About Me

Friday, August 16, 2013

Buaya Berbulu Kambing

Hey uols....uols dah tengok dah Mak Piah kena terajang dalam lift tu? Nasib baik lah time tu time tengahari kann, so memang timing lari lah Mak Piah boleh menjelma jadik buaya. Cuba aksi terajangan tu time-time maghrib, mau mampus jantan tu kena libas pastu kena ngap sayott sekali.

Shiall taww jantan shatan tu!

Tapikan uols...pompuan yang kena terajang tu dah her her way out pun. Ye lah, agaknya kena madu tak dibagitahu. Katanya dia sebelum ni tak pernah lagi kena pukul dek lakinya. I rasa kan uols..lakinya tu bukanlah kaki pukul yang tegar..sebab kalau kaki pukul bini dia takkan ada nya nak terajang bini kat tempat-tempat awam gitu. Menjadi kaki pukul bini atau gilpren ni memerlukan kepakaran yang luar biasa taw uolsss. I must tell you..you cannot tell a kaki pukul bini/gilpren just from the eyes met. Criteria jantan pukul ni kenkadang jantan yang kita nampak pada luarannya pijak kucing kucing tu pun tak berbunyi.

So the abang pejabat haiwan tak mengaku salah tau uols. Well maybe for him this is just his 'out of character' outburst so seperti biasa orang bijak pandai cenggini akan me manipulate the law system menggunakan alasan dia adalah terdorong untuk membelasah atas sebab-sebab tekanan.

Okay...it would be unfair to judge the abang kingkong berbini dua tu berhati binatang walaupun kerjanya dikelilingi binatang. I tell you...nilah kebenarannya dalam kajian yang jantan tu ber mental lemah. Walaupun depa tu dok lah menuduh kita ni kawum yang lemah..tapi, kecepatan menjadi gila sementara dan kekal jatuhnya pada jejantan ni.

I banyak gak tengok mangsa dera ni. Dalam kes terajang dalam lift ni, the wife is very unfortunate but I don't think she was hit hard.Maaf cakaplah ye uols, but I really don't think the laki is kaki pukul. But really, that is not the point. Allah betul bayar cash kat dia...bukak aib nya dalam pesbuk lagi. Tah tah lepas ni kena buang kerja kann...manalah tahu dgn tersebarnya video cctv tu dia telah memalukan majikannya. Misti orang akan suspek dia juga terajang ayam itik lembu segala. The only thing I hope the incident should achieved is that the real 'beaten up' women out there should now come out and face up to their abusive partners.

Ada dua jenis mangsa domestic sebenar nya iaitu..mangsa covert aggression dan juga mangsa buang masa. I think I wrote about mangsa buang masa ni before. Mangsa buang masa ni selalunya suka jadi mangsa malah akan mengapi-ngapikan pemangsa nya supaya memangsakan dirinya. Ishh...konpius acik tau.

I ni belum lah pernah lagi jadi mangsa kakitangan orang...melainkan appa lah. Tapi sebagai anak solehah memang sepak terajang appa tu I dah mahapkan...eleh..mahapkan kunun padahal memang patut pun I kena terajang dek membuli adik-adik dan juga membuat benda2 yang dilarang. But I do know of people yang dok bertahun-tahun makan sepak terajang boipren dan laki tapi tak buat apa-apa. Pemangsa they all tu memanglah expert at concealing their aggressive character. They have their 'way' with their mangsa and look good in the process. Some is so ruthless that their mangsa is so shut down without a sight of getting out.

Adalah perkara biasa bagi kita ni rasa apasallah mangsa manipulations ni have a hard time seeing what really goes on in their life. We can be so tempted to fault them. Ye lah, dah patah tangan..lebam jangan cakaplah...tetap gak tak reti-reti nak berambus. It is easy for us to say..kalaulah aku yang kena terajang, mampus dia aku terajang balik.

Nak jadik mangsa ni..ada gak melalui process nya uols. Si mangsa ni bukannya setakat kena pukul sehari dua je. It probably did occur to them to melawan the first time. I think sapa-sapa yang kena terajang kali pertama sure akan melawan tapi atas kebijaksanaan sipemangsa nya...maka, setelah diterajang beberapa kali untuk jangkamasa yang lama, maka kudrat tenaga dan perasaan tu hilang sama sekali uols.

I have never work work with mangsa domestic kat Malaya tapi mangsa-mangsa kat UK ni, dalam sepuluh, 2 mati...6 depressed tahap tak boleh sembuh dan 2 berjaya diselamatkan dgn scar emosi yang susahhhhh sangat nak hilang.

Secara am nya kita akan ingat sipemangsa itulah yang sakit nya. Ye lah..why would anyone with a sound mind nak terajang orang lain. Again, 8 out of 10 adalah manusia ber emosi normal. 2 memang psychopath lah kann. That was why yang 8 orang ni lah hak yang paling susah kita nak kenal kerana mereka adalah buaya yang berkulit kambing bebirin ye uols..hiks.

Sipemukul ni selalunya adalah sangat sayangkan mangsa nya. Malahan dia juga tahu mangsanya sangat terseksa dan dia adalah sangat rasa bersalah. It is just the nature of their relationship yang sangat volatile. They are not able to stop the abuse and secretly hoping yang mangsa nya lah yang perlu keluar menyelamatkan diri.

If you one of the pemangsa, you know that this is so true. There is something that you just can't explained.

Whilst the pemangsa can't be helped (only because they and we don't know what is wrong with them) the mangsa can. So I urge you the mangsa...get out of it as quick as you can. Showing love can be in a painless way. Your love can only work from the distance and you were never meant to be together.

Sekian.

8 comments:

Anonymous said...

Thank you ME .. This is such an important post. Allah bless u

AreDenG said...

So true psl yg suka jd mangsa, kompang bukan main tp tetap nk gak lekat dgn janz ittew, motif sgt nk jd insan teraniaya. Pukul n sepak terajang la mek sbb mek rasa bahgia sgt n dpt jd bahan dlm blog sdri kekdahnya...

Makji Esah said...

Amin. Get heard and get help.

Makji Esah said...

Ooohhhh.......siapa siapa?

AreDenG said...

Tuuuu (muncung mulot) jeling jiran sblh with muka kaknam uols. Aku insan yg lemah, hanya mampu berserah, background lagu rohana jalil, rayuanku gittew, ur entries owez make sense. Hapdet la lg

Anonymous said...

Tq makji....I klu org buat I,atomatik I buat balik..x beri peluang..hahaha mcm iklan nyamuk kekdanya...
~Jolie~

Makji Esah said...

Ish ishh...awak ni mencurik identity saya pastu bley suruh saya hapdate ye ? Cantikkkkk ah?

Makji Esah said...

Ni lagi sorangggg.....eloklah kalau awak mmg dianugerahi tindakan reflects...