About Me

Saturday, February 02, 2013

The Rebel...Yang Tak Kena Tempat

Hey Jamilah Jamilah sekalian...makji sungguh berfeeling nak mengumpat secara berperingkat hari ni ye. Untuk ittew, perlulah dibagitau yang cerita sebenar, nama sebenar dan fakta2 sebenar terpaksa diubah untuk mengcover sipengumpat dan siempunya hal. Analogy adalah sama.

Tema entry ini adalah sama dgn entry yang lepas, yakni..semakin pandai dirimu, semakin banyak pulak bendera merah mu.

Adalah sikawan I ni...(okaylah...silalah kata yang I ni apasal banyak benau kawan yang besar sample size mereng nya? Well, masa nak kawan dulu I ni idoklah suruh isi borang and buat mental test bagai..so ni lah jadik nya) yang tatkala ini sedang gigih berurusan dgn jabatan gomen. Adalah benda yang nak dimintak nya so dalam tempoh yang agak lama jugak, terpaksalah dihadap pakcik gomen ni. Ni macam kes I dgn orang JKM. Nak mintak lesen, kenalah menyapu peanut butter, ye tak? Nasib baik lah loyar sabung ayam itu dijodohkan menjadi partner urusan I sebab hanya dia saja yang boleh tahan kesongelan orang gomen sebab I ni dah hidup/makan/minum nak bomb aje opis JKM tu. So minggu lepas, sikawan I ni telah melalui laman burung biru nya melepaskan rasa menyampah tahap gaban dgn orang gomen itu kerana, orang gomen tu telah mengganggu gugat hidupnya dengan.....meminta sponsorship untuk annual dinner diorang. Bley?

So, she is musing over, nak bagi ke tak bagi sampil hati nak meletup kata orang gomen tu tak beretika etc etc. Katanya, dia takut piula bila dia tak kasi, maka permohonannya akan di slowkan atau tak dijalankan langsung oleh orang gomen ittew. Dia kata lagi..kengkawannya yang lain menasihatkan dia..alah bagi ajelah hamper or Kipas Angin buat penutup mulut dan mengambik hati orang gomen ittew. Tapi dek kerana Victoria Principal dirinya, dia tak nak kasi sebab katanya itu adalah bertentangan dgn prinsip dirinya.

Setelah seminggu dia ber pokpek pokpek via FB (seriously, ohh) dan I ternampaklah dia telah menghantar tweet kat PM kita yang kononnya menyelar civil servant yang katanya, dah ala2 memintak rasuah ini. So, today I tegur lah dia yang yes, sebagai org gomen, kalau itu (mintak suapan or mintak favour sebab dia tgh hadap case you) lah tujuan orang itu, memang lah moral kurang. Sepatutnya gomen misti ada policy yang tidak membenarkan mereka menerima apa2 hadiah ataupun meminta hadiah dari stakeholder mereka.

Tapi saya cakap lah...Encik Gomen tu kan mintak sponsor aje, dan kalau you buat tuduhan dia makan rasuah when Encik Gomen boleh berpotensi cakap balik dgn you, lah..I kan mintak sponsor makan malam untuk Kelab I, kalau nak kasi, kasilah. I tak paksa...tak ke si penuduh itu akan malu jua?

I cakap la, secara dasarnya, orang Gomen tu taklah buat salah pun. Dia belumlah lagi membuat sabotage kepada urusan mereka berdua (walaupun sipenuduh ni dah suspect yang itulah yg akan berlaku jika kehendak orang gomen tu tak dipenuhi) I cakap, ikut you lah..apalah salahnya sponsor sikit makan malam orang tu, $20 ke $30 ke. Lainlah orang tu terang2 mintak duit Starbucks kannn?

Dia masih lagi berkeras, against dia dan lakinya punya principal. Dia kata even lakinya sanggup nak resign dari tempat kerja nya kalau dia diperlukan untuk memberi duit kopi kat authority untuk mempermudahkan kerja. Then I cakap, okay..kalau gitu..ikut you lah. Kalau you nak bagi, you bagi...kalau tak, cakaplah you tak nak bagi so that orang tu berhentilah menelepon you. ---For someone yang sungguh intelligent that righteous (menurut tweet2 nya macam dia ajelah yang betul) sanggup dia menyusahkan kepala hotaknya selama seminggu kerana benda sebesau pu*i ini?

Then teruslah dia mengutuk jabatan gomen itu ini...(just because dia bengang officer tu mintak sponsor) I cakaplah, kenapalah you nak stress over benda yang you taktau hujung pangkalnya. Okay, if your principal kata jgn bagi rasuah, then don't bribe. But, kalau orang tu pusing balik kat you kata, kami mintak SPONSOR HADIAH UNTUK MAKAN MALAM aje, kalau tak nak kasi takpe...tak ke you rasa malu? I cakap dgn dia, kalaulah betul orang gomen tu akan compromise permohonan you besok lusa, maybe you ada sebab nak meraung, but for now? Hal kecik aje ni. Lainlah gomen officer tu kata, you nak application you cepat langsai, masukkan 3 juta dalam bank I ye. Tu baru lah kalau kau nak mengilai.

Whoahh...terus keluar api uolsss. We cannot encourage this..blablabla, masuk pulak sorang lagi batu api kata, org gomen suka guna alasan annual dinner untuk mintak rasuah etc etc. Dia kata lagi, kalau macam ni lah, semua orang jahat boleh berurusan dgn orang gomen sebab criminal like pembunuh upahan, perampok etc etc can pay their way in. Ehh pulak!

Yang si Jabatan Gomen ni punnnn....annual dinner takkan takleh tanggung kot? Jabatan awak tu bukannya profit based kan? Bukannya ada untung rugi. Bila orang dah tak jawab permintaan sponsor, maknya org tu tak nak kasi lah. I tau sangat Jabatan Gomen yang suka main2 paksa ni..karang bila kita tak bagi, maka mulalah urusan kita dgn mereka akan 'di slow' kan. Cannot win, you see.

But dah budaya Malaysia macam tu, tanggunglah sendiri kannn?

Tapi, kalau I lah gomen officer itu, dapat ke tak dapat sponsor, I akan fail kan permohonan pompuan histeria ni.  Well, nak ke kita berurusan dgn orang yang emosi mengalahkan gunung berapi camtu?


5 comments:

captainlukman said...

zaman kambing dulu, kalau dapatpertolongan dai opis, cukuplah sekadar membagi SURAT PENGHARGAAN..kalau nak bagi barang2, agak2 welfaer semua tuh gi opis pakai elbi,bugeri,senel semua lah...

Anonymous said...

klu akak perlukan maid. Sye avaiable.

Anonymous said...

Are you ready for Psy?

DeLancrettLurpak said...

update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!update!

Cik Kiah said...

Weii mana update ni? Adakah janji2mu hanya dusta semata2?!