Wahh...OCDS yee?
I ada kawan dgn seorang pompuan yang agak pemes jugak uols. Tak payah lah nak bagi tau dia pemes dalam bidang apa. Semenjak dua menjak cover I dah makin menipis ni, nak ngumpat pun tak berapa upaya dah..kih kih kih.
Sebagai penulis laman blog yang satu hapah takdok pekdoh lagi rendah moral, adalah amat mengejutkan diri ini yang pemalu bila tetiba I dapan fan mail.
Yang paling mengejuts..when some of you are blessed with CSI skills yang boleh pulak trace I kat pesbuk. Ayoyo kadawale sangat. Dalam ketermaluan, terharu tu tetap ada kannn?
Ye lah, orang bersungguh-sungguh nak cari you nak kawan dgn you.
Kawan I sipompuan pemes ini....wahh kalau dah pemes dan open tu, orang tak payah lah nak masuk peraduan gores dan menang nak teka dia tu siapa kan? So, jangan kata fan mail, orang dok ikut dia pun ramai. Sampai dia rimas katanya.
Pastu, yang dia ni pulak..yang I perasan lah..selalu meridicule kan 'peminat-peminat' fanatik nya. Like, dia suka buat komen like, the peminat always think that they're her 'friends' walaupun hakikat nya tidak.
Macam Kiah la..suka buat statement, alaaa peminat I semuanya saiko. I suka kucing, depa pun nak ikut suka kucing..padahal nak tiru-tiru I yang pencinta (tahik) kucing tegar ni. Bila dia buat statement macam tu, nak nak dalam majalah, tak ke peminat-peminat Cik Kiah yang ada kucing terasa?
Pastu kann...kawan I yang pemes ni suka buat cakap macam..you misti tak pernah deal dgn stalker kann? I have to fend off stalkers millions times. So, adakah ko nak cakap yang ko tu fofuler dan centre sangat sampai semua orang ko hengat gila?
Rimas gak I dgn statement-statement dia kenkadang. But sebab dia tu kawan yang baik serta boleh lah dipergunakan (serta diri ini dipergunakan oleh nya) I hanya ngumpat nya dalam hati...dan dalam blog ini.
Dulu I ada jugak....errr, shall I call her a stalker? Tak mo lah..for all I know, dia baik orang nya...cuma sedikit meraban lah. I can't even remember how we get that close...sampai boleh call call segala. Dia cakap dgn I, pasal you lah I beli fon yang canggih ini supaya I dapat call you.
Hmm..pelik gak I dengar. But...mengenangkan I pun ambik optional degree I sebab nak tiru Wan Leha, so, itu semua biasa-biasa saja la.
Boleh katakan hari-hari dia call. To the extent sampai I rasa dia ni tak tido. Ye lah...I kan masa tu bermestautin kat obeersea, timing GMT yang belakang Malaya 7 ke 8 jam. Dia selalu tanya, pukul berapa you free...so, I cakap lah bila abis kerja lah kan. Sanggup dia call uols.
Pulak tu masa memula cakap tu, dia punya geletar...macamm..ahh tak percaya sungguh dapat cakap dgn makji. Hek elehhhh hai.
So bila tang stage, obsessive tu I layan lah jugak. I pun tak kenal dia. Tapi, semenjak dijanji palsu oleh sang penipu pathology, I rasa cuak lah jugak dgn orang yang tetiba pulak nak ber feeling philanthropists ni.
Loyar pernah tanya I...ada beza penipu patologi dgn personality disorder? Beza tak banyak lah...but penipu patologi menipu untuk kepuasan sanubari. Sebab kalau tak nipu..resah bulu puki gitu. Ops.
Macam cerita pompuan ex kawan I lah ni...dari muda satu rumah yang kami sewa tu dah perasan akan skill penipuan berhemah nya. Nak kata dia ni menipu utk tujuan criminal, tak delah pulak..but sebab nak big up dirinya tu. Kalau nak tayang kat orang dia ada boipren dan boipren dia lah yang paling penyayang sekali, hari-hari dok cerita pasal dia. Kalau tak sempat jumpa kami nak tinggal pesan pun...dia akan tulis note..I jumpa si Keith Foo Kim Hak (boipren I) dan balik pada jam sekian-sekian.
Masalah nya..ferlu ka? Pastu, pulang lah dia dgn macam2 ole-ole pemberian Keith Foo Kim Hak tu, kata..maka lah..ni abang Keith Foo I yang belikan untuk kita semua. (padahal ada orang Nampak dia yang singgah pi beli sendiri) dan menggunakan modal ole-ole tu lah dia nak bercerita pasal ke gah an boipren nya.
Dah tua-tua ni pun...I dengar perangai dia sama je. But not my place to say lah..I pun bukan kenal dia sangat, but kalau gigih sangat ..obsess sangat nak menunjuk benda-benda tak perlu, penyakit apakah tu? Dulu dia pernah cakap kat I, part part dia menayang tu ada target audience nya. Somebody must have rubbed her the wrong way lah kan? So, terdetik hati I yang maybe dia ni obsess berdendam jua. Nafsu kuat untuk membalas dendam dan menujuk tu. Ni bukan takat friendly show off lagi ye uols. Sampaikan orang yang membaca status nya cakap...err, dia tu kenapa?
Eh..kenapakah cerita orang-orang diatas ni dirumus menjadi satu entry? Oh kisahnya...kalau mereka-mereka juga mempunyai potensi merimaskan hidup you.
Pompuan yang konon nya peminat I tu...bila I dah bagi muka..merasa lah dia jadik over familiar dan mengada-ngada memintak perhatian yang lebeyyy kan gitu? Dicampur dgn sensitive terlebihhh, haiyoh!
Some people, really can get very over familiar. Macam retis laa..bila dah selalu kluar majalah ka, TV ka....maka kita yang membaca ni feeling kita dah kenal dia lama sebab kita dah banyak baca hal dia. Then, bila retis tu pulak ada bagi kita perhatian sikit..like..meng accept friend request kita. Padahal orang tu nak tunjuk kan appreciation je kannn?
Kita sebagai kawan tak diundang ni berfeeling BFF pulak.
Bila kita dah dgn selambanya menaiktaraf kita sendiri jadik BFF, kita rasa ferlu nak like or comment segala status atau komen orang tu. Tak ketahuan oleh kita orang tu naik rimas dgn sikap kita yang maha penyebok tu.
Trust me...I got this type of orang yang kata I BFF dia. I kannn made in Hinglen gitu, so anything Hinglen dia nak menyebok jugak kenkadang benda yang dia sebokkan tu takde kena ngena dgn dia.It is like, as if dia nak me menten ke BFF an dia dgn you, dia akan ikut aje apa you buat and be there every step of the way...well literally, in your way gitu!
Kita kenkadang tahan lagi...tak nak ngecik kan hati orang. Tapi bila kita ni sendiri banyak kerja nak buat, pastu pulak BFF kita tu tetiba terasa kita tak melayan nya, start lah buat komen-komen sentap. wahhh, dah la sensitive, defensive pulakkkk kannn?
Tak ke cam sial nama nya tu bila kita ni rasa kita tak buat apa-apa? Apasal la kita pulak kena bertanggungjawab kat rasa kesentapan nya itu?
Kadang2 jalan terbaik untuk tidak memanjangkan kesentapan (dan juga menjaga hati sendiri supaya tak terkeluar lahar) ialah mendiamkan sahaja. Kenkadang kita Nampak lah juga kekomen yang memancing tindakan susulan...tapi kita malas la nak layan kannn....
Tapi, si empunya diri sang BFF perasan tu makin sentaps la pulak sebab kita mengabaikan dirinya.
Kepada BFF yang tetiba sentap tu..boleh kah muhasabah sikit sejarah cemana you boleh jadi 'BFF'ni. Adakah kita BFF dari usia kita kekanak?
Tak, kan?
Adakah kita BFF yang kenal dari sekolah dan duduk dekat2 rumah..tak pun kawan sesama naik yang dah tengok susah senang kita?
Nggak juga, kan?
Dah tu nak sentap-sentap sebab I tak balas message, I tak berapa nak layan or simply because I didn't put you first tu apesalllll?
Tak ke kita BFF instant ni rasa nak pangkahhhh aje, kan Piah?!
1 comment:
Tumpang lalu...I nk glamer gakkk....heheh..
~Jolie~
Post a Comment