About Me

Wednesday, February 20, 2013

Assignment 5

Tajuk asal.....kenapa mesti ada ayat-ayat longkang keluar dari mulut kita? Tu diahhhh. 

This is assignment number 5. Inspired by post-post FB yang di share oleh kengkawan I. Mungkin orang yang menge 'share' tu rasa, cerita2 yang dia share tu adalah bahan ilmiah yang perlu untuk masuk dalam hotak semua maknusia. Puiiii la. 

Perlukah share gambar orang mati eksiden tergolek gelantang tgh jalan basah dek darah?

Perlukah kau share gambar orang baru mati..pastu war war kan yang ko lah orang pertama yang sedekah Al-Fatihah kat dia?

Perlukah share video budak sekolah beromen dalam kebun? Pastu bagi komen berbunyi..nauzubillah...etc etc...kutuk bebudak tu dgn makpaknya sekali macam lah dia kenal family bebudak tu. Yang kau bantai share video tu memanjangkan aib orang, tak berdosa plak eh?

Recently there's this news about an elderly couple bangsa melayu ni yang hobi masa lapang dan tak lapang nya ialah menjadik pet rescue. Ramai betul anjing & kucing kat rumah nya. Lembu kambing takde pulak orang nak abaikan, kan? Berita ni dishare lah dek kawan I nan sorang ni. I ni bila tengok gegambar I suka, I pun click lah komen nya sekali. Mak oiiii

Antara komen2 yang ditulis oleh orang-orang Melayu kita yang amat mengagumi budi bahasa mereka ialah...

Komen Puaka 1 - Pakcik & Makcik ni nama je islam, takde pun ciri-ciri Islam, anjing pun dipegang nya.

Komen Puaka 2 - Agaknya Pakcik & Makcik ni, babi terbiar pun dia bela jugak.

Banyak lagi uols komen2 yang datang nya dari orang Melayu kita ni. Siapa ada yang cakap, pakcik tu dah nyanyuk la, dia samak ke tidak tangan dia and all those questioning the husband and wife 

Tapi uols, ada jugak yang sensible nya dalam reramai pengomen tu. Rasa nak peluk cium I bila ada orang jawab komen puaka tu macam ni

- Kita mempertikaikan dosa Pakcik tu pegang anjing tapi kalau lelaki n pompuan bukan muhrin berpeluk, pegang tangan dah sah-sah haram, takde pulak orang cakap apa2.

- Sudah2 buat dosa mengutuk Pakcik Makcik tu. Ada jugak pahala dibuat dek Pakcik makcik tu menjaga makhluk Allah, lagi baik dari orang yang mengata tu. Kita ni pun tak terbuat apa yang dibuat dek PakCik Makcik ni.

Kalau yang tukang buat komen longkang tu tak gak insaf dengar orang jawab camni, tatau laaa I nak cakap apa lagi. Kann?



Pastu....muncullah pulak kakak Norhayati Saiddin ni. Tabik I dgn kakak ni...ciri-ciri wanita hishlammm sungguh kan. (kalau kau nak compare dgn I la, yang menyetannn je sokmo)

Tapi, tengok la kata-kata akak ni....

Yang I perati, orang Melayu kalau dibagi peluang membuat komen...apa yang dalam seluar dalam semuanya nak kena keluar.

Tak malu ke kita? (pesanan utk diri sendiri jua ni) Apa perlunya membuat kata-kata yang takde pekdah tu lagi menyakitkan hati orang yang membaca nya?

Really, I cannot brain all this. 

Akhir kata...harapan saya cuma satu....janganlah akak ni ada hubungan darah sedara dgn saya. malu lah saya wehhh. Dah le saya terpaksa mengaku dia sedara sesama Islam kannn?



4 comments:

Anonymous said...

Actually, Cuba cari ayat Quran atau hadeeth yg kata tak boleh pegang anjing....none, zero.. yg ada is to samak mangkuk bekas jilatan anjing..so for some Muslims, no problem dgn anjing ni..
Tapi nabi mmg ada discourage keeping them as pets..org melayu kena ingatla...Islam ni bukan utk org melayu saja..ada tempat Dan ketika yg anjing ni diperlukan.tak tau kenapa melayu rata2
Anjing-phobic dan sebenarnya tak banyak ilmu agama...I think sbb melayu lagi suka berhibur drpd membaca...Malays are not big on traveling either..
Satu lagi, yg tukang kutuk pakcikmakcik tua tu sedar tak yg diorang tu menjaga hamba Allah yg lemah..pelacur bagi air kat sekor anjing pun masuk syurga...so fikir fikirlah..


One more thing...kalau org melayu ikhlas nak dakwah agama Islam...saying things like pergi balik India/china/______ is definitely not the way t go..Cuba BACA sirah nabi...tgk sikit style rasulullah saw...kesimpulan..org melayu please kurangkan berFacebook and read a book!

Anonymous said...

Salam,
Internet troll ni memanglah masalah sejagat tetapi Malays nowadays tend to misuse their 'opinionated' nature so as to look more 'educated' I assumed. Yang paling lantang tu cuba u siasat mesti lulusan universiti. It's a good thing to have courage to voice out opinions whatsoever but kalau komen cam naharomm, baik tak payah. Juling tau bijik mata kalau baca komen2 haters ni. Then I rasa ramai org sakit jiwa suka tgk benda bukan2 skrg ni. Mayat mangsa kemalangan lah. Tak baik aib kan mayat tu kan. Kalau diorang mati suka ke to have their picture pasted somewhere utk tontonan org lain.

p/s Did u read about the thing going on in Sabah. Al-fatihah to the policemen. Tak percaya such a thing finally arrive on our shore. I prayed hard so it will not turn into chaos like in the middle east. Pinoys press kata sultan sulu tu ada bala army yg prepared to cross over =(

-Micha-

DeLancrettLurpak said...

nak ku cilikan aje jejari kak norhayati saiddin.. suka suki je menaip... akak yati tu tak takut ke org "troll" rumah dia ke, opis dia ke?
erk!

chun said...

hehe.... baruk jak baca kat fb tadik, ada org share "istilah makanan yg berkaitan dgn babi", contohnya, hog, boar, swine, ,ham, lard, bacon, etc.... rami lah yg berterima kasih dgn info ya, tapi adalah sorang akak komen tok; "mcm2 cara kafir laknat ni".... haiyooo.. =_=