Ni saya kena cakap terang-terang..bekerja dengan bebudak bukan lah minat utama saya. Tapi dalam social services, kami-kami yang perasaan bagus ni takleh lari dari masuk department budak-budak. Makna nya, sebelum nak refuse point blank, kenalah ada alasan.
Macam, bila Boss bagi secondment kat children services, unless kalau saya dah pernah masuk service tu, saya takde sebab nak cakap NO.
Lagipun, orang melayu kat UK jarangggg sangat melawan. kami kan set-set suka nak mencuba dan juga nak tunjukkan kat homputis itu yang kita ni serba boleh gitu. Semua pun buat.
So, pernah lah kerja dengan budak2. Budak2 ada race...satu race anak orang...dan satu race lagi..anak jin afrit. Tapi, dah nama pun budak2. So..dalam 100, takleh nak salahkan bebudak tu 96%. malah, 96% tu perlu ditudingkan kat makpak atau penjaga nya.
Oh ye, tak semua anak-anak tu dijaga oleh mak pak ye.Biasalah kat negara homputis ni...yang bagus nya, remaja-remaja terlanjur, takyah sesusah buang anak tepi longkang. Diorang jugak tak payah mendengar dan memandang jelingan komen bersifat puaka dari nurse-nurse sepital. Doktor kat sini juga bukannya bangsa set-set ngumpat sambil provide nama sebenar. kalau dah puas meneran dan rasa, tak sudi pulak tengok anak tu, maka..mak mak nakharoms (oops) ni boleh je cakap dgn Nurse, call Social Services...I am having this baby adopted. Gituh.
Kerajaan UK adalah kerajaan kapir yang berhati perut. Bukanlah nak galakkan pemberanakan haroms kat sini, but, tindakan yang depa ambik adalah realistik. Budak dah lahir, so ni bukan masanya nak bagi tarbiyah. Dan juga...seperti mana yang kita tahu..kalau dah menggelitis nak beromen, tarbiyahlah sebanyak 30 juzuk Quran pun...kalau allah tak bagi izin cahaya tu sampai ke pikiran mereka, maka tak kan sampailah.
Then, pemberanakan haroms ni adalah juga hasil perbuatan binatang haroms bernama jantan, ni kes buka suka sama suka..tapi suka dan paksa. Kalau fomfuens tu dah termengand, masih kah kita pihak sepital dan pihak JPN nak judge lagi omaknya yang tak bersalah tu? Dah la omak jadi mangsa, anak pulak dapat hukuman gittew.
Well, macam biasa, syarahan perdana saya sentiasa tersasar. saya nak cakap pasal kanak-kanak autis ni. Saya tak suka kerja dgn kekanak dedolu adalah kerana perangai makpak nya yang kebanyakannya macam haramsjad.
Ada makpak yang macam ...okay lah, mereka ni set-set yang nak anak mereka tu pandai. kalau budak tu lambat cakap ke, lambat merangkak ke..merangkak kedepan tak pandai tapi dok gostan memanjang aje..terus meraka tu rasa..ohh anak ku ini musti dihantar ke sekian-sekian terapi. Okay..bagus. Makpak memang kena observe anak2 mereka. Early intervention is always good.
Tapi..dah nama pun budak tu speed passola kann...baru hantar anak jumpa OT, terus harap anak tu speed Yamaha RXz. Tu takpe lagi. Bila anak dah besar sikit dan boleh masuk sekolah...nak anak tu terus boleh baca cerita Badai Semalam gituh...padahal dia pun tahu, jangankan novel Badai Semalam, (Kuih) Vadaiii Samalam by Krishnan Gurumurthy pun tak kan lepas nya.
Yang tak larat tu, mak pak tu feeling anaknya musti jadi genius bak Nor Amalina Che Bakri, tapi makpaknya...kalau takat SPM pun dapat Grade SAP, boleh tak sedar diri sikit?
Adalah seorang omak dan apak ni. Apak nya..ber communicate dgn saya through omak nya lah...padahal dia boleh je tanya soklah direct..tak, kerna sifat pemalu nya yang macam haroms tu, dia lebih rela berbisik kat bini nya depan saya, nak tanya...soalan a, b dan c.
Pastu, sampai pulak hati nya cakap anak nya takde social skills, kan? Bang..bontot kuali kaler apa, bang?
Omak dan apak kedua...ni omaknya kurang cakap...apaknya banyak soklans. Fuihhh...berbekalkan pengetahuan yang di google, maka apak tahu segala sebab anaknya macam 'itu'. Makna nya..kalau anak nya ada Asperger, maka berbekalkan info Dr Google, apak nya rasa wahh...teknik ni kena pakai..teknik tu kena pakai...
Dia lupa, anak nya tu adalah anak dia..bukan anak Dr Google. Of course, dalam banyak2 common traits yang dibekalkan oleh Dr Google, anak nya ada juga learned behaviour yang mungkin juga boleh dipelajari dan ditiru bulat-bulat dari bapaknya. Katanya, anak nya tu kuat meludah. But I can swear, dari dalam kereta dan dah keluar masa nak jumpa I, apanya dua tiga kali jugak hark tuih..harkkk tuih. Yeahh...asperger traitssssss lah sangat kan?
Ada case yang sangat classic...ni maybe orang Malaysia tak tahu..but...ada potensi, budak2 Autis ni akan develop severe emotional problems dan seterusnya menjadi...satu disorder. Extreme stress boleh meng haywire kan chemical dalam badan jua..lalu terbentuk lah...sakit mental. Ni, kami-kami kat UK panggil dual diagnosis.
Ada satu mamat...refer kat saya sebab sakit mental nya. Okaylah...dari cerita nya, symptoms tu memang serupa. Tapi bila saya tengok sendiri...yang banyak saya nampak adalah sesifat autis nya. Good news for ADHD, with early intervention, bila dah lepas umur 22 tahun, hypernya akan berkurangan. Insya Allah. Otak pun dah kembang sikit so, ilmu boleh bertahan dalam kapla hotak nya. Tapi jgn sesekali mengendahkan masalah emosi ye..sebab kita yang takde ADHD ni, yang senantiasa terdedah dgn stress...stress dgn laki..stress dgn kucing tak nak makan ubat, kucing yang melepas sesuka jiwa sampai nak memporak porandakan rumah tangga dan bisa membuat onggaji lari...pun kalau tak dirawat, akan menyebabkan sakit sosial yang teruk...salah satu dari padanya..menjerit kat kucing!
Kadang2 bila dah tua dan sudah dibiasakan berperangai teruk, maka susah lah sikit kita nak intervene secara cakap baik2. Maka jalan yang sepatutnya ialah A B C ----antecedent behaviour consequences lah.
Ko jerit kat aku sebab ko tak dapat apa ko nak, maka..saya bisa nelipun abang kongsi gelaps saya ataupun pak polisi untuk ajarin kamu kan?
Sepertimana consultant psychiatrist kat UK yang suka sangat berlagak sebab zaman-zaman baju dia dikoyak dan diludah sedah berlalu, mereka secara otomatik nya tak akan mengendahkan saranan-saranan nurse yang lebih banyak makan dan tengok garam. ...well, if you know what I mean. So, sebagai pengamal perubatan yang berdedikasi dan tahu lah apa yang dibuat, kita ni bagilah cadangan dari observation yang kita buat.
Hanya, di dismiss oleh Dr yang pandai itu dgn meng kopipes balik sebab-sebab bertulis yang saya bagi. Padahal Dr tu jumpa patient dia sebulan sekali...dan dalam sekali tu, orang yang sakit tu akan ada banyak banyak masa untuk rehearse dan bagitahu Dr dia apa benda yang Dr dia nak dengar, sekaligus Dr itu akan kata..tahniah..awak sudah sembuh. Padahal....chaits!
I am sure there's so many parents out there yang akan rasa info yang depa dok kumpul pasal anak mereka akan di nyah pakai oleh Dr yang terasa mereka terrer dan dok pandang buku dopopat jam.
Hello! Bak kata Stephen Fry...to be a good actor, you must be a chronic bipolar..kannn?
Nasihat saya...kalaulah kita jumpa Dr yang ghopa ini...yang sokmo tak balas email you, yang sokmo kata..ye ye ye ye..akan buat, akan buat..dan akan itu ini..yang sokmo kata saya busy ada conference this n that, padahal conference bulan depan dan you hanya mahukan confirmation or jawapan soklan you masa tu, yang kalaulah dia tu Dr yang mahir, dia boleh jawab sambil kentut aje..maka, carilah pendapat kedua ye?
Sekian.