You remember the guy I told you about...yang kata suka kat I pada suatu zaman batu dedolu, tapi pastu kata his illness is holding him back. Tetiba now bila dah jumpa kat pesbuk, dah beranak hempat berbini satu lagi...(err, I rasa I lagi lawa dari bini nya..but hey, pompuan tu musti ada kejelitaan dalaman yang haku takde kann?)
Pada suatu malam yang I tak boleh tido beberapa hari yang lalu....err, dua tiga menjak ni memang saya susah tido tataulah pesal, saya sedang sibuk memasak dalam cafe saya kat pesbuk tu. Tetiba saya dapatlah message...dari this guy. I pun tak lah perasan my online status, maklum lah pakai notebook MB1 maka kita dah terlambat lah nak buat aksi-aksi disconnected kann? So, start lah berborak as in dia tanya satu...I jawab satu. I really don't see the point of being friendly or the need to keep in touch with him for that matter. Dia kan dah kawin...lagipun maybe pada dia dia ada hak untuk berkawan-kawan, apa pulak kata bininya nanti kann? Mula-mula tu boraks pasal biasa aje. Tanya perkembangan terbaru masing-masing. Then of course lah nowadays kalau siapa je boraks dengan I, I akan bagitahu plan yang I nak balik menetap kat KL for good...tapi rezeki aje belum ada lagi. So dia pun..macam sedara-mara I yang lain..tidaklah excited dengan plan I tu..kononnya economy Malaysia tu teruk la, itu la ini la. Ish..kalau economy teruk, takdelah orang beli henbeg, beli kasut & beli bling-bling in a heartbeat kann? Dia cakap la, stay where you are lagi bagus. Then I cakaplah actually dengan economic climate kat Europe ni memang la good time I patut balik pun dengan government buat cuts sana sini...but then I cakap, I got other reason too. Bapak I tak berapa sihat...anak2 buah dah makin besar and Mak I bukannya nak rejuvenate nak jadi muda kembali..so dengan banyaknya perkhabaran sedara-mara yang meninggal 2,3 menjak ni..hati I adalah gundah gulana jugak kan?
Then of course, chenta hati ku ada disana...walaupun dia tu kenkadang ada srupa takde aje kiranya. But, I miss having my gossip session with Kiah & Co, walaupun Sally benci tempat tu tapi demi I dia sanggup la turun padang dan ngabiskan tissue kedai tu. So, he start telling me about his work and his plans (dia ni dari jaman dulu banyak plan) and I sebagai penduduk Eropah ni bagilah pandangan walaupun apalah sangat idea yang boleh dicurahkan oleh seorang Social Worker yang hari-harinya dipenuhi dengan menyumpah dan disumpah orang? Then tetiba dia kata...ohh I selalu tempat ni (tempat I tinggal suatu masa dulu) and everytime I lalu kat situ, I akan teringatkan you. I pun cakap...ohh, ye ke? Ingat you kat I ye? Dia pun jawab...you, mana I boleh lupa. Hmmmm. Sebagai seorang wanita tulen yang bak kata Kiah, can't make up her mind (neither can make up her face..in my case) hati kecik I ni adalah jugak unsur perasannya memikirkan, adakah kau mau coba menggatal dengan ku? But knowing him yang memang peramah dari jaman muda nya...he is very sociable even dengan kucing kurap yang memakai sari pun.
After that I just leave it at that...nak sambung borak takut jadi lain. I ni dulu nak kata suka gila kat dia, idok le Kiah oii...but dia ni orang senegeri I, I kenal adik beradik & mak nya and dia ni memang la jantan berwawasan...speaking of which, one reported finding in KL yeah? Gossipp...gosiipp...(tapi, malaslah nak buang masa cakap pasal dia ni) and had he asked me I would have said yes. Masa tu, kuciwa dengan yang dah mati & MC, so sidia ni lah jantan mithali..tapi apakan daya berpenyakit yang sampai sekarang I tak pernah tanya apa sakit nya. Allergic kat aku kot, kan? Takpelah...maybe he is just being himself. Dia kan peramah dan baik hati. Tapi sedangkan pantai boleh berubah (oleh Tsunami) apatah lagi hati orang...oh, shall we use RPK as a perfect example...tak ngaku dah kan...yang dia dok menghoyan dalam blog tu ada bukti tu hini, dia lupa ka? Oh, he is an empty vessel anyway..tengoklah perutnya pun.
Oh ye saya nak tanya, selain dari jalankerjadotcom tu, ada ke website lain yang boleh saya cuba nasib saya cari kerja sebagai orang gaji kepada Raja Nazrin? Ye lah, saya ni takde kengawan millionaire yang saya boleh tepon..cik bagi saya jadik pasycoteri cik bley..maka kenalah menggunakan avenue-avenue portal cari keroje ni kan, Kiah?
***masih jealous dgn orang kat Norway ittew***
6 comments:
jgn le jeles..jom le kita balik sama2...:D..i nak apply keja bandaraya, sukat jalan hahaha
Mungkin dia memang ada penyakit serius yg membawa ke mati....mati pucuk..to me that's fatal..
cemaner nak kata mati pucuk CK, anaknya dah 4 tu..
Masa dgn Esah je dia mati pucuk..
Sebelum mereka bersumpah, mereka patut bersumpah bahawa mereka tidak minu arak, mereka tidak tipu bini, mereka tidak main perempuan.... itu dulu yang patut mereka buat.
Lama tak hapdate. kena section ke ni.
Post a Comment