About Me

Friday, February 18, 2011

Antisocial Networking

Jantan No.1
Dia satu kelas dengan saya semasa disekolah rendah. Di MRSM pun saya terjumpa dia. Rupanya boleh tahan tapi dia sangatlah old fashion, tak pun, dia akan pakai saja uniform yang dibeli makpaknya. Zaman saya dulu, budak2 jantan akan pakai seluar baggy and berambut George Michael, tak pun Bros. Tapi Si Mamat ini dah le pakai seluar sapu lantai dan berambut belah tengah. Habis kehensemannya. Dia juga adalah sangat nerd dan tak pandai mengambil hati budak perempuan yakni kalau I takde pencil ke, pen ke..jadilah knight in the shinning armour dan offer lebihan pen pencil kau kann? Tidak. Dia tak akan bagi orang pinjam pencil sharperner nya dan geometri set nya. Kalau dia bagi pun kerana terpaksa dan disertakan dengan kata-kata 'lainkali ingatla bawak barang kamu sendiri'. Dia tak macam budak2 lelaki lain yang sanggup dimarah cikgu namun kemachoan dan ke gentleman'an tetap terpelihara dengan budak-budak pompuan. Recently, dia telah terbit dalam Pesbuk saya. Seperti jejaka-jejaka sebaya saya, dia adalah ber saiz besar dari sebelumnya. Dari status-status pesbuknya, saya dapat agak dia ni sudah berbini dua kali. Dia suka benar mengata ex bininya dalam status pesbuknya. Dia juga, pada saya suka mereka-reka cerita. Dia kata dizaman sekolah, dia suka mengacau budak-budak perempuan. Dia kenkadang dengan konfident tahap Mike Tyson akan menulis kat wall kawannya, yang juga kawan saya...eh, ko ingat kan kita dulu suka kacau awek-awek kat Block C. Dia juga ada menulis kepada saya yang dia juga ada mengorat saya, tapi saya tak layan. Ish..pembongak sungguh. Macamlah saya tak tau kalau ada orang cuba ngorat saya. Selama beberapa bulan, dia adalah satu bahan umpat saya dengan kawan-kawan ketat saya yang perasan jugak akan 'split personality' dia tu dan kami akan ketawa secara berjemaah, walaupun berada di time zone lain-lain. Tetapi, baru-baru ini...saya telah me message nya secara peribadi dan memberinya sekeping fikiran saya. Dia publish gambar terbaru ex bininya...dan bersama bini baru dan rakan-rakannya, dia mengutuk bini lama. Dan mereka tergelak beramai-ramai dan memberi opinion yang sungguh kejam beramai-ramai. Tak patut sungguh. Saya rasa tidak patut kerana...dia ada anak dengan bini lama nya dan juga, seburuk mana pun bini lamanya, tidak kah dia terfikir yang itu akan memburukkan keadaan dia dengan ex dia dan tak terpikirkah dia, orang yang dikatanya secara berjemaah dalam open wall itu adalah ibu pada anaknya??? Didalam wall dan kutukan mereka itu, mereka cakaplah..ex bini dia pompuan sunds lah, ahli neraka jahanam la...dan macam-macam lagi. So, saya pun message dia...dan menegur betapa bingai nya dia...dimasukkan juga pendapat saya tentang perbuatannya dlm segi Agama, ye lah..dah dia pun kutuk orang tu takde iman la apa lah. Saya tanya, memburukkan orang itu menyerlahkan kuatnya iman awak kah? POMMM! Terus saya diremove nya. Hidup saya aman tanpa status bangang dia lagi.

Jantan No.2
Dia pun kawan sekolah saya tapi sebab makpak kami saling mengenal, dia juga adalah family friend keluarga saya. Dia sangat pendiam semasa disekolah...ataupun mungkin, dia hanya tak bercakap dengan saya saja??? Ye lah, masa kita muda-muda yakni 12 tahun kebawah, sesiapa saja jantan yang sebaya akan dijadikan mangsa gossip diluar kerelaan kita. I think pasal tu, kami sama-sama jadik malu. Kita akan diejek semahu-mahunya sampai kita nangis dan mengadu kat bapak kita. Orang yang mengejek tu pulak adalah adik beradik kita dan jiran-jiran kita juga. Beberapa bulan lepas, kami terjumpa dalam pesbuk. Dia sudah berubah banyak...ye lah dah berumur. Saya tanya...anak sudah berapa? Dia cakap dia belum kahwin. Dia kata dia pernah hampir nak kawin, tapi tak menjadi.Dia pun tanya saya soklan sama. Saya pun cakap saya belum kahwin. Dia jawab..ohh, ada chance lah ni. Saya gelak-gelak saja. Saya tengok gambar-gambar profile nya. Ikutkan mulut saya yang jahat lagi bacul ini, mahu saja saya kata mukanya persis perogol bersiri..tak pun pesakit mental yang kronik. Status-status update nya juga adalah membimbangkan....dia kata, marilah kita kawan dengan cicak, kerana cicak itu tidak akan menyusahkan kita. Tak pun, status update nya akan berbunyi begini...sesungguhnya susah betul orang nak memahani perasaan kita, dengan itu marilah kita membela lipan sebagai kawan. Status terbarunya, Hari Valentine adalah tidak membawa pekdah so marilah kita menukarnya sebagai hari biawak sedunia. Not funny. Kalau dia itu naturally nya funny, mungkin saya akan gelak sampai koyak ulcer mulut saya. Dan saya pun terus berfikir jahat...patutlah tak kahwin lagi. Pompuan manalah yang mahu kalau you obsessed dengan segala serangga makhluk perosak tu?

Jantan No.3
Dia ni kerja satu jabatan dengan saya. Satu kompeni tahu dia kuat komplen dan suka bercakap besar. Everytime kami masuk meeting, dia akan menyuarakan betapa dia dah menyampah tahap Thurdercats dengan kerja kami dan dia juga mendapat tawaran gaji besar dari council-council lain. Masalahnya, tak pergi-pergi pun. Kalau kompeni ni teruk sangat and kalau kau tu bagus sangat, apasal kau masih lagi masuk briefing sebulan sekali yang kau dok kutuk sambil mengabiskan biskut Digestive opis kita???? Semua orang tahu dia suka bercakap besar, sama besar dengan badan dia. Dia juga adalah pengeluar khabar angin dan pencetus gossip yang handal dalam kompeni kami. Saya tahu kerana saya adalah mangsa gosippannya. Pada suatu hari, ada orang telah menyampaikan gossip yang dia buat terhadap saya. Yang tukang bagitahu ni pun satu kapal gossip juga dengan si Jantan Gedempol ini. Saya cakap kat sipenyampai itu, tell him...nobody in this world will lose weight by gossipping. Pada bulan lepas, saya dapat tahu dia kena sound oleh Big Boss. Saya sangat suka. Lepas tu saya dengar cerita dia tergelincir dalam ice dan tangannya terkehel. Saya lagi suka. Semalam dia tulis kat status pesbuknya 'The Gunner will feel like shit tomorrow after tonight's result'. Babi sungguh dia tu. Tuhan itu maha kaya kann? Kalah Barcelona oleh Arsenal. Saya jawab comment nya..so, what is the shit taste like now?

Jantan No. 4
Saya tak kenal dia dan dia pun tak kenal saya (boleh camtu?) Tapi dia adalah kekasih gelap kawan saya dan juga suami kepada isterinya yang tidak tahu akan soSIAL networking nya dengan pompuan lain, yakni kawan saya ni. Saya ada juga tegur kawan saya...kenapalah you kacau laki orang? Kawan saya kata, laki orang tu yang kacau dia. Okaylah...takes two lah kannn. Kawan saya ni cantik juga orangnya dan jantan ini adalah mampu nak berbini lebih dari satu pun. Rupanya kawan saya ini pernah jugak bertanyakan kemanalah hala tuju mereka...takkan sampai bila dan berkasih dalam gelap kan? Menurut kawan saya, jantan itu jawab...so, kita macam ni lah. Maknanya..berkasih gelaplah kita. So, saya nasihatkan kawan saya itu...tak apalah..jadilah bini nombor dua, daripada you dibuat macam ini. Tapi pada saya, adalah sgt obvious jantan tu tak mahu bertanggungjawab. Boleh dia kata 'berdoalah pada Allah agar kita ada jodoh'. Ptuihhh kata saya. Saya cakap kat kawan saya, what is stopping him...unless memang dia yang nak main-main. Saya cakap kat kawan saya tu lagi, dia suruh berdoa kat Allah? You ingat Allah nak support ke hubungan-hubungan camni? Nampak sangat jantan tu bagi alasan bingai. Dah lah...saya cakap kat kawan saya, sekarang you boleh fikir lah. Kalau dia ikhlas, dia akan sanggup memintak izin bini nya untuk tak buat dosa dengan you. saya harap kawan saya tu akan berfikir dengan baik nya. Laki orang bukan seorang....


Sekian.

7 comments:

ColourfulSock said...

Lega .... saya dah boleh baca blog Hjh Leha dah & dengaq lagu! :P Ada technical problem last 2 days.

Hjh tak dak ka cerita Jantan yg senonoh sikit? Ish terbelahak saya baca Jantan last sekali tu :P

Anonymous said...

Esah..

Aku gelak guling2 atas katil baca entry ni tho aku tak kenal sorang pun makhluk2 di atas.
Im glad laki-laki yang ku kenali tak berpenyakit cam tu... *touchwood*
Sally Mally
( ada org tiru nama i pas tu letak komen bangang kat beautifulnara, tak malu kah..?)

hazeleyed lady said...

...i like your style!

Anonymous said...

bestla baca your blog..release stress lepas tensen seharian bekerja


- kuli KKM

Hjh Esah Jolie said...

Stking Warna Warni...Hjh Leha tu siapa? Dah dua kali dah awak tulih Hajah Leha...mak mentua ka?

Wahh Sally Mally, tu maknanya ko kena buat blogger account supaya nama trademark mu terpelihara...hahaha...

Hazeleyed...I'm afraid I don't have style..at all...

Kuli KKM..wah, baru lepas operate orang ka yg stress gils gils tu?

ColourfulSock said...

Hah ya ka ... awat saya jadi lagu tu? Saya akan lebih berhati hati di masa hadapan.

Mak Mentua saya tak Hajah lagi :P

Anonymous said...

Hi Esah Comel,

memang ringan kepala baca blog u ni..boleh membuatkan i jatuh cintan dgn u..teruskan dgn penulisan2 yang panasss....yang menggeletek hati...

-blue-