About Me

Wednesday, May 25, 2011

Slut and A Willing Prat

So now kita semua dah tau yang Ryan Giggs la jantan pemain bola nya yang telah membuat affair dengan one of the model ex gilpren seorang lagi pemain bola dibelakang bininya.

Hish...you might wonder with all the money they made, si footballer-footballers dalam UK ni dok menghunggun gilpren sesama sendiri aje. Like John Terry, si ex gilpren team mate dia jugak yang dihambik nya.

Well, I'm sure dengan sesiapa pun Ryan Giggs tu nak ada affair, be it belakang bini ke or depan bini dia ke, tu dia punya pasal lah kannn? He got money...dia pun hensem jualah ada nya. Kalau dia kacau I pun, I akan nak juga. Ye lah..I ni bukannya set-set pujaan ramai jantan, so kalau Ryan Giggs la yang nak, bodoh la kalau I tak nak kann, Kiah?

But yang tak best nya...alih-alih salah orang pompuannnnnnnn lah jugak.

The model he was having the 6 months affair with is branded 'slut' by many. So, adakah ini bermakna kalau kita ada affair dengan laki orang, we are automatically a 'slut'?

How dare you single woman...go and having sex with a willing prat?

Of course in some cases, the gold digger sort is immediately obvious. Remember Ashley Cole dengan hairdresser yang I rasa si Ugi kucing anak haram Kiah pun lagi chantekk. She had sex with AC masa kawan tu tengah mabuk dan muntah-muntah, pahtu..dia pi cakap kat sokabar (hahh..nampak la sangat nak buat duit from kiss and tell) yang dirinya yang tak lawa tu tak berdaya menepis si Ashley Cole ittew. Pastu bley pulak cakap...dia kesian kat Cheryl Cole tu. Ciskek kann pompuan camtu!!! Matikk la emo.

This Welsh girl...a former Big Brother contestant memang lah lawa....so dia ni takdelah yang set-set nak hadap duit boipren gitu. She should have known better yang Ryan Giggs tu laki orang..but, ye lah..kalau dah terjatuh chenta...laki orang,bini orang pun terjadi juga. So what, she is single...surely Ryan Giggs yang ngorat dia. Bukannya Ryan Giggs tu kena paksa pi kongkek dia kann? And..she got called 'slut'?

Single woman yang ada affair dengan laki orang pun...selalu lah kena label sundal bagai kann? Tapi, kalau laki orang tu tak willing, maka adakah ianya semua salah si pompuan itu?

Kalau laki ada affair dengan bini orang/gilpren orang pun..maka si pompuan tu jugakkk lah yang akan menjadi sundal nya, bukannya jantan tersebut. Ishhh....

Kesimpulannya.....we can always declare that we meant no harm, we did nothing wrong etc and etc...but once you commit something that is universally doesn't seems right to others, be ready to get called all sorts. If you walked out of your husband citing the unhappily married as the reason, maka siap lah satu Paroi Jaya akan mengata. But your husband can run as far as he can to the furthest pejabat kadi, few times with any girls older, similar and younger age with or without your permission...I bet he can still attend kenduri kahwin at his wife's kampung with his head (and tail) head high.

As usual....I don't have a point.

Friday, May 20, 2011

Banyak Chenta & Banyak Gila

This guy is having an affair with a girl he knows long, long time ago. Gilpren lama katanya..but dia also kata dia kena kahwin dengan bininya sekarang atas arahan keluarga. Okay..fair enough. We still live with strong beliefs that, kalau kita melawan kata makpak kita, maka tak berkatlah hidup kita nanti. Well, betapa selfishnya makpak kita tu kan...nak kita ikut kehendak mereka bab-bab jodoh ni. Just because diorang suka, kita kena ikut suka jugak ke? Pastu kalau kita tak nak karang, mulalah kata...berkat hidup kalau kahwin dengan jodoh pilihan makpak. Makpak ke akan hidup sekali dengan orang yang mereka jodoh kan tu?

Well, that is another story la. But just because you tak kahwin sebab chenta, you ada excuse besar untuk beronggeng dengan kekasih lama you? Yang kekasih lama tu pun...can't you not see what is happening? Takk...kita pun nak ikut bermusuh dengan bini kekasih kita tu. Hek illa...doh doh doh!

People tend to excuse what blatantly is wrong doing, when they are so blinded by love. Laki/bini kita orang ambik...and kita lupa pulak, yang kena ambik tu pun sebenarnya rela diambik dan kita bermusuh la dengan sipencuri laki/bini kita tu. Some even excuse the affair they're having with their ex, err ada tau yang macam ni. Nak kata dia salah, dia rasa dia betul. Kadang-kadang, kita pun rasa dia betul but bila kita pikir balik, apa ada hasilnya pada kita, adakah perbuatan kita tu betul?

Perempuan yang sorang ni adalah sedara saya. Dia adalah sangat lawa dijaman mudanya. Dia taklah tua sangat pun, just dia sudah disambar oleh jejaka hensem ini sampaikan dia tak sempat nak hambik SPM.Pun pilihan keluarga...macam Camelia kena kahwin dengan Ehsan. Ye la..mula-mula chenta lah kann...anak Gabenor, siapa yang tak nak. Hensem lak tu. Suami sedara saya ni bukanlah anak Gabenor, tapi dia anak orang berharta lah. Tapi ingat ye...datang dari keluarga berharta, tidaklah bermakna orang yang kita kahwini itu berharta jua. Lambat laun kalau tuan punya diri itu umpama biawak, family nya yang berharta jua akan naik menyampah...

Then this man (suami nya yang dari keluarga berharta tu) just jatuh terperosok pulak masuk satu kumpulan dakwah...dan sejak itu dia mula berfeeling orang alim gituh and terus dengan laju bak bas express kat Malaysia mengikut sunnah nabi, yakni mencari bini yang nombor 2. Cam siyalllll la sangat. Kerana chentakan suami, si isteri pi lah meminang bakal isteri no.2 dan mengikut rombongan lakinya pi kahwin dengan pompuan itu. Marah sungguh family isteri isteri pertama yakni sedara saya itu. Tapi apakan daya...kita aje yang marah, bini si tupai alim gatal tu tak marah pun. Pun begitu, the suami nya itu hanya pandai berbini tapi tak reti nak sara bini tapi masih tetappp menyombong macam Muammar Gaddafi. Life got so bad and from 2 household kena jadi satu, with 2 wife sharing a house dengan anak menciyak-ciyak....kalau dah laki tak bekerja, apalagi kerjanya kalau tak membuat anak kann? Dengar ceritanya, they have been asked to vacate the house (in fact, so many houses after that) sebab takleh nak bayar sewa because none of them are working. Bila ada sedara mara nak bantu, si suami can say..kalau you ambik bantuan maka jatuh talak. Ciss. If that were me, maka melompat-lompat I nak buat something so that the talak can jatuh maka aku boleh nyah dari hidup nya.

But the wife still.....sabar, sabar. Masih sayang kat suami baghal nya. Sampai semua sedara mara kata, kau peluk lah suami kau..hiduplah kau dalam batu (quoting what the suami said..ulat dalam batu boleh hidup) Iye? Habis tu, ulat dalam batu tu ada kena pakai whisper ke tiap-tiap bulan Bang oiii? Pampers anak? Nevermind pampers mak-mak kannn?

Gila chenta ke..bangang to the high heavens tu?

Yang hidup menahan hati kerna chenta pun ada jua...kekasih hati perangai cam puaka or getting involved with the impossible. It is always about two people...when one can't function properly, one need to make the honest decision. Despite the madness, we still have one very functional nerve in our brain that will tell us the awful truth. That's why when do something, we know when and where things aren't right.

Do the right thing while we still can. (Kiah, lawan lah or simbah lah Bapakmu dengan cuka getah...)

Wednesday, May 18, 2011

Update Yang Boring

And I wish the introducer had warned me off, on how addictive it can be.

When we first joined, we cringed over the number of friends we have. For some reason we feel that our facebook reputation is depending on how huge our friends list are. We are so desperate that we want to be friends with our friend's neighbour.


Adakah ramai kawan juga menjanjikan kebahagiaan? Entah lah...I am more happy being occupied with the games, honestly.


Status update adalah beraneka kisah...dari kisah kelakar hingga ke kisah yang boleh membuatkan you nak remove situkang tulisnya masa tu jugak.


The thing is, the FM will prompt you 'what's on your mind'. Sebagai manusia yang mempunyai macam-macam tatacara kerja kat kepala, harus banyak rancangan dalam kepala...and we literally writes whats in our mind, inadvertantly not realised that we are capable of thinking aloud too., sekaligus menimbulkan macam-macam kontroversi.


We like to assume that 'we are what we write' kadang-kadang. I do hope this is not right, although ada jugak orang yang kononnya nampak sensible dimata kasar (dan rabun) kita, tapi bila keluar status hapdate nya, ciss...kuat berdrama rupanya!


Ada yang suka menunjuk perasaan dalam status update nya...dan melemparkan rasa marah that when you read you pun rasa, eh dia ni...apesal tak pi bagitau kat orang tu sendiri, pi nyalak kat pesbuk pehal??? This are the people who claimed dia ni jenis-jenis pendiam and tak cakap banyak, tapi sekali marah (versi pesbuk) hah, world wide web pun bergegarrr (kata dia lahhh)


Tapi..bila dah lama tak update status karang, orang ingat kita dah mati pulak kan???


Now with the latest application dalam pesbuk, where people can know where you're at, lagi lahhh privacy kita menjadi semakin longgar. Kita pi McDonald, kita checked-in kat McD. Kita gi kedai jual seluar dalam pun, kita bagitahu kat orang. Ada tu, in my bed pun dia nak bagi tau. Weh...kalau tempat glamer ampun lah jugak kann?


And what is the point of all this actually? Kita nak orang tahu apa yang kita buat ke, or kita adalah penggila gadget terhebat? Nevertheless it is fun to read...boleh la kita perhati hidup orang kan?


Tuesday, May 17, 2011

Ward Round 1

Makcik Seripah Rohani berusia 80'an dan tinggal seorang diri dirumahnya di Kampung Tulang Rimau. (Iya,tempat ni memang wujud you all....) Suami makcik Seripah Rohani, also known as Makcik Sherry sudah meninggal donia beberapa tahun yang lalu. Makcik Sherry ada beberapa orang anak manusia dan juga beberapa anak ayam, kambing, lembu dan kucing.

Disuatu pagi subuh yang heninggggggg.....Makcik Sherry sebagai muslim sejati, bangun pagi untuk ber wudhuk for subuh prayers gituh. Rumah Makcik Sherry adalah bagak (ikut standard kampung laa, dah bilik airnya adalah attached bersebelahan dengan dapur, berlantai kan simen. Menurut Makcik Sherry, pagi itu adalah sojukkk sepoti biaso dan dio pun bejalan macam biaso ke bilik air eh. Itulah kali terakhir Makcik Sherry berjalan macam biaso.

*****

Seripah Hasnah atau Makcik Hannah Montana adalah anak sulung Makcik Sherry. Sebagai orang N9 yang hobinya dok colah ketiak omak, Makcik Hannah Montana tinggal tidak jauh dari rumah Makcik Sherry. Tugas Makcik Hannah Montana ialah membasuh kain kotor dan menghantar lauk untuk Makcik Sherry on a daily basis, walaupun Makcik Sherry selalu berkata pada anaknya Hannah Montana, takpayah lah ekau susah susah....omak masih kuek and bulehhh nak masak. Masak la untuk laki kau..tu yang ponting eh....err, potang karang, kau masak apo yo? (ishh..jahatnya mulut saya menambah ayat yang last ini)

Seperti biasa, Makcik Hannah Montana, dalam pukul semilan pagi waktu Malaysia dan Kolo Pilah, menghantar kuih kodok untuk Makcik Sherry. Hari ni Makcik Hanah Montana bangun awal, so sompek lah nak membancuh topung mo ikan bilihhh. Kalau tak tu kan, kalau Makcik Hanah Montana bangun lambek sobab malam tadi tengok Maharaja Lawak (Makcik Hanah Montana adalah penyokong kuat budak n9 ittew) maka Makcik Hannah Montana akan membeli nasik lomak ajo....(tak koso den nak buek seniri do...lecehhh, mano nak cari daun pisang bagai sekarang ni, pokok pisang belakang nunn dah habih diratah dek boghuk..) ----ini juga saya yang membawa mulut.

Makcik Hannah Montana mempunya kunci spare rumah Makcik Sherry. Selopeh dio memboghi salam...(manolah omak ni...omak, bedoso tau tak jawab salam, kata hati Makcik Hannah Montana) dan Makcik Sherry tak jawab, makan Makcik Hannah Montana memecah masuh menggunakan kunci spare itu.

Dari jauh kedengaran suara Makcik Hannah Montana....Ya allah...omakkkkkk, kenapo ni makk....Liyeh...Liyehhh (nama jiran sebolah Makcik Sherry) copek telipun spita...copek Liyeh...copek...!!!!! Maka Pakcik Alias rumah sebelah pun panggil la ambulan.

********
Hari ini saya sangat boring, maka saya pun berjalan-jalan dalam ward. Apa saya buat dalam ward spital ni? Saya menjadi part time suster ngesot menjaga mak saya. Saya perhati, orang sakit dan orang yang jaga orang sakit semuanya dah berkenalan antara satu sama lain. Saya aje yang munyit sumbang. Maka saya pun gagahkan diri dan kaki.

Makcik Sherry terlantar atas katil dengan unipom hijau (baju orang sakit). Tangan dan kaki Makcik Sherry bersimen dan berbesi. Dah lah Makcik Sherry ni size zero, bila dah patah riuk cam tu, terserlah keazab sengsaraan kesakitan yang ditanggung oleh Makcik Sherry. Maka saya pun tegur...

Uwan...apo kono ni Wan...laaa hai...(sambil mengusap simen kaki Makcik Sherry) Belum sempat Makcik Sherry bukak mulut...Hannah Montana anaknya memetirrrr

Hah..ni lah omak kan...pengajaran ni Mak. Nak bobuih mulut Anah (Hannah Montana membahasakan dirinya, kantoi nama sebenar youu....) ajak omak duk mo Anah..omak dogeyyyyyy (emak degil) sekarang sapo yang sengsaro mak..sapo???

Makcik Sherry...allahhh...allahhh....dengan sayupnya.

Saya pun pandang Makcik Hannah Montana dengan terkezutnya...meminta kepastian. Makcik Hannah Montana menyambung...ni lah deh, Acik dah ajak dok mo Acik, omak tak maunnn...sayang na nak ningga an ghumah. Tahan deh dok sensorang...hah! tejolopuk deh jatuh lam lik air, maso nak amik air semayang. Nasib baik acik poei ngantar sarapan...dah kochutttt den lamo ateh simen lik air tu. Kuaso tuhan lah Acik maso jumpo tu masih benyawo (eh..makcik drama nya...) tepakso panggil orang spita datang angkek masuk ambulan..tu pun omak masih yo mengoluh 'omak lum semayang subuh laie ni haaaaa'. Acik kobar an, Omak jatuh ni, sampai tak buleh bangun, adolah yang patah ni..poei spita lu..nanti qadha' an lah semayang tu...kata Makcik Hannah Montana kepada saya. Menurut Makcik Hannah Montana, Makcik Sherry telah dibawa di spital Pilah tapi setelah dia didapati cedera amat teruk, maka dia telah dibawa ke spital besar.

Makcik Hannah Montana meneruskan perleteran terhadap omak nya yang terlantar itu. Antara kata-katanya termasuk omak dogey, omak tak kesian kek Anah, lopeh ni omak duduk lah mo Anah...nanti apo lak kato orang, di pikir eh kito ni tak nak jago omak etc etc etc.

Saya pun senyum kat Makcik Sherry dan berkata, Uwan..bawak bersabar yo Wan...berdoalah yo, biar copek baik.


*********
Moral dari cerita diatas....perlu dingat ye, orang yang sakit dan terlantar ini besar anxiety nya, so janganlah masa ni digunakan untuk meleter dan melaserrr. Senyumlah dan berilah kata-kata motivasi untuk orang yang sakit tu cepat sembuh.

Walaupun Makcik Sherry dah jatuh patah riuk, dia masih conscious yang dia belum sembahyang subuh. Saya yang tak patah kaki tangan ni, tak hengat pun nak sembahyang...insaffff nya saya.

Ciptalah technology seperti Careline (in UK) dimana orang tua yang dok sorang diri ada device yang boleh dipicit untuk meng alert pusat bantuan dengan serta merta. Alat ni selalunya dipakai seperti rantai. Orang tua-tua ni macam kita..ada pride dan akal mereka sendiri, kalau mereka selesa dok rumah mereka walaupun sorang diri, sokong sajalah hasrat mereka itu. Kang kalau dipaksa pindah, pastu tak happy, kang mati..maukah kita tengok mereka mati dalam keadaan tak happy?

Semoga Makcik Sherry cepat sembuh. Amin.


p/s Watak Liyeh diatas adalah rekaan saya semata-mata...tah sapo-sapolah yang Makcik Hannah Montana panggil mintak tolong telipin ambulan...entah-entah Makcik Hannah Montana telipon line kecemasan dengan henpon nya...kan?

Sunday, May 15, 2011

May Day

I must thank you all....for those who keep on logging in walaupun takde hupdate. For your best wishes too.

Pada Kiah yang tak menyindir-nyindir mintak hupdate.

The last couple of weeks wasn't a good one but I'm glad that in many faces of adversity, there is also some happiness found.

This is a very quick update, I should say. Thus it is very important that I write about those who has helped to make things easy for me. I need to eat and sleep as this was the only two things I didn't do well for the last fortnight.

My friends are not many...but they are the ones you can't trade for money (only Anuar Zain or some chosen designer henbegs)

Kepada Ani bukan nama sebenar dan Kiah nama glamour yang digunakan untuk buat kerja terkutuk...thanks for the kind words during my sleepless days and nights. Thanks for the husband who is also my senior (I do hope your wife make you read this!) who willingly let the wife to see me and allow the liberty of me using the khidmat supir untuk lari berjumpa buah hati.

Kepada Kiah....for you this time, I shall spare my real feelings about the anak katak (yg reganya boleh menjulingkan mata but apa kejadahnya tak kalis air, spending all that money kannn?) but trust me..I will blog about it soon.

To Makji Eton,Lukman & Diva Parits, who cares too much.....with your prayers, maka ku dapat flight last minutes.

To MB's....in so many ways never stop caring...(walaupun sempat suruh ku make sure selimut berlipat and buang sampah sebelum gi airport)

To the one I love...from the day we kissed til today...for just being there, tak cakap banyak but to just hold my hand and smile, and make me feel better. (still...you tak boleh baca blog saya ye..)

To Allah the almighty....for the energy, for the blessing...and for the patience I thought I was losing.

See you soon.