About Me

Thursday, May 09, 2013

Cerita Racist

One anon asked, have I done my bit as a good Malaysian ----> bila tang nak suruh undi je semua good Malaysian kan? Abih tu, kenapa tak promote menjadi good Malaysian if you beratur naik LRT dan tak buang sampah merata?

Here's the answer. Mengundi is my family day out. Aruah Appa I memanglah good citizen uols. Dia tak buang sampah..dia berdisplin, dia tak menyalahguna kuasa (but you must not count salah guna kuasa dalam rumah..as in abang dan akak dipaksa beralah untuk adik kecik yg berperangai munyit)

I registered as a pengundi the moment I became entitled to. Appa suruh. Paksa. Suruh. Paksa dengan manja nya. So every mengundi year, I will mengundi. Tapi undi adalah rahsia walaupun Appa macam ada ura-ura nak salah guna kuasa jugaklah hint-hint suruh undi party yg dia suka. However ill, dia akan pergi mengundi. He was very sad when his good fren time GPMS didn't do well. Dia kata orang tu, walaupun kuat tido, adalah orang baik. Maybe Allah sayang kat orang tu. Ye lah..now that you have stepped down, you can tido as much as you like.

I was so confident that I make it to pusat mengundi this year, mengikut calculation I. See, I never register as overseas voter, sebab I want to mengundi kat Malaysia beserta dgn adik beradik, kambing kucing I sekali. Knowing that pi em kita ala-ala acah-acah nak bubar tak buar, before I left for KL tu hari, I applied to vote overseas. Bila I kat Malaysia, dah seminggu I balik baru dia nak bubar. Lanciaooooo la sangat. Nak jadi lagi hangin, my application to vote overseas was turned down.

Tambah menyakitkan hati, I have been registered as a hantu in the area yang I tak pernah register dalam IC. But I tell you, I love my hantu self. Orang Kulim mulut longkang tu kalah. Undi hantu I must have swerved to vote for his opponent.

If the Bee End like to blame Bang Nuar on everything, I think we should look at our abang takut bini too. Sungguhlah bertulang sardin kann?

So yes, as I have expected...party yang berkuasa tu will win. The opposition will rise, maybe bukan sekarang. But i sincerely hope yang berkuasa tu bukak mata. There is no such thing as untouchables.

The aftermath...sungguhlah menyedihkan. Now I realised how racist the malaysian is. I was sent many link, seen many posting to urge how melayu should be careful. One of my fren siap tulis dlm statementnya...org Cina boleh balik China, org Yenna boleh balik Hindia...orang melayu kalau tanah tergadai..nak gi mana?

None of this melayu champion keyboard warrior mentioned 'Islam'.

I was told that..I kena balik tengok how this bangsa asing has taken over. This came from someone very educated. I was shocked.

Politics talk really can divide people. Its a sad sight to see people use their insecurity to blame others.

I am sure, tak banyak sikit..kita ni racist. I can be one too. Nak nak bila yang usual suspect nya bangsa yang sama maka you can't help to point the obvious.

You know the powerful party bagi orang2 kampung duit 500 tu. Katanya, cukup makan sampai dua tahun. Yang heran nya..apsal bila dia naik takhta tu hari dia tak start kasi?

Bila orang nak berhimpun secara baik, dia tak kasi. Dia marah orang buat kacau. Tapi orang2 dia buat kacau depan rumah orang, tak apa pulak.

Bila waktu dah suntuk, tetiba pulak video lucah jadi tontonan Umum kannn? Boleh pulak?

Kenapa kita takut pada bangsa asing tu, I nak tanya? Kalau budak2 bangsa kita yang suka merempit dari buat part time jual DVD haram yang dapat masyukkk tu, kita nak salahkan org tu jugak ke kalau peluang2 untuk bangsa kita terhad?

Kawan I yang Civil Servant berjawatan tinggi ni cakap bangsa lain did not even bother to belajar cakap BM. Salah depa ka? Macam tu, boleh ke kita salahkan org Melayu yang nak merempit walaupun dah sah-sah nya tahu kerja tu membuang masa nevermind berisiko tinggi (menyusahkan mak pak kena bayar cost kebumi, buat tahlil kau semua kannn?) and you really think mat rempit bangsa territorial tu ada vision tahun 2020 yang beringat nak ambik insurance nyawa segala? Talk abt dah terantuk baru nak benjol kepala kannn?

I might be wrong. I have left the country ages ago. Maybe semenjak peninggalan I, Malaysia yang patutnya maju, mungkin maju dari segi budak2 nya pandai buli orang, having sex and videod them. Maju sangat. Maju in the sense of nowadays, anak, mak bapak datuk nenek pun ada FB. Majuuuuuu.

Yes. I may been so ketinggalan. I live in the country where, mat salleh takde pun rasa takut dgn bangsa2 yang naik sama dgn diorang. In fact, race wasn't an issue. I ada colleague mat salleh yg amik cuti 3 tahun buat volunteer work kat aprika sana. UK ni sangatlah dibanjiri immigran, macam I yang okay laa...rezeki Allah bagi, boleh la jadi Boss kat orang2 putih bawahan I. Okay..sheer hard work tau.

Tapi, kalau orang bangsa territorial pun set-set ala pemalas, tak de ambition gila-gila..perlukah nak salahkan org bangsa lain?

Balik-balik nak ungkit sejarah Singapore dihambik dek Chinoni. So tell me, negara yg dihambik cina tu, kononnya lah...ada tak kita nampak org buang sampah sesuka hati? Pengangkutan awam nya punya maju semenjak berpuluh tahun dulu. Kita? Nak kata negara kita tak berduit, lepas gak orang berjalan tengok bulan kan?

Then of course la...you will get your friends yang pi forward kat you some articles you need to baca, to prove how devious this orang asing is. Kira one person opinion represents all lah tu. Kalau betul nak berjuang untuk agama,bangsa and negara..takyah lah buruk2 kan orang. Macam kau aje yang betul.

Just because he was in THAT group, ada bad and dark agenda, maka diburukkan lah seluruh party tu. Quoting another blogger lah, bila you dah jadi Boss...you have to do what works. To please everybody is impossible. But just bcos orang tak nak ambik opinion you, you see red and fuhhh....you burn the bridge dah semua orang takleh nak pakai bridge tu.

What I want to put across is that....kenapakah kita perlu takut dan percaya pada benda2 tak masuk akal? Like, if so and so menang, maka tergadailah tanah dan tok siak takleh nak bang. Ini kan negara berperlembagaan. Apa agama rasmi nya? Apa Bahasa rasmi nya?

Ada orang kata, dia nak jaga bangsa dia dulu. I kata..jagalah. Bangsa dia tu, dok nak kena dijaga aje...bila nak belajar berdikari nya?

Now I know why appa undi party Bulan tu. Katanya..kalau kita kuat pegangan agama...tak kan terbit nya rasa iri hati, takut hanya pada Allah and anything that is emulating the prophet.

Maka saya pun insaf. Dengan ini saya mengaku...saya adalah racist. Tapi saya ni equal opportunity racist lah..sebab dengan bangsa saya yang set-set pemalas lagi tak mendatangkan hasil pun saya menyampah dan komplen habis-habisan.

Silalah kutuk saya secara berhemah ya.

8 comments:

captainlukman said...

Cuba Tanya kat U, yg ponteng kelas camana? Dlurpak sila kasi pencerahan ala skin care skit...nak tolong camana kalau dah pemalas. Kat sekolah tanah dulu aku naik muka nak tlg sbb no innitiative n semua nak SENANGGGGG

monstorious wife said...

Agree with this one!

Anonymous said...

I agree too... well said. I pun ada kawan yg sungguh educated belajar sampai ke US tapi masih lagi taksub dgn hak2 istimewa melayu...udah2 la get over it. I think we now are at level playing field. So tak payah takut nak compete in this whole wide world.

Anonymous said...

Salam mak hajah,
hv always been yr silent reader.

I agree so much with u! Tak boleh tahan sy dgnorg yg buat projek mesti nak guna duit kerajaan. Nak minta bantuan kerajaan. Bila dh dpt bantuan pergi buat benda lain pulak! Ish!
Slm perkenalan mahellah

Makji Esah said...

Aking..yang malas tu melayu ke? mung ni...asal cekelak je ingat melayu..kot kot org Venezuela ka, Brazil ka...(yang buat part time mengundi hantu)

MW --geram lah, I dok dapat seruan-seruan melayu bersatu dlm FB. Pandai lah pulak time2 ni mintak bersatu...ke nak ajak cukupkan geng mat rempit gi buat kacau kat ceramah PR?

Anon No.1 - hmmm, you can take the person out of a tempurung, but u cant take tempurung out of a person. Biol analogy ni kan...

Anon No. 2 --I supposed that u agree with the part bangsa set teritorial ni nak yang senang aje. But bantuan gomen, kalau entitled..apa salahnya, kan? But kalau yg pi beli beg LV dgn duit nak buat projek tu...mmg lah set bingai tak leh nak tolong. Itu masalah psychology tu...cannot blame the bangsa :)

Anonymous said...

Saya rasa puan mmg sesuai duduk diluarnegeri sbb gaya pemikiran puan mmg tak sesuai duduk dikelilingi set bingai spt yg puan cakap tu.

Oh ya, perlembagaan negara boleh ditukar. Set bingai sekalian, "beware"..

Rina

Anonymous said...

sentiasa glad to baca blog mak aji. best!

-anon yg lupa password blognya-

Makji Esah said...

Rina, ye lah..orang yang insecure saja yang akan cakap macam tu. If one are open to change, criticism etc, he/she can duduk kat ceruk mana pun. Location shouldn't be a key point in evaluation how one mind's works. Beware :)

Anon ---bukak je lah blog baru. :)