Okay, ada pertanyaan lagi. But I really think that if I blog about it, maka kita-kita yang ber symptom tapi malu nak pi serah diri kat clinic2 psychiatry, boleh la baca. Takpe, nanti bila ALP dah siap, you boleh datang ye. Kita boleh layan you 1:1.
To reiterate, schizophrenia can only be diagnose through symptoms presented. Tak ada ujian-ujian makmal. Having said this, janganlah pulak uols berasa Psychiatrist tu sesuka jiwa aja nak diagnose orang ye. Manalah tahu kan...kita ni kan serba defensive kenkadang.
Maybe you should know that it is not always easy to describe the typical symptoms. It really depend on the severity and kenkadang tu symptoms are presented in such a variety of combinations. But yang I tahu, symptoms adalah di kategori kan kepada 3 aja, but if this is wrong, para Dr yang membaca silalah bagitau, sebab Makji ni bukan lah Doktor ye. Hiks hiks hiks...( kurang air)
There's negative, cognitive and positive.
Let's do positive first. Yang dikategorikan sebagai positif ialah hallusinasi dan khayalan. Okay, this two are not the same. Believe me, although macam sama je bunyik nya. Hallucination involves things like hearing,tasting,smelling and nampak benda yang tak ada. Dalam bahasa melayu yang senang difahami ialah, hallusinasi akan terjadi bila kefahaman yang timbul atas ketidakcukupan daya pendorong. Err, sense of perception that arises in the absence of a stimulus.
Khayalan pulak...ialah kepercayaan yang tak mahu patuh or bertolak ansur dengan benda yang logic dan benar. Often, memang out of keep with the holder's background. Gitu. Ada ketaksamaan nya sidua beradik ni ye. Walaupun khayalan ni tak semestinya menipu, tapi punca datangnya kenkadang adalah tak masuk akal. Pastu pulak, khayalan ni ada berjenis-jenis tema nya.
Why are they called 'Positive Symptoms'? Hehehe, masa I memula jadik pekerja kat Substance Misuse Dept tu, ni lah soklan yang saya tanya. Ye lah..heran lah kann...apa pulak hallucination and delusions tu dipanggil positive? Jawapan situkang mengajar tu ialah, postive makna nya active symptoms. Macam bila orang cakap, ohh si pokpek tu HIV Positive. Kann? Dah le HIV, positive lah pulak lagi. But time2 tu, saya adalah pelajar lulusan kira2 yang baru pencen dari jadik pramulori. So manalah nak paham term2 medical ni kan?
Symptom Cognitive pulak ialah bila seseorang tu mengalami kepayahan nak konsentret kat kita dan daya ingatan yang lemah. Tapi ini tidaklah bermakna bila laki kita ataupun kekasih kita tak fokus kat kita masa kita bagitau dia menda2, maka dia tu adalah penghidap schizophrenia. Tak, itu sakit chilaka nama nya. Dan memang patut di lempang dgn mangkuk panas.
Negative Symptom pulak ialah bila...bak kata orang Kelantan...tok pakka. Nak buat tu tak boleh, nak bangun dari katil takde daya, nak mandi tak nak...bercakap pun tak betul...one of many lah. Still this does not apply to sakit chilaka yang dialami oleh para swomi anda ye. Cuba anda offer nak pinangkan Zarina Anjolie Lavocah---seriously, betul ke nama dia cenggini?! Maka symptom sakit chilaka laki anda tu akan hilang serta merta.
So the soklan was, bilakah masa nya yang sesuai untuk mendapat pertolongan? Hmm, soklan ni I tak berapa paham...adakah you rasa you mengalami tanda2 schizophrenia?
Macam ni lah...we can tell when we feel strange physically and emotionally. Bila kita rasa tertekan amat sangat sampai kita tak nampak jalan keluar, bawak2 lah mengadu. Orang kata, mengadulah pada Allah, dia maha mendengar. Betul. Tapi kita juga kena practical. Bila ada symptom secara physical, ketaklaratan melampau, hyperventilation segala...mengadulah pada Doctor jua.
Another thing, kalau yg tertekan tu bukan kita, tapi orang yang rapat dgn kita, mind you..mostly pesakit mental tak sedar mereka tu telah menunjukkan symptom mereka kat orang, you bawaklah dia tu jumpa doctor. Penyakit mental adakalanya timbul bila pesakitnya muda belia lagi. Kadang2 tanda-tanda awal are often preceded by insidious phase. Macam Kiah suka menuduh asal anak no. 2 aje, ber MCS. Tetiba pulak Allah nak duga kita anak no 2 kita pulak yang nak kena sakit, so nampaklah fasa-fasa yang agak pelik...suka cakap sensorang, monyok..marah2 etc. Without the benefit of hindsight, tanda2 awal mmg susah untuk di cam, especially dengan bermacam ragamnya perangai budak2 sekarang...when it can be naturally be passed off as normal teenagers mood,masalah chenta or drug use. Trust your instinct. Cuba bukak sikit bijik mata dan kepala tu.Kalau lain macam sangat, sila pergi jumpa doctor.
Then masalah seterusnya....kalau si orang yang sakit tu tak rasa dia sakit dan tak nak? Then kita jumpa doctor dan mintak nasihat. Macam mana nak bercakap. Dalam masyarakat kita, jumpa doktor...okaylah, janganlah kata jumpa doktor, jumpa orang pejabat agama mintak nasihat sebab kita dgn laki kita ada masalah pun kita malu kan? Yelah..tak nak orang tahu masalah kita. Nak nak pulak kalau orang pejabat agama tu macam haram mulut nya. Eh, ada tau. Ni pernah orang yang saya kenal pi jumpa Jab Agama maka si Ustaz pegawai agama tu cakap, tu lah...ingkar cakap suami, tak pandai jaga hati suami...cis. Patut di bom cili je orang camtu. Ehh..of the tangent pulak.
Early detection of an illness will improve the situation. Walaupun tak ada miracle cure, schizophrenia can be successfully treated.
Meh sini I nak cakap dengan uols. Orang Malaysia...okaylah...orang melayu kebanyakan nya mempunyai sifat malu yang displaced. Benda yang tak patut kita malu, kita malu. Benda yang patut kita malu...kita tak malu. Ada orang macam kurang sifat malunya mencanang-canang kemacambagusan mereka kat orang. Kalau kita pakai dari head to toe branded, kita tak malu tunjuk kat orang. Kita la rasa tak malu sebab kita rasa kita cantik. Orang yang menengok kata, elehh...tapi kita rasa, ohh cakap lah apa kau nak cakap, janji aku hado. Kau hado? Benda macam ni jadik amalan kita sehari-hari. Kita tak rasa malu membuka aib orang...membuat kacau depan rumah orang buat tarian tunjuk burit. Kita tak rasa malu pergi buat road show mengata orang sana, mengata orang sini.
Kita tak rasa malu naik public transport macam anak kambing. Kita tak rasa malu bawak kereta selaju laju alam macam kita aja lah yang nak cepat. Kita tak malu menganiaya orang.
Tapi kita malu nak menerima kekurangan orang. Kita malu nak berterus terang. Kita malu mengenangkan apa orang akan cakap.
Okaylah...saya suka memesong cakap kan? Boleh tak saya dengan muka yang paling tak malu minta you all, dan kawan2 you all...kalaulah ada sedikit rasa kasihan didalam hati, membantu Persatuan Fitrah untuk mengumpul duit untuk melaksanakan projek ALP mereka? You all dah baca news kan, yang sana sini ramai orang sakit yang tak di ubat ditolong, yang kesudahannya menunjukkan tanda yang paling extreme baru pihak berwajib nak ambil perhatian?
You all tahu tak kat Felda nun, mana2 budak perempuan yang sakit mental juga dijadikan hamba seksual jantan2 lahanat, pastu bila budak tu mengadu, pi pulak kompang kawan tu gila? Free free aja bagi si pompuan tu HIV nah?
Tahu tak you...ada nenek di Cheras terpaksa menjaga 4 cucunya yng sakit mental dan Kementerian Lembu Duduk Condo hanya memberi RM150.00 sorang untuk sara hidup tapi berduit pulak buat building 38 tingkat kat Putrajaya nun?
Some of us boleh pergi Starbuck, tengok wayang etc etc...but pesakit2 mental yang mempunyai makpak tak mampu, jangankan nak pi Starbucks you, menyebut Starbucks pun takut. Tak mahukah kita bagi mereka peluang mendapat rawatan dan membolehkan mereka hidup macam kita juga...pi kerja, pi tengok wayang...ada kawan-kawan...
Smallest fun in life. I am asking you to consider. Kadang2 hidup kita ini bukan untuk kita sendiri. Macam, if we earn gaji 2 ke 3 ribu ke, maybe 50 ringgit tu macam tertulis untuk orang lain yang memerlukan. We will never get poor donating money to the needy. :)
The information on how to pass on your generosity is on the top posting. Spread the news.
I want to write about managing stress and anxiety. It may be helpful for you or people you cared for and it is part of psychosocial treatment (bab yang inj I tersangatlah terrer nahhh) I think apart from explaining the typical symptoms and how to cope, the other thing about mental illness that you may find useful to know is how to manage it and informations about medications.
The anons who emailed me the question, I hope my explanation helps ye :)
Sent from my iPad
3 comments:
mak ji,
saya sering berkhayal hugh jakeman sedang bersembunyi dalam almari saya. Help me.(i tunggu u kt stabak)
Anonymous.
Madam Esah Hjh,
If a man feels like he's undergoing a mid life crisis, does that constitute a form of mental illness? What i was made to understand men who r in their 40s suddenly starting to enjoy life, going to gym, playing football and enjoying things that he enjoyed doing when he was a kid etc. It's not necessarily mean he's running away w another woman during this phase of so called mid life crisis but he's certainly like to look good n smart etc
Anon Ratu Stabak...ye, sila bawak pill2 kuda yg saya order tempohari sekali ye...
Post a Comment