Betul cakap Kiah, orang yang tengah sakit adalah sensitip. Maka saya sekarang sedang melalui musim2 sensitip. Ditambah dengan acara tumpah darah on monthly basis tu, lagi lah sensitips kan?
1. Ada kawan saya cakap dengan saya, dia malas nak campur dengan set2 melayu tempatnya. Katanya Melayu suka cakap hal orang. Dalam hati saya kata..ehh, saya pun melayu juga. Saya rasa nak cakap dengan dia, tak kira la apa bangsa, ada orang yang memang suka cakap pasal hal orang lain. Dan pada saya, orang takkkan bercakap hal kita kalau kita tak bercakap hal mereka. Gituh. Saya kira-kira, secara fulltime, dah dekat 13 tahun..okay..ni dah June kann? Dah 13 tahun saya bermastautin kat sini. Saya pun tak jugak ramai kawan dgn orang Melayu. Saya rasa sebabnya ialah saya ni pemalu (phluekkkks taww) Ada suatu ketika dahulu, saya berkenal dgn beberapa orang melayu, tetapi dgn tak semena2, sebab mereka tu gaduh, dgn saya2 pun mereka gaduh jugak. Macam2 perangai betul. Mula2 dulu saya rajin pergi gathering gomen kat Bayswater tu...sebabnya saya nak la tengok ramai orang melayu. Tapi, saya tak happy langsung...sebab melayu kat situ ada geng2 mereka sendiri. Saya takde geng. So selepas itu saya membuat keputusan, okaylah..saya malaslah nak pi tempat ramai orang melayu lagi. Why am I writing this? Sebab ada orang tanya saya, saya tak pergi lepak area2 Bayswater tu ke. Saya cakap, saya tak suka sebab area tu area orang melayu. Mesti orang tu rasa saya sudah bongkak. Tapi, itulah sebabnya. Saya tak suka pergi ke tempat saya rasa out of place.
2. Ada seorang kawan saya datang urusan kerja ke London baru2 ni. Kami kenal pun through work jugak...ye lah, saya kan tengah active ber networking ni. Orang melayu...tapi sepatah haram cakap melayu pun dia tak nak cakap dgn saya. Saya bantai juga cakap melayu diselang seli homputeh. Seperti kebanyakan melayu frustrated yang lain, dia katanya telah bosan nak rak dgn Malaysia dan nak berhijrah. Cara cakapnya tu macam dah benci sungguh..tak boleh tahan itu, tak boleh tahan ini. Bila saya baca profil nya, dia hanya belajar dinegara homputeh 2 tahun aje. Amboiiii. Tapi saya kan suka mendengar? Kadang2 orang tak sedar, makin banyak dia bercakap, makin bangang bunyi nya. Tapi dia masih muda...masa saya sebaya dgn dia, dalam hotak saya masa tu nak cari duit saja. Saya takde masa nak menengok dan memikir perangai orang sekeliling. Dia kata pemikirannya setaraf orang Eropah saja. Elehhh. Tapi walaupun begitu, dia seorang yang berbakat dalam kerja nya. Line bidang kerja kami sama...dan saya rasa saya boleh faham frustration nya. Kerja membawa kebaikan masyarakat ni susah nak dapat bantuan.Dia tanya saya, macam mana projek saya. Saya kata, okaylah...so far, ada 2 saja orang kat Malaysia yang sudah menyumbang. Yang lain2 tu..orang Malaysia disini. Saya kata, tak apa...kita tak boleh harap orang berpisah dgn duit mereka apatah lagi suka dgn kerja kita. Orang Malaysia kan suka glamerrr? Kerja glamerr..pakaian glamerr..shopping glamerrr. Walaupun mereka claim mereka tu bangsa penyayang, saya tak pernah dengar pulak orang Malaysia ambik cuti setahun buat kerja kebajikan. Opis saya, kalau sorang2 mat salleh hilang, tau tau dah pi Afrika lah in a mission ubat Malaria, mission mengajar budak buta huruf. Minggu lepas, ada colleague saya ambik cuti 3 bulan tanpa gaji nak pi jaga orang utan kat Borneo katanya. Orang Malaysia? Ohh..ye lah..mereka pi Palestine, kan? Walaupun berlambak orang Malaysia tu susah. Kemudahan orang cacat kurang. PM kita kerja nya menjelajah janji ditepati aje. Tah hapa janji yang pernah ditepati tatau lah...
3. Oh ya...saya juga ada baca blog gossip. Tu pun kalau dah news tu ter flash2 kat FB. Sekarang ni ramai betul pelakon penyanyi nama pelik2. Dah la nama pun pelik, hobi pun pelik. Bergaduh. Yang tu kata orang ni, yang ni kata orang tu. Tapi kata straight A student, kan? Gitu ke mentality nya? And all this about thinking aloud speech in social media? Yang of course dibaca orang ramai orang. Tak ke berfikir sebelum nak cakap tu? Takyah kata retis lah kann? Yang golongan bijak pandai politik pun cam tu gak. One claimed to know many secrets. Macam tak habis2. Yang dia nak expose tu abang dia sendiri. Okaylah..adik beradik lagikan bergaduhkan...but tak terfikir ke apa orang cakap? What with the demi bangsa and negara kononnya dia buat camtu? And pulak sipuak yang konon nya kena fitnah tu...lehhh. Because you are teraniaya maka you deserve the vote lah and naik jadik PM? Kan ke patut you bersihkan nama you dulu, pastu bila dah clear, nak jadik PM? Jadi laaaa.
No comments:
Post a Comment