About Me

Tuesday, May 21, 2013

Displaced Anger

Ohh yeahh....I am so feeling Kiah episode bercakap dengan Frankieweenie tu. Percayalah, ianya adalah satu wabak yang sangat fofuler, malah lebih fofuler dari natang gwiyomi tu.

Bebaru ni kan...negaraku Malaya tu heboh dgn kes budak kena demam campak yang tak dibagi boarding lantas blogger celeb tu dgn tanpa lelengahnya nak jadi knight (night is more apt) in his shining armour (muat ke ko nak pakai baju besi tu..oops) kepada family malang itu. Of course lah, untuk informasi mutakhir, pergilah baca blog nya. I'm sure had he not catching the airlines for us cheapskate himself, I bet you my bottom dollar, you will get a shot of that baby's cacar air. Dia kan suka buat menda-menda camtu...

Maka secara am nya...kakak itu adalah mangsa dan AirAsiamang tu adalah pemangsa. Maka warga-warga prihatin pun naik lah marah...maki-maki abang Tony dan abang yang lenlain yang berjawatan big shot dalam organisasi abang Tony.

Soklan I, akak (ke adik) dah tahu anak sakit..apasal lah dibawak berjalan? Armed with litres of calamine lotions ka, ubat ke, tahu dah kan measles, chicken pox tu semua nya airborne disease? Ke akak tak tau? Takpelah...lesson learnt the hardest way. Maka apa yang kita boleh lakukan hanyalah bersimpati dgn nasib malang nya...but tak usahlah menyalahkan peraturan yang dibuat untuk keselamatan semua orang dalam cabin tu. Tak usahlah memaki-maki Boss airlines tu. Apa ni? Dah tau kita tak berduit (banyak sangat) nak jugak pergi berjalan (dengan tak hambik insurance nya) bawak anak kecik kat tempat cenggitu. We are not talking makcik dgn anak kecik, dengan suka-sukinya tak dibagi boarding sebab makcik tu dan anaknya pakai baju Chelsea (ye lah sebab abang Tony kan orang QPR) hahh..itu kejam nama nya.

Sukalah saya nak bercerita tentang laidbacknya orang negara kita (nak nak yang berbangsa territorial ni kan --- nak panggil bangsa subsidi karang, marah pulok) bila tentang menjaga hal ehwal diri.

Sebagai seorang pekerja Sosial yang berbangsa Melayu dan pandai bercakap melayu, kadang2 saya dihantar jua pergi ke pusat tahanan mangsa-mangsa keadaan dan mangsa-mangsa kebodohan diri sendiri ni. Ada sorang budak jantan ni..berjiwa kembara kononnya nak melawat Europe. Kerana hobinya adalah juga mengambil ubat-ubat rekreasi ni, dia juga berpenyakit 'rekreasi' yang menyebabkan dia rasa pusat tahan tu adalah tempat rekreasi. Maka setelah tak cukup supply bahan rekreasi dalam badan, dia pun mengalami adegan-adegan penglipurlara dalam pala hotaknya. Bila I ambik case nya, I tanya...berapa lama plan nak mengembara. Dia kata 'plan lamaaa dahhh'. Duit dibawaknya RM200 aje. I cakaplah...mana cukup ni. Dia jawab...'ni kan bumi Allah, rezeki ada dimana-mana'. I adalah jugak rasa nak lempang dia tapi kita kan harus bersimpati dgn orang macam ni.

Ada tu pulak yang nak datang berjalan melawat kawan...tapi bawak alamat 'kawan' sebaris dua. Sesampainya kat Heathrow...bila kena interview tak lepas, duit tak berapa nak ada dan lepas tu kena hantar balik. Terus tu mintak perlindungan kerajaan kita. Nak je I tanya, adakah adik ini berjuang untuk negara yang patut dibagi perlindungan? Dah tau nak berjalan, kurang2 bawak lah duit makan dan duit tempat tinggal kan?

Dulu, I selalu baca sokabar tentang seorang nelayan yang beranak 13 yang diserang stroke lalu tak boleh bekerja. Dah setahun gamaknya tak leh kerja..dan masa tu pulak bininya baru beranak. Maka dia pun merayu lah akan bantuan. Hmm...a sole breadwinner, tapi anak 12 plus satu yang dia berjaya produced dalam pada dia 'mati separuh badan' tu. Rumah pulak...lawa je lah sikit dari rumah kambing. Not wanting to speak out of turn, dengan income yang tak berapa menentu dgn rumah sebesau itu, kenapa pakcik nelayan tu takde terpikior nak ber family planning? Of course like any other bangsa territorial yang amat pasrah pada ketentuan Allah akan kata, setiap nak ada rezeki nya. Hmm...dan pakcik makcik ni atas bantuan Utusan Meloya teruslah menyalah kerajaan pembangkang kerana kedaifan dirinya itu, kan?

Masa I kerja hotel dulu adalah mamat ni yang selalu membawak gilpren nya check in. Bila dia check in, dia akan pstt psstt kan assistant jantan I tu supaya mem 'P&C' biliknya.  Ye lah...memang tanggungjawab hotel pun kan..as the innkeeper. Jaga orang dalam bilik tu. Tetiba pulak pada suatu hari bini  nya telah berjaya mengekori dirinya lantas terjadilah pergaduhan besar-besaran (yang dilapurkan secara langsung menerusi walkie talkie security guard) The next day or so, this guy telepon I dgn marah2 nya kata dia nak sue hotel tempat I kerja tu. Dia kata dia loyar. Elehhh. I pun jawab lah...mintak maaflah atas ketidakselesaan anda, but kalau nak saman, saman lah. Podah...he really got no legs to stand on. Gila-gila dia buruk kan hotel tempat I kerja.

Okaylah..kalau nak cerita kang..panjangggg. Banyak contoh sebenarnya, tapi karang orang kata I melayu tak sedar diri pulak.

But kalau kita ni sendiri yang tak berapa nak prepare, yang tak hikut peraturan dan tetiba dilanda masalah, musibah, perlukah hanya nak menyalahkan orang?

Dan bila orang tak menolong (well...kalau dah orang tu bangsa tak baik hati or simply just tak peduli) perlukah nak marah-marah sampai nak jatuhkan orang tu pulak? Mesti abang Tony yang kata..heloo..you yang booking flight I. Pastu dah tulis segala dalam tu apa tanggungjawab mereka ambik etc. Dah kau tak nak bayar, lagi mau marah ke?

Concern for mistreatment is one separate case, I would say. It is not like the kakak was discriminated bcos anaknya down syndrome kan? (kalau tu case nya kak, I will come down HARD on Tony, don't you worry about it)

But please lah ye, for once...bertanggungjawablah kepada diri sendiri. Jangan lah nak harap sokmo ditanggung halal je. Semua benda yang kita buat, berisiko. Kahwin pun ada risiko. Kalau adalah insurance kahwin sure ramai orang dah hambik kann?

Ehh ..tapi apakah kena mengena masalah Kiah dgn posting I ni? Yelah...pihak yang tak bertanggungjawab selalunya akan BERJAYA menyalah kan orang. Kalau tak menang moral pun, dia menang sorak, ye tak Kiah? Sedih kan? Bilalah agaknya manusia ni nak sedar yang moral itu adalah penting dari sorak?

8 comments:

Amin A. R said...

Ini kes mak yg risaukan tiket-dah-bayar-so-kalau-tak-pergi-rugi lalu diangkut jugaklah anak demam campaknya itu sekali..yg si blogger selebetriti tu pulak bangsa suka memancut petrol ke lori terbakar. haih!

Makji Esah said...

Sebab takut rugi sikit..kan dah rugi sebelanga? Tapikan..apasal blogger yg suka memancut tu tak ikut terbakar bersama lorry terbakar itu ye?

she said...

Jangan private blog ni lagi..

murnie sangat said...

setuju ngan makji. masa memula baca citer ni kt fb, kita mcm, nak kesian apenye dah makcik yg pilih nak bholiday kat obersi ngan anak yg kena cikenpok tu. even baru baik pon kesian la kat budak tu. fikir diri sendiri, tu yg penumpang flight tu ada bawak anak kecik jugak, tak ke dorg takut menjangkit. aish...

ectopy said...

ye...saya sgt setuju .kalau saya pun tak ingin naik satu kapal terbang dgn die.udara dahlah sesak ,kalau baby saya ke ,org pregnant dlm kapal terbang tu terkena chicken pox pulak ,lagilah bahaya .ni bukan flight 45minit .kite kena fikir kebajikan org lain jugak .mungkin duit ade ,tp sedih terlebih sebab nak minta simpati org .rezeki lah kan ...jadi tak payah lah kecoh kecoh .dah peraturan mcm tu .anak yg sakit chicken pox mmg diwajibkan quarantine .ni nenek kita pun tahu ...kecualilah dia dpt chicken pox tu dekat overseas ,kalau mcm tu org melayu kata ,sudah takdir suratan ...

monstorious wife said...

I couldn't agree more. Secara kebetulan pulak blogger celebrity tu berada ditempat kejadian, jadi merasa lah dicanang 1 malaya. Dan dijadikan pulak cerita orang malaya suka SHARING, maka 1 facebook di share.

Siti Fatimah said...

Sy pn nk komen jgk..TP dia tak rugi pn sbenanye.

Dia dpt duit derma kilat - stay tambah one more night..

pstu dpt balik naik MAS...

kn best tuww..ehehe

ada kwn sy, senasib ngn dia gk..tp tak dpt apa2..tp org tu jenis berduit n tak naik kapal sekali ngn blogger artis tersebut...

sori termenyampuk...sekian..eehhee

Makji Esah said...

SHE, that one cannot janji. I ni adalah pompuan attention seeker yang paling glamer..muahahaha

Murnie Sangat, dah la cikenpok, ada down syndrome lagi, haiyo..terdedah lagi kepada stress. tataulah nak cakap apa.

Ectopy...biarlah jadi pengajaran untuk semua. But it was politicised for whatever reason now si emak pulak nampak terserlah kurang cerdik nya, kan?

MW, blogger did a right thing to advertise the kakak's plight...and ramailah yg menderma. But to try and shift the blame to someone else when it is so obvious is the kakak, juga menampakkan kebuduhan blogger selebetriti tu...

Siti Fatimah yang lawo eh...mungkin dia tak lah rugi duit. But kederat, free advertistment kat seantero Malaya yg dia tetap jugak nak hangkut anak cikenpok nya tu...tak ke free aje umpat. (dgn I..muahahahah)