About Me

Sunday, November 16, 2008

Diari Seorang Yang Sibuk

Monday - 10th November

Boss I si Cik Puan Besar, telah telephone I pagi-pagi buta, (to me, kalau Boss cari pukul 8.30 am to kira pagi-pagi buta laa...kan ke standard orang kerja pukul 9am?) CPB cakap dia nak jumpa I and mintak I datang ke Dorset dengan segera.I cakap...cakap dalam telephone tak boleh ke? Takk..nak jugak buat meeting tergempak.Dia suruh I cancel appoinment-appoinment I yang ada and katanya mesti kena jumpa dia jugak. Meeting dengan CPB disulami dengan kata-kata carutan...dimana CPB telah bengang sangat dengan sorang colleague I.Nasib baik meeting 2 jam...so dapatlah I balik ke London sebelum 5pm.Tapi penat nya..tuhan aje yang tahu. I cakap dengan CPB, I nak cuti on Tuesday...tapi I tak cakap depan dia.I cakap kat dalam email yang I hantar pukul 6.30pm...diikuti dengan penutupan mobile phone, supaya orang takleh cari...lantaklah kalau CPB nak marah pun.I got 2 missed call from Reading Prodigy.I dah nak balik ke rumah si Tua ittew..maka, segala pertanyaan remeh-temeh si Debab itu tak kan dapat lah nak ku layan.Saya telahpun ambil pendekatan tutup mobile phone.Kalau Reading Prodigy nak menyumpah seranah saya, maka silakan lah.Akan saya uruskan bila saya kembali active.

Tuesday 11th November

Seperti yang telah diplan oleh Si Tua ittew (paksa rela ni) kami berdua pergi ke Emirates tengok bola.I tak berapa suka..pasalnya, kat TV pun ada live, kenapa perlu ber somput-somput nak pergi bergasak-gasak dengan penonton bola yang kuat mencarut ittew?Orang kata...kita kena buat pengorbanan dalam rumahtangga...maka ini lah pengorbanan saya.Malam semalam si Tua ittew telah membuat pengorbanan besar iaitu meneman saya makan kat Nando's.Perlu diingat, Si Tua itu adalah pemakan sayur yang taat.Kerana chenta, dia membiarkan saya membaham 1/2 chicken extra hot ittew depan dia tanpa memberi lecture.So, kalau dia boleh berkorban demikian sekali, apalah salahnya saya mencemar duli pergi tengok bola dalam kesejukan malam? Walaupun pada hakikatnya..saya lebih rela tidur and ber Facebook.

Wednesday 12th November

I waved goodbye to Si Tua...diiringi dengan janji manis yang saya akan jumpa dia pada hari Khamis. Saya hidupkan kembali telephone bimbit saya.Orang bawahan saya beri laporan yang seorang pesakit telah memecahkan cermin kereta orang sebelah rumah berikutan sessi mengawan yang tak dapat dielakkan.Orang bawahan saya kata orang sebelah rumah nak report Police.Aiyoo..saya tak suka masuk kes Police ni...bukannya apa...nanti pesakit saya ittew akan ditahan and kalau tak kena gaya, dia akan dimasukkan ke ward.Bila dah masuk ward, seperti biasa, segala authority akan menyalahkan Team kami...tak jaga betul2 lah...tak observant dengan apa-apa distress signs lah.Seperti biasa (kerana benda-benda camni selalu sangat berlaku dalam unit kami bekerja) I telah mengadap neighbour kami yang cermin keretanya pecah ittew.Saya minta tolong..minta maaf dan sebagai nya...maka dia pun tak jadi nak press charge.Saya uruskan laporan Police supaya dia boleh claim insurance...dan saya paksa si budak jahat tu mintak mahap dengan dia.

Pada sebelah petangnya, si pompuan menghoyan tu buat hal lagi...sampai saya terpaksa 'manhandled' dia dan masuk kan dia dalam biliknya.Dengan tak professional nya, saya ugut dia..kalau kau buat lagi perangai hantu tu, siap lah awak!!! Ini sungguhlah bertentangan dengan etika kerja..tapi saya peduli hapa...takde orang dengar dan pesakit ini ialah pathological liar.Dia suka menipu..so kalaulah dia kata saya ugut dia, tak mengkin orang akan percaya.Itulah kelebihan saya..tapi sungguhlah tidak bermoral perbuatan saya itu.Ampun tuhan.Dalam pada saya sibuk dan stress, sempat saya hupdate blog.Saya bukan malas macam orang ittew.

Sebelah malam nya, saya ber chat-chat pulak dalam Facebook dengan orang Bayswater yang penat-penat datang sekarang dah nak balik pulak.Gata! Kami berjanji nak jumpa...saya sungguh confident saya free hari esok nya tapi CPB hantar message suruh saya berada di Crawley (East Sussex) pukul 10pagi.Terpaksa saya tukar time date tu ke pukul 2...tapi dalam hati saya tahu, kalau dah meeting dengan CPB...habis2 pun pukul 12, macam manalah saya nak sampai London pukul 2? Saya tidak ada Batmobile!!!

Thursday 13th November

Saya terpaksa meminjam Batmobile MB1...itu saja caranya saya boleh sampai Crawley pukul 10 pagi.Batmobile MB1 memang lajuuu..tapi saya bukanlah pemandu yang laju.Tapi nasib baik saya sempat sampai on time, kalau tak CPB akan menembak saya dengan mulut lasernya.Meeting kali ini sungguh mengejutkan...saya ditelah diarahkan bekerja di Exeter selama 3 bulan, untuk menangani krisis kat situ.Macam celaka.CPB mintak tolong...dia suka cara saya bekerja (cewwahhh) dan kata segala pegawai2 atasan yang lain mahu saya menolong project ittew.Saya kata saya kena berbincang dengan partner saya...saya telepon si Tua, and si Tua kata, dia tetap menyokong saya walau dimana pun saya bekerja...terus saya rasa bersalah.Saya selalu mementingkan kerja dari si Tua ittew...tapi nak buat macam mana? Si Tua tu kalau dilayan sangat pun, mahu berbunuhan juga nanti.

Saya terpaksa mengensel Org Bayswater...saya tak tahu bila saya boleh jumpa dia..obviously, saya kena siapkan action plan bagai..buat hand over, melantik pemangku..macam-macam.Saya bekerja-dan bekerja..tau-tau dah pukul 10 malam..dan saya takut pulak nak naik tube pergi ke Finsbury Park memalam ni...saya tidur rumah MB1...(sambil menipu si Tua kata saya tidur kat Opis)

Friday/Saturday

Sibuk-sibuk-sibuk.Dalam pada sibuk..saya bergaduh dengan si Tua.Saya telah mengompliment adalah sorang pelakon Eastenders ni..(alaa..yang anak tiri nya tido dengan bapak tiri dia tu...) saya kata, pandai pelakon tu nyanyi lagu untuk Children In Needs.Maka si Tua terus kata...kalau kau suka sangat kat dia..kau shag lah dia...cilaka!!!! Terus saya tak jumpa-jumpa si Tua.

Hari ni, saya ada buat kerja last minute di opis. Besok saya akan berangkat ke Dorset.Saya akan cuba update sekerap yang boleh.Tapi saya takleh janji...

Saya doakan orang ittew...dapatlah replacement orang gaji nya...kalau tak pun...have your children fostered/adopted.Senang cerita.Aduhhh..itu nasihat puaka.

7 comments:

Anonymous said...

kenapa kah si tua itu begitu sensitip dengan kata2 pujian makji utk si pelakon itu? hehehe...

weii makji, baca blog you kali ni rasa macam baca buku karangan jaman2 sekolah dulu lah hehee...

yatie

Anonymous said...

yer lah.. apsal aku rasa macam baca buku budak sekolah buat karangan tak sudah ni.. ya hampun mak haji...

rashida

Cik Kiah said...

saya mengikut arahan hajah,im putting up all 5 kids up for adoption..any takers?

ManaL said...

Exeter for 3 months? haross la bersama2 bayu laut English Channel sambil menikmati Ambrosia rice pudding and all those devonshire stuff...RP haross la nak drive ke sana beromantika bersama makji di pesisiran pantai...

Si tua tak nak ikot ka? has he not retired yet?

Anonymous said...

betul ke makji yang tulis kali ni? lain macang je...hehehehe sungguh berhemah tulisan mu

Encik Ayie Yang Garang said...

kak ji,

amatlah saya ini faham dengan pekerjaan kakji. seadanya saya amat berbesar hati yang sememangnya sebesar SHREK ini apabila dapat bermadah berhelah dengan kakji dalam facebook.
bahawasanya, saya berharap (sambil nyanyi lagu pelamin angan ku musnah) agar dapat berjumpa dengan kakji. hak hak hak.

yang benar,

orang minyak, eh orang bay-berair

Anonymous said...

Ehmmm ...kesian ko makjiee....manyakk laaa bersabar nokks!!


(Leedah)