About Me

Friday, October 04, 2013

Permata Yang Hilang

Uols....tajuk porno lah sangat lah sangat kannn?

Permata yang I nak cakap ni uolss, ialah courtesy. Yang I am sure you agree dah tah kemana-mana dah sekarang ni. Kesabaran dah kurang...budi bahasa dah tak ada...

Benciks I tau. Ada kawan sekolah I tanya..how do you find Malaysia? I cakap...Malaysia okay..Malaysian aje yang I menyampah. I dok pikir I ni lah berperangai buruk..ye lah ..I kan sombong. Tapi sesombong-sombong diriku...idoklah seteruk.....contoh berikutnya...

Apakah yang ada dalam kepala uols dikala....bila nampak orang nak kluaq parking, kita sepatutnya lah tunggu bagi laluan  orang tu kluar dulu kann? Tapi kita tetap gak membawa keta kita dgn menonongnya. Tak pun bila bontot keta orang tu dah separuh kluar, kita tetap gak lalu sambil swerve sikit kekanan dan makan jalan orang lain.

Adakah kita nak terberak sangat sampai kita takde langsung sekelumit kesabaran untuk bagi laluan???

Ini adalah kejadian fresh tadi pagi..kat simpang Section 7, yang ghopa-ghopa nya ada UITM pulak kat situ. Mak datukkkkks..jems se jems jems nya. Sekejap jelah kalau jem pun sebab lahabau bangsa taknak beratur secara berhemah untuk belah kanan akan dgn perasaan pandai nya rasa, kalau mereka ikut laluan belah kiri kat petrol kiosk tu, maka terlepas lah azab beratur itu.

Tapi perbuatan rendah moral mereka itu, menyusahkan kami-kami yang nak jalan terus...sebab mereka yang sebelah kiri terpaksa membuat acara lintas langsung dari kiri ke kanan secara direct. Ye tuan-tuan dan puan-puan, perbuatan itu adalah sangat SIAL okay?

So, pagi tadi ada satu kereta Myvi berwarna merah ni yang dipenuhi oleh adik2 tudungs UITM yang walaupun ada hati nak memotong secara KL Gangster, teknik pembawaan keta adalah terkial-kial, okay??? Menyedari ketidakcukupan tahap konfiden drebar Myvi Merah itu maka saya yang mewakili persatuan kumbang merah juga...berasa kesian lantas membuat signal tangan...suruh adik drebar tu lalu dikala saya memberi laluan. Dapatlah adik tu masuk jalan tu.

Tapi...ada ke courtesy bebudak tu nak cakap terima kasih??? Tak ada ye. Menonong seraya memandang saya...angkat tangan pun tidak. Seisi kereta tu tak peduliks langsung kat kita yang dah tolong bagi jalan ni.

Pastu saya pun berentilah isik minyakkkk. Bebudak ITM juga nak lintas jalan. Tudungs cantik2 belaka. Saya berhenti dan buat signal tangan bermaksud..lalu lah dik. Ye...mereka memahami dan lalu. Ada nak angkat tangan atau cakap terima kasih? Takde. Maka akak ni lah jugak turunkan cermin dan jerit 'Terima kasih ya....'. Mereka pandang aje saya dan terus hapdate status FB mereka...ohh selamat lintas jalan.

Maaf cakap ye...mereka ni semua melayu dan beragama Islam. Tatau lah pulak Buddha dah mewajibkan pemakaian tudung.

Manakah courtesy mereka?  Ye..didalam longkang Section 7 itulah gamak nya.

Di scene yang berlainan....adik pompuan yang bertudung tapi doklah berkepit..err not really, but duduk tanpa ada ruang angin dgn laki or balak nya dalam COACH UNTUK WANITA SAHAJA dalam KTM komuter. Samada budak pompuan itu ber partner kan pengkid yang betul2 menyerupai lelaki yang ber adam apple tak pun, pempuan yg macam jantan tu baru saja menjalani pembedahan tukar jantina. Memang kudos la kat doktor yang mengubah mereka menjadik jantan tu...sebab sifat malu sebab ko sorang aje jantan yang dok dalam koch pink tu. Duduk dgn konfiden walaupun dah dipandang banyak kali dan juga kaum yang lebih layak duduk tak dapat duduk sebab dia dah duduk kat situ.

Ni akak nak tanya..dah mmg orang jantan ni taklah boleh kita nak harapkan mereka tu ada courtesy dan juga sifat malu, yang si gilpren tu apakah perasaan dia? Tak malukah you berboipren kan jantan macam tu?

I hope you..the silly girl who has let your takdaq teluq punya pakwe atau laki bacalah post ni. Dan juga...kepada yang menjadi mangsa perasaan menyampah macam I ni..meh la kita bersama-sama pi tegur jantan yang tersesat dgn sengaja kat dalam koch tu.

Tapi..I dok kekompang ni...ada tak I tegur?

Hihihi....ada. Tapi I taklah tegur jantan ber gf tu sebab bila aku pandang boiprennya...gf nya pandang I macamlah I nak ngurat pakwe nya yang muka ensem sikit je dari Idi Amin.

I tegur sorang Mamat yang dok dlm koch pink ni...eh, ni koch ni koch pompuan kannn?

Adik itu termalu lalu blah....

Sekian.

10 comments:

murnie sangat said...

as salam,

kak esah, saya duduk kat sek 7 tu.kalau makian saya ni boleh keluarkan duit dah lama saya jadi kaya raya, bill gates pun tersinggung. mana taknye, mengadap perangai student uitm yang mcm2 peelnye.potong que, melintas jalan lemah gemalai, parking haram, u name it la. sakit kepala duduk kat sini. huh

Anonymous said...

Salam kak esah, terlerai sudah segala apa yg terpendam di hati saya ni. Nak menulis tak pandai so bila kak esah tulis hal ini tersangatlah sukanya saya. Terima kasih kak esah....

Makji Esah said...

Cik Murnie...kita mustilah membuat petisyen. Budak2 yg kunun nya berpelajaran tinggi ittew ferlukan pendidikan moral. Kita patut komplen pada pihak ITM...suruh tgk sikit...inikah hasil didikan mereka????

Makji Esah said...

Salam balik :) jarum yg patah...jgn simpan dlm peti ye....sebab nanti peti itu akan penuh dgn jarum yg patah

Anonymous said...

X kira la d mn tmpt pun.... Klu nk kureng ajo,d mn2 pun ado....skg trend ' ada aku kesah'.......
~Jolie~

ben said...


Lack of courtesy - tidak mau beratur, tak cakap t/kasih, dan termasuk cara memandu - mencerminkan tahap mentaliti Dunia Ketiga dikalangan majoriti masyarakat kita.
Di Shah Alam, antara kurangnya adap ini termasuk memandu bertentangan dilaluan sehala, parking tidak ikut ruang petak, tak beri laluan kpd yg nak undur, dll.
Mereka yg terlibat termasuklah juga yg dianggap 'kuat agama' - eg, berkopiah, bertudung, dah dewasa, selain anak2 muda.
Adap memandu dgn baik/berhemah patut dimasukkan dalam buku Manual Memandu JPJ utk disemaikan dlm kepala pemandu2 baru.

Makji Esah said...

Jolie..so, tak kan selamanya nak ada attitude macam tu kan?

Ben...kena pergi kursus muhasabah diri la..yg apasal teruk benar perangai tu

ben said...


... satu lagi tabiat kurang sopan pemandu2 yg saya perhatikan di Shah Alam ni (saya pernah bertugas di luar negara) ialah pemandu2 tidak beri laluan pada murid2 melintas 'zebra crossing' di jln-raya kawasan sekolah!!!
Kerap juga ternampak selepas pemandu2 (termasuk bapak2/emak2 yg bertudung)yg turunkan anak di sekolah (Platinum, Sect 7) selamba aje merentas crossing tersebut walaupun ada murid2 yg sedang melintas ... masya-Allah! Ape lah perangai cam ni? Wallahualam.

Anonymous said...

tajuk lebih kurang, berlainanan lokasi - selalu perati perangai org dlm lif..ade je yg sebut "tingkat 1,2,3 etc"...dah le takde nak kata "tolong"..org dah tekan idok ler nak kata t.kasih ke apa...sangat minimum yg sudi kata 'terima kasih'

Nel

ben said...


As an after thought, yg dikatakan "permata yg hilang" tu bukan lah porno sangat --- sebenarnya ia tak hilang, tp hanya diserahkan kpd seseorg yg diamanahkan dan yg berhak keatasnya aje ... kan?