Benciks taww...because I had to retype the hole entry dedicated to one Makcik Wok. Thanks to yahoo mail, posting tu ghaib macam bekalan Twisties kat rumah I.
Dah la I am under a lot of stress ni...but trust my secret lover yang sokmo gersang tu will not take 'stress' as an excuse to tak hapdate blog. Dia pun sembelit..I tak cakap apa pun.
However, having to re write, gives me time to re think. The missing post was harsh because I telah menggunakan vocab-vocab yang sangat power yang tak sesuai digunakan dibulan Remdan ni.
But although this is a re write, the message is still clear. I want this Makcik Wok to know (or that Pakcik Wok yang menerima berita sensasi dari BFF nya tu) that I detest orang yang menyalahgunakan 'kuasa' ni.
Lets just start with something educational first. HIV positif. Cakap aje HIV positive, mesti kita ingat set-set friends of Dorothy tu aje yang vulnerable nya kepada virus ini. Ohh tidak...kalau Allah nak duga kita, set-set yang mithali pun boleh kena jangkit jua. Ye lah..kita tahulah tahap ke mithalian kita..tapi laki/bini/boipren/gilpren kita?
Orang Melayu dah le tak suka pakai 'sarung' kannn? Ohh..manalah I tahu? Sebab banyak kajian yang I dah buat. Selalunya kita orang perempuanlah yang di expect menjaga supaya anak2 berudu sipuak2 jantan tu tak terlepas kedalam dish plate kita. But why must ppl thinking using protection ittew hanyalah untuk menghalang penternakan anak2 berudu aje? Tak ke kita pernah dengar geng-geng sexually transmitted disease tu? And how many of us yang tak malu nak buat HIV test? Dengar HIV aje dah tersipu2.
Okay...sometimes we can't be too careful. In UK, kalaulah sexual partner you ter kasi virus HIV nya kat you, maka you boleh mendakwa dia melakukan GBH kat you. (grievious bodily harm) But I know orang kat Malaya nun..nak-nak gadis2 terganggu mental di Felda yang telah didermakan virus oleh puak2 penghisap dadah ataupun jantan jelmaan syaitan.
First I want this Makcik and Pakcik Wok to know that, warga opis kita tak akan nya terkena jangkitan HIV kalau setakat pembawa virus itu terbersin depan you. You nak bercium mulut pun boleh gak dgn pembawa virus tu. You atau sipembawa virus tu terluka dek papercut sebab kena taruk A4 paper dalam mesin potostat tu pun takkannya membawa padah. So, perlukah risk assessment untuk kamu-kamu wahai pakcik/makcik Wok? Tak payah. Unless you memang nak buat sexual intercourse tanpa protection dgn pembawa virus tu or meminta dia menderma darahnya kat you, then you may be at risk. Orang yang patut diprotect adalah sipembawa virus ittew..so tak payahlah nak kalut satu opis ya.
That surprise me though..makcik/pakcik Wok adalah educated. Ke mengaku educated? You can google tak pun pergilah mintak leaflet2 free kat spital/klinik swasta, gomen etc.
Next, let's talk about professionalism. Orang-orang yang mengaku professional dlam kerjaya mereka adalah orang-orang yang selalunya tidak. Bila kita kerja dalam HR, kita dalah access tu information gaji orang tu berapa, butir2 peribadi nya...like kalau nama dia sebenarnya Mat Haron tapi mengaku Aaron, maka orang HR lah yang tahu. Kalau secretary boss kita tu sebenarnya bini ke 4 boss kita pun, kalau kita kerja HR, info2 macam ni, adalah diluar dan dalam tangan kita. So, di mana tanggungjawab kita sebagai penyimpan maklumat opis ni sebenarnya? Adakah kita gunakan nya untuk membeli persahabatan dgn laki orang? Adakah kita terlampau unfofuler sangat dalam opis tu maka info2 itu adalah berguna untuk kita menjadi pencetus gossip? Babi sangat lah kan perbuatan kita tu?
Pun si pendengar gossip ataupun cerita2 sensasi opis ini....apa perlunya kita dgn info2 tu? Bukankah kita patut menegur si Makcik Wok ni dgn teguran...err, dimana letaknya confidentiality policy you? Tak ke you rasa yang kalau si Makcik Wok bff you tu boleh cerita hal sensasi orang lain kat you, maka suatu besok meja pun terbalik maka cerita sensasi you pulak akan menjadi bahan cerita dia dan bff baru nya?!
Okay, thirdly....appropriateness of friendship. I have a very close friendship with males yang sekarang of course dah jadi laki and bapak orang. Then as orang perempuan...memang kita kena draw a line sikit. Orang tu ada bini...so as much as we want to be 'so close' there is a boundary. Nak nak kita hidup dalam society yang orang tumpang kencing dlm rumah pun boleh kena fitnah. I remember my parents ada jugak bff dgn pakcik makcik ni. With the pakcik always be our saviour (tukang hantar sekolah tak pun tukang angkat tong gas) bila Appa takde, and Appa will be saviour at theirs..but idok lah pulak makcik tu bergossip sakan dgn Appa I dibelakang laki nya, considering my Appa and her have been friends masa bujang2.
Anyhow...tu aje lah cerita nya. One despicable makcik Wok.
So macam nilah...kalaulah you ada mengidap HIV positif dan telah mendisclosed kan hal you pada orang HR you, and tetiba pulak rasa orang opis you macam takut2 aje nak salam tangan you...maka, if you want a good lawyer to saman Makcik Wok pembawa mulut tu, silalah contact I ye. Lawyer I si Desert Rose tu bila2 masa je sudi nak amik case you!
To that Makcik Wok, berhentilah sebarkan aib orang...nanti aib you takdelah pulak orang nak jaga kann? Kadang2 tembelang kita dah pecah tanpa kita sedari...like kita secara senyap2 masuk website toot toot dan membeli tah hapa2 barang dari laman web toot toot tu. Wahh..kenapa nak menyorok? Apa yang rahsia sangat tu? Kita ingat orang tak tau, tapi orang tahu just malas aje nak memalukan kita. Isk...ni aib siapalah pulak ni kan?
Selamat berbuka puasa uolsss....
No comments:
Post a Comment