About Me

Tuesday, July 06, 2010

Jauh Dimata....Dihati Pun Boleh Jauh Juga...

Ada adik ni bertanya...macam mana ye makji boleh cope ber chenta berjauhan mata?

Okaylah Dik...tapi nak diingatkan disini yang entry ini juga boleh mengundang muntah nasik yang dimakan tadi, so sesapa yang rasa dia dah meloya tu, sialah tinggalkan bacaan anda sekarang jugak.

I have done twice chenta jarak jauh ni. Yang memula tu...dua kali gak berjauhan, 1st time masa dia pergi further study kat UMIST sinun and I pulak masih terkontang kanting kat NCUK. Masa ni idok lah terasa peritnya pasal, bukannya we all jumpa selalu pun. So dia ada ke takde kat depan mata rasa sama aje. Alah..masa ni kan chenta monyet, plus chenta untuk tatapan umum, yang kira-kira, asal ada orang nak kat kita, tak kisah lah kalau dia tu dok kat Zimbabwe pun, janji satu Malaya tahu kita ada boipren. Kisahnya lah masa tu....(ish..malu nya bila ingatkan balik betapa desperate not-hoswipe nya we all masa tu)

When I came to UK, we sort of rekindled the romance yang idokla romantik mana pun kalau nak dihingatkan balik, where he was busy with his studies and MUFC (and being so over friendly with other Minah Gedikss) and only sedar yang I ni ujud bila dia lonely githoo..ces!

Well, he is not all bad. Ada jugak benda-benda kecik yang dibuatnya yang sebagitu romantik yang I ingat sampai kini, and walaupun dia lari pi kawin dgn pompuan lain, ada jugak memory before and after mati between us yang boleh juga membuatkan I rasa nak nangis bila mengenangkan chenta yang patah tu. When he return to Malaysia, that was our 2nd round of chenta jarak jauh yang berakhir dengan dia kahwin dengan orang lain. Entahlah..hati orang boleh berubah kan?

Sekarang pulak...I pun baru lagi la nak berjarak jauh ni. Baru nak masuk 7 bulan. As you know, I dah kawan dengan MC lama...and dia pulak, dah 16 tahun kemudian baru terperasan yang I partner material. With us things happened all so sudden, I balik cuti, dia ajak jumpa...takde pun plan nak continue where we left things off ke (we are talking 16 years ago ni) and dari lunch melarat sampai dinner...until malam tu I dah tak boleh tido dok teringat kat dia..and dia pun dok teringat kat I.

So, we sort of know that I am going to be far and we agree to give our relationship another go. Memula tu susah lah jugak...ye lah, prep talk nya 3 jam sebelum I naik flight and we had to get to know each other again via Skype, YM what have you.

Of course now, we had the chance to spend longer time together and we know this is what we want. But still not easy. I think you pun tahu, masa bercintalah kita kena dok dekat-dekat sebab masa ni lah time makan tak lalu mandi tak basah nya pun. But since we all pun umur dah past 12noon, takde lah sampai tak mandi and tak makan. Yang paling terasa is bila masa kita sensorang and dah takde benda nak buat and masa ni lah kita memerlukan orang kat sebelah kita. I am not saying this in a bad way, of course when you with someone, you need them all the time. (Ohh..MC, you tak nak ke datang visit I????)

You kena tanya diri you jugak...apa kes nya you all nak chenta jarak jauh pun? Paksa ke rela? Yang dah tahu dok kat Malaysia yang pi nak cari sahabat pena with intention nak dijadikan laki kat Angola tu pe kejadah nya if sama-sama tak nak beralih tempat duduk kan?

Kalau dah terpaksa, macam kes I ni, then you mesti tanya diri you sendiri...boleh ke you berjauhan? Boleh ke you percaya diri you dan diri orang tu? Boleh ke you tahan jumpa 2 bulan sekali? (ish..untung lah hang Sally..)

I think, the other disadvantages nya is when we encounter some bad moment and pulak tu orang yang kita dok harap-harap untuk memujuk hati kita yang lara ni sibuk buat menda lain. Maka cepat lah kita berasa hati dan membuat adegan merajuk sampai melarat ke pikir benda bukan bukan, leading to us feeling so despondent dan hati pun boleh berkata..ohh..why do I bother? You are not here anyway..I'm all by myself..missing you badly and you don't even care!!!! (Percayalah...script ni seringkali terkeluar bila hati marah)

All I can say is that..you must love someone deeply to do this. Love can sometimes overlook all difficulties, walaupun ada nearest option, yang sijauh tu jugaklah yang di chenta-chenta, maka...itulah jawapan kat soklan you whether or not, you nak buat Program PJJ ni. Bila berjauhan ni, hati mudah sensitip..kalau suara orang tu jawab phone call kita macam nak tak nak pun, kita boleh nangis macam dah mati laki. Semunya memerlukan kekuatan mental dik oii.

Perlu dingat, berkepit dopopat jam juga tidak menjanjikan bahagia....(ini juga adalah kata-kata untuk memujuk hati saya kenkadang)

9 comments:

Anonymous said...

Hajjah Esah sayang,

Kekuatan mental, luar dalam (apakah?!) sangat la mustahaknya.Sometimes I have emotional insecurities jgak,bole pulak buat'phone check' tgh malam, sometimes bila dia tak layan ( org tgh tido REM kan), bole pulak marah tu... hahah. Gila!!

mokjadeandell said...

hjh.I very agree la your last para.Berkepit 24 jam belum tentu bahagia.Tu yang rasa nak pi jalan jalan tinggal tinggal supaya boleh test betul bahagia ke tidak? Kena kena dia lompat tinggi sampai awan bila tak dak kita dok peghati kat depa.(loghat peghelih).
Bye.Have a nice day.

NenekPenne said...

oh aku suka entry ni sebab ianya adalah entry dari orang yang bersikap matang dan rasional tak sensijiwamental mcm aku...

hylda the panda said...

omg makji, segala yang ditulis kat sini memang terkena kat batang hidung sendiri.

from the 1st bf - tak kisahlah dia kat zimbabwe pun asalkan boleh canang kat satu kampung kita dah ada bf - CHECK

to masa bercintalah nak duk dekat2, nak manja2 semua tapi tak boleh sebab LDR, and kalau dia jawab fon macam nak tak nak kita akan merajuk etc - CHECK

been there done that yo.

haish. taktau lah. nak jugak tau pandangan orang laki dalam hal LDR ni.

AyunasiA said...

teringin nak tau apa pendapat daripada 'the other side'...

Dibiee said...

Yup betul... memang kena kuat tahap cipan.. lau tak..

PARAH...

cik said...

sangat setuju!
tp kan mak aji..i rasa regardless pjj ke cinta depan mata ka..mmg ada masanya tetiba kita boleh jadi sewel..tindakan-tindakan terencat akal nih tetiba terbuat dlm keadaan sedar pun..apa pekdah tak tau la :P

Anonymous said...

sis jolie...kalo kes mcm nenek penne tu apa yg sis jolie nak nasihat kan dier...terbaca blog dier masa baca blog sis jolie...mcm kesian sgt2 kann...i think u r d right person to advise her...thanks sis...

eka 79'..yg nk jaga maruah kaum wanita nih...dgn gigih nie...he3

Anonymous said...

halahh duk dekat pon bukannye bole jumpa selalu (dgn sakit hatinye)sebln sekali pon susah.naseb lah org yg waktu kejenye mcm 7eleven.2 bln skali lain2 benua kira ok lh cik esah kan.