About Me

Tuesday, October 30, 2012

Penat Dan Menyampah

Setelah berurusan dengan orang melayu di Malaya selama 18 bulan...conclusion nya, I sekarang sudah penat dan sudah masuk tahap malas dan menyampah.

Setelah kita merdeka, menang pingat kat Olympik, pergi melawat angkasalepas, meniru segala program realiti USA dan UK, anak2 muda dan orang2 yang tak berapa muda dah pandai memilemkan diri sendiri dalam versi 3g lantas mengupload nya dalam tenet...err apa lagi, big huge office building and almost everything is on top of the range, I wonder why...orang melayu masih tak reti nak cakap terang2 bila berurusan dengan orang.

Bila kita buat inquiry...email kita tak pernah nya mereka jawab. Ni bukan email ke company Cheok Soon Kok ye, but this is email to somebody berbintikan orang melayu dalam opis besar.

I emailed few banks...yang menjawab nya adalah officer seperti Jessica Hew dan Angela Siow. Kalau nama Siti Nurhazali tak pun Nur Ramlah Ramli, haram nya dia nak jawab.

I expressed my frustrations to my friend in KL, katanya orang melayu ni suka personal touch..tak suka main email-email. You have to call them katanya..Pun begitu...bila dah di talipon, officer yang kononnya in charge, adalah sangat vague dalam menjawab soalan lantas...nak kena tanya Manager yang senantiasa tak ada di ofis.

Tak apalah.

The thing is...susah ke nak bagi jawapan yang konkrit? Susah ke nak commit? Or..susah ke nak berkata benar?

Bagi yang kononnya berkerja itu suatu ibadah...ibadah apakah bila membuat orang menunggu bak menunggu buah kelapa muda gugur? Ibadah apakah berjanji...berjanji...dan berjanji tapi tujuan sebenarnya ialah nak lari dari menghadap dan menjawab pertanyaan kita?

I dah dekat 13 tahun kerja dengan UK gomen...dan dengan orang2 putihs. Walaupun mereka ni tak semuanya putihs tapi beginilah contoh etika kerja mereka...

1. Kalau saya ada query tentang bill saya, macam ada charges yang saya rasa saya tak familiar, saya akan call mereka. Mereka akan ambil details. Pastu mereka akan kata, bagi kami investigate dan dalam 48 jam, kami akan call anda balik. Tak sampai 48 jam..mereka akan call dan buat sesuatu. Mereka tak akan pass saya serata department dan tak akan bagitau saya..err, saya tak pastilah kak..boleh call besok tak cakap dgn boss.

2. Kalau boiler saya rosak..ataupun phone saya rosak...saya call dan report dan mereka akan bagi date bila mereka boleh datang. Dan mereka akan datang ---cuma bab yg tak syiok nya dia akan kata, we will come betwen 8 to 12pm...gasak lah tunggu dari pukul 8 pagi nak gi berak pun rasa tak kena. Telepon rumah mak saya kat Paroi Jaya pernah rosak...tapi mereka hanya datang setelah anak mak saya yang paling samseng telepon ugut nak saman mereka. Kalau nak datang pun, tak pernah nya ada jadual bila nak datang. Cakap nak datang...tapi taktau bila.

3. Dalam urusan business, saya akan email orang2 yang berkenaan. Good things about email is that you have everything in writing. Pasal tu saya suka ber email. Bukannya saya tak suka call, but knowing how vulnerable phone call is, where people can just deny what they said to you. Orang berkenaan akan jawab email saya...kalau tak jawab dlm hari yg sama pun, dia akan jawab juga dan mintak maaf sebab delay. Kalau mereka ada jawapan masa masa itu juga, mereka akan jawab query saya. Kalau tak ada, mereka acknowledged email saya dan kata okay, mereka akan jawab dalam beberapa hari lagi. Yes, they came back to me after few days. With answer. Yes or No. Tiada timbul soal janji manis, janji Subramaniam atapun janji Pak Haji. All in the name of professionalism.Kalau tak boleh, cakap tak boleh.


Orang melayu di Malaysia?

Mereka tak boleh nak buat...tapi tak nak mengecikkan hati or for whatever reasons...nak nampak macho all can do agaknya, ended up membuat janji yang mereka tahu akan dicapati dan sekaligus, mengecikkan hati orang.

Communication tak ada. Cakap aje yang berbunga bunga. Planning tak ada langsung...commitment sendiri pun tak respect. Ni kan pula commitment dgn orang. The worst part is, they don't care if they caused people upset. Friendship means nothing.

Orang Melayu Malaysia..bila kerja dan berada di position authority, perangai pun bertukar menjadi tapir. You cant tell them that they do wrong. You cant tell them how to be professional. You can't ask them when should you expect result. Because if you do all that to him/her, you may as well kiss everything goodbye. You are forever at their mercy.

Orang Melayu...even when they have committed to you, you are still expected to beg, beg and beg. They like to be in power and to feel the power. U asked about the work you gave them last week. This week they tell you..I can't be disturb sebab aku sibuk adik aku nak kahwin. Or..nenek aku nak amik SPM so aku kena ajar dia buat add math. Hmm...what is your nenek or adik kahwin got to do with the work you're supposed to finish up?

Orang Melayu...majority...are against gay movement. But, they are not 'straight' as you want them to be. No straight answer, no straight explanation. Akan beri jawapan dalam masa dua tiga hari..can mean..dua tiga bulan. Semuanya bengkok. Everything is gay. Theoretically.

Apakah makna nya ni? Melayu tak boleh harap ke or tak boleh percaya? I am a Malay. I am a Muslim. Whichever can come first. If you want to be nit picky, you say I should be a muslim first then Malay. But tell me, whichever way but if you are still useless, disrespectful, what identity suit you best? Berdegar degar hidup kerana Allah, everything must follow sunnah...but if you persistent in upsetting people, berjanji capati when it suits you, sunnah apakah yang you ikut?

Mode : Bengang dengan situasi bangang.



Sent from my iPad

11 comments:

@rep said...

Nah. U said it all. *sambil bagi standing ovation

Anonymous said...

marahhh nya ...:) tak apa ... you are actually being honest on behalf of many ... hopefully ... i doubt though ... we berubah ... but ... main reason I believe is lack of attitude ... bad or good sama je ... so they become tak kisah ... so we may say tak kisah attitude ...

good thing for blogs ... ada juga ruang melepas geram ... siapa-siapa lah nak ambil berat ye ... :)

all the best ...

HS

Anonymous said...

this the frustration that we face daily hidup di malaysia.
orang melayu menjahanamkan negara and everything that is good in it.
im a muslim malay and i know this is not the face of Islam. This is just the nature of malays.We should focus on ourselves and be the change we want to see. Malays please stop confusing non muslims about Islam. You deter people from embracing God's words with your malay-ness.
Sad to say ,orang melayu rata rata tidak boleh diharap atau dipercayai.

Makji Esah said...

@rep...benda2 camni takyah bagi standing ovation...curah air ice aje..sebab penceramah tengah panas..hehehe

HS & Anon,
The saddest part is I think the Malays knows how 'tak boleh harap' they have become or become willingly mengikut benda2 yang tak patut diikut becos the majority do. Like, they can komplen abt jabatan gomen like this and so on, but they themselves are about the same...sebab orang lain punj tak nak berubah, kenapa aku kena berubah? I am sure they are nice ppl working in big office, but kalau dapat Boss yang takde system or sendiri pun tak take pride on their work, nak buat macam mana? Tegur sikit, kecik ati..pastu kalau tak hantar santau, pi humpat dgn geng2 mesjid tak pun pi meroyan kat pesbuk. Yes, I am frustrated..I am upset. Work was suppose to get done eons ago..but? janji, janji dan janji. It is almost impossible to depend on people..

Anonymous said...

Terima kasih kerana menginsafkan aya email. Saya suka peram email, bila ada masa atau dah dpt info baru balas (which sometimes takes a few day). Lepas ni, dpt email je terus reply dah terima & will answer in full later on.

MakLeemah Cleopatah said...

Maka sepertimana kataku berkali kali kat laki kieww ittew yg meronta nak kerja di sana, the very best of luck lah to you bang oiiiiii!!!! Hikhikhik

aking said...

Teringat plak masa nak mintak conversion MARA dolu2, email bereamil email, call bercall call, asyik pas kat officer tu ni tu ni...last-last yg incharge?? NON HADO kat tompekkkkkk aje? kau kerja apa? Kata nak call balik sudahnya?tengssssssssss

org kita mmg tak suka jawab email, call je diaorg suka

Makji Esah said...

Anon..good that you mendapat iktibar dari posting ni. Acknowledge lah email orang, kalaupun orang tu salah hantar email. Imagine u ckp dgn orang pastu org tak layan..gitu lah rasa nya. But having said abt tak layan..sometimes ada sebab org tak nak layan tu. bab tu, si tak kena layan, kenalah pikir sendiri ya..

Mak Leemah heyy, merasa lah dia stress stress stress dgn perangai orang sana besok2..

Aking..call pun manjang takde opis aje buat apa? Buat buang masa aja...

Kak Yam said...

Tak suka jawap email ? Hahhh...ye la sangat. Tapi kalau dok mengforward email carefour jual ayam tak semelih, petronas jual nasi lemak tak halal, stabak haram , itu tak boleh, orang tu merogol, orang ni meliwat.., forward gambo apek dgn amoi buat sex blog....kemainnnnnn lagi laju..kannnn.

Makji Esah said...

Kak Yam, bab forward memfoward tu tak memerlukan mereka menggunakan akal. Org kita kan mmg terrer bab-bab tu..kalau buat kerja tak guna otak tu memanglah cekap.

DeLancrettLurpak said...

Aha! Sesuai sgt entry ni dgn situasi saya sekarang.. diorg tak balas email, diorg tak jwb phone.. bila kita phone, dia kebetulan terjwb, suara kita pun dah naik keras sebab marah oo, asik tekan butang dial, pastu dia tanya kita "Puan marah kami ke?"..

Rasa nak jwb je, "tak marah, tapi rasa tikam je awak dgn pisau"..hahahahahaha!