About Me

Friday, November 25, 2011

Tunggu Menunggu Membawa Puaka

Iskkk, sebagai penunggu fulltime sejak balik Malaya ni, I dah naik fed up pulak dengan ketidak perincian rancangan orang-orang keliling I. Mencik tawww.

Contohnya, ni sedara I yang sorang ni...dalam pesbuk berdegar degar nak jumpa I and buat pulak statement macam I ni adalah orang yang paling susah dia nak jumpa. Tapi hasilnya bila I dah agree nak jumpa dia? Lunch time nak booking I katanya. So menunggulah I dalam kelaparan dan kebingungan...yelah...lunch time nya pukul berapa kannn? Pundek sungguh.

Then orang yang bangsa membuat temujanji tanpa time ni, wehhh....suruh kita tunggu and dia pulak tak muncul2. Isk...jahatnya. Kalau cakap nak mai petang, cakap lah pukul berapa kannn? Petang start dari pukul 2 sampai pukul 6.59pm. Susah benarkan nak bagi time?

Ada pulak....nak jumpa kita. Dah tau kita ni takde drebar, mai lah ambik. Dah la bus takde teksi macam lahanat. Kita dah buat favour untuk dia (ye, saya akan mengungkit!) Last-last, dah le kita susah2 datang jumpa dia...nak hidang air jauh sekali lah pastu saya dibiarkan macam bodoh saja? Saya cari jalan datang, saya kesudahnya cari jalan balik. Dia dapat apa yang dia mintak. Teruk saya kena sindir MC bila saya balik basah2 kena hujan sensorang....hah, lainkali baik laaaa sangat dengan orang ye? Air kopi pun tak dapat. Bengang betul I.

Kekasih gelap I pulak, sebelum I tiba di Malaya, siap merajuk bagai...bila I dah sampai....dia dok jadi tikus lab lah pulakkkk....(Jumpa dua kali, mana cukup? Nafkah batin pun tak lepas)

Saya adalah bengang.....


Sent from my BlackBerry® wireless device

3 comments:

Cik Kiah said...

Amboi2...! Status pesbuk kemainnya busyyyyy semedang. Mkn delicious la (wah! Boleh pulak ko masuk kl ye?), puss in boots la, muara lah, kuala lah, ladang ternakan tapirla..lg mau ungkit..mmglah apakan daya, sy ni sedar diriku hanyalah student..yg sebesar plankton.ish! Sapa yg tk bagi kau walau secawan kopi macdonald's ni and biarkan ko jadi contestant wet tshirt contest?

Noir said...

Hi Makji

entertaining posts you've got. hilang tension kejap. nanti2 nak baca lagi

ruggedmom said...

wahhh dah balik somban kah? Kalau kat sini taxi mmg cam hampeh. Dulu tak guna meter, kalau kita panggil dia caj 11 hengget one way so kita berdoalah bila nak ada meter. La ni dah guna meter every 27 scnd naik harga...gilos! baru sampai kat kubur hj md said tu dah kena 11 hengget!