About Me

Tuesday, October 01, 2013

Botingkek-Tingkek

Apo yang botingkek?

Salam October ya'll....(persis adik beradik Kim Kedashan) sebagai blogger yang fofuler, maafin I kerana lambat update. Semenjak pulang ke negera tempat lahir ni dan kulit yang semakin hitam bletung, I adalah busy.

Busy sakit....after 2,3 hari...mulalah I diserang sakit kepala yang botingkek-tingkek. Supplier paracetamol I yang tak lain dan tak bukan adalah Kiah Gendi. Dalam henbeg Kiah Gendi, see..tak sesia I volunteer jadik personal shopper dia sebab henbeg nya berisi makanan kucing serta ubat-ubatan. Kiah ni kalau lah tak bercareer saperti sekarang, pastinya dialah yang layak kerja United Nation ke, Unicef ke, UNHRCR tahpekebenda tu etc etc. Very the sukarelawan.

Having said that...ramai orang selalu mengeluh yang dirinya macam tak ada makna, buat tu tak kena, sidai kain pun tak kena...dok la mengadu domba kat orang, tulis kat blog..rasa nak bunuh diri etc. Apa kata uols yang ada ciri-ciri cenggini, pergilah jadik sukarelawan. Uols tu, duit kalau tak botingkek pun, lepas lah tekak sendiri kan? Kalau ada skills yang boleh dikongsi, kongsi. You pandai jahit labuci, pandai masak ayam masak merah..buat kelas mengajar budak2 under privilege gituh. Giving ni....nikmatnya lain macam tau uols. Cubalah. Tak pun...beli je cat food kat Tesco tu..pastu taruk bekas luar rumah untuk stray cat makan. Puehhh hati botingkek-tingkek pas tu.

Speaking about demam...I demam-demam lama jugak. Kiah Gendi demam sampai masuk spital. Ada yang tahu tapi tak pergi melawat. Hari-hari kerja I akan Tanya Kiah Gendi...hmm, sapa dating hari ni? Kiah dgn lemah lintut nya akan bagilah I list. We did wonder why some of our 'friends' tak datang. But on the end, both of us pujuklah diri sendiri dan kata..tak apalah..we did not matter to them. Kita kan tak glamerrr, kan Kiah kan..kan..kan?

Then...I was ever so busy with the WALK OF HOPE. Orang sejauh Ipoh dah datang dan berlari 5km and still rasa tak cukup. Wahh..fit betul Akak Pi Bani tu. Kak Pi Bani pun datang bawak group nya botingkek-tingkek.

Tijah juga datang memberikan sokongan sambil mengedarkan gambar salah laku I. Ishh...tapi kejahatan dunia ini akan dibayar cash dimana selepas penyebaran gambar tu, Tijah telah diserang sakit kepala (tapi dia tak muntah-muntah dan rasa nak makan asam katanya)

Then to the FGG Team of HUKM yang datang....dan peserta yang dah bayar tapi tak datang. Dah nama pun uols nak menderma kan? Kepada kengkawan yang ada juga menyertai WALK OF HOPE in spirit..sambil menolak trolley tapi diniatkan untuk berjalan 3km. I lap you alls taw.

Tema botingkek-tingkek juga akan didedikasikan kepada kengkawan dlm list pesbuk yang yang macam memintak-mintak untuk didelete.

I nak Tanya uols, selain dari I yang sokmo bernasib malang dapat kengkawan ghopa ini..uols ada tak kawan yang hobinya :-

i) Bila uols up status dalam pesbuk...those of yang bukan general status lah...more like pesanan kepada certain kengkawan. Kata lah I tujukan status I kat Mak Piah yang suka upload video dia gaduh dgn pakcik guard kedai mamak tu...tetiba kan uols..kawan uols yang kenal Mak Piah pun tidak..tetiba join sekali bagi komen yang boleh tahan jugak bodoh nya. Species apakah itu uols??? Apakah sangat???

ii) Pastukan uols...uols ada tak kawan yang...if you don't know any better, memang hobi nya suka stalk uols. Uols buat status update, babi itu adalah sedap pun...dia akan 'LIKE' dan comment berjela-jela cerita ku cerita mu..e.g. ye la..babi mmg sedap..I suka makan babi, especially babi kat Camden Market masa I kat sana dahulu...penjualnya adalah abang Spanish ensem yang I rasa syiok kat I. Boleh.....buat comment cenggitu?

iii) Kawan set-set yang suka buat photoshoot sendiri...nak kata selfie (selfie? ni anak buat I baru ajar) idok lah uols...ni set, pandai ke laut, pandai ke atas...gambor hitam putih..gambor tergelak kat orang halimunan...pastu post kat pesbuk (or he/she mistaken as vanity fair versi online kah?) dan tak cukup dgn itu, dia akan LIKE gambo nya sendiri????

iv) Kawan yang sokmo nasib nya dirundung malang....tak pun bergaduh dgn ipar duai...up status, pastu LIKE status itu sendiri. Mampu uols? Mampuuuu????

Akhir kata, saya ucapkan takziah kepada mangsa keracunan ayam masak merah kat Sungai Petani sinun...a wedding and four funeral gituh. bak kata adik I pagi tadi...pengantin agaknya nak suka-suka pun terus jadi duka memikirkan tragedy hari kahwin mereka.

Al-Fatihah :(

2 comments:

Tijah said...

Bukan apo sah. Sakit kepalo tu sobab biaso buek spuloh km sekali ritu tigo yo so mcm dos eh insafisyen gittew.

Anonymous said...

Mcm2 feel kwn2 nih!!!
I x dak fb..sobsobsob...
~Jolie~