About Me

Monday, February 20, 2012

All The Things That Is Haram.....(apart from babi)

Kawan2 yang dikasihi....cehhh....kalau nak suruh buat benda, intro melambung tak hengat, kannn? Sudahkah kawan2 yang baik hati lagi pemurah menderma kepada projek penempatan semula (betul ke ayat ni?) saudara2 kita yang mengalami masalah mental? Kalau belum..sila klik sini, however much change yang kawan2 dapat lepas beli beg,kasut and talipinggan LV, Channel, Gucci etc etc...boleh disalurkan ke tabung untuk menolong mereka yang mungkin tiada harapan langsung nak membeli LV cap korea. Hambikkk kau. Thanks to those has donated...I was told they're student kat UK ni, but baikkkk hati nah? So meh la kita pakat mintak pulak kat orang yang bukan student okeh?

Memandangkan saya ramai kawan2 Ustaz & Ustazah...yang aktive dalam pesbuk, lately ni kita tahu lah betapa ramai nya yang anti Valentine, anti sebutan R.I.P dan anti Yahudi. Asal jahat aje Yahudi kannn? So I supposed Syria juga penduduknya adalah berbangsa Yahudi jua..do bunuh, bunuh..bom..bom.

Saya rasalah..orang yang terlampau anti dengan Valentine ni, mesti dizaman 'jahilliyyah' nya dok ber Valentine macam nak rak kan? Kita manusia ni kalau tak kena prompt, adalah susah la sikit nak membuat kerja2 yang mendatangkan pekdah..ni termasuklah dalam bersedekah...unless kalau you ada sifat barakah semulajadi. Semua benda yang kena ingatkan..sembahyang pun nak kena diingatkan jugak...tutup aurat etc. Nak buat sendiri tu macam lambatlah sikit or takde langsung...then pi lah buat statement cakap seru belum datang untuk membuat benda2 yang afdal ittew. I am a sole believer of kalau takde benda baik yang boleh dikeluarkan dari mulut, mulut tu baik ditutup saja. Kita tak buat orang marah and kita pun tak marah...kan?

Yang saya tahu, bila kita ni dah akil baligh serta waras...kita tanggung tanggungjawab kita sendiri. Idok lah selagi kita tak kahwin, maka dosa kita tu ditanggung leh Appa, saudara jantan kita or if kita dah kahwin, maka laki kita tu lah pak tanggung nya. So secara teknikal, if this is the case, maka berlumba-lumba lah kita membuat dosa sebab bukan kita yang akan menanggung nya? Yang tukang cakap tu...as in yang mengeluarkan fatwa berupa ini, tidak ke nak memakai otak bila mengeluarkan kata2 yang macam ini?

What if kalaulah bapak kita or laki kita tak waras, and you know orang yang tidak ada mental capacity ni akan di exempt dari macam2 tanggungjawab. So, kat siapalah kita nak channel kan dosa kita tu, Kiah? 

I saw this comments kat forum internet, biasalah kalau masing2 memberi pendapat tu macam dia lah berkonsep fisabilillah nya...siap cut and paste quote Ustaz2 tah mana..mengharamkan so many things under the sun. Nak wish Merry Xmas takleh..sebab harammmmm meng associate kan diri dalam hal2 agama orang kaffir, ye lah..katanya Xmas tu nak sambut birthday Jesus, something to do with there's no pengiktirafan dalam islam Jesus tu ada...

Secara praktikalnya, hidup dalam masyarakat majmuk, respecting one belief and choice is essential...macam kita lah, sensitif bila orang tak respek agama kita...tapi kita yang terang2 siap keluar fatwa kata agama orang lain tu tak bagus, patut ke?

Insecure sangatkah kita dengan akidah dan kepercayaan kita sendiri?

RIP....tiada nya keamanan dalam mati dalam keadaan kafir? 

Adakakah saya celebrate Valentine? Hmm..disebabkan Valentine ini diassociate kan dgn hari memperingati kekasih..dan sebagai orang yang mempunyai kekasih (walaupun kekasih tu macam tak sedau aje dia pun ada kekasih..cilakabanat!) saya gunakan hari itu untuk tunjukkanlah yang saya ingat kat dia...saya sayang kat dia. Kat Malaysia apparently haram sebab ianya akan men jerumuskan kekasih2 tu ke hotel2 murah dan membuat persetubuhan haram. But, people have seks haram not only on 14th Feb kan? So banning and haram' ing V-Day will curb people from having sex ke? Jantan ni, kalau tak disuruh ber romatik, haram lah nak buat effort lelebih untuk menunjukkan mereka tu sayang kay gf/bini. Then diorang cakaplah, walaupun saya ni tak cakap I lap yu kat awak, dalam hati saya sayang kat awak.Ye laahh..dalam hati, manalah nampak kan, Bang oii? Serupalah jua kalau dalam hati you ada hati kat orang lain, pun I takleh nampak or tahu kann?

So, yes...saya ucap RIP kat mana2 orang yang mati yang saya kenal. Kalau dia islam..saya sedekah Al-Fatihah lah...and I think, saya sedekah Faithah dan cakap rest in peace jua. Is a matter of different language..bersemadilah dikau dgn aman...and Allah do the rest. 

Yes, I celebrate Xmas. I trade presents. Why? Is it because saya junjung Jesus Christ tu? I can assure you tak semua orang yang sambut Xmas tu religious okay? Happy dapat hadiah aje. Adakah secara automatik saya telah murtad? 

Tak ke kita terfikir, yang mengeluarkan fatwa ini adalah manusia jua, macam kita yang lemah lagi perlu belajar mensucikan hati. Kita sendiri buat dosa sehari2...dalam sedar dan tidak. Kalau kita tahu benda tu tak baik, elok kita tegur. Macam dalam opis I budak Turki ni, hari2 bongkak cakap dia baca Quran lah, dia good Muslim lah...tapi hari Jemaat, tidaklah pulak saya nampak dia pi sembahyang. Pastu bulan puasa, bley dia kata..ohh I cannot fast, I'm on medication. Ptuihhh! Ada sekali I meluat gila dengan dia I cakap lah, masa tu hari Jumaat..why don't you go to mosque now, as your Boss and as another Muslim, I am responsible to grant you time off for this purposes. Dia jawab..ohh it's far and traffic is bad. Haram jadah, padahal mesjid tu jalan 15 minit dah sampai. Then bulan puasa bila dia dok kata dia tak leh puasa, I tegur lah...u can be flexible with your meds, it is not like you have a life threatening condition..and you don't even want to try fasting! Ye lah kan..puasa aje lah..kalau dah tak larat, buka lah kan? Ni tak..terus tak nak puasa. Cesss.

Tegur2 postive tanpa menyinggung hati dan perasaan orang..yakni...kalau nak tegur tu, jgn lah dok kata kesian makpak kau, kau macam ni..or kau munafik fasik etc etc...pakai lah psychology kann? Kalau tegur baik2 orang dengar you....kalau tak berubah serta merta, lambat laun berubah jua..kan?

Pssttt...Budak Lurpak, bila hang nak mai London? Aku dah nak balik ni. (tak de kena mengena)

2 comments:

DeLancrettLurpak said...

Masa saya belajar di UTM, saya selalu la kena judge kann. Maklumlah, freehair kann. Memang ada org pernah kata di depan batang hidung saya bahawasanya segala kebajikan dan kebaikan yg dibuat saya tidak diterima Allah sebab saya tidak menutup aurat. Nasib baik saya sentiasa berhidung tinggi, so saya hanya kesiankan mulut puaka tu sebab tak cukup ilmu di dada, kehkehkeh (minah bermulut puaka tu dah ada PhD uols, huwaaa!!)


Hehe, mmg saya nak gi London tapi 4th March ni la.. sebab saya nak gi Embassy.. Adakah kamu mahu ngedate dgn saya?

Anonymous said...

Ada ulamak yg berpendapat org Christian , org yahudi yg iklhlas beragama dan benar iman nye akan masuk shurga ... Sbb Ada ayat dlm Quran .. Malas nak cari .. Org Islam ni , bukan org mesia je , ingat Tuhan tu sayang mereka sahaja dan Tuhan tu hak mereka sahaja .. Boleh ke kita ukur iman2 org2 yg disangka kafir itu .. Ni nnt kalo bagi hujah ni mesti they all kata .. Tu utk org ahli kitab yg dulu2 sekrg dah tak de .. Sapa kata? Ulamak2 mana2 pun masih ikhtiraf akan ada nya ahli kitab sampai sekrg ..