About Me

Monday, February 24, 2014

Jodoh....Dan LakOr

Kih kih kih...for those yang taktau...LakOr is short for laki orang. 

The best part about entertainment industry in Malaya ni, you only need to be known in one drama...jadi pembantu kedai but to ensure longevity in the entertainment scene, you need just one personal story to keep you in.

Ada yang gaduh dgn mak sendiri psl duit la...ada yang bergaduh dgn apak lah..pasal Apak kata anak dah tak respek dia...ada pulak...this yang I rasa paling kelakar, ada satu model ni kena saman den Apak kandung nya...sebab Apak kandung kata anak model tersohor nya itu telah buat fitnah dan dia amatlah stress. Puiiii sangat. Padahal Apak kandung tu setakat sperm donor je uols...membelanya idok. 

Terbaru ni....ada pulak sorang felakonnn yg sumpah sebanyak banyak drama melayu yang I dah tengok, tak pernah pun tgk dia berlakon. Harapkan nampak kat Beautiful Nara (femes tau...dok kopipes cerita org je blog Abg Nara yang ngaku kacak tu...ptuii) dan Pancaindera yang sokmo dibaca dek Kiah tu.

Felakon tu kata dia tak de boipren lakor dan cerita cerita dia ada affair dgn lakor adalah pitnah gittew. Katanya bf nya single dan available. 

Dan of course la...Malaya ni besar mana sangat kalau kau tu femes kannn? Sure ada orang nampak dan tahu. Pulak tu dgn ada nya social media, naik keta pi pasar malam pun berselfie berdua...so kau sendirilah yang tunjuk kain dalam kau kat orang kan?

Ishh....okaylah. I bukan lah nak cakap psl this actress...tapikan, in general kalau lah kita tahu kita ada hubungan dgn lakor, bijak kah meng advertise hubungan kita tu? Lain la boipren kau tu doodah kannn?

I followed this used to be and still is famous actress IG account....yg juga sudah femes menjadik bini no 2 orang. Tapi sebab lakinya tu orang terhormat, idoklah bini pertama nak sama naik pi cakap kat reporter artis so and so hambik laki saya. 

Bebaru ni actress tu meng upload la gambo dia kahwin and gegambar private collection as we never seen before on paper or TV. Dia mengenanglah laki dia yg dah aruah tu. 

I don't know about you lah but to me...gegambar camtu buat apa nak tunjuk kat orang yg you tak kenal and on public media? Ofkos la madu ko akan tertengok dan secara tak lansung...akan tersayat gak ati nya...walaupun laki uols tu dah mati. Is a reminder okehhh....yg lakinya kahwin lain. You think it is easy for a wife to see that? Lain lah kalau kau yg dipinang menjadik madu nya. 

Cer ko tgk Zarina Zainuddin....bini no 2 gak..tapi pernah ke ko tengok gegambau manja dia dgn lakinya kat majalah? ( tak tau la kalau ada kann) But for sure...seteruk mana pun her past, she is for one yg pandai jaga boundary nya. 

Jodoh kita dgn siapa...kita tak tahu. Kalau dah kita dipinang dek lakor, maka tu lah dia. Kalau kita tak mau nyusah dikemudian hari...elakkan lah but if tak chenta...and jodoh kuat, nak buat cemana kan?

But...agak agak lah sikit ya. Sedari lah yg ko tu hambik laki orang. Takyah ko nak sama naik meghoyan dgn bini org tu. Dok dendiam dah.

Dan kepada bini pertama...perhaps...belajar lah makna dignified silence sikit. If your husband is as good as a soap scum to you...dia nak kahwin lain...biarlah dia jadi soap scum org lain pulak. U think you meghoyan like that the soap scum is going to be running back to you in a hurry?

Lagi nanti orang kata...ohhh fatut la laki cari lain...ko tgk la bini nya. 

To that felakon...hah..tu lahhh...pi lah lagi tentayang gambo u dgn boipren tak available you tu. Tak pikir ke...perasaan anak bini org tu? Ambik gambo tgk sendiri dah la kannn?

Tata uolsss. 




Sent from Samsung Mobile

Wednesday, February 19, 2014

Sekadar Nak....Komplen

Hey uols....

Andainya uols terasa dgn apa yang akan I tulis ini...I hanya boleh kata..nasib lah. Remember that we can also give wrong opinion.

I bukannya apa uols..beberapa hari yang lalu...I adalah mangsa serangan kekanak ganas. Tapi tak pelah..I dah memahapkan budak tu...walaupun kalau lah tak mengenangkan betapa kecik nya dia, harus I bagi backhand budak tu.

Kebengangan I juga adalah mahu dilepaskan pada makpak kekanak autistic ni. Dan I juga mewakili ahli-ahli terapi yang bengang juga. Uihh..kami juga bersosialan untuk bertukar-tukar note ye...ngutuks parents.

Ada parents yang...lembek macam lepat pisang yang sokmo mengharapkan youlah membuat keputusan untuk anak nya (dan dia juga) Wahh...ye lah, kita yang sedikit pandai ni, can only membantu apa yang kita tahu. Kita bagi guidelines lah, you buat lah macam ni macam ni..ye ibu bapa weihh. Tak...ni semua kita yang kena buat. Macam lepas tangan pun ada. Serasa macam disuruh buat macam anak sendiri gamak nya. The only thing yang kami rasa nak buat macam anak sendiri is bila nak di lempang budak tu. Hiks.

Paling I bengang sekali ialah...para-para bapak yang lepas tangan dan menyerahkan tugas mencari, menghantar, mengurus anak-anak autistic mereka tu kat bini nya. Ni paling ptuihhh ya! I ada patient yang apak nya hanya tunggu dalam kereta bila anak nya ber terapi.

Selalu yang bergolok bergadai masa ialah mak bebudak tu lah. Cari transport pun dia...kena amik cuti uruskan anak pun dia. Apak nya? Sekadar sperm donor je uols.

Tu belum lagi makpak yang hantar anak gi terapi..dan mengharapkan besok anak nya boleh jadi Harry Potter gamak nya. Dah kalau anak kau sokmo nak mengamuk masa terapi...Gandalf pun boleh mati ye?

Bila dah sokmo mengamuk tu...kita sebagai yang pandai sedikit ni katalah...pergilah jumpa Dr., nanti Dr akan bagi ubat. Seraya aruah Amy Winehouse, mak pak akan kata NO NO NO gitu.

Uols...I have work in this field long enough to know that not every chemical intervention is bad. Apa beza nya uols? Kalau kita sakit kepala, kita makan paracetamol. Kalau kita datang bulan..and to make sure we get through the day tanpa adegan chainsaw massacre dgn collegue yang bermulut laknat, kita makan painkillers, kan?

Untuk anak yang takleh focus, takleh nak control amukan ablasa..apakah salah nya dibagi ubat penenang untuk budak tu dapat sumbat ilmu dalam pala hotak nya. Bukan apa uols..secara logic nya cubalah kita pikir, time kita tgh angin, adakah kita ni dah dengar nasihat? Tak kannn?

So, budak yang tengah kerasukan tu..uols rasa nak ke makan ajar kalau dah keroje nya nak ngamuk aje?

Bila tanya apsal tak nak bagi ubat...katanya takut anak nya jadik Zombie la..tu la..ni lah. Yang best tu, ada yang kata sedara mara dia tak kasik. Nak je I tanya..so masa membuat budak tu dulu, sedara mara kah yang tukang belikan tilam empuk you?

Semuanya pakat dengar cakap orang...yang bukan pakar yakni Dr. Ubat ni kenkadang bukannya kena makan longterm pun. Yang takut anak nya jadik Zombie tu...tah tah budak tu kalau takde Autism, mmg can Zombie perangai nya...so, relakah tengok anak jadi Chucky dari jadik Zombie?

Ada parents yang...dapat consultation from Dr Google. Bila you cakap sikit, she will make reference to Google. Sikit sikit google. Google ni is bila kita nak tambah pengetahuan..bukannya nak diagnose anak ye! Besok kalau budak tu dah berbulu pun masih nak ber pampers, refer lah kat Dr Google ye?

Then...kalau ada orang suggest jumpa PSY...tolong lah jangan ambik hati. Jumpa PSY ni bukannya bermakna anak kita ataupun kita ni punca masalah.  Kan elok kita mencegah tak pun dapat rawatan awal? Kalau anak kita bermasalah...redho aje lah...tolong dia apa yang patut. Jangan dok google google pastu bila google kata, sila makan ubat ajaib dari USA ka Zimbabwe ka..meloncat awak pergi beli.

Pastu...puak-puak yang ber persatuan tu. Bila dia dah beramai-ramai tu...jadi macam satu regime lah pulak. Okay..it is good to have support group..ease up difficulties, share mana-mana ilmu ataupun sumber yang kita rasa elok, tapi tak payah lah nak feeling bagosss just because anak kau Autistic, ko pulak champion that you can know everything. For eg... no you can do that, you do this...because my child dulu pun cam ni camni camni...

Hek elehhh. It may work with anak you and maybe some of anak org lain..but idoklah boleh digunapakai universally ye?

To each its own okayyy?

Sekian. Akhir kata...dengarlah cakap Dr.

Monday, February 17, 2014

Obsessive, Compulsive, Defensive & Sensitive

Wahh...OCDS yee?

I ada kawan dgn seorang pompuan yang agak pemes jugak uols. Tak payah lah nak bagi tau dia pemes dalam bidang apa. Semenjak dua menjak cover I dah makin menipis ni, nak ngumpat pun tak berapa upaya dah..kih kih kih.

Sebagai penulis laman blog yang satu hapah takdok pekdoh lagi rendah moral, adalah amat mengejutkan diri ini yang pemalu bila tetiba I dapan fan mail.

Yang paling mengejuts..when some of you are blessed with CSI skills yang boleh pulak trace I kat pesbuk. Ayoyo kadawale sangat. Dalam ketermaluan, terharu tu tetap ada kannn?

Ye lah, orang bersungguh-sungguh nak cari you nak kawan dgn you.

Kawan I sipompuan pemes ini....wahh kalau dah pemes dan open tu, orang tak payah lah nak masuk peraduan gores dan menang nak teka dia tu siapa kan? So, jangan kata fan mail, orang dok ikut dia pun ramai. Sampai dia rimas katanya.

Pastu, yang dia ni pulak..yang I perasan lah..selalu meridicule kan 'peminat-peminat' fanatik nya. Like, dia suka buat komen like, the peminat always think that they're her 'friends' walaupun hakikat nya tidak.

Macam Kiah la..suka buat statement, alaaa peminat I semuanya saiko. I suka kucing, depa pun nak ikut suka kucing..padahal nak tiru-tiru I yang pencinta (tahik) kucing tegar ni. Bila dia buat statement macam tu, nak nak dalam majalah, tak ke peminat-peminat Cik Kiah yang ada kucing terasa?

Pastu kann...kawan I yang pemes ni suka buat cakap macam..you misti tak pernah deal dgn stalker kann? I have to fend off stalkers millions times. So, adakah ko nak cakap yang ko tu fofuler dan centre sangat sampai semua orang ko hengat gila?

Rimas gak I dgn statement-statement dia kenkadang. But sebab dia tu kawan yang baik serta boleh lah dipergunakan (serta diri ini dipergunakan oleh nya) I hanya ngumpat nya dalam hati...dan dalam blog ini.

Dulu I ada jugak....errr, shall I call her a stalker? Tak mo lah..for all I know, dia baik orang nya...cuma sedikit meraban lah. I can't even remember how we get that close...sampai boleh call call segala. Dia cakap dgn I, pasal you lah I beli fon yang canggih ini supaya I dapat call you.

Hmm..pelik gak I dengar. But...mengenangkan I pun ambik optional degree I sebab nak tiru Wan Leha, so, itu semua biasa-biasa saja la.

Boleh katakan hari-hari dia call. To the extent sampai I rasa dia ni tak tido. Ye lah...I kan masa tu bermestautin kat obeersea, timing GMT yang belakang Malaya 7 ke 8 jam. Dia selalu tanya, pukul berapa you free...so, I cakap lah bila abis kerja lah kan. Sanggup dia call uols.

Pulak tu masa memula cakap tu, dia punya geletar...macamm..ahh tak percaya sungguh dapat cakap dgn makji. Hek elehhhh hai.

So bila tang stage, obsessive tu I layan lah jugak. I pun tak kenal dia. Tapi, semenjak dijanji palsu oleh sang penipu pathology, I rasa cuak lah jugak dgn orang yang tetiba pulak nak ber feeling philanthropists ni.

Loyar pernah tanya I...ada beza penipu patologi dgn personality disorder? Beza tak banyak lah...but penipu patologi menipu untuk kepuasan sanubari. Sebab kalau tak nipu..resah bulu puki gitu. Ops.

Macam cerita pompuan ex kawan I lah ni...dari muda satu rumah yang kami sewa tu dah perasan akan skill penipuan berhemah nya. Nak kata dia ni menipu utk tujuan criminal, tak delah pulak..but sebab nak big up dirinya tu. Kalau nak tayang kat orang dia ada boipren dan boipren dia lah yang paling penyayang sekali, hari-hari dok cerita pasal dia. Kalau tak sempat jumpa kami nak tinggal pesan pun...dia akan tulis note..I jumpa si Keith Foo Kim Hak (boipren I) dan balik pada jam sekian-sekian.

Masalah nya..ferlu ka? Pastu, pulang lah dia dgn macam2 ole-ole pemberian Keith Foo Kim Hak tu, kata..maka lah..ni abang Keith Foo I yang belikan untuk kita semua. (padahal ada orang Nampak dia yang singgah pi beli sendiri) dan menggunakan modal ole-ole tu lah dia nak bercerita pasal ke gah an boipren nya.

Dah tua-tua ni pun...I dengar perangai dia sama je. But not my place to say lah..I pun bukan kenal dia sangat, but kalau gigih sangat ..obsess sangat nak menunjuk benda-benda tak perlu, penyakit apakah tu? Dulu dia pernah cakap kat I, part part dia menayang tu ada target audience nya. Somebody must have rubbed her the wrong way lah kan? So, terdetik hati I yang maybe dia ni obsess berdendam jua. Nafsu kuat untuk membalas dendam dan menujuk tu. Ni bukan takat friendly show off lagi ye uols. Sampaikan orang yang membaca status nya cakap...err, dia tu kenapa?

Eh..kenapakah cerita orang-orang diatas ni dirumus menjadi satu entry? Oh kisahnya...kalau mereka-mereka juga mempunyai potensi merimaskan hidup you.

Pompuan yang konon nya peminat I tu...bila I dah bagi muka..merasa lah dia jadik over familiar dan mengada-ngada memintak perhatian yang lebeyyy kan gitu? Dicampur dgn sensitive terlebihhh, haiyoh!

Some people, really can get very over familiar. Macam retis laa..bila dah selalu kluar majalah ka, TV ka....maka kita yang membaca ni feeling kita dah kenal dia lama sebab kita dah banyak baca hal dia. Then, bila retis tu pulak ada bagi kita perhatian sikit..like..meng accept friend request kita. Padahal orang tu nak tunjuk kan appreciation je kannn?

Kita sebagai kawan tak diundang ni berfeeling BFF pulak.

Bila kita dah dgn selambanya menaiktaraf kita sendiri jadik BFF, kita rasa ferlu nak like or comment segala status atau komen orang tu. Tak ketahuan oleh kita orang tu naik rimas dgn sikap kita yang maha penyebok tu.

Trust me...I got this type of orang yang kata I BFF dia. I kannn made in Hinglen gitu, so anything Hinglen dia nak menyebok jugak kenkadang benda yang dia sebokkan tu takde kena ngena dgn dia.It is like, as if dia nak me menten ke BFF an dia dgn you, dia akan ikut aje apa you buat and be there every step of the way...well literally, in your way gitu!

Kita kenkadang tahan lagi...tak nak ngecik kan hati orang. Tapi bila kita ni sendiri banyak kerja nak buat, pastu pulak BFF kita tu tetiba terasa kita tak melayan nya, start lah buat komen-komen sentap. wahhh, dah la sensitive, defensive pulakkkk kannn?

Tak ke cam sial nama nya tu bila kita ni rasa kita tak buat apa-apa? Apasal la kita pulak kena bertanggungjawab kat rasa kesentapan nya itu?

Kadang2 jalan terbaik untuk tidak memanjangkan kesentapan (dan juga menjaga hati sendiri supaya tak terkeluar lahar) ialah mendiamkan sahaja. Kenkadang kita Nampak lah juga kekomen yang memancing tindakan susulan...tapi kita malas la nak layan kannn....

Tapi, si empunya diri sang BFF perasan tu makin sentaps la pulak sebab kita mengabaikan dirinya.

Kepada BFF yang tetiba sentap tu..boleh kah muhasabah sikit sejarah cemana you boleh jadi 'BFF'ni. Adakah kita BFF dari usia kita kekanak?

Tak, kan?

Adakah kita BFF yang kenal dari sekolah dan duduk dekat2 rumah..tak pun kawan sesama naik yang dah tengok susah senang kita?

Nggak juga, kan?

Dah tu nak sentap-sentap sebab I tak balas message, I tak berapa nak layan or simply because I didn't put you first tu apesalllll?

Tak ke kita BFF instant ni rasa nak pangkahhhh aje, kan Piah?!

Friday, February 14, 2014

Mari Merotan Anak....Diluar Sweden

I am not sure...what posting I should do first.

Like any other penyeboks Malaya, I am religiously following that Sweden case. Well, this is a subject closer to me, ye lah..suatu ketika dulu kan kerja I menyiasat cerita-cerita cenggini, masuk court, bagi keterangan..carikan foster parents etc. So, I paham sangat lah apa yang jadi kat bebudak tu.

Then of course, I nak bagi pendapat sikit pasal Ariana Rose bukan nama sebenar tu. Ye lah...orang dah kahwin ni banyak nya issue dalaman yang mereka lebih suka cerita kat orang and not to the person they are having the masalah with. Nak jumpa counsellor, isk, kalau tak telur dah golek dihujung tanduk takkan mahu nya. Wife think husband like this, this and this. And husband pulak...most times...takdak opinion. Semacam mana you tengok machine defibrillator yang flat bila takde activity dalam jantung etc, camtulah kebanyakan nya puak-puak jantan setelah kahwin bertahun-tahun ni.

Which issue is better eh?

Okaylah..I akan simpan opinion I untuk lain entry. So meh kita cakap cakap couple kat Sweden yang kena tuduh dera anak oleh..anak mereka sendiri tu. Media Malaya ni, mmg la sangat tak sensitive kan...well, in the name of etika lah konon nya, bukan you hear about journalist yang mempertahankan tindakan nya interview bini askar baru mati..err, apa perasaan akak ketika ini??? Nasib baik la akak tu set-set redho kan? Kalau dapat akak yang ada saka rimau and masa tgh interview tu pulak rimau nya tengah naik, haruslah journalist tu akan dicakar.

Thing is...our media publishes every details of the court case. Knowing that sipenuduh yang dah duduk kat sini akan dapat access to cerita-cerita tu. And pulak tu kita ramai ahli psychology terlatih dalam pesbuk dan juga juri-juri pilihan yang sungguh tak filter komen yang bunyi macam bangsat. There should be rule for internet...that is, Internet is not for the Idiot.

Cuba kalau kita yang kena interview kalau lepas kena lempang dgn laki...tak ke ko rasa laki kau tu manusia yang paling laknat dalam muka bumi ni?

Tapi, bab duit dia yang ko sapu beli henbeg, beli itu, beli ini..lupa lah pulak kan kebaikan orang tu.

Then of course, para cendekiawan Islam pesbuk akan kata..ohh this is an insult tu Islam. Apakah? Orang tu kena reman sebab rotan anak nya tak sembahyang, si pereman itu dikatakan tak hormat Islam ye?

Dah. Takde nya pasal orang Negara tu tak respek Islam. Dah memang Negara tu undang2 nya kekanak takleh kena jentik, ko terima je lah ye. Dan, tak payahlah beramai-ramai nak kutuk undang2 Negara tu. Tengok lah Negara kita yang terchenta ni dulu. Kalau orang OKU pun yang dah sah sah tak berduit masih lagi nak dipaksa bayar duit ubat, undang-undang Negara kominih apakah ini, kan?

Diri ni terpanggil jugalah nak memberikan kata-kata especially ternampak geng-geng cerdik pandai kat FB tu yang buat assumption memacam. Weih...syukurilah nikmat kalau anak2 uols tu nak mendengar kata nak ikut sembahyang segala. Ye?

Budak yang nak disuruh sembahyang tu dah 12 umurnya. Pada jaman sekarang ni, umur 12 tahun pun budak fomfuens nya dah boleh pi kawin (sebab dah terlanjur ye..bukan macam jaman nenek moyang kita dedolu) Memang umur melawan lah sangat kannn?

Muka dia pun muka mintak dipelangkung (oops)

Pastu, habis segala details sejarah rotan-merotan membawa bahagia yang dia pi cerita kat pegawai penyiasat tu...maka, children activists yang emo terlebih pulak...kata mereka, abuse (rotan) is a NO NO.

One extreme to the other. Satu parents zap zap...satu parents lagi..ohh takleh rotan...gunakanlah kelembutan softlan gitu.

Kita pun taktau lah apa jadik dalam household tu. Betapa strict mak pak nya. Ada pulak kengkawan family yang tampil nak back up kata..ohh family tu bebaik orang nya.

Pastu, mana yang sworn musuh ketat yang memang menunggu air keruh available untuk terjun mandi, pi lah pulak buat cerita betapa buruk nya perangai makpak bebudak tu. Hangsuah betul neighbour camtu kannn?

Kesimpulannya....I am sure parents themselves nowadays are struggling with kids. Mana nak jaga akhlak anak, akhlak sendiri depan anak2. Like, cemana nak didik anak jadik rajin mandi kalau mak pak nya sendiri allegic dgn air?

Kepada yang sokmo nak merotannnnn anak je kerja nya...I am sure, before aksi penyakitan badan anak-anak berlaku, ada lagi proses berlembut yang boleh kita try dulu. Dan kalau nak rotan sangat pun, pepandailah ambik balik hati anak tu....

Macam aruah Appa I dulu...especially kalau dia terpaksa merotan seisi keluarga sebab bising time orang sembahyang, dan kau sebagai anak yang pendiam tak kacau orang terkena jugak tempias nya, lepas-lepas angina dah reda tu, aruah Appa akan bawak sekawan anak-anak kambing bising ni naik kereta pi pecan PD dan dibelikannya Chikedis sambil mendengar bimbingan agama darinya otw balik rumah tu..lain kali orang sembayang etc etc.. waktu mahgrib etc etc...Abah rotan pasal etc etc...

Secara harmoni dan happy sambil makan Chikedis....ya lahhh Abahhhh. Tak buat lagi Abahhhh.

Tuesday, February 11, 2014

Things People Do For Chenta...

Sure topic ni akan banyak bahagian. Sebab nak list kan menda-menda yang orang sanggup buat sebab chenta, berkoyan-koyan banyak nya.

But I must tell you cerita chenta setan Ariana Rose bukan nama sebenar ekcherli has opened few can of worms. Well, we are talking about worms yang dulu tak nak terbit dari can nya...yakni, bebudak jantan yang dulu tak nampak langsung ataupu tahu akan kewujudan kita..tetiba setelah kita dah cantek macam Syatilla Melvin pujaan Mak Piah, tetiba pulang cacing-cacing dalam tin ini kepanasan nak keluar tin. Babi.

This girl I know at school....syiok dekat satu jejaka ni. Jejaka ni hemsem laaa...dan kami-kami ni dok dekat dgn dia. This girl, si Nabila Huda (mode bawa watak jururawat desa yang kurang mekap) yang I tahu, adalah menaruh hati pada si jantan ni.

But jantan ni ekcherli suka kat orang lain. Hari-hari dia cakap kat kitorang betapa dia syiok kat pompuan geng Kuda tu. You know how men like tu merindukan pulan dilangit sana padahal kita kucing depan mata ni dia taknak pandang langsung.

I know Nabila Huda syiok kat jantan ni. Tanpa dia sedari..nama jantan ni selalu terlepas dari bibir nya...time nak basuh kain, time nak jemur kain..time nak pi pekan. Kalau pi pekan Kangaq tu, nampak je apa beju-baju tergantung kat kedai..you know in the golden days..kedai baju jual baju sangkut kat awnin dalam kedai gitu. So Nabila Huda dgn spontaneous nya akan berkata-kata...ehh, macam T Shirt jantan tu kan, kan, kan?

Kalau satu dua atau lapan kali...it will not la berbau ikan. But kalau 758 kali sehari? Sah sah ko rasa hidup sebelah pasar.

Oleh kerana chenta nya yang mendalam kat jantan ni, she offered herself to jadik posnita kepada jantan ni. As things progress mmg melekat la jantan tu dgn makwe idaman nya atas bantuan Nabila Huda ni.

But I know now that..Nabila Huda buat cenggitu because that is the only way she can get thattt close to that jantan.

I know she menyimpan hati....bila couple tu ada crisis dialah yang tolong selesaikan...agaknya dalam hati membuak-buak rasa...cepatlah clash senang aku nak masuk jarum. But...she got pride.

Nabila Huda and me together went to that Scouse Uni. Bila dia dah ada pakwe baru...tetiba jantan muncul kembali dalam hidups nya. And guess what lah kannnn...

Bila Nabila Huda dah mengubati luka dihati dek centa tak berbalas dan juga getting over her stupidity yang betapa vodoh nya dia dulu buat kerja-kerja amal menolong couple yang takde hasil tu, tetiba jantan ni meluahkan rasa hati.

Ye lah..masa kat Liver Fool sana Nabila Huda kan dah membawak watak ala-ala gadis kota, so adalah ghopa sikit.

I cakap dgn Nabila Huda, you should have told him before...but I also know that at that time, kita fomfuens ni kira jatuh lah standard pi cakap kat jantan yang kita suka kat dia. Pulak tu jantan tu dah hari-hari cakap kat you akan kejelitaan pompuan lain, macam ta sensitips langsung lah dgn perasaan kita wanita ni yang tak suka dengar benda camtu (sebab secara automatic nya akan rasa yang kita ni tak lawa sebab tak nak pun orang tu puji)

Gigih jugak jantan tu menagih chenta Nabila Huda. Tapi atas sebab tak nak lagi jatuh ke lubuk kekecewaan walaupun kecewa tu buatan sendiri, Nabila Huda tak layan la dan stick dgn pakwe baru nya.

Moral dari cerita ini....worms should not be let out. Period.

Wednesday, February 05, 2014

There’s Always Hope. But Beware Of False Security

Ariana Rose bukan nama sebenar yang telah berkekwat tak hengat dengan I dengan tak malunya..telah memprivate message I.

This Ariana Rose, seburuk mana pun perangainya sekarang yakni nak mengebas laki orang atas alasan..terjatuh chenta dan inilah ketentuan (muntah..bunuh..muntah!!!)  adalah seorang yang sangat terpelajar dan adalah certain standard yang nak dijaga nya...maksud I tu...she is not the typical pompuan meghoyan who will shut the world against her just because...the world is against her..gituh. Paham tak? I am struggling too..believe me.

Agaknya dia sedar akan ke defensive an yang tak bertempat nya pada I yang tak tau apa-apa ini (penipooo la sangat..padahal gigih ni I dgn Miley Cyrus ngumpats dia) so, dia mintak mahap la atas kekasaran bahasa nya...katanya. Ke, dia sedar diri lepas I telah menyamakan dirinya dengan roundup?   

Ariana Rose cakap lah..thanks for my concern and she  know it's hard to know what to say. Equally, there's not much she can say in response to that...well her predicament now. But katanya my thoughts and well wishes are appreciated. 
 
I thought it be just that lah kannn. Tak...selepas I jawab, okay lah..takpe...I pun tak suka jugak orang amik tahu hal I (referring to her case lah kann) maka, Ariana Rose pun volunteer lah information dengan banyak nya...
 
Well, she has to say something lah kan to ease her guilty conscience. I taktau lah if she feels guilty ke tak..(pepandai je agak) but memang lumrah lah pada sesiapa yang mengalami episode chenta terhalang, memang akan ada banyak idea for excuses.
 
Ghope nya...Ariana Rose tahu cerita I dengan siamang....well, the time when siamang tidak available nak dijadikan boipren. So, dia cakaplah..you must know how it feels, to fell in love and when nothing is favourable. Ehhh aii...
 
I pulak yang defensive bila dia cakap camtu. I cakap la...apa pulak sama nya predicament you dgn I. Memanglah time tu I single dan Siamang tak officially available...dan walaupun masa tu bininya siamang tengah gigih nak memenangi hati lakinya. I cakap..cerita kita lain lah...
 
You got husband. Tak tahulah apa cerita hidup you but you got husband. Tetiba jumpa MBP yang cam cilanat pulak pi luahkan rasa chenta (well, why now?)
 
Plus...MBP cakap pasal crush masa sekolah. Masa hingus tak berapa nak kering tu dan testosterones baru nak membiak, bukankah mereka bias jatuh chenta kepada sesiapa saja...termasuklah kat si Nelly jahat Little House On The Prairies tu?
 
He obviously got over his crush lah kan..and married the wife now...so, apa perlunya ini semua?
 
Maka Ariana Rose telah mengatakan yang...both of them was at the right place at the right time..dan kununnya dia takdelah nak meruntuhkan romahtangga MBP tu....by kesanggupan nya nak jadik bini no.2...kira okay lah tu.
 
Fookeyyy sangat.
 
Ariana Rose pun share lah sesikit akan janji-janji chenta yang mereka buat bersama...and how MBP takkan mempersiakan bini pertama nya. And that...endorsed it for Ariana Rose yang MBP adalah jantan mulia gitu. Hek elehhhhh mangkuk!
 
Ariana Rose made no mention langsung pasal lakinya...so I cakap lah...you buat la apa you nak buat and I ni bukannlah nak convince you to do otherwise (sempat nipu ni)
 
Ariana Rose kata...taklah...she just want me to tell Miley Cyrus yang not everything is bad. Things happened katanya..like, falling out of love dgn husband and bertemu jodoh dgn orang baru. I cakap ..true. Not bad...but you must understand what Miley Cyrus is thinking...to come out of marriage to pursue this crush tease, is madness. You dah ada family and orang tu dah ada family.
 
Ariana Rose kata...if this things happened 5 years ago pun, probably the end result is still the same. Maybe jodohnya dgn laki nya dah nak habis. Takdir tuhan..bla bla..bla.
 
I pun cakap..okay. Lantas Ariana Rose tanya balik..well, just okay? Okaylah kata I..I nak cakap apa lagi kann...bukannya I tahu pasal hidup dia pun.
 
Ariana Rose pandai pulak nak bermadah helah...katanya..we must live in hope. Doakan lah yang terbaik untuk nya...(aku kah yang kau nak suruh berdoa tu?)
 
Okay...but beware lah of false security ye...sekarang Nampak lah hijau mewangi gitu...besok2?
 
Chenta really make you ngok....kan?
 
 
 
 

Monday, February 03, 2014

Iklan Anak-Anak

Tell me parents...if you starts to flood your social media timeline dgn cerita-cerita bergambar anak-anak you...



i) Adakah you sangat bangga dgn kejayaan anak you yang cinonit tu pandai menyiram bunga? If yes, why? Adakah anak itu sebelum ini mengalami masalah phobia water can tak pun phobia bunga?



ii) Slip result peksa anak you...yang dienlarge cam nak rak kot-kot lah ada palitan tahik hidungs sure akan nampak. Kenapa? Anak you tu memang koma dari darjah satu sampai tingkatan 3..pastu you lah orangnya dok mengajar dia secara telepathy...tup-tup dia sedar, terus gi amik periksa dan dapat result bagus.



Well..to tell you the few.



Let's travel back to time when takde tenets or whatsoever soSIAL media ni. The only time orang iklan kan anak depa is when you visit them. You can either hear good or bad one. When I was little, my parents seems to be in the competition yang anak sapa lagi jahat. One of my auntie came moaning about her son go gunting their maid bajus...only for my mother to top it with my brother use ubat nyamuk to cucuh sofa rumah. Which is more sadist you think?



Some advertisements sangatlah over sampai terpikir la pulak, ko obsess dgn anak kau ke apa? Bak kata kawan I, bersangka baik lah...sebab orang tu agaknya dah takleh beranak so, tu je lah sorang anak nya. Kalau tak  anak sendiri, tak kan nak puji anak Ayappan lak kan?



I think usually, people don't take it too kindly bila kita puji anak melangit ketujuh ni. Alaa...puji sesikit okay lah...but you know lah what I mean kan...anak dara kau buat cupcake ko punya kompang satu taman pesbuk tu, padahal anak orang lain yang belum boleh bercakap pun dah belajar buat cupcake kat nursery.



Do we consciously do that so that viewers would reflect kejayaan anak tu kepada you kah? Like, if you anak is so pengemas, ini menunjukkan yang you itu adalah omak yang effective gitu?

Then you see how some mother psychoanalyse anak nya....buat running commentary yang anak dia camni lah..cam tu lah...of course lah kann..menggunakan credential nya sebagai omak yang hadap anaknya banyak jam jugak, so dia tahu lah kiranya emosi anak dia cemana.


Anak to some...well maybe all parents, is an achievements. When the kid turned out okay, and of course la makpak dah berhompeh puleh, we can't help to feel proud. Dedulu, this was done in our own privacy. Nak cerita lebih2 kat orang takut orang kata kita riak dan juga manalah tahu ada pulak mulut lahabau yang akan doakan anak kita terpeleot.


But now, anak kita buat apa2 pun hatta membasuh pinggan, kita musti amik gambar dan upload, dengan caption2...ohh rajin nya anak ku. Kalau budak tu ngikut apaknya sembahyang, keluarlah caption..semoga anak ku menjadi anak yang solehhhh.


Iklan-iklan bermakna..macama anak masuk Uni ke, okay lah lagi....but kala anak you baru berjaya masak sayur taugeh when she is supposed to , well according to her age lah kann..masal lauk ayam masak merah, tu pun mau tunjuk kat orang ka?


On another hand, kekanak sekarang mmg jadik mangsa exploitasi makpak. Tah dia rela ke tak gambor dia jemur baju di upload dek omak apak nya. Tu belum lagi kekanak yang di exploit dari time existence dia hanyalah pada gegaris biru kat pregnancy test omak nya.


Pastu..gambo ultrasound nya yang di share tanpa consent.


Pastu.. gambo dia muka merah2 baru kena teran dek omak nya...


Tapi kan...sebagai mak kepada kekucings...yang juga selalu menjadi bahan dalam pesbuk dan IG, I pun telah men subject kan anak2 kucing tu sebagai mangsa iklan tak berhemah...malah, I umpat lagi kucings2 tu dalam pesbuk.


Sungguh rendah moral I...hiks.