About Me

Monday, August 12, 2013

Update

Selamat hari raya you all......I ni bukanlah macam orang yang kat Ealing yang siap ambik cuti-cuti raya gi rumah ambassador untuk beraya..wahh sapa tu? Setelah berbelas tahun, kuasa untuk beraya dgn orang2 yang I tak kenal dan manusia-manusia yang akan menelek I atas bawah adalah tiada, lantas...berayalah I di office saja tahun ni dgn Egg Sandwich gittew.

Tapi masuk aje Raya ke 3, I dan kawan2 I beraya sakannnnnnnn uols. Kat rumah I lah berkumpulnya manusia-manusia yang tak beraya dihari raya.

Kalau ada tersalah kata, tersindir dan termelukakan hati dan perasaan uols, I mintak mahap lah ye. Maklumlah..manusia sekarang kan semakin sensitips. I mengata Sheila Majid, Roslan Aziz terasa. Nasha Aziz makan cili, Noorkumalasari pulak yang tetiba mintak air sejuk bergelas-gelas sebab pedass. I bagi makan kucing, owner chihuahua sebelah rumah lak kecik ati kata I menghina anjing nya. I bantai main lagu Ais Ais babi pada raya pertama...karang orang kata I menghina orang melayu pulak.

So, in view of apa saja yang kita buat tetap akan mengundang kata-kata sumbang mambang mahram, apa lagi yang boleh I buat selain dari mintak mahap, ye tak?

Mana yang telah dikata dan kutuk, err...well, kalau ada conscience I, I akan pergilah jumpa you untuk mintak mahap..tapi rasanya macam tak ada lagi..sebab memang I nak kutuk/kata you pun. I tak nak jadi macam kawan I tu, kaw kaw dia naik hangin dgn Mamat supplier payung emas tu, tup tup..bila dia dah witness keputihmelepakan orang tu adding to his good looks, terus dia berubah pikiran. Kalau dia berubah pikiran lepas orang tu terjun lombong selamatkan makcik Jeyton yang hampir lemas sebab rantai leher berat tu, lain lah kannn...

Okay, Kiah telah membuat ugutan secara tak rasmi yang katanya kalau I tak update, dia pun takkan update. I know I need her more than she needs me..so I akan ambil serius ugutannya...maka terhasillah update yang akan menambah dosa yang mampu I kurangkan masa berposa tu hari. Hiksss. So you all..terimalah posting bersiri...

Siri 1 - Wanita Dan Payung Emas
It seems to me that people made whole loads of big deal bila alim ulamak ataupun jantan2 yang set-set alim ulamak ni menikah lagi satu. Well, with exception of that Serap Muslim yang memang dah rasanya premeditate lah kan yang dia nak kaup dua-dua pompuan tu sekali. I read about ada Ustaz ni kahwin. Tu hari UAI pun kahwin ke 3. Sepesen aje rhopa bini mereka yang muda rumaja dan tidaklah nampak mereka tu berkahwin dgn balu ke or janda yang ditinggalkan laki. Marahlah kawum pompuan kannn....agaknya kita ompompuan ni rasa, berkahwin lebih dari satu tu adalah perkara yang biasa dilakukan oleh orang yang bekerja sebagai bapak ayam part time. Like...between Bung Mokhtar & Husam Musa, siapakah yang lebih cenderung untuk digossipkan dgn wanita-wanita gediks? Tapi bila Pak Ustaz yang sembahyang tak tinggal, cakap pun berselang seli dgn nama Allah, sabda Rasulullah etc etc, tetiba keluar news kahwin lagi satu...maka tergoncang lah sekejap donia. Padahal...dgn jantan...ustaz ke, mustaz ke...apa yang perlu diheran kan? Anything can happen gitu. Bertambah tercabar lagi kita perempuan bila dapat tahu yang membagi greenlight adalah bini mereka sendiri. Maybe terasa lah agaknya..wahh..aku dok jadi onggaji pilipin, pelacur pilipin dalam umahtangga ku, tidak kah cukup lagi untuk ku dapat highway to heaven gitu? Perlukah kupinangkan Nilopa untuk Encik Swomi maka syurgalah tempat kieww? Misti sang isteri akan rasa gittew kannn?

Ada orang lelaki yang kata..hehehe...ni I petik dari apa yang orang tu cakap lah ye...lelaki yang kahwin lebih dari satu ni umpama macam beli KFC lah. Ikut nafsu kita kepada 'ayam' tu. Kalau tak berapa lapar, beli seketul. Kalau nafsu lebih sikit, beli snack plate dan kalau nafsu bagak lagi beli dinner plate.

So, walaupun sibini sendiri yang volunteer untuk pinangkan, kalau you tak klapaq, tak akanlah you akan kahwin dua kann?

Dan kita pompuan ni akan dijanjikan dgn payung emas lah. Samada kita hadap ke tidak dgn payung emas tu...entah lah. Kalau you dah menggatal nak menikah lagi, pi jelah toksahlah dok promote payung emas kat I kann?

Kenapakah bila Ustaz muka suci tu kahwin dua kita rasa menyampah tapi Salih Yakop muka kambing mengawan tu kawin 3 siap bergambar dgn ketiga-tiga bini kita idoklah pulak rasa nak tubuhkan whatsapp group mengumpat dia?

Is it really a woman place to decide which man should remarry? And sebagai bini yang mithali...adalah kemithalian kita tu takkan lengkap dgn payung emas itu?

And do we really need that payung emas? Entahlah...kalau Allah nak bagi, ambik je lah kann? tapi, takyah lah posing dgn bini2 ku locking arms lagi...wahh tak goma den tengok. Pompuan tu dah redho kau pasang lagi sorang pun dah cukup baik kann? Takyahlah gi sagat hati nya lagi...hati menangis tak siapa tahui wooo Ustazz.

Siri 2 - Wanita & Cahaya Kebenaran

Vahh vahh..edisi wanita sungguh lah kan. Adalah kawan I ni uols...masa puasa tu hari dia pergi ke Mekah. Wahh..sebelum dia pergi, dia mintak mahap satu pesbuk. I kan uols..I suka tgk orang pergi Mekah dan I juga suka tengok result orang balik Mekah. Kadang2 terserlah apa pemberian Allah kat kita. Kawan I ni balik..setelah kami disajikan dgn hapdate2 dia dari kota Mekah (ehh..ada pulak masa ko gi posing2..maksud I, kalau gambor tu diupload lepas balik ke Malaya okay lah..but bukankah kita di Tanah Haram tu perlu fokus kepada Ibadat? Time ibadat, buat Ibadat lah kann..time jenajalan naik unta tu okaylah. Ni tengah2 masjidil haram, depan Kaabah tgh tawaf, boleh kau snap-snap depan Kaabah? Makna nya, in between tu, ko check pesbuk lah kan?

Setelah kawan I ni pulang...maka status update nya, penuh dgn ayat itu dan ini. Syukurrr. Pastu dia announce aktiviti duniawi pesbuk nya akan dikurangkan dan dia tak lagi akan berkawan dgn lelaki yang bukan muhrim nya dlm pesbuk. I don't think dia nak putus sahabat like that lah but, kalau boleh..dia nak kurangkan ber pokpek2 dgn orang jantan yang bukan muhrim nya dalam pesbuk. Okaylah...gitu sekali dia nak jaga adab nya kan? Syukur.... Pastu pulak...dia announce sentiment  antisemitism nya, yang kata dia dan keluarganya akan menjauhi Mekdonal. Okay...I thought she want to quit pesbuk too..yelah..dan tak suka Yahudi sangat kan. Tapi dia tetap ada dlm pesbuk. Mungkin juga dia ingat Mark Zukerberg tu orang Pilah, maka..yes, kita misti sapport Pilah Most Wanted yo yo yo...doso den bertingkek tingkek!!!

Semalam...dia sudah share satu status (yang I dah tahu bulan lepas lagi) suruh umat Islam boikot air Mineral yang kununnya datang dari jirat cina dan dipunyai oleh Cina2 tu. Wah....cahaya kebenaran nya juga telah menunjukkan yang kita saudara seislamnya kenalah memusuhi cina dan air mineral mereka.

Wahh. Saya insaf sangat. Saya berdoa..kalaulah suatu masa nanti kalau saya ber rezeki lagi untuk melawat Tanah Suci, maka saya harap...manusia pertama yang akan saya betulkan bila mendapat hidayah dan cahaya kebenaran ialah....diri saya sendiri. Aminnn.

Siri 3 - Wanita Yang Tak Reti Bahasa
I sudah pesan pada kawan I yang tgh buat PHD tu...andaikata dia dah pass besok, boleh tak dia jangan hilang langsung nilai-nilai sosial nya macam sorang pompuan ni.

Tapikan...agak kasarlah juga I panggil dia tak reti bahasa sebab I belum pernah lagi tegur perangai dia secara direct cuma setakat sindiran secara halus saja. Tapi nampak sangat dia ni tak makan sindir dan juga agaknya hidup didalam buih. Status pesbuk dia kenkadang adalah sedih juga as in...kalau dia up status perlawanan sabung ayam, maka macam dialah commentatornya dan dia jugalah akan menulis tribute kat wall nya sendiri. Ohh congratulation soand so..kerana dapat mengekalkan ranking perlawanan sabung ayam you ketahap global etc etc.

Tu belum lagi dia buat status update orang lain macam tempat cerita mu cerita ku nya. Semalam I compliment drebar bas kat rumah I...memandangkan drebar bus no 72 tu selalunya adalah jelmaan setan, maka semalam, drebarnya sanggup tunggu walaupun I jauh lagi nak lari sampai ke bas tu. Terus dgn tak semena-mena dia seperti biasa dgn komen tak diundang nya...teruslah tulis cerita ku ceritamu pasal hal dia yang pernah dok London and memory dia naik bas dedolu.

Tu hari, bila I buat status berkenaan anjing, dia pun ceritaku ceritamu pasal dia dgn anjing juga. Tak cukup dgn itu, dia mengeluarkan pendapat tanpa merujuk buku lalu ditembak secara berdas-das oleh Kiah.

Kiah kata, she is almost everywhere on my pesbuk wall. Tak dapat komen pun dia like. Betul lah orang kata..kalau kita menyampah kat orang tu..nama dia pun kita tgk kita rasa meluat juga. tapi Dr Lurpak tak bagi remove..sebab katanya nanti takdak gossip. Hihihi. So what I did..asal dia komen aje, I terus delete. Tapi..tengoklah. Dah sampai tahap menyampah even tengok muka nya (dia rasa gambar close up dia lawa lah kot tapi I anmpak cam pompuan tak betul aje ada unsur-unsur juling lak tu) , bahan gossip pun dah tak worth it..and one of this day, I may have to let go.

Okay...bersambung nanti.

24 comments:

Anonymous said...

Betul ke cerita payung mas ni... Org melayu je kot percaya dgn cerita ni. Org Arab ke org India Pakistan ke tak pernah dgr cerita dari they all pasal ni. Betul ke hadis yg ckp pasal tu sahih. Dah 26 tahun dok US dah ramai kawan bebilang bangsa cume org melayu je obses dgn isu tambah bini. Betul ke tak?

Makji Esah said...

Payung emas tu...kalau tak silap mmg ada tertulis tp tafsiran utk simendapat nya tu saya tidak arif. But I dont think the reward can be interpreted sesenang senangnya utk jantan kawin lagi. Untuk negara secular mcm UK/US, kahwin ni masih lg ikut undang2 sivil so tidaklah senang utk menambah pasangan. Adalah tidak tepat kata org melayu yg obses menambah bini. Ikut selera n nafsu masing2 lah. Cina2 berduit galak jugak ber mistress cuma depa takdak fatwa boleh nikah sampai 4.

Anonymous said...

Relief.

captainlukman said...

Ok Mel taw Mek taw sapa wakakakakakakakakaka I loike Tiber...tp cam haram gok entry mu hahaha I loike lagi. Tu lah uols Mek pun tak update pasal ibadat terus kena chop seluruh DUNIA dah gi MEKKAH bila nak gi? Mmmmmmcukup lah sejagat aku n Nya yang tahu

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Hajah.....

Unknown said...

selamat hari raya makji esah, maaf zahir dan batin, mun nak makan kek sarawak padah nya. kelak mek antar.

Anonymous said...

Hjh Esah,

Selamat Hari Raya to you!

Boleh tak rasa2nya tambah lagi satu tajut kat sini? Siri 4 - Mak Buyong yg Terlampau.

Ini kisahnya mak buyong ni dah la mengandung lepas tu mulutnya masya-allah. Tuhan je lah tau. Habis cerita kain dalam mak2 kat UK tu dicanang satu dunia.

Dia orang ni katanya ada la FB chat among them. Mak2 yg ingin meluahkan perasaan dan bertukar pikiran cara mendidik anak la katanya.. At the same time tempat bergossip. Cerita kain dalam sipolan ini dah sipolan itu di jadikan bahan gossip. Yg jadi tukang ceritanya of cos la si Mak Buyong terlampau ni. Yg bila dia bercerita pasal orang kalah mulut cencorot. hahahahaha... Seriously!

Dalam dok cerita hal lain2 tu terkeluar la cerita lama pasal si polan sorang ni yg duduk kat Italy. Si mak buyong terlampau bukak cerita lama and kutuk to the max aib orang tu masa hari raya! Tapi kat dalam FB chat tu ada la sorang mummy ni yg kenal rapat with si polan ni.

Rapat kira yg bukan kenal tru FB or apa2. Ni kenal mmg dah 10 tahun. Mummy ni tegur la mak buyong mengatakan yg dia kenal si polan ni. So dia mmg tak nak dengar cerita ni semua. Tak best katanya.. Tapi si Mak Buyong yg mulutnya macam cencorot tu continue talking bad n aibkan her kat dalam FB chat tu with othe 6 or 7 mummies yg tak kenal pun sapa polan yg dia bercerita ni. Well they know la the name of this polan cos terang2 si Mak Buyong terlampau sebut nama dia.

Si mummy rasa it's unfair for Mak Buyong Terlampau ni to talk about si polan ni macam tu. Si mummy ni bak kata orang punya la baik and mmg tak banyak hal and takde nak cerita pasal orang. Dia ni pendengar setia. Si mummy ni rasa dia patut bagi tahu si polan ni so si polan ni boleh bersemuka dengan si Mak Buyong cara yg elok.

Bila si polan dapat tahu yg dia jadi bahan kutukan untuk kali ke-2. Si polan cuba la contact mak buyong and ucap selamat hari raya and warned her in a good manner. Tapi mak buyong ni biasa la.. Bila dia dah kantoi dia takkan mengaku salah dia. So dia salahkan si Mummy sorang ni sebab she's not supposed to tell anyone about anything on that FB chat (but sebenarnya si Mak Buyong ni mmg tak boleh pakai pun.. that rules valid for other but not her).

Daripada mengaku kesalahan dia, dia hasut other mummies yg kat dalam FB chat tu and disuruhnya pulaukan si Mummy ni. Kesian mummy ni... Orang jadi tak percaya kat mummy ni sebab di manipulatekan oleh si Mak Buyong kata mummy ni yg jahat. Sebenarnya yg jahat lagi macam hantu si Mak Buyong.

Si polan sudah naik hantu launched a war and she think orang jenis macam Mak Buyong ni patut ajar cara orang yg bodoh macam dia jugak. She stooped to Mak Buyong level and give her the taste of her own medicine.

Sekian...

Anonymous said...

TEst..

Ruggedmom com said...

Siri 1
I pernah terfikir, hadis tu kuat ke lemah? kalau syurga itu sebaik-baik kediaman, perlukan lagi payung emas?

Siri 2
I suka orang pergi mekah tapi i tak berapa suka orang yg balik haji mintak dipanggil haji/hajjah.

Anonymous said...

Siri 4 Mak Buyong Terlampau tu.. Rasa macam kenal je.. I've met her couple of times. Baru kenal sekali habis cerita mak mertua dia keluar and adik beradik laki dia keluar. I mmg takut nak close with her, takut tambah dosa dengar all her story. :-)

Makji Esah said...

Hish Aking sukaaaaa speku nohhh???hihihi

Selamat Hari Raya Anon 1... :)

Makcik, ohh kamek tok usah diseruk, orang mok merik satu, mek mintak 3...nang sik malu eh..hihihi

Dear Anons...
I have no clue. maybe you mummies bound to meet another disgruntled mummies. Find something to do with your time lah...nescaya kurang sikit exposure nak dengar cerita or bercerita ni. Orang membuyung ni banyak emosi. You can either stop her at that or jangan jumpa dia lagi. Gituh :)

Izuan Kunang-Kunang said...

Anything for makan free walaupun the nasi kambing was sejuk!

Bag-A-Porter said...

Hjh Esah,
I dengar you pernah jumpa group dia orang ni. And i rasa ada sekali tu you tulis pasal dia orang ni. Yg suka rebut2 cerita anak sapa lagi makan pedas la apa la.. Salah sorangnya Mak Buyong ni la.. Tapi dia ni bukan tahap masa pregnant je tak pregnant pun sama ja.. Tapi masa pregnant ni lagi teruk. hehehe...

Makji Esah said...

Izuan..hah! Nasik kambing? Diulangi, nasik kambing? Erkk

BAP - Ohhhh...you dengar ek? Yes I have written about my masalah donia to go or not to go. My feeling awkward for not able to join in sebab I takdak anak and laki homputis. You must be one of them too, I supposed. Then you must notice that I only talk to just 2 and was rather occupied with my food. But still not sure which one lah. So, kalau perangai dia teruk, kalau sampai membawak ke mimpi, tegur lah. But tengoklah sebanyak mana significant nya dia ni pada diri uols..kalau takat hi and bye..biar lah dia. Besok kalau dah terkurang kawan nya, sedarlah dia yang mulut nya adalah laju. kan?

Bag-A-Porter said...

Hjh Esah,
I mmg tak join dia orang pun, lagipun i dont live in UK. And m not momsie like them. :D But i heard the story... Cos some of the moms, especially Mak Buyong yg mulot macam cencorot tu bila gossip pasal orang panas hati and buntot la sebab you perli dia orang ni.

Yg tulis panjang lebar about Mak Buyong tu i la.. But tersalah la pulak letak anonymous... perasan nak jadi wanita misteri la konon2nya.

Bag-A-Porter said...

Homaigat! Excuse my english! Haha.. Tunggang terbalik! Punya la excited nak comment. Haha...

Makji Esah said...

hmmm.....maybe best to keep out of it lah. i still cannot agak which one. u said u tak join...so good for you kan? kalau tak sure you pun jadik bahan. melayu kat europe ..although not all mmg past time hobi nya bergaduh uols. kadang2 in open forum lak tu. sungguh memalukan kenkadang.

Bag-A-Porter said...

Sebenarnya i la si polan dari Italy yg si Mak Buyong ni jajakan... First time last year in May, i diam kan je.. But dah second time, rasanya lebih la kan?

Yeah i ingat you wrote about gaduh besar on FB 2 1/2 years ago! Mak Buyong ni terlibat jugak hoccay on that gaduh. Kira2 main actress la dalam gaduh tu. hehe...

Makji Esah said...

B A P - janganlah buat assumption yg mak buyong you tu terlibat dalam segala pergaduhan. First, you pun taktau siapa gaduh dgn siapa. I usually write things abt what I experienced, so I am certain dalam pergaduhan 2 or more years ago takde kena mengena dgn orang yg I taktau. It was very unfortunate that you were the victim but count your blessing you were both out of each others life lah.I still remain clueless of who and who, but in my story I am sure..there is no one I don't know.

Bag-A-Porter said...

No no!! Not assumption. Cos when I've met Mak Buyong she's the one who mentioned to me about this and dia lah yg kenal kan i with your blog.

Anyway, since you screen dulu all the comment. You can delete this if you want. Mak Buyong tu namanya Jue Scotthern (JULIA SELAMAT). Cos on my FB mmg i terang2 sebut nama dia. Cos menyampah! Nak sangat cari pasal. :D

Makji Esah said...

Ok lah. Since you both nak sgt bercari pasal with each other..tak kisah la siapa start dulu kan...mulut dia cencorots ke, or could be you are no nonsense taker ke. Things all happened against our better judgement. I will leave you to it. I still haven't a clue about who is who. If your Mak Buyong happened to mentioned this blog to you, maybe that is bcos I ni mmg glamer (muahahah) bukan sebab I dok bergaduh dgn dia.

I am glad that you found this platform to air your grievances but still think that you made assumption I pernah gaduh dgn puak2 ni. Unless lah kalau news gaduh2 tu datang dari mulut orang tu, then it is up to you untuk find that out.

But I am sure, you have better things to do, ye tak? So do I. :)

Bag-A-Porter said...

Hjh Esah sorry salah paham.. Bukan you yg gaduh with her.. Dia gaduh with orang lain dalam FB and you wrote about that incident. Yg sampai one of the husband get involved apa semua kat dalam FB.

Yes i mmg la ada better things to do.. But i want to ajar sikit si makcik ni jangan dok bercerita aib orang. So this is what happened.

And thanks to your blog i can meluahkan dan mengingatkan manusia2 di London tu supaya berhati2 nak cerita masalah kat Mak Buyong ni. hehe.. Tu je..

Have a nice day!

Bag-A-Porter said...

Hjh Esah you mmg glamer hoccay! About story mory gaduh tu, bukan you yg gaduh with her. You've got nothing to do pun with that incident. But you mentioned about the incident in your blog (yg sampai husband semua involved dalam FB - memalukan).

Anyway, I do have better things to dari dok melayan Mak Buyong ni. Kalau ikutkan otak yg waras ni Hjh Esah i sue je dia under Defamation, ' I SEE YOU IN COURT!' hahaha... Tapi poyo la sangatkan? So i ajar dia cara macam ni.. Nak sangat glamer hamik kau. :D

You know.. I rasa bersyukur sangat to live in Italy with a healthy environment. Malaysians here are so nice and takde nak ambik tahu hal kain dalam orang. When we meet we will have a good laugh and chat.

Ok lah.. Terima kasih daun keladi ye Hjh Esah sebab melayan my comments. Have a nice day! :-)

terteaforsea said...

OMG!! I have one person on my FB like in Siri 3!! Seriously, bila I cakap apa2 (usually just a laidback status, or ayat penyata yg tidak meminta pendapat sesiapa) mesti this know-it-all girl will comment. Last2 I filter her out from all my statuses, tapi kat last status before I block dia tu I cakap "please dont write a whole essay in my comment section, you're putting off others from giving their opinion (masa tu pasal oil royalty Kelantan, she's not even Kelantanese) but feel free to write an essay in her FB Note and tag me.

gaah. I nak unfriend tapi malas la kang sentap kecoh plak. her ex told me she's sedikit saiko also la.