About Me

Friday, May 31, 2013

Selingan

Uols tahu...punyalah I berminat sangat dgn si JT tu..( Kiah, you have been asking about him) sampaikan bila dia balik Malaya dah habis belajar pun I boleh tatau. Hiks.

We have had so many run ins. Not the good one towards the end. Nak aje I buat rumusan drastik, jantan ni semakin pandai semakin gampang perangai nya. But education one things and perangai sial sejak azali is another. They certainly can't mix. Well, that would be so unfair lah kepada insan terpelajar lain yang baik hati serta takde kes mental macam dia ni.

Out of the blue tadi, masa I dok ber foya-foya dengan ipar duai I (cehh macam lahanat je) maka dia pun call. From KL lak tu. The moment I dengar suara dia I katalah..I am not free to talk. Dia kata, what? I am calling you all the way...

Ye lah..I ni tengah menjadik personal shopper kat Selfridges nun..yang ni nak try seluar ni, yang tu dok tanya pasal henbeg keluaran terbaru etc etc..and plus ramainya manusia kat Oxford St di musim cuti sekolah dan cuti menghabiskan duit (maka mak Piah, aku terserempak dgn Ex Wau HRH tu bley?) memanglah tak convenient nak bercakap kan?

Tapi I dah le depan2 orang tak kan nak menjawab ala-ala Ah Long mintak hutang. I jawab lah...no sorry, call I balik lah. Lantas dia naik angin uols.

Dia hang up tu Kiah. And you think I will get some peace after that ye? No.

Then the text messages arrived.

I DON'T KNOW WHAT YOUR PROBLEM IS BUT YOU CERTAINLY HAVE ATTITUDE PROBLEM. I DON'T KNOW WHY I BOTHER.

Ehh..memang message caps lock uols.

To which I replied, Yes, I wonder why you bother. I hope you don't. I am going to be busy after this as I need to focus on my attitude problem. Take care.

If I may share this....can I tell all of you people out there, orang yang kompem sakit dalam psychiatrict ward perangai adalah lebih baik dari some people yang rasa dia tu sihat walafiat ye. Tu ajelah yang I boleh cakap.

Sekian.

Wednesday, May 29, 2013

Menjawab Soalan....

Soklan awak : sorry puan hajah,well, i want ur opinion, im married, have children and have a steady job. but i always find myself, looking to my daily life as living a different person's life..sometimes saya akan tersedar n terpikir what was that...this had been going on for the past 1 year.saya betul2 nak tau, am i delusional or just im not satisfied with my life? i prefer the second thought just for the sake of an answer. but i wonder how can i test this condition or what ever this is.

Sorry lah lambat menjawab ya...saya ada tetamu minggu ni. Oleh kerana saya pakar bodek yang berjaya serta berhemah, maka sehabis aje kerja, saya langsung mengular ke pusat2 shopping antarabangsa kat London ni.

Masalah anda tidak berapa specific. You stated that..sometimes, for the past one year, you were living other people's life and not yr own. Then you tersedar.

When you said..you tersedar, can I safely assumed that the whole other people's life scenario is just a temporary fantasy? It sounds like it lah..to me.

Macam Kiah lah, most time dia berfeeling dia bini Aaron Aziz...tak pun, dia feeling dia bujang lagi..paling teruk, dia rasa dia hidup dizaman tentera Roman, bila mana dia sedang menjalankan duty sebagai pekerja sex zaman tu. Mak Piah pun sama...rasanya, separuh hari dia akan feeling2 bini CM, dilimpahi duit balak. Pastu agaknya bila ada komplen lavatory kotor, barulah dia sedar yang dia tu berpijak dibumi yang nyata.

Fantasy is one person escapism technique. The easiest one I would say. Harmless too. We don't always get what we want. Sometimes to make peace, we fantasised about it.  In a way, it gave us the essence, walaupun idok lah real to the closest thing.

Mempunyai fantasy yang kadang2 tak berapa nak masuk akal...tidak lah menjadi satu kesalahan. Habis2 pun kena ejek dgn kawan2...secara langsung terus ke muka anda tak pun secara cakap belakang. Cuba tengok wall FB kita...kadang2 wall kita dipenuhi oleh gegambor supermodel yang mengambik gambor mereka sendiri, beserta caption yang hanya kita akan selalu nampak di majalah2. Siapalah kita ni kadang2...kalau masuk megejin pun, bergambar sebelah bunga tulips ada ke orang nak tengok? Ada ke wartawan nak tanya kita apa feeling kita hari ni lalu memasukkan info tu dalam majalah untuk bacaan rakyat sejagat?

My point is, how ridiculous things may be, it might as well look real and feel real to you, for that spur of a moment. We have different thoughts. We have different sensitive buttons.

Pasal gegambar manusia yang ber perasaan dan ber fantasi nak jadi model tu, unless, if you Aaron Ajis you ambiklah gambar tgh berpeluh dgn caption..ohh meynnn..this is hot dan tak kan adanya orang meluat tengok and Kiah will buy the entire shelf, I should think.

My question now would be...

1. Surely we know what is fantasy and what is hallucination. Fantasy is something our mind can create, for whatever reason we wish for it to be created.  Hallucination is a real thing to its believer. People just don't get out of hallucinating. You can get out of your dream and fantasy, but to have your mind and the four walls telling you to shoot your foot, that is something worrying. Living other person's life (can I guess, you don't dream living bibik's life?) without any mean of harming your own real life, it's okay.

2. Delusional thoughts? Like what? People with delusion always believe that the wrong thing is right and vice versa. There is no telling with this one. People like me has delusional thoughts...thinking and believing that people who work in Jabatan Kebajikan Masyarakat is caring, helpful and put the needs of the vulnerable first. Kenyataan nya? Nak mintak derma pun payah..mintak loan bank macam haram...bagitaulah cause kita banyak kali pun. Contoh aje ye.

3. How bad are your fantasies affecting your life? Do you find that you daydreamed a lot sampai makan pakai anak laki dan diri sendi tak terjaga?  Selagi takde orang komplen...kalau berfantasi membuatkan hidup you sedikit happy dari biasa, teruskanlah. If I can say this...sometimes kita rasa kita happy...tapi sebenarnya kita tak. Nak menukar kehidupan diwaktu-waktu orang lain pun sama bergantung kat kita taklah semudah nak tukar kereta baru. Ada anak, ada laki dan ada mak bapak nak dipikir kebajikan nya. Yes, you might be unhappy and your fantasy of other person life, is your way to escape your unhappiness.

4. If it's bothering you, would you consider treatment?

Hope this helps bebeh....

Monday, May 27, 2013

Sakit Ke?

Idea idoklah mencurah ye....but ada kerja tertangguh. This blog...contrary to the legend yg orang dak ingat suka menyindir (eleh..kalau tak buat salah apa ke hal nya mau terasa, ye tak?)  adalah juga blog yang diwujudkan untuk menolong set-set pemalu nak gi spital.

Disclaimer lagi..gua bukan doktor tau. Feeling doktor pun takde.

Antara soklan-soklan yang ditanya ialah...how to check whether or not I got mental health problem? Is there a test I can do?

Disebabkan saya ni nak benor memegang prinsip, no question is a stupid question, maka akan kujawab la soklan itu dgn rasa berhemahnya padahal hati kecil nak je cakap..hek elehh ko kenapa Seripah oi?

Jawapan nya..tak ada test oii. I think a psychiatrist would vouch for this. Maybe there's a test done by a psychiatrist. I think there is. To ascertain facts. But as far as I know, self-test mmg takde. Yang I tahu..orang yang ada masalah, tak selalunya tahu depa tu ada masalah. Ni bila dah sampai tahap serious la. Setakat sikit2 tu..bila kita rasa perasaan dah mengatasi segalanya dan kita ada rasa suspect, maka kita jumpalah pakar yang tahu.

Yang saya tahu dan biasa tengok, adalah makan berbulan-bulan jua nak dapatkan diagnosis. Idoklah sekali kau kena histeria meroyan terus besoknya kau dapat Schizophrenia Type 2. Ada symptoms yang mesti ditunjukkan secara consistent.

Masalah perangai, emosi dan mental ada hubungkait but in my opinion one category should not be use to evaluate the whole 'mental illness' package. Be mindful that I only work in the recovery process and how to manage penyakit yang sedia ada. So kalau you tanya I, I takdelah boleh menjawab dgn tepatnya. Penyakit mental ini ada penyertaan chemical symptom nya. Setakat meroyan secara berperingkat tu rasanya gangguan emosi. Gangguan emosi adalah physical stress dan boleh juga mendatangkan kesan-kesan chemical. Bila gangguan emosi adalah konsisten dan tanda-tanda chemical juga adalah konsisten, maka doktor pakar sahajalah yang boleh bagi you diagnosis. I tak boleh ya.

But what I have done is...in early stages, I may work on some technique you may apply for you to live with your conditions.

Ada orang yang adakalanya confuse dgn tabiatnya yang semulajadi sensitif dan 'kecacatan' otak nya. I always believe that every one of us is autistic. We have our own trait. This is how our own personalised brain works. Unlike mental illness, people do born with cerebral defect. Kalau tak ada, alhamdulillah. Cacat otak is not always a bad thing. People tend to make do with what they have and make the best of it.

Orang yang sensitive, secara am nya, akan cepat terasa. Orang kentut sebelah rumah pun dia akan terasa jua. Sensitive people have their brain 'aroused' very quickly. Cepat sangat terasa bila orang cakap. Sensitive people read between the lines too, when they don't have to. For that, they become expose to a lots of unwanted information's. Some useful and some not. If you are sensitive, you might wonder how suddenly you 'know' things. This is why. Because you 'absorb' things. More than others. Bila kesensitivitian tak digunakan secara betul, maka terbitlah remark dari orang kiri kanan yang kononnya kita ni berperangai 'pelik'. Ye lah..pelik lah kan..sikit2 terasa, sikit2 nak emosi...sikit2 nak suspicious. Padahal tu biasa aje..ye lah..macam orang yang panas baran lah...kita je rasa dia pelik sebab kucing kentut pun dia nak melenting..pada dia yang pemanas tu..biasa aje sebab dia sensitif.

Yang buat onar nya, masyarakat. Why I say that is..like I always said...we sometimes do not know how to appreciate people's weaknesses. But accepting weaknesses is not easy I can tell you that. I tend to appreciate only yang bermasalah. Orang yang rasa dia takde masalah tapi feeling bagus tu yang I dok ringan je mulut mengutuk. Hishh...sama teruk.

Fact is, we might find some of our friends...err, maybe just one of our friend tolerated us. The rest lari. Then we wonder why orang lari dari kita. Nak nak orang tu lah yang kita sayang lak tu. I ran away from people too. Yes, in some case, I do care a lot about them. But the moment I rasa dia dah takde hormat dgn I, I blah je lah. Buat apa nak tunggu. Orang yang kalau mintak tolong dgn I berguni-guni, I tolong tanpa banyak songel. Bila I pulak mintak tolong, bukannya nak cakap maaflah tak boleh...tapi buat tahik pulak kat I. Pastu boleh timbul dgn rasa tak bersalah nya. Yang jenis macam ni...boleh lah gi mampus ye, Kiah?

Bila kita ada hubungan dengan seseorang, tak banyak sikit kita tahu mana button sensitifnya. Buatlah perjanjian..okay, this is my weak spot..jgn usik. Tak buat janji pun...kita kena bagitau lah dgn kawan kita part mana yang kita nak hak exclusive. Then friendship becomes bearable. One of my dear friend, the amount of time I rasa nak jerit kat dia sebab dia tu suka benar melemahkan dirinya dan menjadi mangsa keganasan sosial. But being friends, I also get to know, sebaik-baik hatinya..dia berenjin passola. Dia hanya mahu dunia ber speed passola saja. Biarlah motor RXZ hembus2 asap carbon monoxide kat dia. Tapi se slow2 nya passola, bila gear dah naik, maka dia akan laju juga. Tapi bila gear dah laju maka brek pun takdelah berapa nak makan. Kebarangkalian untuk eksiden adalah tinggi. Tapi dia passola. Dan dia kawan saya. Mati hidup balik pun saya mahu dia terus jadi passola...and I will secretly hope she can overhaul her engine for a better. Passola is a very beautiful and intertesting motorbike.

Okay, kesimpulannya..just because you are different, does not mean you are mentally ill. It may affect they way we think and how we react, but we are certainly as fit as an arrow.

We can change the way we think. We can manage our emotion in moderation. How we function as a person is different. Ada orang yang boleh menolak segala yang negative ke tepi dan memfokuskan kepada positive. Ada pulak, bila angin negative melanda...misti selesaikan masalah dulu baru dia boleh aman. Lupa agaknya yang tak semua masalah boleh diselesaikan. Adakalanya kita kena hidup dgn masalah itu dan cari cara untuk hidup disamping masalah yang takleh selesai itu.

Tapi..kita kenalah ikut kemampuan kita. Jangan kerana tak mau di associate kan dgn sakit emosi, sakit mental, kita melawan arus pulak. Terus tak nak jumpa orang. Tak apalah orang kata kita sensitif, perangai pelik etc etc. Kita nak berubah, kita ikut kemampuan fizikal kita.

Next, I will write about fantasy & reality. Yes, I do have your question about that. All I can say is not to worry :)

Saturday, May 25, 2013

Kisah Piah Kuat Merajuk

What is merajuk in English, Kiah? Banyak meaning nya...tengok lah time macam mana dia merajuk tu.

- whats with the long face..kalau siperajuk tu melonjongkan mukanya
- whats with the attitude...kalau tetiba perangai berubah menjadi cipan
- why are you taking it to heart....ni kalau yang set-set merajuk secara berhemah.

Why I say berhemah is when the perajuk is telling you kenapa dia berpusing 360 darjah dari manusia berciri Donald Duck ke arah Cinderella tgh berus lantai. Githooo.

I ni kuat merajuk. Mak aii....sometimes I pun menyampah dengan diri I sendiri. I sort of developed the perangai since small kot...terhadap appa or amma. See, I ni bukannya reti nak meluahkan perasaan. Bila tak terluah tapi tetapkan feeling nak luah, maka kenalah luah secara lain. Merajuk lah kannn. Buat muka, tak bercakap cakap dgn orang...tak nak makan etc etc...intention nya supaya appa and amma nampak lah. Nasib baik lah my appa tu kiranya berperasaan sensitip juga uols...kalau tak, mati kebuluran lah I kann...dah le I ni set set yang suka merajuk secara mogok lapar.

Posting ni tidak lah bertujuan untuk menyindir sesiapa but kalau ada yang terasa maka itu adalah di alu-alu kan. I cant help it kalau ada orang yang hobinya makan cili. Kadang2 you dont have to eat cili lah pun, makan je gula gula pedas pun boleh terasa pedas jua (ishh..sensitip la kau kan?)

Dalam perhubungan....kadang2 ada orang rasa merajuk adalah cara yang paling effective untuk meluahkan perasaan. Hmm...yes and no. Masa chenta tgh hangat membara, merajuklah kau macam chimpanzee, maka cepatlah perangai buruk merajuk itu disedari. Okay, ni berdasarkan kisah I lah kannn. Dedulu kalau I merajuk, orang tu sedar. Tapi dah dia pun macam azali berperangai syaitunn, dia akan cakap lah..ehh, you janganlah merajuk. Sekarang ni, merajuk lah I sampai muka bertukar biru, maka dia akan kata...nanti dah habis merajuk, bagitau ye. Celaka sangat, kan?

Bak kata lagu tah sapa yang nyanyi...merajuk lah pada yang sudi. So, kalau nak merajuk, pastikanlah target tu betul.

Merajuk can also be a representation of perasaan marah sipembuat rajuk yang mengambil jalan mudah iaitu, malas nak bertekak atau menegakkan kebenaran kepada orang yang kena tuju tu. I think when I was growing up, I saw it a lot. Appa tak suka something...dia akan buat lah perangai kaudu nya. Padahal boleh aje dia nak bagitau my mother pebenda nya yang dia tak berkenan. Tak...sebagai lelaki macho, agaknya dia rasa dia bertambah gagah lah kalau berperangai ropa itu.

Ishh...tak baik I mengata bapak I yang dah aruah tu kan? Dah tu...I ni bukannya ada laki pun. Boipren I dulu bukannya set set pandai merajuk pun. I cannot even remember any awkward moment dgn siamang tu. He has always been very direct with his thoughts. Cuma masa dia mengelat nak kahwin tu aje yang dia dok buat perangai kucing tak sunat.

Often in that married world of people who has taken that kind of risk in their life you heard, my wife/husband are not like he/she used to be. My husband doesn't talk, he sulks. My wife nags and nags. My wife gets overly sensitives. Bab bab mengondem spouse masing-masing, you wonder why they bother getting it together.

And why all of a sudden that people cant talk to one another anymore? Malas dah ke? Dulu masa belum kahwin, kalau ada dictionary or body language punya kelas, maka akan sangguplah masing-masing belajar. Sekarang it is always one person yang punya effort.

I always know of my reason buat perangai terencat akal...and that is to make the other person to notice me. Nak kata dia tak notice, dia perasan jugak lah kalau dia dah menyakitkan ati I..but sebab dia berkonsep dunia ni dah banyak masalah, so u takpayah lah nak menambahkan masalah yang sedia ada ni. Konsepnya si MC.

U can appreciate those yang tak reti nak bercakap....or those yang tak suka bercakap sebab pada mereka, bercakap tentang perkara ni tak mendatangkan hasil. Ada pulak yang malas nak bercakap sebab pada they all tu, ehh tak kan lah kau tak tahu. To be fair, ada jugak set hidup diatas bayu yang serba serbi tak perasan uols.

The longer time you spent with a person can make you stuck in a rut. You think you can know someone better the more time spent with them and not realising that either one of you have changed. As we progressed in life, we could have want something more than we used to. When the other person progressed, they might have see things differently.

We don't always realised this.

Life with another person is complicated. Life on your own is already with problems as it is. Two person together made two sets of world and complications combined. In laws, children...the people we socialised with also can brings problems too.

I don't do relationship counselling. To talk sense into one person is hell nevermind two. But I know that it is important to put you first. Idok la nak kata hidup ni kena berkonsep self centred ye..but to maintain your sanity, you kenalah jaga hati you dulu sebelum you jaga hati orang lain. Sebab if you lose your sanity, chances are you stand to lose other bits of sensibility too.

If the other person berasa nak buat perangai and expect you to memaham jiwanya secara telepathy, then best to tell them that it is either they start spilling or to pack it in, since you cant read mind. Kadang2 problem relationship ni universal. Bila dah berdua tu, ada banyak restrictions. Ye lah, dah duduk pun serumah, hati orang kena jaga jugak. Dah hidup bermasyarakat, reputasi sendiri dan laki kena jaga jugak kan. Tak kan lah laki kita ada kurap ayam kita nak pi cakap kat orang.

Untuk kesekian kalinya, masalah dgn laki or bini you, hanya dgn mereka saja you boleh selesaikan. You can ask friends for words of wisdom. Theres always two sides of everything...apart from kuih lengkong kaler merah tu.

If there is one person I like to sindir is those yang selalu overstepped the mark ni. Berkawan ni ada adab nya. Jangan ingat sebab orang tu bff you, you can have your fingers in your his/her life too. Jadilah kawan yang baik. Macam I lah...kalau rasa terlampau lama sangat ngusung bini orang tu, ingatkan sibini orang tu yang dia tu ada laki and anak, pergi lah balik oiii.

Yes, you need your friends. Because when things go bad, you will turn to them. But it is your wife/husband that you share your life with. Not friends. If talking is difficult, then try harder. You don't always have to agree on things but you can make life bearable between the two of you.

Dah, sudah sudah lah nak merajuk tak bertempat ye, Piah? Kita ni dah nak sama umur dgn Madonna dah.

Sent from my iPad

Wednesday, May 22, 2013

Hati Parek

God know why the name was picked for a cake, kan? I tanya orang Sarawak kenapa uols panggil kek tu hati parek, yang Serawak nan sorang tu..trust her will give me answer yang mengarut-ngarut. Serupalah macam dia buat cerita how Ajibah Abol met her death...from sesak nafas because her glasses are too heavy sitting on her nose.

You know that the hati parek is very dark in colour. Tatau lah if si pari tu sememangnya berhati hitam. Sensitips tau bila cakap pasal hati hitam ni...sebab hati hitam ni, funnily enough, bukan empunya hati yang tahu hatinya kaler apa.

Semalam ke..or 2 days ago..ada lah sorang pompuan kat Puchong yang mati didera dek laki nya. They found older bruise as well and the new ones. She was hit by blunt object. Sokabar kata, she was hit because she was refusing to return to the anakharam of her husband. Her mother said, the abuse has started since they got married...anak pun dah empat, dah sepuluh tahun. The eldest anak ada LD.

We read and heard...and even know of many abuse around us, kan? What do we do about it? Part of my job before, I got to investigate even when there is a suspicion of abuse. Anybody can just call us if they suspect ada physical, emotional, financial and anything fits the criteria of abuse is taken place. If bebudak kena abuse, maka jabatan kami lah yang kena pi menyiasat and if need be, pindahkanlah bebudak tu. Ada yang genuine, ada yang hanya drama semata-mata. But still...kena gak respon. Dengar bunyi jerit-jerit, terus call polis, tau orang kat sini..walaupun bila pi tengok sebenarnya si musang yang membuat maksiat tepi tong sampah tu.

Pompuan ni sudah kena abuse dah lama. Sampai family dia sendiri pun tahu. Tapi, tah hapa pasal takde sorang pun nak bertindak..tataulah kita. Alasan yang kita dok dengar, is kita tak nak campur rumah tangga orang. The pak polisi will say the same kalau ada dengar kisah laki bini gaduh, kan?

It is unthinkable when people use excuse 'tak nak campur hal rumahtangga orang'  bila dah sesahih nya pompuan atau jantan tu kena terajang tapi bila part-part gossip atau hal tak perlu, like nampak bini orang tu dgn mamat yang ini...tak pun nampak laki jiran dia dgn tah sapa2 fomfuens kat Subang Parade (erkk laki sapa la tu?) boleh pulak depa prihatin, kannn?

I think the arwah tu dah memang ajalnya..sebab dia pun katanya dah nak bercerai..and you know pi lah pejabat kadi and agaknya selagi tak kudung tangan tak nak kot Mahkamah Syariah tu melayan. Kenapa dia hikut jugak laki anakharambabisial tu balik dan mak dia tak lah terpkir nak call polis ka hapa...Allah sahajah yang maha mengetahui.

Adakah pemangsa (si jantan jahanam tu) berhati hitam macam hati parek, uols? Sanggup dia terajang bini nya, the same women who bore his children and the woman he sleeps with? The wife pun bacanya, ada kerjaya juga..si tidaklah dia bergantung kat lakinya. The LD son may have added the stress (though shouldn't be an excuse, kan?)

Adakah orang berhati parek (hitam) ni setakat mendera secara physical aje? What about yang mendera partner nya dgn cara emosi? Kita buat benda bini/laki kita tak suka, macam dera lah jugak..kan? Kadang2 hal kecik yang kita rasa partner kita tak perlu ambik hati..tapi hati terambik jua, pun jatuh kes dera perasaan tu. Like..you nak keluar dengan kawan you pi tengok bola ke, tengok reban ayam ke dengan BFF you...dah tau kau nak hambik masa laki/bini orang tu, tak ke patut kau cuba main politik sikit like..buat lah ajak2 ayam...to show that kau acknowledge partner orang tu kan?

Aruah my father dulu ramai kengkawan kaki bola, kaki tengok syarahan, kaki joget (oops) yang siap ambik dia nak bawak keluar and I remember those men masuk jugak rumah tegur my mother cakap mana depa nak pi. Kalau yang children friendly tu pulak boleh rasuah kami ni dgn gula-gula, konon pesanlah dgn my brother..jaga adik2 ya, pakcik nak kluaq dgn abah hang kejap.

Even amoi jual Electrolux pun masuk tegur my mother bila nak ambik my father keluar. Takdelah bini orang tu macam memendam rasa je kan?

I do believe sipemangsa tu kadang2 tahu dia nyakitkan hati partner nya...but sajalah buat tak kisah selagi orang tu tak meletop. Bila orang tu meletop karang, dia salahkan orang tu meletop lah kan...

Pasal tu I selalu pesan kat kengkawan I yang set-set suka menjeruk hati tu supaya bercakap aje terang2 apa yang dirasa takyah tunggu buat plan A,B,C baru nak pi cakap. Bila cakap tu, takyah emosi-emosi ala Padaiyappa tak pun Kasturi Neelam. Emosi ni distraction sebenarnya...pastu kalau you dok srott srettt..nanti script lari. Kalau tak suka, cakap je tak suka. Biar orang tu tau kau tak suka. Leave the ball back to court orang tu. Kalau dia takde explanation yang masuk akal dan terus-terusan gak membuat benda you tak suka, maka...uols tahulah apa nak buat kan?

Samalah jugak dgn bab pukul memukul ni. Selalunya mangsa dah teruk sangat penderaan emosi sampai tak nampak jalan keluar. Kita yang lapang dada, lapan kepala ni patut tolong. Tak tolong report pak polisi, kita juga boleh tolong terajangkan lakinya tu, bawak kawan kan? Bangsa kita ni sekarang, kalau orang ajak buat benda-benda ganas camtu, akan lajuuuuu aje nak ngikut. Well, jokes aside.

Orang yang berhati parek juga...(kesian kuih ya...rasa nyaman) juga memerlukan pertolongan. Tapi pemangsa punya problem selalunya sangat lah terpencil...sebab pemangsa kan selalu nya berupa pijak spongebob pun tak penyek. Nampak macam laki n bapak mithali, tapi....

Kepada semua...ambik lah tindakan kalau dengar adegan-adegan belasah tu. Now the children will grow up knowing their father yang bunuh mak nya and tah apalah nasib anaknya yang istimewa tu. :(

If you are the mangsa...think about you. Think about you...think about you and the children. Laki boleh dicari...

Tuesday, May 21, 2013

Displaced Anger

Ohh yeahh....I am so feeling Kiah episode bercakap dengan Frankieweenie tu. Percayalah, ianya adalah satu wabak yang sangat fofuler, malah lebih fofuler dari natang gwiyomi tu.

Bebaru ni kan...negaraku Malaya tu heboh dgn kes budak kena demam campak yang tak dibagi boarding lantas blogger celeb tu dgn tanpa lelengahnya nak jadi knight (night is more apt) in his shining armour (muat ke ko nak pakai baju besi tu..oops) kepada family malang itu. Of course lah, untuk informasi mutakhir, pergilah baca blog nya. I'm sure had he not catching the airlines for us cheapskate himself, I bet you my bottom dollar, you will get a shot of that baby's cacar air. Dia kan suka buat menda-menda camtu...

Maka secara am nya...kakak itu adalah mangsa dan AirAsiamang tu adalah pemangsa. Maka warga-warga prihatin pun naik lah marah...maki-maki abang Tony dan abang yang lenlain yang berjawatan big shot dalam organisasi abang Tony.

Soklan I, akak (ke adik) dah tahu anak sakit..apasal lah dibawak berjalan? Armed with litres of calamine lotions ka, ubat ke, tahu dah kan measles, chicken pox tu semua nya airborne disease? Ke akak tak tau? Takpelah...lesson learnt the hardest way. Maka apa yang kita boleh lakukan hanyalah bersimpati dgn nasib malang nya...but tak usahlah menyalahkan peraturan yang dibuat untuk keselamatan semua orang dalam cabin tu. Tak usahlah memaki-maki Boss airlines tu. Apa ni? Dah tau kita tak berduit (banyak sangat) nak jugak pergi berjalan (dengan tak hambik insurance nya) bawak anak kecik kat tempat cenggitu. We are not talking makcik dgn anak kecik, dengan suka-sukinya tak dibagi boarding sebab makcik tu dan anaknya pakai baju Chelsea (ye lah sebab abang Tony kan orang QPR) hahh..itu kejam nama nya.

Sukalah saya nak bercerita tentang laidbacknya orang negara kita (nak nak yang berbangsa territorial ni kan --- nak panggil bangsa subsidi karang, marah pulok) bila tentang menjaga hal ehwal diri.

Sebagai seorang pekerja Sosial yang berbangsa Melayu dan pandai bercakap melayu, kadang2 saya dihantar jua pergi ke pusat tahanan mangsa-mangsa keadaan dan mangsa-mangsa kebodohan diri sendiri ni. Ada sorang budak jantan ni..berjiwa kembara kononnya nak melawat Europe. Kerana hobinya adalah juga mengambil ubat-ubat rekreasi ni, dia juga berpenyakit 'rekreasi' yang menyebabkan dia rasa pusat tahan tu adalah tempat rekreasi. Maka setelah tak cukup supply bahan rekreasi dalam badan, dia pun mengalami adegan-adegan penglipurlara dalam pala hotaknya. Bila I ambik case nya, I tanya...berapa lama plan nak mengembara. Dia kata 'plan lamaaa dahhh'. Duit dibawaknya RM200 aje. I cakaplah...mana cukup ni. Dia jawab...'ni kan bumi Allah, rezeki ada dimana-mana'. I adalah jugak rasa nak lempang dia tapi kita kan harus bersimpati dgn orang macam ni.

Ada tu pulak yang nak datang berjalan melawat kawan...tapi bawak alamat 'kawan' sebaris dua. Sesampainya kat Heathrow...bila kena interview tak lepas, duit tak berapa nak ada dan lepas tu kena hantar balik. Terus tu mintak perlindungan kerajaan kita. Nak je I tanya, adakah adik ini berjuang untuk negara yang patut dibagi perlindungan? Dah tau nak berjalan, kurang2 bawak lah duit makan dan duit tempat tinggal kan?

Dulu, I selalu baca sokabar tentang seorang nelayan yang beranak 13 yang diserang stroke lalu tak boleh bekerja. Dah setahun gamaknya tak leh kerja..dan masa tu pulak bininya baru beranak. Maka dia pun merayu lah akan bantuan. Hmm...a sole breadwinner, tapi anak 12 plus satu yang dia berjaya produced dalam pada dia 'mati separuh badan' tu. Rumah pulak...lawa je lah sikit dari rumah kambing. Not wanting to speak out of turn, dengan income yang tak berapa menentu dgn rumah sebesau itu, kenapa pakcik nelayan tu takde terpikior nak ber family planning? Of course like any other bangsa territorial yang amat pasrah pada ketentuan Allah akan kata, setiap nak ada rezeki nya. Hmm...dan pakcik makcik ni atas bantuan Utusan Meloya teruslah menyalah kerajaan pembangkang kerana kedaifan dirinya itu, kan?

Masa I kerja hotel dulu adalah mamat ni yang selalu membawak gilpren nya check in. Bila dia check in, dia akan pstt psstt kan assistant jantan I tu supaya mem 'P&C' biliknya.  Ye lah...memang tanggungjawab hotel pun kan..as the innkeeper. Jaga orang dalam bilik tu. Tetiba pulak pada suatu hari bini  nya telah berjaya mengekori dirinya lantas terjadilah pergaduhan besar-besaran (yang dilapurkan secara langsung menerusi walkie talkie security guard) The next day or so, this guy telepon I dgn marah2 nya kata dia nak sue hotel tempat I kerja tu. Dia kata dia loyar. Elehhh. I pun jawab lah...mintak maaflah atas ketidakselesaan anda, but kalau nak saman, saman lah. Podah...he really got no legs to stand on. Gila-gila dia buruk kan hotel tempat I kerja.

Okaylah..kalau nak cerita kang..panjangggg. Banyak contoh sebenarnya, tapi karang orang kata I melayu tak sedar diri pulak.

But kalau kita ni sendiri yang tak berapa nak prepare, yang tak hikut peraturan dan tetiba dilanda masalah, musibah, perlukah hanya nak menyalahkan orang?

Dan bila orang tak menolong (well...kalau dah orang tu bangsa tak baik hati or simply just tak peduli) perlukah nak marah-marah sampai nak jatuhkan orang tu pulak? Mesti abang Tony yang kata..heloo..you yang booking flight I. Pastu dah tulis segala dalam tu apa tanggungjawab mereka ambik etc. Dah kau tak nak bayar, lagi mau marah ke?

Concern for mistreatment is one separate case, I would say. It is not like the kakak was discriminated bcos anaknya down syndrome kan? (kalau tu case nya kak, I will come down HARD on Tony, don't you worry about it)

But please lah ye, for once...bertanggungjawablah kepada diri sendiri. Jangan lah nak harap sokmo ditanggung halal je. Semua benda yang kita buat, berisiko. Kahwin pun ada risiko. Kalau adalah insurance kahwin sure ramai orang dah hambik kann?

Ehh ..tapi apakah kena mengena masalah Kiah dgn posting I ni? Yelah...pihak yang tak bertanggungjawab selalunya akan BERJAYA menyalah kan orang. Kalau tak menang moral pun, dia menang sorak, ye tak Kiah? Sedih kan? Bilalah agaknya manusia ni nak sedar yang moral itu adalah penting dari sorak?

Sunday, May 19, 2013

Kawan Kita Yang Kurang Decorum

Gigihh ni muntah update, kan? Well, I had a good day so bila dah good day to idea adalah mencanak-canak...nak nak idea nak bambu orang.

Sedang I menelek-nelek pesbuk hari ni, ternampakkan lah oleh I nak kawan I ni telah menghaplod gambo nya dizaman Uji Rashid yang muda rumaja tu. Woww..people in the olden days..like my mother, cemana pinggang boleh menten cam kerengga ada eating disorder pun I tatau. Mungkinkah masa tu, takde nya kedai mamak, mahupun SUshi King ataupun Madam Kwan yang nak disinggah untuk menambahkan lemak?

Kawan I tu la ni sebagai muslimah sejati yang lain dan telah nampak cahaya kebenaran (I ni je yang dah nampak tapi buat-buat nampak, bley?) dah pun berhijab. With and without, she is looking as graceful and beautiful gitu. Muda rumaja dan tua remaja... Manis aja....

Tetiba kan uols..adalah sorang umat ni menulis komen kat gambo tu...kata, sebaiknya toksahlah nak tunjuk rambut kalau dah berhijab. Tetiba uols...isk. Bukanlah nak kata teguran dia tu salah..but knowing that gambor kawan nya tu baru di admire oleh kengkawan yang lain, tidak ke dia terpikir nak ber private message aje?

Nama pun ikhlas nak menegur kan? Ni lah..bak kata orang-orang yang busuk hati tapi cover line yang suka kata..I don't mean to upset you but.........bantainya cakap benda yang dah sah-sah mengupsetkan orang. Tak ke sialan namanya tu?

What is it with people yang suka benar jadi sore thumb ni? What point are you trying to score with yr fren? Yes..tegurlah secara tertutup kann...tak leh kawan you tu rasa gelabah or malu malu alah.

Serupalah macam ada kawan I yang celeb ni (kawan I je celeb ye..I idok) dia published lah gambor nya dgn penyanyi soprano masa kawan tu mengandung. Dah nama pun mengandung dan dicampur dgn status nya yang seleburity lagi berlakikan homputih yang..pakailah bikini dikhalayak ramai tetap kau dipuji nya, the pregnant singer was donning baju maternity yang fitting la..menampakkan body nya yang dua tu. Tupppp....ada pulak pembaca prihatin (prihatin la sangat) yang menegur cara dia berpakaian..yang openly boleh dibaca oleh orang yang menengok nya. Considering account FB tu kan private, boleh je nak private message...but tak...as if she loves it orang dapat tengok dia 'menegur' kearah pembangunan ummah tu.

Apa jadi dgn menjaga aib orang? To me lah..takde lah buruk or teruk sangat pun. Just bcos ko tak suka tgk pompuan tu buncit, tak le lawa di mata kau ye tak? Mana yang cool as cucumber will just tak layan ajelah comment-comment sebegitu. Ye lah..lagi layan lagi menjadi pulak dia nak tegakkan benang dia ye tak? Mana yang tak berapa sejuk macam timun tu, naik lah jugak tocang dan kata...ehh, hak berpakaian tu hak sendiri lah..etc etc...maka bermulah adegan jawab-menjawab teruslah jadik gaduh.

Kadang2 rimas juga bila dapat kawan yang tak berapa diplomatik ni. Ye lah..benda2 yang kita sendiri tahu bila didiskus terang-terangan akan mengundang rasa seakan nak berak pun tak lepas. Macam ada kengkawan I yang dok hint-hint dia bakal menjadi solo (or may have been tapi tak cakap terang2) I idoklah nak tanya or comment gambau kurus kering nya..eh, laki you dah tinggalkan you ke?

Or kita nampak kawan kita tu tembam ke sikit sebab dah ke Sushi King happy hour 60% discount aje kerja nya, gamak ke kata..eyy kau dah gemok. Lainlah kalau kawan kita tu mmg dari dulu sampai sekarang macam kena seksa aje ropa nya, tetiba dia berisi, okaylah kalau nak komen..ohh you dah berisi sikit..better. Sedap lah orang tu dengar kan?

Then of course, bab ni I lah selalu kena...tanya bila nak kahwin..bila nak pakai tudung...kalau ada lah sikit gambau salah laku, maka kenalah sound, wowo..hidup ala kebaratan...just because I pi dinner opis I yang dah sah sah nya penuh dgn orang barat tu. I ni mengambil langkah selamat dan tak layan aje lah..kan?

Defensive sangat kang...orang kata kita takleh kena tegur. Yes...orang Islam, dah dalam Quran pun kata aurat kena tutup (walaupun dok lah ramai orang nak argue sampai buat research segala), alhamdulillah orang nak tegur I. Tapi, you tegur I depan2 orang tu...you rasa, lagi laju ke I ni nak pi website tudung Ariani ke hapa nama tudung2 sekarang ni nak order satu dozen tudung?

I rasa lah kann...for the benefit of the doubt, orang yang kurang decorum ni ada yang tak sedar mereka tu skill social nya kurang. Ye lah..manusia, kekurangan dirilah yang paling last dia nak nampak, kan? Dia rasa dia buat benda betul. Ye lah..betul...tapi nak lagi betul camni..camni cara nya.

Ada tu bila kita tegur, lalu tersentap..dan terus nak lari. Pastu buat2 lah cakap...you salah faham tujuan I. Soalan seterusnya, mana you tahu orang tu salah faham?Ni lagi sorang..degil tak bertempat. Sombong emosi namanya...ikut penilaian I lah..as in, dia rasa pendapat dia aje betul dan rasa perlu pulak betulkan kefahaman orang tanpa nak periksa, siapakah antara mereka yang tak paham sebenarnya.

Tegur menegur tu amalan mulia but conscious lah yang tak de orang yang suka salahnya meletup atas mukanya sendiri. Dengan itu...gunakanlah private message ye? Dan bila kiranya terasa diri tu makin dibolayan dek orang, muhasabah lah...adalah benda yang kita cakap tu tak enak didengar dek orang tak pun adalah perangai kita yang orang tak berapa berkenan.

Orang tak suka kita, marah kita..mesti ada sebab. kalau nak berubah, alhamdulillah..kalau rasa kita aje betul, maka..dok lah rumah sensorang ye.

Callo...

Saturday, May 18, 2013

Demi Kerana Ani BNS

Sepagi yang hening...Ani BNS yang set-set tak pernah nak ngaco orang apakah lagi nak menambah stress orang telah me wassap I. Katanya, why you prebet your blog?

I lupa pulak nak include si Ani dalam notice pemberitahuan tu hari. Yupp, I dah cakap dgn Kiah dan Piah (tapi Piah tengah melacur, dia tak dapat pengumuman on time) yang for now, I think it is best for me to lie low kejap.

Nak menyejuk kan hati gittew.

Ani BNS is orang kampung I. Ani ni kiranya, set-set ibu yang tak berapa tunggal. Hanya menunggal few months in a year. Apa I nak semua Ani buat kan..dari menjadi despatch ke shopgirl, tanpa keriau-keriau cam Kiah. So bila dia kata, dia nak naik gilo tanpa reading materials, I terasa sedih jugak. So I tak sampai hati... nak nak, hari ni tadi dapat lah I tengok muka MC dalam facetime setelah sebulan tak nampak hidung nya. (MC have got the cutest hidung dalam Kota Bharu) So, good mood lah I kann? Bertambah good mood lagi bila Piah membawa perkhabaran gumbira. So I happy sikit. Setelah puas jugak lah kami mengumpat Jemal Dilah & Ajis Emosmang, so idea nak menulis dihari Ahad yang selalunya diperabihkan dgn menyekodeng anak rusa kat Richmond Park sinun, datang mencurah-curah.

I ni idoklah macam sesetengah orang yang cepat nau sensitip bila di suggest mempunyai sakit akal. Ala..macam bebaru ni, tah siapalah yg suggest, if you posted a food pic dalam social media itu petanda ada mental health. Marah jugak I membaca nya dan marah juga I menengok reaction orang yang sensitip bila 'terasa'. Hek elehh...bila org kata kau 'ada' marah pulak. Tapi idoklah dia tu sedar yang kenkadang dia tu rajin gak meroyan on air. So, how to do you evaluate that?

I nak cakap camni lah ye...thanks to perjalanan hidup I yang memilih nak bekerja dgn kengkawan kita yang kurang bernasib baik, selagi namanya manusia...yang berotak..kita tak akan lari dari mempunyai sakit mental. Beza nya, samada dia chronic atau tidak. So bila orang kata..eleh kau ni mental or psycho...jawab aje lah..iya lah kot. Takpelah..I tak bunuh orang. Kan? Jawab aje camtu. Life is not about right or wrong. Janganlah nak rasa diri tu betul aje..believe you me, ada masanya kita memang salah and we didn't know it.

Tak payah dok ulang ulang...I need to clear the air, I need to make it clear to you..ohh you misunderstood me..brok brek brok brek. So what if people misunderstood you? You ingat pesakit mental, mak pak kita yang dah nyanyuk tu tak regularly being misunderstood ke? Penting ke kalau kau aje nak orang paham kau? Bila masanya kau nak paham orang? Naik syeh betul I.

Pet peeve terbaru I. Orang yang gunakan my project untuk 'berkenalan' dgn I. Hey, dunia ni luas..nak berkawan apa salah nya. I must tell you, I ni adalah sangat pemalu orang nya. I don't handle compliment well. Kiah cakap I ni celeb. I rasa dia lagi celeb. Celeb menda? Kalau I nak fofuler, bak kata Kiah, I will be blogging all out, maybe to the extent nak ada www sendiri (what do you call that bloody thing?) mana I makan, apa I buat dengan hosmet I, mana I pi melacur, mana I pi holiday I pi cerita kat orang. No. It wasn't like that for me. Dulu I nak jadi journalist..tapi appa tak berapa suka. So hasrat tu berkubur aje. Thanks to internet, dapat la jugak tulis blog. But knowing where I work, who I work with, I kenalah jadi anonymous. Plus, I rimas kalau orang bagi bunga katalah I dah fofuler....

Ni juga nak bagi tau, those who kenal I in person...takyah lah nak snap gambar I and pi kompang kat orang you jumpa I. Seriously, tak terpikir ke nak tanya I dulu? (kasilah aku mekap kok ya pun..kan Kiah?) Buat nya masa you jumpa I tu I tengah lari dari jumpa orang, tak ke kantoi diri I yang boleh le tahan kuat mempropah ni.  I maybe tak sama macam you, makan creme berulat pun nak pi cerita kat orang. Ada benda pasal peribadi I yang I tak nak sewenang-wenang nya cerita kat orang (like I kena tangkap basah dgn Nuar Jen) so takpayah lah nak volunteer jadi penglipurlara jugak.

Oh ya..I have genuine people who has concern and menolong apa yg depa boleh tolong. Bersyukur sangat I. Tapi yang set-set, to get my attention...jual macam-macam nama just to make me give them my attention tapi bila I cakap secara serious, mengelak pulak. Apa ke pundek tu? You mau tolong..you tolong. Takyah buat statement berjaga malam sebab nak bagitau I good news, every hour pulak nak bergebang tak de ke memikior I ni nak kena mandi, makan, sembahyang, basuh kain etc etc lepas kerja?

Pastu bila merajuk, buat la cakap..ohh maybe I shouldn't disturb you brok brek brok brek...I kata, kalau you tak nak contact I lagi, tak ngapalah. Pi lah.

Kepada yang sudah dan mahu menolong I dengan loyar, I sangat lah berbesar hati. Hanya Allah saja yang boleh membalas jasa mu itu. One day, bila I dah senang sikit, I akan belanja uols makan kat Giant Sec 13 tu. Meh lah kita berpopiah basah reramai nahh?

But to those yang hanya nak ngabiskah masa I and masa dia sekali, carilah kerja yang berpekdah nah? Udah-udah berburuk sangka kat diri sendiri, family, bekas laki (oops) or kengkawan. Kita ni perlu ber muhasabah. Takde selama nya kita aje yang betul (ishh terasa diriku)

Pada yang membuat janji pelesu, I ni memang tahap benci macam cilako not only because you berjanji pelesu, but you to me sungguhlah tak ada hormat nya kat kawan you (I la tu), mempermain-main kan orang. Hishh..buruk betul perangai.

Sekian.

p/s ohh ya..kepada yang nak nanya soklah berupa pengetahuan am pasal kerja I...silalah email ye. Godak lah blog ni..maka terjumpalah akan email I.

To you who prefer to remain silent tapi bila telipon and wassap tu, sampai tak bernapeh I rasanya..I think, you better find another blog to read. Not mine. They probably will understand you better :)


Wednesday, May 15, 2013

Kena Tinggal --- Satu Penilaian Semula

Tajukkkk..takmau kalah nah?

When I was in standard 1 or 2 (maybe 3) Kassim Ahmad published his book with title 'Hadis- Satu Penilaian Semula'. If I remember correctly, it was an uproar back then. Ye lah, Kassim Ahmad tu kan orang melayu and presumed Muslim, kan? Masa tu I kan budak kecik, so tak terjangkal lah dek akal buku tu pasal apa..not that after I dah berotak sikit I nak pi cari buku tu and baca. I supposed like Shahnon Ahmad's Sh*t, buku Kassim Ahmad tu kenalah banned kot. Zaman Che Det, biasalah kannn?

Ekcherli, tajuk I nak bubuh is Kena Cerai. But people in your life can leave you without 'cerai' ing you, betul tak? Either cerai tu mutual ataupun one sided, tetaplah one party made decision to leave.

In Malaysia negaraku yang orang main sesuka buat law iskk..mahap nah, especially in Syariah Court, maka orang pompuan adalah bernasib malang sikit. Laki kita tak suka kat kita, maka besau lesen nya nak berambus. In civil court macam senang sikit (senang ke?) sebab you will only allowed 2 reasons to divorce. Your partner's unreasonable behaviour and adultery. I might be wrong but..kalau orang pompuan dah menyampah sangat kat lakinya, pi lah upah escort-escort untuk goda laki dia ajak balik rumah and after that, buat-buat lah ter walk in your husband dgn orang pompuan tu ye. Confirm..court will grant your petition.

I am not going to talk about court or divorce like that. Dalam case-case yang I dapat hari-hari (yang kena tolak kat I..cam setan situkang tolak tu) 2 in 10 adalah kes orang kena tinggal. I talked to my SV (Kiah, I also got SV you don't play play ah?) about possible separation trauma yang puak-puak ni dok stress sampai terbantut hidup. SV kata possible. Separation trauma..separation anxiety, we think...are different things. Anxiety selalu kena kat budak2..kat mak budak pun ada jugak nak nak kalau laki dia kena kerja jauh. Trauma ni selalunya separation yang takde warning-warning. Like the spouse mati...tak pun spouse kita tetiba hilang akal dan lupa kita ni siapa lantas membabai kan kita dgn takde rasa bersalah nya.

When people decide to leave, chances are, he/she may have been planning it for a while. I am not talking about mati kerana merempit ye, adik-adik yang sudah menjadi balu kepada Mat Mat Rempit. When you are in a long term relationships, you boleh jadi malas nak point out the obvious yang sudah menjadi cancer yang menyakitkan. My good friend married a playboy, knowing very well what he is like. Takk...jantan janji nak berubah. Drama sebelum kahwin jangan cakaplah banyak nya. But they managed to drag themselves until depan Tok Kadi. Kawan dah lama ni sebelum kahwin. Bila dah beranak 3, dah dengarnya laki masih lagi berhobi tegar berpoya-poya dgn fomfuens lain, si isteri dah fed up. But tahan jugak. Bila I tanya pasai apa..chenta ka..katanya pulak chenta dah habis. Dia kata dia sudah malas. Familar sungguh orang gunakan alasan malas ni. malas nak cakap, he should know..I have told him before..bla bla bla.

I cakap lah..you can tell your husband about how you are unhappy about his philandering ways..but have you tell him that if tak jugak nak berubah, maka you akan belah? Dah katanya...bila I tanya. Many many years ago. So, duduklah mereka sebagai housemate yang tak happy. Dia lah yang tak happy nampak gaya nya..jantan tu macam okay aje..ye lah, balik rumah semua ada...kan?

So now, tak angin, tak apa...lakinya ceraikan dia. Terperanjatlah kawan..padahal dah lama dah ni sakit hati. Mulalah meroyan....dalam FB uols. Sekejap marah...petang sikit dah dekat-dekat waktu sembahyang karang dia update status ala-ala pasrah kat Allah...update tengah malam karang, feeling-feeling sunyi dan mengenang nasib yang kena tinggal walaupun dah bekorban ala-ala Ogy pada Azmil gituh. Everyday like that..vicious cycle sungguh!

When I kena tinggal...cewawahhhh....first few years was to wonder why? I was a good girlfriend. I could have done more maybe but I thought I was perfect. Trauma. malu kat kawan-kawan..ye lah..berchenta dgn kelompok sendiri kan..I kenal kawan you..you kenal kawan I. Couple lain bergasak bergaduh, I dgn dia tak pernah gaduh..I was sporting as hell...orang lain gaduh macam nak berbunuh, lalu kahwin. I? Kena tinggal...takde notice lak tu. Sign sign sudah ada...but sebab sign sign tu sign biasa, I didn't think too much about it.

Until now, I pun tatau kenapa. Biaq lah dia. Tapi bila ingat, trauma lah jugak.

Let's discuss...why abandonment is traumatic? Okay, we are not discussing case-case budak kecik ye...

Somebody spoke about her ex husband to me recently. I guessed she had traumatic separation too..menjerit-jerit katanya. Isk. Separation trauma's result can either be 1. Prolong effects of hate and 2. Prolong effects of incapacitated emotion. Ni I lah yang punya idea, SV kata..mana ada? I cakap...ada. I kena tinggal dgn siamang I, lantas pastu mana ada I nak keluar dgn orang lain lagi.

SV suruh I pikir mengapa reason nya. I think it is to do with ego. Hahh..menda tu? Manusia kan ada ego strength masing-masing, kan Kiah? Ada yang bila dah tergadah nak kena tinggal barulah nak berubah tapi berubah mengikut ego nya. Adalah kawan I ni, masa dia dok malap-malap hati dgn laki nya...ni pun kes simpan tak nak cakap harap orang tahu ----macamlah hati dia ada projector boleh transmit ke dinding bagi laki dia tengok. I dok kompang-kompang lah supaya dia pi lawan head on dgn laki nya. Ego kuat masing2 tu...tapi I suruhlah dia jadi the bigger person supaya bagitau kat laki nya apa keputusan yang dia nak buat and jangan dok simpan last minute. Hari-hari I hound kawan I ni...kalaulah BBM masa tu boleh passing air panas, dah lama muka I melecur dia curah air panas.

Knowing how hurtful it is not to be told what I have done wrong, not given a chance to say my peace...and no opportunity to make things better, I believe a killer should really tell their victim why they nak bunuh the victim.Mati pun tak sakit hati kann? Family simati tu pun tahu apasal.

Not knowing is trauma. If our ego is low, we don't deal with this trauma lightly.

However, the process of dealing with trauma is a good time to buildback the ego strength. Sometimes during the difficult times in our relationships, we lost sight of who we really are. We focus so much on reaching out to unreachable and forget that is us that need the most helps.

Nanti I sambung ye...tetiba lak Spice Girl kluar kat TV.

Saturday, May 11, 2013

Update

Saya sangatlah busy uols....(macamlah ada orang tanya)

I nak cakap sikit lah pasal perbezaan pendapat ye. Okay, kita semua tahu orang dok kata this is a free world and more so, it practices freedom of speech. But we also know that hidup dialam nyata (seperti di Malaya gamak nya, kan Kiah?) that freedom of everything is not absolute.

Freedom to do as what we see fit...macam MB, sukalah kiranya dia nak menanak nasik hari-hari dalam rumah. But although dia berhak masak nasik sesuka jiwanya, kengkawannya yang nak jaga badan tu tidaklah suka. Ye lah, nasik tu kalau dah ada, akan dimakan, ye tak? Dah lah orang tu bukannya reti nak makan sikit-sikit.

Freedom to post gambar sesuka hati...nak nak set cam whore gambor sendiri dgn caption cilanat, this is me, feeling hot (gambo dia berpeluh tak pakai baju), me..and my sleepy eyes ready for bed (gambo mata kuyu) Yes, memanglah sesuka suki dia nak post gambar kesukaannya, tapi dah lah gambo tu terbit dialam maya atas wall orang lain, tak ke menngundang sumpahan dalam hati lepas tu beristighfar, if you set-set Setazah la.., tak pun mengumpat secara conferencing dalam whatsapp, tu antara I, Kiah dan Makcik Pokok Kurma and if you are the brazen, blunt to the core type, ko sound je kat model tanpa biaya tu sendiri..oii gilo, kau takdo kojo lain ko? Ko hengat ko chantekk cam Adi Putra? Then of course lah tuan punya gambo akan defensive tak hengat dan kata, suka makk leyyy. Tapi...dah tau gambo tu kau published ke open wall..pastu dalam 100, ko hanya ada dua orang aje pengampu tegar (ye lah..sebab pengampu tegar tu buat benda yg sama..dan ko jugak akan menyokong dia, kannn?) Not so much freedom of perbuatan lah gittew, kan? Kalau dah menyemakkan mata orang. Kalau tak nak orang kata, ko private kan je la gambo kau.

Then...freedom of speech. I can say yes and no to this. Yes, I think we should be allowed to expressed ourselves. But, kalau benda yang kita nak express tu ala-ala...boleh menyeksa jiwa raga orang? Aci kah?

So yes. I like to write what I like and express my thought freely in my blog. Sebagai bukan peminat Kerajaan Baris International, my opinion may upset the peminat. Seriously, people really don't like to take full responsibility atas benda yang dia baca...meaning, kalau hati dia sakit aje, dia tak suka apa yang dia baca..padahal takde pun orang suruh dia baca dan ekcherli, takde pun kena mengena dengan dia..maka mula lah dia nak marah orang tu kan? Cakap aje lah...I quite disagree with you..and move on.

So yes, I am not pro keTuanan melayu. Being a malay, is just one of world unique ethnicity. I takde semangat jitu-jitu Beraheng Ali. I have nothing against ppl's dislike. tapi kalau sampai ke tahap nak membuli, so I akan doakan orang tu pergi mati saja. Boleh camtu? Jahat...I know.

So what, I am not pro kerajaan memerintah? U pun ada pendapat you. Pendapat satu orang tak sepatutnya merepresent satu kampung nya. Kalau leader kita kata, mari mari kita buat kacau kat jalan raya, rampas takhta..and kita ni pulak rasa benda tu mcm membuang masa let alone, risky..kita tak payah ikut lah kan?

I feel that I must ask you to leave if you disagree. Tak payah nak bising-bising. Although this blog is open to public, you made the choice to search for me. Lain lah I kutuk party you dan bangsa you depan muka you (yg tak lawa tu), khennn? Babai lah ye.

Sekian.

Thursday, May 09, 2013

Cerita Racist

One anon asked, have I done my bit as a good Malaysian ----> bila tang nak suruh undi je semua good Malaysian kan? Abih tu, kenapa tak promote menjadi good Malaysian if you beratur naik LRT dan tak buang sampah merata?

Here's the answer. Mengundi is my family day out. Aruah Appa I memanglah good citizen uols. Dia tak buang sampah..dia berdisplin, dia tak menyalahguna kuasa (but you must not count salah guna kuasa dalam rumah..as in abang dan akak dipaksa beralah untuk adik kecik yg berperangai munyit)

I registered as a pengundi the moment I became entitled to. Appa suruh. Paksa. Suruh. Paksa dengan manja nya. So every mengundi year, I will mengundi. Tapi undi adalah rahsia walaupun Appa macam ada ura-ura nak salah guna kuasa jugaklah hint-hint suruh undi party yg dia suka. However ill, dia akan pergi mengundi. He was very sad when his good fren time GPMS didn't do well. Dia kata orang tu, walaupun kuat tido, adalah orang baik. Maybe Allah sayang kat orang tu. Ye lah..now that you have stepped down, you can tido as much as you like.

I was so confident that I make it to pusat mengundi this year, mengikut calculation I. See, I never register as overseas voter, sebab I want to mengundi kat Malaysia beserta dgn adik beradik, kambing kucing I sekali. Knowing that pi em kita ala-ala acah-acah nak bubar tak buar, before I left for KL tu hari, I applied to vote overseas. Bila I kat Malaysia, dah seminggu I balik baru dia nak bubar. Lanciaooooo la sangat. Nak jadi lagi hangin, my application to vote overseas was turned down.

Tambah menyakitkan hati, I have been registered as a hantu in the area yang I tak pernah register dalam IC. But I tell you, I love my hantu self. Orang Kulim mulut longkang tu kalah. Undi hantu I must have swerved to vote for his opponent.

If the Bee End like to blame Bang Nuar on everything, I think we should look at our abang takut bini too. Sungguhlah bertulang sardin kann?

So yes, as I have expected...party yang berkuasa tu will win. The opposition will rise, maybe bukan sekarang. But i sincerely hope yang berkuasa tu bukak mata. There is no such thing as untouchables.

The aftermath...sungguhlah menyedihkan. Now I realised how racist the malaysian is. I was sent many link, seen many posting to urge how melayu should be careful. One of my fren siap tulis dlm statementnya...org Cina boleh balik China, org Yenna boleh balik Hindia...orang melayu kalau tanah tergadai..nak gi mana?

None of this melayu champion keyboard warrior mentioned 'Islam'.

I was told that..I kena balik tengok how this bangsa asing has taken over. This came from someone very educated. I was shocked.

Politics talk really can divide people. Its a sad sight to see people use their insecurity to blame others.

I am sure, tak banyak sikit..kita ni racist. I can be one too. Nak nak bila yang usual suspect nya bangsa yang sama maka you can't help to point the obvious.

You know the powerful party bagi orang2 kampung duit 500 tu. Katanya, cukup makan sampai dua tahun. Yang heran nya..apsal bila dia naik takhta tu hari dia tak start kasi?

Bila orang nak berhimpun secara baik, dia tak kasi. Dia marah orang buat kacau. Tapi orang2 dia buat kacau depan rumah orang, tak apa pulak.

Bila waktu dah suntuk, tetiba pulak video lucah jadi tontonan Umum kannn? Boleh pulak?

Kenapa kita takut pada bangsa asing tu, I nak tanya? Kalau budak2 bangsa kita yang suka merempit dari buat part time jual DVD haram yang dapat masyukkk tu, kita nak salahkan org tu jugak ke kalau peluang2 untuk bangsa kita terhad?

Kawan I yang Civil Servant berjawatan tinggi ni cakap bangsa lain did not even bother to belajar cakap BM. Salah depa ka? Macam tu, boleh ke kita salahkan org Melayu yang nak merempit walaupun dah sah-sah nya tahu kerja tu membuang masa nevermind berisiko tinggi (menyusahkan mak pak kena bayar cost kebumi, buat tahlil kau semua kannn?) and you really think mat rempit bangsa territorial tu ada vision tahun 2020 yang beringat nak ambik insurance nyawa segala? Talk abt dah terantuk baru nak benjol kepala kannn?

I might be wrong. I have left the country ages ago. Maybe semenjak peninggalan I, Malaysia yang patutnya maju, mungkin maju dari segi budak2 nya pandai buli orang, having sex and videod them. Maju sangat. Maju in the sense of nowadays, anak, mak bapak datuk nenek pun ada FB. Majuuuuuu.

Yes. I may been so ketinggalan. I live in the country where, mat salleh takde pun rasa takut dgn bangsa2 yang naik sama dgn diorang. In fact, race wasn't an issue. I ada colleague mat salleh yg amik cuti 3 tahun buat volunteer work kat aprika sana. UK ni sangatlah dibanjiri immigran, macam I yang okay laa...rezeki Allah bagi, boleh la jadi Boss kat orang2 putih bawahan I. Okay..sheer hard work tau.

Tapi, kalau orang bangsa territorial pun set-set ala pemalas, tak de ambition gila-gila..perlukah nak salahkan org bangsa lain?

Balik-balik nak ungkit sejarah Singapore dihambik dek Chinoni. So tell me, negara yg dihambik cina tu, kononnya lah...ada tak kita nampak org buang sampah sesuka hati? Pengangkutan awam nya punya maju semenjak berpuluh tahun dulu. Kita? Nak kata negara kita tak berduit, lepas gak orang berjalan tengok bulan kan?

Then of course la...you will get your friends yang pi forward kat you some articles you need to baca, to prove how devious this orang asing is. Kira one person opinion represents all lah tu. Kalau betul nak berjuang untuk agama,bangsa and negara..takyah lah buruk2 kan orang. Macam kau aje yang betul.

Just because he was in THAT group, ada bad and dark agenda, maka diburukkan lah seluruh party tu. Quoting another blogger lah, bila you dah jadi Boss...you have to do what works. To please everybody is impossible. But just bcos orang tak nak ambik opinion you, you see red and fuhhh....you burn the bridge dah semua orang takleh nak pakai bridge tu.

What I want to put across is that....kenapakah kita perlu takut dan percaya pada benda2 tak masuk akal? Like, if so and so menang, maka tergadailah tanah dan tok siak takleh nak bang. Ini kan negara berperlembagaan. Apa agama rasmi nya? Apa Bahasa rasmi nya?

Ada orang kata, dia nak jaga bangsa dia dulu. I kata..jagalah. Bangsa dia tu, dok nak kena dijaga aje...bila nak belajar berdikari nya?

Now I know why appa undi party Bulan tu. Katanya..kalau kita kuat pegangan agama...tak kan terbit nya rasa iri hati, takut hanya pada Allah and anything that is emulating the prophet.

Maka saya pun insaf. Dengan ini saya mengaku...saya adalah racist. Tapi saya ni equal opportunity racist lah..sebab dengan bangsa saya yang set-set pemalas lagi tak mendatangkan hasil pun saya menyampah dan komplen habis-habisan.

Silalah kutuk saya secara berhemah ya.

Monday, May 06, 2013

Aku & Engkau Serta Account Social Media Kita

Having that bluebird account, maka terdedahlah saya ni kepada account-account kepunyaan retis-retis Malaya serta retis seantero dunia sinun.

Allah itu maha kaya. Syukurilah nikmat yang twitter tu ada wordcount. Tweet you takboleh lebih dari 140 (?) words. So kalau kita baca tweet orang maki hamun pun, kalau orang tu terlampau banyak sangat manaip expletives, maka perkataan carut yang penghabisan sekali ialah.....panta. Nasib baik lah sangat. Ohh mak kau panta seriously sounded way way much better that the actual complete word.

Saya ni bukanlah pengetweet yang tegar. My fingers are everywhere. I don't even know what tweethandle is. But orang yang I rajin ikut perkembangannya semua ber twitter belaka. So, I pun taknak lah kalah kan?

But bukan retis aje ada twitter uols. Ye lah, ko hengat retis je ke boleh tunjuk gegambo 'I don't care what you think' and write their thinking aloud thoughts (pastu bila dah kena kutuk, boleh pulak cakap..sorry ye..account saya kena hacked)

Bebudak baru lepas bersunat tapi berfeeling 6 inci pun ada uols. Sampaikan ahli agama fofuler pun ada twitter. Kita ni dok ingatlah alim ulama ni tak kan nya membiarkan diri mereka terpengaruh dgn the haram jadah social media yang dikatakan melalaikan ni. With exception of TGNA yang nakpak benarlah account twitter nya dihandle dek PA nya, Ustaz-Ustaz lain ni sungguhlah canggih kan uolsss? Tabik spring I.

Tu belum lagi yang politikus-politikus. Penyokong apa-apa persatuan yang pro dan tidak berapa pro. Gilpren dan boipren yang buat declaration chenta dan gaduh through twitter. Extremist, activist, feminists, atheist, Islamist and everything with ist semua ada.

But wait a minute....aren't you suppose to be busy physically and not virtually?

Tapi I paling suka la baca tweet orang kampung Ani BNS sipemain bola tak berapa cukup umur tu. Si laki ada tweet, si estranged bini ada tweet. Si adik kembar dan bininya yang memainkan peranan sebagai lighter minyak gas pun ada tweet. Habis hal dalam kain orang lain tahu.

Pastu sibudak yang pandai nyanyi tapi tak berapa pandai nak pilih boipren tu. Dia pun tweet. Boipren pun tweet. Pastu bila stress naik satu tahap, upload video pulakkkk. Woiih. Kelas kau Milah.

Anak Sultan Sulu yang rumah ala-ala jamban antik tu pun ada tweet uols. Puas lah kau berkempen kata Kerajaan Malaya macam2 kannn? Kan ke bagus, kita dgn Tentera negara you berperang twitter aje?

But still, I like to read them. Sometimes you just need to see how far a person would go untuk mencari perhatian. I don't know about you but to me, it is a good learning tool.

What sort of attention do we actually want from others. What sort of attention that I want from you?