About Me

Saturday, February 04, 2012

Victim Of Hate

Victim of hate adalah tak sama dengan hate crime ye, adik-adik sekalian.....walaupun orang yang sama boleh terlibat. Ohh very the confusing gituh.

Hate crime, is kalau kita ni mangsa atau pemangsa benda2 yang boleh menimbulkan benci...yakni kalau orang tak suka or kalau kita tak suka warna kulit orang tu, sexuality orang tu, agama orang tu..rambut, hidung even rancangan TV kegemaran orang tu. Speaking of which, I tak suka/tak pernah tengok cerita reality The OnLy way Is Sex, eh Essex tu...tak taulah pasal. Macam takde moral aje cerita2 camtu, I rasa la...walaupun kengkawan kerja I ramainya yang menengok.

Victim of hate pulak....ni memanglah ada kena mengena dengan yang masih hidup and yang dah mati. Okaylah...hari ni punya posting, I cakap pasal I ajelah ye...sebab kalau cerita pasal orang karang, tak pasal2 salah cerita. Benda yang kita nampak and benda yang kita tahu is 2 benda berbeza. Kita nampak orang benci orang, memang apa yang kita nampak tu tak elok..but kita mungkin tak tahu apa sebabnya.

Aruah adik I meninggal masa dia sangat muda. Tak sampai pun 19 umurnya. Dia sakit mengejut, tapi idoklah mengejut ala2 demam pukul 10 mati kol 11. I think adalah dalam 10 hari sakitnya. Disebabkan adik I tu sangat macho, kami2 pun tak nampaklah tahap keseriusan sakitnya tu, until days yang dia betul2 terlantar...

My mother I mendidik anak2 nya supaya sentiasa hormat kat orang2..tua atau muda. Hormat sampai ke tahap, kalau orang jahat dengan kita, biar Allah lah yang membalas gituh. Tu mak I. Aruah appa pulak, hmm...respect is one thing, don't allow people to take a piss is another. But we all kan dididik dengan penuh adab kemelayuan...yakni hormatlah adik beradik makpak kita walaupun mereka itu adalah setan jelmaan. At certain stage, a child would know mana kena hormat, mana yang dia boleh rasa salah and tak berkenan dihati. Budak2 bukan bodoh okay...walaupun orang dewasa sukalah cakap..ala budak2, apalah yang dia tahu...weih, budak2 tahu banyakkkkkk okay? Being expressive is often restricted. Tu lah pasal.

Ada benda yang masa I kecik, I rasa tak betul...and I bagitau my parents. They often brush me off...but I know they know that what I said made sense. I don't like certain uncles and aunts...kalau orang tu garang tapi baik, kita tahu. Kalau orang tu garang dan cilakabanat (hahaha...) kita pun tahu juga. But kita takleh lah nak cakap or melawan terang-terangan sebab taknak memburukkan keadaan.

Had my parents told me, okay...amma apa tau itu orang macam syaitan, but bersabarlah...then maybe I don't have to spend all these years hating them. That's the trouble bila kita sekat pemikiran budak2 kecik, sebab budak kecik itu akan membesar dengan pemikiran yang terencat dengan rasa sakit hati yang tak berkesudahan. Budak kecik itu adalah saya. Semasa saya kecik, adalah syaitan2 jelmaan yang selalu cakap depan2 saya, apasal la ko ni hitam...tak ikut kulit amma yang putih melepak. Pulak tu cakap dengan orang2 besar yang lain..eh eh, yang sorang ni (aku la tu) ikut bapak nya...kalau ikut mak nya sure shomels. Tu satu contoh. Banyak lagi contoh penderaan emosi yang tersangkut dalam kepala I hingga kini...dan kerana expressi marah saya telah dibantutkan oleh makpak saya, expressi marah itu telah mengeras menjadi perasan benci yang amat sangat.

Saya tahu aruah adik saya adalah mangsa buli. Bukan buli ganas2 tau you all. Adik saya tu macam akaknya ni, lurussss orang nya. Ada benda yang dia tak suka but he is at the age, dia tak reti lawan. Sebab dia tak lawan, dia terima saja perbuatan orang padanya. Orang suruh dia buat tu, dia buat...orang suruh dia buat ni, dia buat. Sampailah dia jatuh demam...orang buat tak kisah aje. Sebab orang dah buat tak kisah, dia pun balik rumah amma appa sendiri. Takde pun orang hantar dia balik. Amma pi hambik dia kat bus stop pun, dia dah lembik dek demam.

Hari dia meninggal, saya pulak bertukar jadik setan jelmaan. Secara fizikal, saya telah menyerang setan jelmaan yang saya rasa membuli adik saya tu. Tetapi biasalah, perempuan kan emosi..sambil nangis sambil nak terajang..tak tau nak channel energy kat rasa sedih ke, rasa marah. Dan semenjak hari itu...saya berhenti bercakap dengan orang2 yang saya sudah benci dari kecik. Dan secara berdepan-depan, bila terjumpa..saya akan cakap pada mereka depan anak2 mereka...saya harap awak mati. Saya nak anak bini awak rasa macam mana mak saya rasa..cewwahh..pandai betul saya jual nama mak saya...kan? Mak saya slow talk saya...apsal la ko jadi camni...amma appa tak pernah ajar kau jadi cam ni. Saya cakap dalam hati..memangla, but kalau saya dah diajar melawan dari kecik, mungkin saya tak akan jadi pendendam yang macam ini.

Diusia yang dah nak sama dengan Madonna ni, saya rasa saya semakin bijak mengawal perasaan. Ada juga benda yang boleh membuat saya rasa marah tapi saya selalu duduk diam dulu, berfikir sampai kering air otak dan kata pada diri saya sendiri, kalau saya marah orang itu, apa hasilnya pada saya? Yes, bila ada benda menyakitkan hati, kita pasti marah. I wrote about kawan I yang janji2 KLCC tu kann? Few days ago, dia hantar email kat I. Hmm...here I think, I sudah ditinggalkan denga persoalan kenapa dia berperangai begitu kat I...pulak tu, dia sangat oblivious tahap cipan macam dia tak buat salah apa2. So saya balaslah email nya..highlighting all the points yang I rasa, dia buat2 tak tahu. MB1 cakap dengan I, apasal lah sya nak cari gaaduh dengan orang...saya kata, ni bukan gaduh...but orang itu mesti tahu yang dia sudah buat salah dengan saya dan ini adalah akibat/hasilnya. Maka saya tidaklah akan menyimpan jarum patah didalam hati lagi. Terus orang tu tak jawab. Adakah tindakan saya itu betul? Entah...saya rasa betul. I felt good.

Ada orang pernah tanya saya, kenapa saya sangat cool bila Siamang merobek2 hati saya? Tak ada dendam kah? Hmm....setelah kantoi pada 2nd time nya, saya marah lah dia kaw-kaw, and sudah cakap what I thought of him. Lepas tu, saya tak fikir lagi. He spent many years until his death trying to apologise for making me upset but I doubt that he knew why he did all that. Ada benda salah yang kita buat dan kita tak tau nak explain macam mana nak nak kat orang yang kita buat salah tu.

Kita ada baca kan...ramai orang tak puas hati...dendam sana dendam sini...yang sampai buat and bawak mati pun ada. Most of them think they know why they got succumbed into the emotional rage and hatred. Tak uolsss. Orang yang berdendam and membenci, mungkin pada dasarnya tahu sebab kenapa they all rasa macam tu, but deep down can never know why they behave in such a way (berdendam gila2)

We wish things are so simple in life. I hate you...I hurt you..I am happy and I want to move on. Meroyan lah kita macam nak rak...but tak kan adanya all that will make us feel better in the end. Maybe all those things that we do help us to cope with it at the time. Isk...geram tau jadi mangsa perasaan sendiri ni.

Semalam....saya terjumpa sepupu saya, yang saya dah lama tak jumpa.Masa saya jumpa dia 12 years before, dia okay dan excited jumpa saya. Last time we met, she recognises me as someone she have seen in the past. This time round, we had to be introduced. But she is far from being excited. Tak apalah...doesn't bother me at all. But towards the end I realised that she had emphasised the facts that she doesn't know anyone, repeated twice that she can't be expected to know her relatives when her own father (pak menakan I yang syaitan jelmaan tu) takde mengontact dia. Hmm...you tak suka appa you, and you feel it is necessary to express your dislike (twice) to his relative? I know she want me know how she feels. But to allow herself to become angry, despite attempts of concealment....

I should say, call lah bapak you...tell him what he is missing...and that other man has done his job for him..only much much better at raising her. Kalau bapak I lah ropa itu, sure I akan cakap. But bapak I, despite his other shortcomings, is a bapak mithali.

Note : Bapak cousin I and orang yang I serang masa adik I meninggal adalah orang yang sama. I feel no greater than good feeling to know that his own daughter menyampah gila kat dia. Padahal anak sulung dia tu lah yang dia dok cakap kat orang dia sayanggggg sangat.

I adalah jahat.

6 comments:

Lee Novotny said...

Oopsss... kemaafan dendam terindah kekdahnya kata Aishah khennn *HUGS* xx

Anonymous said...

I feel you makji! kalau ade kelapangan, please write how to speak up like u. membesar dengan sistem yang lebih sama macam makji, I tend not to vocal out my emotions. tunggu the unrequited cinta after seven years, and met the jantan recently pun still tak tau macam mane nak express my dissapointment over him. kat keluarga pun same, they've been telling me all their problems that they just don't listen to mine. I grew up by my own tanpa bapak lantas banyak lah suara sumbang yg menghina, I walked away bila kena marah pun kena tuduh kurang ajar nanti dah besar akan kena pukul dengan orang. tapi hakikatnya?? I make living better than the other members dan tak pernah bawak taik balik rumah, still kena kata I duduk jauh, happy kat tempat orang, I know nothing about what is happening at home. walhal everytime the sms is coming, it's all about their problems and money.

somehow, I believe we need to channel our anger/dissatisfaction/hate by words (dan sedikit sepak terajang).

Anonymous said...

makji IMHO dlm hati u ader taman yg vunger2 kembang mekar.

Makji Esah said...

Lee..maaf itu indah ye? Tengoklah keadaan gamak nya....agaknya kalau dah tak larat nak bertekak, indahlah kot..

Anon1 ---yang itu sangatlahhhhhh biasa didengar. Tang2 masalah camtu, baik betul sekor2 sedara mara kita...

Anon2...vunga2 mekar? apakah?

DeLancrettLurpak said...

Itulah perasaan I towards my two aunties. Sorang mulut mcm cilakabanat and sorang perangai mcm jelmaan setan. Since my abah meninggal, I hanya cakap 2 patah perkataan je dgn diaorg. According to my emak, my abah tak pernah pun rasa marah to anak-anak dia, tapi pada sedara mara mmg ada. Mmg la my abah ada sakit hospital gitu, tapi dgn ada masalah bangang disekeliling dia, menambahkan degree lagi sakit hospital, I benci both makciks, erghh!

Tu pasal I suruh adik beradik I bawak lari my emak jauh dari rumah kampung, sebab setan2 jelmaan anytime je buleh datang.

Makji Esah said...

Doc Lurpak, apa kata kau santau je masing2 tu? hehehehe