun gak dengar bab mati mengejut tu...kalau tgh tgk concert jastin bibot ter mati, camno lak kan? Help & Hope punya division pun ada satu dedicated untuk orang tua...so, nanti sign up lah ye. Jacuzzi tak dak, tapi PS3 ada laaa...

Silver Fern said...

Makji
my mom is happily living on her own setelah bapak ai membelahkan dirinya. she'll come up and visit whenever she feels like it but her ex-in-laws duk bising nape anak dia yg satu ni xmo balik duk kampung jaga dia. i married a foreigner who believes in independent living so we (termasuklah mak ai) try to live independently as much as we can -- xmo duk bawah ketiak kekdahnya-- Alhamdulillah my mom takdak sakit apa2 so far cuma dia kenkadang lonely sajork.. perhaps i shud take your advice and get her a maid to teman her layan sinetron2 di Astro Bella diptg hari...
When Help&Hope ado division org tua nanti, count us in tp bleh add Nintendo Wii tak? Jacuzzi takdak weol xkesah., tp bleh taruk sauna tak? :p

Makji Esah said...

SF, wahh nintendo Wii mmg dah tersedia ada...siap dgn papan Wii Fit nya sekali weh...