About Me

Wednesday, March 13, 2013

Update Atas Paksaan

Hola uolsss....

Maka bff I yang konon nya ber hermaphrodite thinking tu dah menyalak-nyalak mintak update. Now of course with her update sama banyak dengan foundation Rozita Cik Wan, dia bolehlah main paksa-paksa orang suruh update. Cuba time blog nya mengalami musim kering ala Ethiopia, dia diammmmmmm aje.

Kerana hidup I sehari-hari bergelumang dgn orang yang tak berapa nak sihat otaknya sampaikan I pun dah rasa naik berjangkit, maka cerita I akan tak larilah dari tema kegilaan sejagat. 2,2 minggu kebelakangan ni ramai betul yang menyakitkan hati. Tak taulah maybe dek kerna cuaca UK ni yang macam lahabau. Hari ni saja dgn matahari memancar terik tetiba pulak salji turun disulami dgn hujan batu dan angin kencang sampai pokok tumbang. Demam I dari 2 minggu lepas daripada nak jadi baik, terus datang balik.

MC kata KL on the contrary adalah panas terik dan katanya dia missed the weather here. Elehhh, cakap besar padahal tu hari doklah mengomplen baju winternya tak cukup tebal.

Orang sewel pertama yang mengganggu gugat hidup I ialah budak yang katanya dah habis buat PHD dan dah nak balik ke Malaya. We haven't spoken in ages...mengikut mayan calendar. So dgn muka tak malunya dia menghantar message memberi perkhabaran terbaru dirinya beserta pertanyaan, bilakah I free nak jumpa. Gigih dia menghantar message dan menalipon. Sampailah ke hari dia nak berambus tu. Lalu dia sudah berambus tanpa ada acara jumpa2. See, begitulah I kalau hati ni dah sakit. To me, not only that he ruined our friendship, dia ni takde respect langsung dgn I just because selama lama ni I buat tak hapik aje perangai sasaunya. Nak balik, balik lah. Knowing how small this planet is, berpusing jugak, kalau nasib I malang, sure I akan terjumpa dia balik. Dalam pada nak berambus tu agaknya dia bengang I tak layan dia, maka no surprise lah kan he left with a bang. Ye, sempat juga dia hantar message cam sial memanggil I childish lagi petty serta unreasonable. Well, jantan. Begitulah...kalau dah termalu campur hati sakit, can you trust them to make the situation better? Haram jadah. Sebagai contoh, tengoklah si Sultan Kiram Jahanam tu. Nak jadi Sultan, nak buat claim. Tapi tengoklah...apa plan of action nya? Main bunuh2 plak. How on earth dia anak beranak boleh mengaku royalty hanya tuhan aje yang tahu dgn istana yang cantik je sikit dari kandang kambing Uwan Munah Kampung Tolang tu.

Orang sewel nombor dua ialah...budak seopis I. Okay...nak kata dia colleague tak jugak sebab I adalah Boss nya. Selama lama ni mmg perangai dia teruk. Mulut dia mengalahkan makcik Wok. Kerja dia mengomplennnnnnn aje. Satu hari dalam meeting I telah memberi dia sekeping fikiran I (cewahhh kalau Dewan Bahasa Pustaka) by pointing his 'obvious'. Semenjak itu,dia mengelak ngelak jumpa I dan membuat komplen secara rasmi. Boss I bagitau I yang dia telah komplen. I cakap dgn my boss, biarlah dia dan kalau dia mengada jugak lagi, I akan buat komplen jugak malah lebih besar lagi dgn memasukkan unsur2 perkauman. Haaaah kau. Sijantan ni, uols bukannya apa, sebagai orang putih haprak lagi takde pendidikan, selalu komplen 'orang luar' lah punca orang UK ni kurang kerja dan gomen nya konon baikkkk sangat kat 'orang luar' dan meng anak haramkan orang bangsa mereka sendiri. Selama ni I diam saja bila dia cakap camtu. Tapi since dia pun nak cari pasal, maka 'pasal' lah yang dia akan dapat.

Orang sewel seterusnya...ialah hmm...budak yang I tak kenal hujung pangkal ni. I adalah jumpa dia dalam majlis sosial warga2 Malaya kat UK ni and dia ni student. Selalu jugak dia ber message2 dgn I via FB group and agaknya dia confident tahap cipan maka dia terus hantar friend request kat I. I adalah jumpa dia sekali, conversation pun cerita pasal dia tak dapat haiskan belajar pastu at the same time bangga yang dia tak hadap pun duit gomen to study. Lepas pada jumpa tu, kenkadang dalam FB group tu, he made over familiar comments to me macamlah I ni kawan cemolot dia. Pastu bolehlah tanya openly..bila kita nak keluar minum kopi ni...kau mampu Kiah? Are we THAT close for coffee? Lepas tu I perasan yang dia juga mcm over friendly lah sangat dgn pompuan2 mature yg lain. Comment kat gambar org tu lah and since they are mot FB friends, nampak lah sangat kerja sibudak jantan ni meng stalk orang. I think he must have requested friends to some of us (me and my friends dlm group ni) and semedang aje I nampak dia menyebok kat status orang. Padahal orang tu takdelah rapat dgn dia. One day my friend tanya I, you kenal ke budak (jantan) ni? I cakap, camtu camtu aje lah, nak rapat sangat, I macam tak sedap hati sebab to me, dia ni mcm ada potential sakit otak. Kawan I ni ngadulah kat I yang he commented on her newly put up profile picture yang agak seksayyy juga, dgn kata kompiden gaya jantan lahanat, do you think you're that good looking? Are you fishing for compliment for putting this photo as yr profile pic? Terkemama kawan I tu, lalu di block nya jantan tu.

I ada jugak moment-moment awkward bila orang yang terasa dia tersangat friendly dgn I dgn tetibanya buat open conversation dgn I. Do you not know about boundaries? Apa yang you nak tunjuk, actually? Yang you tu raaaaaaamai kawan ke and much ado about anything?

Haiyooo....ranting adjourned at 22:10 hrs

Sent from my iPad

5 comments:

Anonymous said...

Alangkah baiknya jika ayat,"aku tidak mahu menutup aurat kerana belum menjadi wanita yang baik," ditukar kepada, "aku perlu menutup aurat sebagai usaha menjadi wanita yang baik!"

Makji Esah said...

And your point is....

Anonymous said...

mak ji...

anon ni potential client u kot...

ABNS

Anonymous said...

Regarding tutup aurat in AlQuran, its only mentioned once. Whereas mengerjakan solat is mentioned in many2 surahs. Kalaulah orang kita ni boleh bukak sikit minda...

Kawan Ustajah Munah

Anonymous said...

(-_-)ゞ゛

Pitam.

Tetibe sound tutup aurat + kelas tafsir alas your post is about 'sewel' individuals. Very colorful reader you got MakJi hoit..

-Micha- (i'm purple by the way)