About Me

Tuesday, May 17, 2011

Ward Round 1

Makcik Seripah Rohani berusia 80'an dan tinggal seorang diri dirumahnya di Kampung Tulang Rimau. (Iya,tempat ni memang wujud you all....) Suami makcik Seripah Rohani, also known as Makcik Sherry sudah meninggal donia beberapa tahun yang lalu. Makcik Sherry ada beberapa orang anak manusia dan juga beberapa anak ayam, kambing, lembu dan kucing.

Disuatu pagi subuh yang heninggggggg.....Makcik Sherry sebagai muslim sejati, bangun pagi untuk ber wudhuk for subuh prayers gituh. Rumah Makcik Sherry adalah bagak (ikut standard kampung laa, dah bilik airnya adalah attached bersebelahan dengan dapur, berlantai kan simen. Menurut Makcik Sherry, pagi itu adalah sojukkk sepoti biaso dan dio pun bejalan macam biaso ke bilik air eh. Itulah kali terakhir Makcik Sherry berjalan macam biaso.

*****

Seripah Hasnah atau Makcik Hannah Montana adalah anak sulung Makcik Sherry. Sebagai orang N9 yang hobinya dok colah ketiak omak, Makcik Hannah Montana tinggal tidak jauh dari rumah Makcik Sherry. Tugas Makcik Hannah Montana ialah membasuh kain kotor dan menghantar lauk untuk Makcik Sherry on a daily basis, walaupun Makcik Sherry selalu berkata pada anaknya Hannah Montana, takpayah lah ekau susah susah....omak masih kuek and bulehhh nak masak. Masak la untuk laki kau..tu yang ponting eh....err, potang karang, kau masak apo yo? (ishh..jahatnya mulut saya menambah ayat yang last ini)

Seperti biasa, Makcik Hannah Montana, dalam pukul semilan pagi waktu Malaysia dan Kolo Pilah, menghantar kuih kodok untuk Makcik Sherry. Hari ni Makcik Hanah Montana bangun awal, so sompek lah nak membancuh topung mo ikan bilihhh. Kalau tak tu kan, kalau Makcik Hanah Montana bangun lambek sobab malam tadi tengok Maharaja Lawak (Makcik Hanah Montana adalah penyokong kuat budak n9 ittew) maka Makcik Hannah Montana akan membeli nasik lomak ajo....(tak koso den nak buek seniri do...lecehhh, mano nak cari daun pisang bagai sekarang ni, pokok pisang belakang nunn dah habih diratah dek boghuk..) ----ini juga saya yang membawa mulut.

Makcik Hannah Montana mempunya kunci spare rumah Makcik Sherry. Selopeh dio memboghi salam...(manolah omak ni...omak, bedoso tau tak jawab salam, kata hati Makcik Hannah Montana) dan Makcik Sherry tak jawab, makan Makcik Hannah Montana memecah masuh menggunakan kunci spare itu.

Dari jauh kedengaran suara Makcik Hannah Montana....Ya allah...omakkkkkk, kenapo ni makk....Liyeh...Liyehhh (nama jiran sebolah Makcik Sherry) copek telipun spita...copek Liyeh...copek...!!!!! Maka Pakcik Alias rumah sebelah pun panggil la ambulan.

********
Hari ini saya sangat boring, maka saya pun berjalan-jalan dalam ward. Apa saya buat dalam ward spital ni? Saya menjadi part time suster ngesot menjaga mak saya. Saya perhati, orang sakit dan orang yang jaga orang sakit semuanya dah berkenalan antara satu sama lain. Saya aje yang munyit sumbang. Maka saya pun gagahkan diri dan kaki.

Makcik Sherry terlantar atas katil dengan unipom hijau (baju orang sakit). Tangan dan kaki Makcik Sherry bersimen dan berbesi. Dah lah Makcik Sherry ni size zero, bila dah patah riuk cam tu, terserlah keazab sengsaraan kesakitan yang ditanggung oleh Makcik Sherry. Maka saya pun tegur...

Uwan...apo kono ni Wan...laaa hai...(sambil mengusap simen kaki Makcik Sherry) Belum sempat Makcik Sherry bukak mulut...Hannah Montana anaknya memetirrrr

Hah..ni lah omak kan...pengajaran ni Mak. Nak bobuih mulut Anah (Hannah Montana membahasakan dirinya, kantoi nama sebenar youu....) ajak omak duk mo Anah..omak dogeyyyyyy (emak degil) sekarang sapo yang sengsaro mak..sapo???

Makcik Sherry...allahhh...allahhh....dengan sayupnya.

Saya pun pandang Makcik Hannah Montana dengan terkezutnya...meminta kepastian. Makcik Hannah Montana menyambung...ni lah deh, Acik dah ajak dok mo Acik, omak tak maunnn...sayang na nak ningga an ghumah. Tahan deh dok sensorang...hah! tejolopuk deh jatuh lam lik air, maso nak amik air semayang. Nasib baik acik poei ngantar sarapan...dah kochutttt den lamo ateh simen lik air tu. Kuaso tuhan lah Acik maso jumpo tu masih benyawo (eh..makcik drama nya...) tepakso panggil orang spita datang angkek masuk ambulan..tu pun omak masih yo mengoluh 'omak lum semayang subuh laie ni haaaaa'. Acik kobar an, Omak jatuh ni, sampai tak buleh bangun, adolah yang patah ni..poei spita lu..nanti qadha' an lah semayang tu...kata Makcik Hannah Montana kepada saya. Menurut Makcik Hannah Montana, Makcik Sherry telah dibawa di spital Pilah tapi setelah dia didapati cedera amat teruk, maka dia telah dibawa ke spital besar.

Makcik Hannah Montana meneruskan perleteran terhadap omak nya yang terlantar itu. Antara kata-katanya termasuk omak dogey, omak tak kesian kek Anah, lopeh ni omak duduk lah mo Anah...nanti apo lak kato orang, di pikir eh kito ni tak nak jago omak etc etc etc.

Saya pun senyum kat Makcik Sherry dan berkata, Uwan..bawak bersabar yo Wan...berdoalah yo, biar copek baik.


*********
Moral dari cerita diatas....perlu dingat ye, orang yang sakit dan terlantar ini besar anxiety nya, so janganlah masa ni digunakan untuk meleter dan melaserrr. Senyumlah dan berilah kata-kata motivasi untuk orang yang sakit tu cepat sembuh.

Walaupun Makcik Sherry dah jatuh patah riuk, dia masih conscious yang dia belum sembahyang subuh. Saya yang tak patah kaki tangan ni, tak hengat pun nak sembahyang...insaffff nya saya.

Ciptalah technology seperti Careline (in UK) dimana orang tua yang dok sorang diri ada device yang boleh dipicit untuk meng alert pusat bantuan dengan serta merta. Alat ni selalunya dipakai seperti rantai. Orang tua-tua ni macam kita..ada pride dan akal mereka sendiri, kalau mereka selesa dok rumah mereka walaupun sorang diri, sokong sajalah hasrat mereka itu. Kang kalau dipaksa pindah, pastu tak happy, kang mati..maukah kita tengok mereka mati dalam keadaan tak happy?

Semoga Makcik Sherry cepat sembuh. Amin.


p/s Watak Liyeh diatas adalah rekaan saya semata-mata...tah sapo-sapolah yang Makcik Hannah Montana panggil mintak tolong telipin ambulan...entah-entah Makcik Hannah Montana telipon line kecemasan dengan henpon nya...kan?

10 comments:

DeLancrettLurpak said...

buleh tahan mulut acik Hannah Montana.. hahahahha

Anonymous said...

Esah Esah...

Ko buek aku ketawa keluar kuat (LOL) baco tulisan ko nih, sompek den memberus ( brush up) bahaso negeri den.

Miss u babehhh...
Sallymally

NenekPenne said...

i think i need that device.. i pun dok sorang ni... its quite usefull kan kalau ada device mcm tu kat sini... kerrr dah ada??

Hjh Esah Jolie said...

Budak Lurpak..a'ah, laserrr 46 karats mulut dia tu. Kalau aku yg sakit dia jaga, sure meninggal time tu jugaks.

Sally Bebeh...miss you too. Aku masih terasa kelazatan ikan mengandung itu. Cewwahhhh. Mana lagi branch sushi king ye?

NP..adakah you tergolong dlm category org vulnerable, as in kalau ada apa-apa kesulitan physical, you terpaksa mengharapkan org lain? Org Malaysia kan semua boleh...dah ada lah kot agaknya.

tireless mom said...

Haji Esah

Handa boto kau bercerito.

Ontah ontah Mak cik Hanna Montana bbm yo dongan anak anak eh atau dongan sapo sapo yg buleh datang ganti Careline. Orghang jaman ni kekadang lobih suko ber mesej mesej laie daripado bercakap telepon. Dah ilang human touch eh...

Pokok pangka eh, menjago oghang tuo tu, baik dio sakit atau dio sihat, bosa pahalo eh.

ruggedmom said...

ye la kan sesetengah orang tak tau adab dgn orang sakit ni, kita dengar pun sakit hati

Anonymous said...

Kacau. Terlepas gelak besar sorang-sorang.

Terutama di P/S. beriya saja kita baca. Kena tipu pulak ...

Terima kasih.

Humaira

Anonymous said...

hahaha.. golak bosa. setuju semuo pendapat mak aji..

Anonymous said...

hjh esah,
bahasa negeri semblilan you adalah first class gitu!

edelweiss said...

dah lama tak jengok rumah u nih esah...heheheh tetiba teringat. tergelak sorang!