Setelah berbelas-belas tahun mencari makan kat negara orang...dan selama dua tahun kebelakangan ni membuat research tentang negeri sendiri, saya belumlah boleh lagi nak mencapai keputusan samada orang-orang Malaya ni
a) Tidak ambitious
b) Over ambitious
c) Kelabu asap
I am so incline towards C I tell you...tapi macam tak adil lah pulak nak buat rumusan cenggitu. Tapi yang nyatanya..tak adapun yang black and white dalam urusan orang Malaya sehari-hari. hari-hari lain-lain kaler nya taww.
Ada lah sorang umat ni..I baru nak caruts dia padahal kutuk dalam hati dah lama. Bila dia tak dengar bunyi-bunyi dari saya, maka dia akan buat-buat tanya..ehh, apa ceritanya si Makji ni. padahal dia lupa yang dia tak balas email yang saya hantar kat dia berbulan-bulan dahulu. Orang suka buat alasan..ohh saya ni tidak technology savvy. Kalau setakat balas and acknowledge email, one need not need to be one. Lainlah I suruh you convert file mp3 pergi ke mp4 or anything similar yang memerlukan kepakaran orang2 macam Dr Lurpak. Convert2 file ni, I pun tak tahu uols. tapi kalau orang hantar you email, sehabis hormat..kalau sibuk cam nak rak pun..balaslah dgn note, I received your mail..adalah sedikit busy sekarang but give me a week or so to reply.
I pikir, kalaulah I boleh bersabar dgn mevengtuyu yang macam haramzadah service online nya, maka perihal culas malas tak ber courtesy dalam hubungan dua hala world wide web ni apalah sangat. Sekarang ni, kalau I hantar email kat orang..I akan tulis sedirect-direct nya. I give lah seminggu dua and cakap kat dia, if I don't hear from you, I will assume yang you etc etc.
Hati I pun tak sakit..dan dia sipenerima tu pun takyah lah sakit pala nak pikir nak jawab apa.
Satu lagi yang I maha tak larat ialah bekerja dgn orang tak takde system ni. I bagitau uols lah ye, I ni pun bukanlah organise sangat. I ada calendar dalam opis dan assistant yang kerjanya menuntut report for every assignment yang I pergi. So everytime bila I dah on the verge nak jadik kelabu asap, maka si assistant nilah yang akan me remind I tentang akibat nya jika deadline yang sedia ada ataupun perancangan yang sedia ada tak diikuti.
Yes, saya akui lah kadang-kadang orang ada banyak kepandaian. Kalau kita beranak 4 dan boleh memenuhi tuntutan anak dan laki dalam waktu yang sama, maka secara automatiknya kita rasa kita boleh buat dan mahu buat semua.
Tapi terfikirkan kita ada orang yang hidup dan kerja nya mengikut bullet point? Tak terfikirkah kita betapa stress nya bila kita buat perancangan yang elok2 untuk urusan kita dan orang lain main sesuka jiwa pulak menukar halatuju dan fikirannya?
Ada orang yang sangat autistik yang perlu tengok kerja mereka in stages. Macam I lah...satu opis I memang autistik ye..we have colour coded planner. From stage to stage, warna bertukar so we know where are we heading.
We wanted to make a porridge. Stage one..belajar cara-cara buat porridge melalui pencarian info. Stage two, beli bahan..stage 3 masak dan seterus nya.
Bukannya..okay..meh kita pergi buat porridge pada hari selasa. Tup tup petang cakap..eh tak boleh buat hari selasa sebab hari selasa ada orang nak masak nasik ayam. Okay..kita plan hari Isnin minggu depan. So you would expect from today to Isnin minggu depan, you will be inform of the progress kan? Dah beli barang ke, dah cari resepi ke etc etc.
Ada ke nak buat camtu uols? Haram. Tau tau...you call saya hari ahad, oii besok jadi tak nak masak porridge? Tak ke you rasa nak cakap aje, porridge pakcik hang lah! Seriously people need to realise that bad planning cost more than money.
In between tak salahlah kalau kita nak deviate sikit kan..gossip hal duniawi ka apa ka, tapi tanggungjawab tu kenalah ada. I seriously kena get use to perangai cipan yang macam ni. Sebab kalau I basuh karang, habis bergaduh satu Malaya and of course, I am known not to filter my thoughts bila hati dah panas.
Tak guna weh nak mengkritik orang lain..menyindir dan memerli how people run their life, how people run their office or country dalam sendiri punya urusan pun tak bersistem, ye tak?
Communication and clarity tu sangat fenting ya.
Kalau tak ada, cakap tak ada. Bila kita mintak satu-satu benda, kalau tak boleh dapat..bagitau dgn terangnya apasal kita tak dapat. Sebab kita tak lawa ke or sebab form kita tu kurang lengkap. We need to know why we were given the turning.
Nak buat A, buat lah A. Jangan buat planning dalam kepala hotak yang hanya you saja yang paham. Boleh..tak salah nak buat A,B,C dan D sekaligus. Tapi..buat lah dengan terang nya.
Dah, sekian edisi gewamp hari ni.Semoga saya dilimpahi dgn kekuatan untuk bersabar.
4 comments:
hahahaha...makaji, i face that everyday.. sampai at one point i told my section head..what is your halatuju..what is it you want..confuse hokey..kejap macam ni besok macam tu..
but then again.. not only my section head is acting like that.. the whole dept suka bebeno buat keje adhoc without perancangan..
tu tak termasuk lagi bab-bab kita kena guess hasrat hati depa..they expect us ada six sense to know what they want without them telling us.. stress gue..
Go makji go.......hahaha
Nama pun manusia,ikut suka hati perut dia sj...penampar nak??
~Jolie~
Cemana nak buat tu? Nak kena bagi training ke cemana nak berkomunikasi secara effective? Tegur kang takut kena santau lak kann?
Tampar? Ishh...termasuk lokap lak pulak nanti kannn?
Post a Comment