About Me

Sunday, February 03, 2013

Assignment 1

Nota kakitangan: as at 15th February 2013, posting ini telah diedit owing to the pressure that was put on the writer these past days. Tajuk juga telah bertukar. Only word that can describe the agressor is BABI. Enjoy.


Someone commented about schizophrenia and ask this there's way to deal with it. Okay..saya pertimbangkan. 

Ada jugak yang mengaku dirinya 'loser' dan mintak saya buat karangan pasal loser. Hmmm. Talk about self-deprecating, kan?

Okay, let's address this loser issue first, shall we? So this anon, 20 plus...fomfuen, tak kerja dan tengah depress, katanya. Dia kata dia tak tahu strong point nya tang mana. Soklan pertama nak Makji tanya, apsal tak kerja? 

Soklan kedua, strong point? What is your definition of strong point? 

Ramai orang, nak nak graduan yang sokmo membising diri mereka tu tak kerja dan merelakan diri mereka menjadik depress. Dalam pada mereka membuang masa menangisi nasib diri mereka yang malang itu, masa2 terbuang itu telah diisikan oleh orang2 tidak tempatan merembat kerja-kerja yang sedia ada yang kurang nak dipandang oleh graduan2 kita yang agaknya lah terasa, setelah grad, mereka tu adalah kurang sikit je status dari pegawai atasan PETRONAS.

Selagi kita tak melangkah keluar dari rumah kita dan bercampur gaul dengan orang, kita takkan tahu strong point kita. Ye lah...might you say, elehh Makji cakap senang, Makji kan glamer dah dok kat London sana...hek elehhhh. Ko nak tahu apa I buat lepas dapat B.Sc (HONS) ----tu dia, tetap mau tulis (ingat senang ke nak dapat degree adik non oii?)

Bila I balik dari UK, sebelum dapat kerja kat bank yang kurang tersohor tu, kat Dave Deli Subang Parade lah Makji korang ni kerja. Ye lah, nak tunggu placement kerja dijaman ekonomi merudum masa tu and of course, in a keparat world we living in is 'who you know' and very less 'what you know'. So, kalau mak/pak you atau sedara mara ketat you berpangkat kurang sikit aje dari Encik Kerry Jamaluddin, maka dunia keparat bergaji busat akan tersedia dgn mudah untuk mu.

But kalau you pun set-set asal dari desa and VIP dalam family you pun hanya taraf ketua kampung yang cable nya takat bau-bau pisang busuk dgn Ketua Amno cawangan kampung you, janganlah dikau ingat kerja receptionist CITIBANK tu dah ada dalam tangan ye. 

I have always say that what we do is a choice. Kadang2 kita tak ada choice lain dari choice yang kita sedia ada ni. Nasib manusia lain-lain. What we can do, well, saya bercakap ni sebagai orang Islam lah, ialah tu senantiasa berdoa apa yang kita hendak dimakbulkan. Tapi hidup mesti berjalan juga. 

Awak dah dua bulan tak kerja. So maknanya, dah dua bulan awak tak buat apa2...sekaligus mengiyakan fakta yang awak kata sendiri, tak tahu apa strong point saya. Ye lah, kalau dah tak buat apa2, macam mana awak nak tahu apa bakat tersembunyi awak, kan? Lainlah dua bulan ni awak isi dengan masuk pertandingan mengait. At least we know you can mengait, ye tak?

When I first work at Dave Deli, manager tempat saya kerja tu adalah Amoi Spinster yang sokmo kata kakitangan saya slow. Ye lah, kalau seumur hidup tak pernah disuruh tolong memasak kat dapur, what made you think I can slice your poxy onion any faster? Saya agak Amoi tu sangat insecure sebab dia ni set2 yang mula dari bawah. Kira hard graft gitu so, dia agaknya tak lah suka dgn younster macam saya. But dari situlah saya mula belajar buat Milk Shake, marinate ayam, buat sandwich etc etc. Sekecik mana pun skill, ianya adalah skill juga. Of course lah saya juga excell dalam mengikat plastik sampah dan mengemop lantai. But, adakah itu membuat saya down?

Oh tidak. Gaji saya $700 free free masuk poket. Makan boleh pilih dalam menu dan masa break saya digunakan untuk mengukur Subang Parade dari sudut ke sudut. Duit memanglah tak banyak mana tetapi yang penting nya

- Saya bangun pagi bersiap untuk pergi kerja as oppose to tidur sampai entah pukul berapa.
- Saya jumpa orang dan bercakap dengan orang, bergelak ketawa membuat joke bangang, mengumpat Amoi secara berjemaah dgn pekerja yang lain (juga sambil bergelak ketawa) as oppose to memandang dinding rumah day in day out mengenangkan nasib
- Saya dapat duit

Asalnya, saya sangat pemalu dan tak reti bercakap dgn orang. I think, sifat pemalu tu ada sampai sekarang cuma ianya sangat bertempat. Tetapi selain dari kena kerah buat tu buat ini dgn Amoi tu, saya jua berpeluang mengilap bakat dalam two way communication. Saya greet orang, orang senyum kat saya. Adakalanya orang tak senyum tapi, biarlah mereka tak nak senyum pun sebab tu masalah mereka. Mungkin skill yang macam ini tak membawak makna pada semua orang tapi bagi saya, ini adalah kepandaian yang saya dapat tanpa perlu masuk sekolah berbayar pun.

The most important thing is, the smallest do is crucial to keep moving. Mungkin kerja kedai ayam cenggitu is not ideal but at least it paves a way to another thing that may be better. I takdelah kata, selepas kita kerja kedai ayam tu, tup2 kita akan dapat kerja kat Menara Berkembar sinun, but kalaulah kita dapat interview kerja mana2 pun, kita dah ada built in confidence, kita dah pandai ber komunikasi (dari menjual ayam dan sebagainya) dan yang penting, kita tidak berada dalam keadaan tertekan.

Rezeki kita, Allah yang beri. Manalah tahu, bila you kerja kedai kopi atau kedai ayam, regular customer kedai tu adalah CEO tah mana2 korporat office yang terjatuh chenta pulak dgn you. Terus you tak payah kerja dan hadap je lah CEO tu, ngabiskan duitnya. Talk about postive thinking kannn?

Another skill yang mungkin kita ada tapi tak perasaan akan kekuatan nya. Kita ada skill jaga budak2. Kita sekolah tinggi ber degree/diploma bagai. Tahukah kita, ramai wanita2 ber career luar sana yang seksa sungguh nak mencari baby sitter?  You boleh turunkan ilmu you kepada bebudak tu, and then..dapat duit. I'm sure mommies would rather anaknya pandai buat benda lain dari menjadi billingual (BM-Indon)

So yes, stop moping start moving. Menangis mengenang nasib diri ni takde salah nya..tapi..kalau dah sampai dua bulan, karang benda lain pulak jadi. Ingat ye, perubahan emosi dan emosi boleh mendatangkan stress secara physical kepada otak dan mengkucar-kacirkan kimia dalam badan. Seterusnya, takyah lah saya bagi tahu....

Okay. Next is, bagaimanakah caranya saya dapat menolong sedara saya yang menghidap penyakit mental setelah putus chenta. Haiyooo....you got to be mentally ill to be  in love. Ni kan pula akibat nya setelah putus chenta. 

Saya suspect, sedara awak tu memang lemah tenaga dan membuatkannya vulnerable kepada gangguan emosi. Tak payah tunggu putus chenta nak trigger sakit nya. Tak dapat makan nasik ayam setelah  menunggu dgn lama pun boleh meroyan satu badan.

Apa yang boleh kita buat? Masyarakat Melayu dan orang Malaysia secara amnya walaupun berkompang-kompang kata mereka adalah masyarakat berbudi dan berhemah tinggi, adalah set-set yang paling inconsidrate sekali.

Kalau tak, masakah pompuan mengandung dan Ah Soh dibiarkan berdiri dalam LRT kan? Tu belum lagi, bak kata Dr Lurpark, kereta ber sticker baby on board, tapi bawak kereta macam lahanat tak pikir lah kalau jadi apa2, baby on board tu boleh jadi jenazah on board. 

Bila kita tahu akan orang yang terganggu mental nya, benda pertama yg kita buat ialah mengumpat mengenai nya. Hishhh. Typical. Always need to blame it on something. 

Nasihat saya, sebagai manusia, kembangkan kepala hotak kita. Terima kebaikan dan keburukan orang. Sakit mental adakalanya memang buruk consequences nya so terima lah. Jangan discriminate. Mereka juga macam pesakit2 physical yang lain. I want to ask on how you deal with a family member with chronic asthma?

- Jangan bagi dia letih
- Jangan bagi persekitaran nya berabuk
- Jangan dedahkan dia pada stress yang boleh memberinya palpitations

How you deal with orang ada sakit tiga serangkai tu? How you deal with people who has cancer?

Samalah jugak macam mana you nak deal with family member yang ada sakit mental. Tiada beza nya. Kita yang tak sakit ni mesti menjadi lebih sihat. Kita juga perlu penuhkan diri kita dgn skill. Skill ini boleh dipelajari dari google dan juga dikuatkan dgn keikhlasan hati nak menolong si pesakit tu.

Tak susah ye :) 

Hope this helps. Hope all of these helps.

4 comments:

DeLancrettLurpak said...

bukan tu je ye uols, tampal sticker agama mcm byk gila kot dkt kereta, tapi kau potong queue dari sebelah kiri masa tgh jam, muka sengih2, rasa nak sembor je muka tu dgn air zam2, eeeee.

Makji Esah said...

dia pakai kepiah tak masa buat benda2 mungkar cenggitu uolss? muahahaha...

DeLancrettLurpak said...

bukan setakat kepiah ok, siap dgn janggut, rasa nak ku cantas je janggut ittew

captainlukman said...

Yang bab duduk saja tak cari kerja tu, sama lah dgn anak2 buryung yg nak jd drebar saja tp status bum n FB ari2 dok tulsi 'menhitung hari,rindu terbang' tp non ado nak kerja pun. Pokcik pun stress jgk tp LIFE goes on n hidup ku perlu utk memenuhi wardrobe ku dgn koleksi musim panas 360 hari. so KERJA lah!! Mrasa