About Me

Thursday, January 31, 2013

Marilah Menumpang Rumah Orang

Entry ini takde kena mengena dgn kawan-kawan saya....err, maybe sikit. Biasalah tahik lembu/kobau kan suka terpalit. Oktengsbai.

Menurut luahan rasa dari mulut Cik Kuda bukannamasebenar, dia sekarang adalah stress kerana dia sudah menjadi bahan kutukan sedaramara dan rakan taulannya di Malaya.

Ini adalah kerna, Cik Kuda telah menolak untuk menumpangkan kawannya serta kengkawan kawannya (how ramai lah?) dirumah nya.

Ceritanya begini. Cik Kuda telah mengikut swomi nya pulang ke kampung swomi nya di UK. Dah balik sini dia beranak pula. Nak kata dia orang senang sangattu tidak la, but enough la, dapeklah lakinya membeli rumah. Rumah pun taklah besar, takat 2 bilik je. Dah anak sorang, pejadah nak berbilik sampai 15, kan?

Cik Kuda kata kat I selama ni dia tak kisah sangat orang datang tumpang rumahnya. Kalau takat sorang for few days, takpe lah. Ada gak sedara mara nak datang, but katanya kalau takat couple dia tak kisah.

I ni bukanlah nak backing Cik Kuda but ada gak kengkawan I yang kemain berchotti chotti Eropah tapi mintak tumpang rumah I. Masa korang buat bajet holiday tu takde ke bajet tempat tinggal? Seorang dua orang I tak kisah. Ada kawan yg mmg I jemput lagi duduk rumah I. Kawan yang dijemput khas oleh tuan rumah adalah lain tarafnya dgn kawan yg menjemput diri sendiri, ye? Sebabnya, bila I balik Malaya pun bukannya I senang2 nak mintak tumpang rumah you.

Ada pulak yang mintak nak tumpang rumah you on behalf of kawannya. Maknanya, yang tukang tanya adalah kawan you, but yang nak tumpang tido and buat mcm sendiri rumah you adalah kawannya. Macam ni pun ada, okay?

Cik Kuda ngadu dgn I. Yang kengkawan dia yg masih bujang ada plan nak datang berpoya2 kat sini sebelum musim panas selama 2 minggu dan membawa sekali extra handbag (2 org kawan lain) sikawan kata, I dok rumah u, okay? Cik Kuda kata dia sebenarnya dah rimas orang datang rumahnya sebab selalu sangat sampai dia dgn lakinya takde privacy and orang mendatang ni jugak kadang2 bukannya independent pun mintak dibawak berjalan sana sini (hantikkk muka kau ye?) So, dia cakaplah baik2 dgn kawannya, susah sikitlah kalau 3 orang sebab biliknya satu aje dan offerlah kawannya pertolongan untuk mencarikan B&B yang affordable.

The next thing she know....dia dah jadi bahan kutuk. So sekarang ni sebab dia lah hok 3 orang tu tak boleh nak berjalan jalan cari pasal.

I nak buat sedikit guidelines untuk para-para pengunjung benua jauh dari tempat tinggal awak ye. Sebelum kita buat plan untuk mintak tumpang rumah orang, kita mestilah....

1. Kenangkanlah keadaan kawan you all itu. Adakah dia single or adakah dia double, triple, quadruple and quintuple? Kalau dia single, chances are, dia duduk menyewa bilik atau bedsit aje. Cemana nak tumpang kalau kucing nak lalu pun kena tarik napas bagi kempis perut? Kalau dia lebih dari seorang, perasaan orang yang lain dari dia kita perlu ambil kira jua. Buatnya toilet rumah dia ada satu, dan kita pulak set2 recording artist or mekap artist dlm toilet, tak ke menyusahkan?

2. Sometimes, tempat kediaman kawan you juga adalah tertakluk pada syarat2 yg diletakkan oleh council ataupun landlord. Kalau flat nya hanya sesuai utk dua orang, maka orang yg lebih dari itu adalah tidak dibenarkan. Like I said, satu dua hari tumpang tido je takpe, but 2 minggu tumpang parking, tumpang makan tumpang segala...tak pasal2 kawan you dapat notice piula. ingat nak cari rumah nak dapat sewa rumah kat sini senang ke?

3. Kalau kawan you tu homeowner, check dulu dgn siapa dia owned rumah tu. Kadang2 kawan you tu hanya penyumbang yg cipot ataupun hanya membayar bahagian nya dgn cara lain i.e. mengangkang dan menjadik onggaji. Kena lah dapat pelepasan situkang bayar mortgage itu ye?

4. This bit yang I rasa adalah agak fenting. Orang yang rumahnya kita nak tumpang tu, on the scale of 1 to 10 how close are you to him/her? Kawan dari tadika? Kawan yang pernah kita rampas pakwe/makwe nya? Kawan susah senang kita bersama? Kawan yang ujud bila ada hal saja? How important were you to the homeowner to be warranted a free lodging? Kalau poke dlm FB pun tak pernah, jumpa pun 14 tahun sekali...baik ko dok hotel lah. Because orang mcm you are likely to mengata tuan rumah even after being offered a place to stay. See, buat baik salah and dah bagi tumpang pun kena kutuk gak. Ye lah, karang bila apa Tuan rumah buat tak kena dgn jiwa you, you akan umpat dia balik sambil suka2 ati je you lupa yang dirumah dia jugaklah you menumpang, kan?

5. Janganlah bawak sekampung pi tumpang rumah orang. Kalau you yg berkawan dgn tuanrumah, you ajelah yg pi buat muka tak malu. Pesan dgn kawan you yang nak ikut jadi parasit tu jugak supaya menjaga kemaluan nya sendiri.

6. Kalau orang dah bagi tumpang dan walaupun kita ni disuruh buat mcm rumah sendiri, maka beringatlah yang rumah tu still adalah rumah orang. Chances are, walaupun kita bak kerbau balau kat rumah sendiri, rumah orang yang kita tumpang tu adalah penghidap obsessive compulsive disorder yang selang 3 minit mengemas rumah. Kalau orang ajak makan minum, makan minum lah persis Latifah Omar ye? Bawak lah buah tangan, hulur2 lah honorarium pada tuan rumah. You have saved a lot of money, takkan £20 pounds pun takleh sedekah, kan? Dahle kau sokmo balik dgn shopping bag dari Oxford Street nun. Kalau shopping ada duit, takkan lah makan minum pun nak harap orang tanggung kann? Pulak tu kau oleh lak cerita, ohh I want to go here n here...tempat yg you nak pi lawat tu orang yang dok sini pun tak melawat lagi. Ehh, ada pulak duit...tapi nak dok hotel tak mampoo gituh. Diskasting okehh?

7. Pandai-pandai lah baca dan rasa body language dan atmosphere dlm rumah orang tu. Kalau dah nampak tuan rumah tu dah ala2 menyampah dan suicidal, maka...blah la dari rumahnya. Cut short yr stay. For once, fikirlah perasaan orang lain pulak.

8. Kalau you ada anak kecik yang lasak, yang keroja nya nak menjerit, menterbalikkan benbarang rumah orang ataupun perbuatan yg sewaktu dgn nya, maka....duduk lah hotel kalau nak berfeeling feeling jadi tourist. Kalau tak mampu dok hotel, tunggulah sampai mampu.

9. Lastly, perlulah diingat, budaya tumpang menumpang rumah orang ni bukanlah budaya omputis ya? Dikala kita tak kisah tido berjimpit hatta kat dapur rumah orang sekalipun, orang putIh ni sangatlah menghargai space diorang. Rumah ku, rumah ku...ko pehal nak datang tido sini? Gitu. Sedangkan anak diorang sendiri pun disuruh pindah keluar the moment kawan tu dah boleh cari duit, inikan pula kita yang takde pertalian chenta dgn mereka.


Sekian.



Sent from my iPad

9 comments:

Cik Kiah said...

Bebeh...I nak datang lawndon next weekend. Boleh tak carikan I B&B yg rhege 20 paun semalam, yg pillow dia Downs, pastu ada service polish kasut and dekat2 dgn rhomah NigellaLosong, boley?

Aking said...

Entry mu Ada lah opposite dgn entry kieww....namun be gitu aku tetap menyertai n menyokong mu sbb tu aku hanya pelawa orang2 yang tahu ADAB n baik gilder babas saja. Recently pun ada parasite senior ni, nak g interview kat KL, call2 Tanya aku duduk mana terus nak confirm duduk rumah aku....di jemput ke kau??? Ohhhhh hanginnnnn tengsbabaiiiiiiiii**

@rep said...

sangkak tapi feeling nak travel kann. sedih

Izuan Kunang-Kunang said...

Kannn?? Kannnn??? Boleh kah saya nak share entri ni di FB??

DeLancrettLurpak said...

kann? pastu kalau dah menumpang rumah org tu, dah nak check out dari rumah tu, tlg la buang sampah hasil shoppingan serta pampers anak mu itu ke dalam tong sampah besar. kami bukan DBKL OK.

Anonymous said...

Betul betul betul apa yg ditulis. Masa kami sklrga g London dulu pun sanggup abiskan wang just for hotel sb tak kosa nk menenggek kt rmh org pdhal ada sedara mare kt situ. Maleh nk menyusahkan org....

Anonymous said...

Mak Aji, I totally feel you here...
Anak buah jiran selang sebuah rumah dari kampung nak 'menumpang' untuk praktikal 6 bulan katanya!!!! Amboih....menumpang sakan la ni...bila kita kata buat macam rumah sendiri, memang dibuatnya la tang makan & minum (stock dlm fridge tapi ikhlas nooo jgn berkira) tapi tang berkemas? Jaga kebersihan? idok ler kan...tisu terselit celah sofa, sampah snacks sana sini - nama nak menyapu nan ado! Dah la I ni set2 OCD maintain ada...lepaih minum boleh tinggal gelas (basuh pun tak bersih lak tu) atas meja camtu je? Er...umuq dah 24 tahun tuu!!!! *makcik urut dada tahan sabaq nooo* -rad

Unknown said...

exactly.. we value our own spaces.. janganlah memandai mandai assume weols boleh cater bagai noh..**opss matitak feeling omputih tetiba? hiks...

Anonymous said...

Ada yg expect ko ambik cuti utk bawak they all jln2 boleh?