About Me

Sunday, April 29, 2012

Tak Bersih...Sangat

Trust that when you bring up the subject of politics...in this case, siapa sokong PAS, siapa suka PKR..siapa menyampah dengan UMNO, maka ramai yang akan muncul dengan komen2 mega kurang hajar, pastu bantai taruk nama Anon. Baguslah sangat kannn?

But when you ask for their time to read and give to something yang adalah makna sikit, semua dok diam aje.

Okay la..since I write this blog and maybe owns it, let me just tell you beberapa perkara yang I tak berapa berkenan dan kalau boleh (memang boleh pun, pasal tu la gunanya privacy setting kan?) memang tak akannya terlepas untuk pembacaan awam.

a) Can I ask that you kalau nak buat comment, jangan gunakan kata-kata carut tahap dewa yang sohehnya takkan keluar kat Kamus Dewan Bahasa & Pustaka tu? Iya, I tahu..I pun mencarut gak..but to be very graphic yang melambangkan peribadi you yang ...eh, kalau dah bahasa ropa itu, apalah sangat yang boleh dibangga kan, kan? So, mintak tolong ye adik2..I tak mintak pun you suka apa you baca kat dalam blog ni. Kalau you tak suka, you gi baca blog lain. Perangai you yang mencarut to the high heaven tu serupalah macam, tak suka masuk Tesco, tapi masuk gak Tesco..pastu gi berak pulak kat situ. However, kalaulah you pesakit sindrom Tourette yang tegar dan dengan cara mencarut aje hidup you lebih bahagia..maka mencarutlah sebanyak2 nya. It is just I know that Tourette's sufferer, idoklah mencarut dalam bentuk tulisan gitu. Dah...syuhhh...syuhhh. Gi main jauh2.

b) What's written in here is an opinion of the writer. You did not subscribe to this blog. You don't have to pay to read this. Tidak ada unsur paksaan disini. Manusia ini lain kepala hotak nya. Benda yang I suka tak semestinya you suka, dan begitulah sebaliknya. Kalau you rasa saya terlebih liberal, terlebih open minded...dan terimalah itu saya. I have said this before, one must learn to accept their own weaknesses before they can accept others. Ketahuilah dalam perjalanan hidup kita ni, kita akan jumpa ramaiiiiiii peel orang. Kalau kita rasa orang tu sewel, terimalah kesewelan dia dan mengingatkan diri kita sendiri, harap2 nya janganlah saya begitu. Saya menerima teguran..dalam cara berdiri, baring dan duduk. Tegurlah dan bersedialah menerima teguran saya balik. Yang baik, yang perfect tu adalah Allah sahaja, bukan you dan bukan I.

c) Kalau you minat blog saya, dan berminatlah kepada blog saya saja. Berminatlah dengan apa yang saya kerjakan. Tak payah private message ajak jumpa. Dan tak payah private message bagitau saya yang you tak tidur malam berfantasy kan saya. Saya sudah tua untuk ter flattered dengan kata-kata you tu. Lagipun saya ni sombong dan memilih kawan. That statement in itself sudah cukup untuk membuatkan you all lari. Kalau you berkeras jugak nak menghantar mesej2 macam tu, apa kata you subscribe saja porn channel?

d) Okay..ni part yang sangat sensitive. Sebagai orang Islam, kita wajib mengingatkan sesama kita. Itu saya terima. Tapi jangan buat andaian kalau benda itu tak terjadi didepan mata sebab itu adalah fitnah. Having said that, fitnahlah saya semahu-mahu you sebab pahala saya pun kurang. You kata saya kuat minum..tak sembahyang..etc etc. You siapa? kawan serumah saya ke? Tak apa...saya bersyukur kerana you tak pernah tinggal sembahyang dan tak minum (agaknya). Terima kasih lah sebab buat pahala untuk saya ye?

e) Fahamkan betul2 apa yang you baca. Then buat ulasan then comment. Jangan baca satu line, lepas tu hati sudah hangat..maka membuat andaian tersasar. Inilah masalah orang Melayu, tidak faham. Bila tidak faham..tak mau bertanya untuk lebih faham. Kesudahnya buat andaian sendiri yang salah. Alaa..macam hal BERSIH tu lah. Tujuannya untuk meminta gomen memastikan yang pilihanraya akan datang ni dijalankan dlm keadaan adil. Baca manifest BERSIH tu. Dato' Ambiga bukannya presiden party BERSIH, dia dan beberapa yg lain hanya orang kuat yang memperjuangkan BERSIH. BERSIH is not Anwar too. BERSIH does not mean you are anti gomen.  Saya berani cakap begini sebab dulu saya pun macam itu. Bila tak faham, malu nak tanya sebab takut orang ingat kita bodoh. Tapi kalau kita bodoh, kan bagus kalau kita belajar? Bertanya malu...buat kacau tak malu pulak kan?

Sekian. Sekarang you, you dan you...boleh pergi. Pergi baca blog Anwar Ibrahim.

8 comments:

DeLancrettLurpak said...

eeee takut, makji marah ker?

I baru perasan you dah update your blog, I thought you busy buat lawatan ke opis Kak Jat.. Dah balik ke London ye, jom jumpa, I minat kat you tauuu, hehehe..

Anyway Makji, buat taktau ja dgn comment yg %@%#Q$% tu, suka hati ja nak judge org tak solat tak puasa minum ka, dia ingat setakat solat kalau mulut #^$^$^%, elok kaa? kiranya dia ingat kalau dah solat+puasa, bolehla maki sesukati, boleh treat manusia lain mcm haram? balance katanya, balance la sangatt kannn? chehhhh

Makji Esah said...

Wahh..blogger pemes dah masuk, ehh..I lagi minat kat you...minat kat anak you yg pandai joget macam Justin Bieber ittew..hikhikhik. Komen yg aku tak suka baca,tak kena publish. Sonangg baitu. Hah.. bilakah agaknya Tuan Puteri akan menghantar kek perasa kelapa kat rumah beta?

Anonymous said...

you punya bahasa x sesuai orang perempuan baca, tolonglah jangan guna perkataan kongkek sebab itu gross sungguh.

Makji Esah said...

Then..janganlah baca. Pergi baca Majalah Nur Islam etc etc. yang tak ada unsur seksual tu. Or, for you shall I just write..sexual intercourse? Illegal penetration? Consensual interception? Gross enough?

Anonymous said...

hahahhaha makaji nyer bahasa make me laugh to the max..........smpi kuar air mata wakakakkakakak-ogy-

abgfesyen said...

I love you even more!!!!!!!

Unknown said...

..you are dealing with closed parachutes, lady..over a time they will just pummelled to the ground..and as i anticipated, this is your politicurse part III..hehehe..cant say this coot didnt enjoyed you telling them off..:) cheers..

Unknown said...

..I think the cortect word is plummet..getting a bit malapropismic on my old age..sigh..