About Me

Sunday, February 13, 2011

Saya Adalah Sensitive Sikit Hari Ni....

Baru-baru ni masa saya balik Msia, saya ada buat benda berani mati sikit. Buat masa sekarang, takyah lah cerita apa benda yang berani mati tu...sebab selagi Loyar Sabung Ayam tak beri maklumat rasmi, saya ni ibarat Chin Peng yang muka takmalu nak mintak masuk Msia balik...selepas ramai orang dibunuhnya.

Dua 3 menjak ini, saya rasa sangat sunyi. Amma jauh...Appa jauh. Saya selalu baca/dengar cerita orang yang tak ngam dengan makpak nya. Syukur..saya takdelah pulak camtu.Nak kata ngammmm sangat sampai nak balik tido bawah ketiak tu takdelah. Nak kata manja, jauh sekali. Tapi, bolehlah...saya takde issue besar-besar dengan makpak saya. Syukur saya dapat Amma yang tak pandai berleter. Dengan Appa...merajuk zaman muda mudi tu ada laa...tapi saya jenis merajuk dendiam. Entah2 dia pun tak perasan saya merajuk.

Baru-baru ini Amma tanya, bila mau balik reban for good? Saya jawab...mana-mana reban pun sama juga. Amma takde tanya lagi. Tapi saya tahu, Amma sangat happy bila nampak saya...walaupun saya visit Touch & Go.

Lepas tu, on the way balik KL....saya terfikir juga. Saya memang tak pernah duduk sini punya reban. Saya Amma sudah berumur. Lepas saya kluar itu sekolah asrama dan masuk lagi campus dan terus berambus UK, saya memang permanently sudah tidak pulang Amma Appa punya reban, melainkan social visits saja.

So, saya rasa saya kena buat sesuatu. Mula-mula saya kena cari reban saya dulu. Saya sudah jumpa yang saya suka. Tapi seperti biasa, saya suka bertindak mengikut citarasa Robert Mugabe. Tak apalah...kalau ada rezeki saya, saya pasti akan dapat benda yang saya mahu itu. Insya Allah.

Ada lagi satu benda yang saya akan buat. Ianya tidaklah menepati cita-cita saya..tapi, saya adalah pengemis yang tidak boleh memilih. Tapi saya pilih yang bersesuaian dengan demand hidup saya. Mungkin jauh dari KL, tapi taklah sejauh sekarang.

Ohh..adakah saya nak buat ini semua kerana chenta baru saya? (Siap kau Kiah nak speku...) Tidak...si chenta baru saya itu boleh menjaga dirinya sendiri dan jumpa selalu pun boleh berbunuh juga.

Saya nak kembali macam dulu. Suka-suka bila saya ada masa, saya akan drive balik kampung jumpa Amma saya. Bila saya sudah tua, saya tahu tak ada orang atau anak saya akan buat macam tu kat saya (sebab saya takde anak)

Kepada kawan2 saya yang baik hati...tolonglah berdoa untuk saya. Saya juga adalah demam...that's why saya sensitive semacam ni.

12 comments:

ColourfulSock said...

Saya rasa saya pun sudah demam, bangun pagi terus check blog hajjah.

Saya doa kan hajjah cepat sembuh dari demam. Jangan lah fikir banyak sangat pasal Amma Appa. I am sure they are proud of you, be it you are in MY or UK. (Saya dah mula cakap ong putih nie)

The most important thing is that you pray for them (Ok, saya bukan jenis yg pray as in pakai kain telekung segala but it is still a doa even if you do it while you are driving or in a tube)

PS - Satu lagi sebab saya masuk blog hajjah nie sebab nak dengaq lagu :P

Anonymous said...

semoga dipermudahkan segala urusan makji.. ameennn. -lobai-

Unknown said...

..salam lady..now why does this post moves me??...maybe you touched a chord about daughters merajuking and their fathers not aware..maybe your stock taking ways, figuring in not only your chenta but also your amma and appa..forget Mugambe..I thought I saw a lil bit of homesickness a creeping..whatever it is, its time..and pakmat wishes you all the best..may God blessed..cheers..

Iron Butterfly said...

i hope you can come back for good Hajjah Esah. Boleh lepak2 setahun sekali dengan you. Haha.

Tijah said...

kongrets! nanti hoswoming reban baru ajak la yer?

stephen said...

Robert Mugabe, hahaha, lamak sik dengar nama ya, klak ku berik nama anjing rumah sebelah ya nama Mugabe...

watachiwa said...

Baliklah Mak Aji..
masa inilah nak duduk dekat ngan Amma dan Appa Mak Aji :)

Makji Esah said...

Wah Stoking Berwarna...ko masuk dengar lagu ni, kasik lah tips sikit...hahaha

Mokasihhhh Lobai..mudah mudahan.

Dear Pak Mat, I think my father did realised I was merajuking, but being the alpha dad, he finds no urgency to acknowledge it. pandai merajuk, pandai lah pujuk diri sendiri...wallahualam. Homesick? Yes, I think so too. Thanks for for prayers. I appreciate it big time.

IB..sebulan sekali pun bleyyyy

Tijah...mintak-mintak lopeh, kok tak lopeh, jgn kato roban, paku eh pun tak nampak do.

Stephen, malar jaikkk asuk ya kelak. Sik boh la..merik la nama glamer sikit..Lassey ka, apa ka..hahaha

Watachiwa...kalau boleh balik camtu je, semalam dah balik dahhh.

ColourfulSock said...

Amboi mak dah gelak ha ha ha dah nie. dah baik demam kah? Appa Amma apa cerita? :P

Anonymous said...

pulanglah.......

still stalking

Unknown said...

Kesian uols..nak wat cemana noh..dah set set kita dok jejauh ni, inniewlah kehidopan yang kita ndakkan kan?? Apa apa pun, at least uols balsbals reban sekali tiga bulan.. mak geget jari jah (walaupon dalam hati ni mak lagi kacang lupakan kulit dinch mahu balik as frequent as I used to be)...all the best noks *HUGS*

Anonymous said...

Puan Hajah Jolie,

Saya ari ni baru baca blok ni sungguh kaget dan terhibur tempat hibur dan sayu tempat sayu, terima kasih dan erus menulis dan berjuang.

meru, klang