About Me

Wednesday, March 30, 2011

....Dalam Botol

Err..macam-macam benda boleh berada didalam botol sekarang ni. Specimen kencing pun orang akan taruk dalam botol jugak kan?? I was reading about this movie dari mula dia dibuat sampailah sekarang dengarnya dah siap. If I am in KL sekarang, maybe I akan ajak MC pergi tengok..although I rasa dia lebih rela tengok cerita Kak Limah Rumah Berhantu (itu ke tajuk nya???) dari nengok cerita yang dia akan cakap..eh sayang, cerita apa tu??? Nak kata I am not cerita melayu biggest fan macam orang-orang Malaysia, tidak juga. I rajin tengok drama-drama melayu, however they are so mengarut pun. Some actors are good, but because they cari makan through films and dramas, they cannot afford to be so particular about the script. Yang tukan bikin pilem drama nya pulak, macam yang tukang tengok tu bodoh la sangat kann? Ye lah, how can some people in the drama got taken ill, batuk darah macam anak tekak kena tikam..tup-tup doktor kata, sakit buah pinggang? Tak ke orang macam Kiah rasa diperbodohkan???


So this movie maker the badminton man's wife...sungguhlah banyok pitih buat pilem yang dia rasa bagus, some critics pun kata bagosss...but still orang tak datang tengok. I pun tak pernah tengok her movie, sebabnya I pun bukannya kaki wayang. (I adalah kaki DVD haram, bleh?) So the story is about this gay man, who decided to underwent the knife replacing his bits to satisfy his lover. I doubt the motive was to satisfy the lover sexually...kalau dah sesama melayu, nak hidup secara normal dimata orang kampung, kalau dua-dua jantan maka susahlah kann? Maka jadilah seorang tu fomfuen. Things didn't work out between them so they parted ways. He returned to 'normalisation' and tetiba ber affair pulak dengan fomfuen yang anu nya melekat kat dia sendiri and bukan dalam botol. (If I understand the story wrongly, mintak mahap la ye..I pun baca sokabar you alll) The whole jalan cerita, although the producer tu kata ini berdasarkan kisah kawan nya...macam tak real saja.


I remember reading that the reason behind this movie was merely her observation around LGBT ni. She even quoted that anak nya 'hampir nak jadi gay' but now syukurrr, dah ada gilpren. (Ye lah..masa sekolah adalah gilpren...trophy kann?) Now, dia kata dia buat cerita pasal kawan dia pulak. The film whilst in making pun banyak gak hal nya...and Malaysian reporter who we all know very well like to make a mountain out of a molehill pun buat orang menyampah jua. The story about the actor acting naked, sampai mufti pun masuk kasik opinion. Macam-macam lah. So, what is the real theme and purpose anyway? That there is a poor gay man somewhere in the ceruk kampung think that the only way forward in his cinta terlarang is to potong anu nya?



The producer say, watch the movie ith an open mind. I'm sure the viewers will but that will not stop them having an opinion and expect the right wings to say they're under or misrepresented and the left wings will use religion to hate everything that moves. I read the movie is good. But I just wish that the story is more believable than one man's tale. (---kalau ada DVD haram, bak la sini post kat I ye..)

Tuesday, March 29, 2011

Ikan Tuna Adalah Ikan Tuna Jua...

I am not sure if I really dah malas or I just nothing good to write anymore..(eleh, macam lah aku selalu tulis menda bagus lagi bermoral kann, Kiah?) As we speak, I tengah demam...and I am still at work at 10.14pm ---tak akan balik rumah lah gamak nya ni.


Since last year I dah terkena penyakit omputih yang allergic sungguh dengan pollen dimusim nak keluar bunga ni. Apa ke hal nya? memang dah tanda-tanda nak suruh resign sangat lah dari UK kann? Couple of days ago, I telepon my amma. Mintak doa lah ni...I am booked to renew my practise test, exam yang Social Worker akan ambik every 3 years to remain excellent lah konon nya in practise. Physically since last year I ni tak berapa sihat with plenty of health tests to do dan yang agak menakutkan jua, so dalam kerisauan...plus ketidak tenteraman hti yang jauh dari kekasih hati (muntahh..muntah lah Kiah) my motivation, initation whatever have you dah turun dan tak naik-naik. Tapi berkat doa Amma, I sudah lulus..yeehah..walaupun tukang meluluskan itu nampak gaya meluluskan I kerna kesiyannnn yang amat sangat. Tak apalah...I bersyukur. Lepas tu, my sister pulak message I katanya, oii, aku dengar kau telepon Amma ye? Suka Amma ko telepon dia..hah, buat lah selalu. Iskk..malu I tau. Acquisition reban pun belum menampakkan hasil-hasil positive..dan I sudah rasa nak give up pun. Tapi bak kata loyar sabung ayam...yakin boleh, Insya Allah..kalau itu rezeki I maka jalan nya akan mudah..maka kuturut kan saja. Like she said, like everyone said..Insya Allah.


On the other hand, hidup merindu-rindu dan terindu-rindu memang lah payah. Dan kadangkala, saya rasa mahu bertukar menjadi ikan Tuna yang sejuk tubuh badan dan lebih suka tido dalam aircond dan tengok TV daripada ber Skype dengan saya. Akan tetapi dengan kerja saya yang tidak menentu, ada baiknya juga ikan Tuna itu membuat halnya sendiri... Bila saya baca sokabar recently, adalah keluar gambar KD berkahwin dengan boipren baru nya. Good for her. I think when you believe in something, then you must go for it. Beranilah membuat keputusan walaupun tak semua kesudahan itu adalah bagus.


Saya juga mahu memberitahu diri saya sendiri benda yang sama...buatlah keputusan. Ini adalah masanya saya fikirkan APA yang saya mahu. (Walaupun benda yang saya mahu tu belum tentu lagi ada hasilnya...)

Monday, March 28, 2011

Update

Semalam saya dan MB1 berborak-borak pasal kawan-kawan saya. Ye, saya sekarang sangat jarang berjumpa MB1 kerana saya bekerja ngalahkan buruh kasar. MB1 tanya, mana awak kenal mereka-mereka ni? Saya kata...yang awak jumpa semuanya kawan-kawan blog saya. Mana yang kita selalu jumpa adalah mereka yang saya berkenan perangainya. Mana yang kita dah tak dengar bunyi lagi tu, jodoh sudah habis. MB1 pun bagitahu lah saya siapa dia suka dan siapa dia rasa ada longgar sikit wire nya. Saya cakap dengan MB1 yang dia tidak oblige untuk berkawan dengan mereka-mereka ni just because dia orang tu kawan saya. MB1 tegurlah beberapa kawan saya ini yang dia kata agak 'opportunist' jua. Saya pun bagitahu lah dia...ohh, orang-orang yang you kata opportunist tu adalah set-set yang cakap bagus tapi habuk pun tak ada. So, kami pun compare laa...(jahat kann....mengumpat orang, di waktu-waktu lapang kami?) ye lah, kitorang ni bukannya beranak kat sini kann. Asal nya dok Mesia gak dulu. Tapi kami perasan yang orang yang kami jumpa sekarang, especially set-set yang tak nak kalah ni bila keluar makan sama-sama, bila bill datang buat tak tahu aje. Bila tengok orang lain bayar, bukan nya nak offer bayar separuh ke or just share hak dia pelantak tu, but memandang sepi aje macam takde apa-apa, padahal masa order tu macam Anwar Ibrahim pagi pidato. Saya cakap lah, orang-orang macam tu kena dibawak keluar makan dengan orang putih yang will them off direct saja set-set nak makan free ni. Nak jugak saya bertanya kat orang-orang yang tak pernah bayar bill ni, what make you think that others will want to pay for you? Kalau you pokai pun, wouldn't you have the audacity to offer a little percentage of your share? Some people think that just because they come and fetch you to this eating places, then you must pay for them. I went out for a dinner with this Datuk recently. Well, I kawan dengan dia pun before he dapat that title...so no question lah kalau I ni nak pilih VIP aje nak kawan. Masa dia pi basuh tangan, he pay the bill sekali. Me and MB1 offer to give him some money, dia cakap..tak pe, kawan-kawan. Lain kali I mai tempatyou all, you all belanja lah I makan. I dengan MB1 pun cakap lah mekasihhh ye. Then one of his fren pi bisik kat we all, biarlah Datuk bayar, dia banyak duit... I rasa nak pelangkung aje that guy. You think just bcos you rasa orang tu banyak duit, you kena pau dia ke?

Beringatlah kannn...orang lain pun ada masalah jua. Sama-sama makan..sama-sama laa bayar. Lainlah kau tu adik beradik, gilpren boipren ke...kan??? Pastu, tak malu ke order macam-macam pastu bila bill datang buat sadin aje?



I bagitahu dengan MB1, dah la..kalau you dah tak berkenan dan orang tu pun bangsa tak pandai nak bawak diri, takyah lah nak layan lagi. Saya cakap kat MB1, macam lah you tak biasa dengan orang yang resmi nya bercakap berdegar-degar ni..kebanyakannya kelabu asap. So biarlah orang tu berasap kelabu...



Tapi kawan-kawan ketat saya semuanyaaaaaaaaa baik-baik belaka. Ehemmmm (bodek!)

Wednesday, March 23, 2011

Update Tidak Depressed

The last update was more than 20 days ago.

Last night, I telephoned F. The Ex. Bila I telephone dia tu hari, takdelah kami bercakap lama-lama sebab dia tengah tengok bola. Bila dia dengar aje suara I dalam telephone, dia kata..ohh, saya menunggu-nunggu you telephone saya.

So, kami berborak-borak. Saya tanya apa khabarnya dan dia tanya apa khabar saya. Saya bagithau dia, memang saya sentiasa mahu telephone dia tetapi saya tidak ada sebab dan juga setelah kami tinggal berasingan, saya tidak mahu memberi message yang salah kepada dia. Saya beritahu dia, saya sedang menghadapi masalah kerja dan saya amat merindui common sense nya. Ohh tidakkah saya pernah beritahu you all yang F ini intelligent orang nya. Dia selalu memberi pendapat bernas dan membuat saya rasa dunia saya kembali melonggar setelah ianya disempitkan oleh masalah-masalah yang macam cinabeng.

So bersama-sama, dia menolong saya membuat kerja saya. Saya kadangkala memerlukan pendapat neutral person dalam menyelesaikan masalah orang yang juga masalah saya. Seperkara yang saya sangat suka tentang F ialah dia pandai mencungkil idea-idea terpendam saya. Macam bapak saya jugak. Teringat saya dizaman sekolah, bapak saya selalu yakin boleh yang saya pandai buat benda-benda yang saya rasa diluar kemampuan saya. Bapak saya selalu kata saya ini berbakat tapi kurang tahap keyakinan so puaslah saya digasaknya dulu. Pasal tu lah walaupun kadang2 hati saya menyampah dengan bapak saya, kalau tak kerana bapak saya, tidaklah saya 'berjaya' macam sekarang. If, this is called success.

Saya cakap pada F, yang kami berdua tak sepatutnya berhenti bercakap just because we are leading separate lives. Seperti biasa mulut saya yang terkadang peramah tak bertempat ini bertanyalah, what is new with you? Meet new friends blablabla...

F kata, tak ada. Lepas tu dia tanya saya, so you ada kawan baru ke? Saya kata, kawan saya yang itu aje lah...

Pastu saya tanya lagi...so are you seeing anyone? Dia cakap dengan gelak-gelak..ohh tidak. Dan dia tanya saya dengan gelak-gelak, why? are you?

Saya cakap...tanpa gelak-gelak. YES, I am.

Terus tiada siapa yang gelak-gelak lagi. Maka bermulalah soal jawab yang panjang-panjang hingga F terpaksa meletakkan telephone kerana terlalu sedih katanya. Lepas dia letak telephone, saya pun tidur. Tak lama lepas tu, telephone bimbit saya berbunyi dan nama dia keluar.

'I think it is best that we don't speak to each other anymore for now. I can't be your friend. I'm still in love with you. This whole thing is so upsetting'. Saya jawab 'okay lah'.

Hari ni tadi saya dapat panggilan dari bank di KL. Saya sudah fed up sebenarnya. Macam-macam benda yang tak kena dan tak seperti bank-bank di UK, bank-bank di KL di govern oleh boss-boss yang tak mengikut buku. Selepas saya bercakap dengan bank KL itu dan kawan saya, saya terus berborak dengan MC. MC seperti biasa berkata, sabar lah sayangggg. Itu saja. Lepas tu saya tanya MC, bila awak nak datang ni? MC kata travel agent dia kata flight fully book sampai bulan 5. Saya kata..ohh. Habis macam manalah, saya bertanya. MC kata, tengok lah. Saya pun jawab..mm, okaylah. Tengok ajelah kan. Semua benda sekarang ni dok nak tunggu tengok-tengok aje. Saya diam dan dia pun diam. Selama berjam-jam until pukul 9 waktu Malaysia tadi. Dia message saya...dia hantar gambar kartun berpeluk. Saya pun balas...you marah saya ke? Dia jawab, takkk. Saya tak marah...tapi saya tak happy. Dia taruk muka sedih kat message nya.

Sebagai gf yang mithali lagi prihatin...saya terus telephone dia. Bila kami bercakap...saya tanya, kenapa ni? Kenapa tak tak happy? Kan sudah malam...you tu kalau tak happy tak lalu makan and susah tidur. MC cakap, saya rindukan you. Kita tak boleh hidup macam ni...you bekerja siang malam. Sekarang ni you dah nak beli rumah tu, saya dapat rasa you tak akan balik. Tak boleh lah macam ni...sudah setahun kita macam ni. Kita bukan budak-budak lagi. Sampai bila you nak duduk kerja kat sana?

Dan MC pun bercakap tak henti-henti. Saya sungguh jarang dengar dia bercakap tentang saya...dan saya pun diam saja sampai dia yang kena panggil saya banyak kali. Diakhir perbualan, dia kata, saya tahu you selalu cakap saya tak sayang you. Kenapa you selalu nak menyusahkan kepala you pikir benda-benda yang bukan-bukan. kalau saya tak sayang you, saya akan cakap. Sudah. Kita tak ada problem...janganlah menambah problem yang sedia ada ini. Kita tak payah tunjuk kat orang atau cakap kat orang kita happy ke tak. Asal kita tahu apa dalam hati kita.

So, Kiah....usahlah kau ber depress lagi.

Sunday, March 06, 2011

Stupid Razorblade Thoughts

This entry is also being published at a laterrrrr date. Sukati I la kann...Kiah?

I really am struggling to write nowadays. That is because I realised there's a lot of things I hear and heard about has started to affect me as a person. People like me are trained not to take sides, not to judge and only gives opinion when needed. That is of course, with full awareness that the opinion may be override by either rational and irrational ideas others may and may not have.

I haven't been supervised for a while. That is because since last year (or more than that) I have stop giving counselling. I always believe that one is in no position to help to ease others mind over matter when one is actually 'drowned and drowning' by his/her mind over matter. When this happen, I am as blunt as a rusted razor...not useful for it purpose but may able to still inflict injury.

If we want to see ourselves as a razor, well apart from the potential hazard that we can cause if not use or cared for properly, knowing the harm we can cause to people and ourselves, then defy ourself from our common purpose. Ohh..bangangnya menggunakan razor sebagai analogy, but I can't think of any at the moment plus, I have just cut someone with a razor. Not on purpose though. I have to teach this man how to shave his face because he can't remember how to, after his relapse and because I was standing in a position that does not favour my hand to move vertically, then piapppp...darah dia keluar menitik-nitik. Nasib baikkk laa tak dalam and tak teruk.

So, kalau kita ni razor blade dan tahu akan keupayaan kita menyebabkan kemalangan dan kesakitan slain dari menghasilkan sesuatu yang baik, sebaiknya kalau tak nak bermasalah..berhentilah jadi razor blade. In life, we bound to get hurt and hurt people. Intentional or not. Some gain something out of others pain. The pain inflictor usually aware of the pain he/she is causing. Quite usual, we condone that by saying that pain is inflicted on us thus this is the result. How selfish is that?

What some of us refuse to realise is that we usually allow ouselves to be the victim. Having pain is bad luck but that is rectifiable when we are ready to rectify it.

My sister (the one very successful amongst us siblings) have been married to her husband for 11 years two weeks ago. He is not her type infact I remember the type of 'boyfriends' that came to our house. From what I heard my sister is his first and only. My brother in law is very pemalu and he talks very little. I think it become very obvious to all why she married him. He is nice. Their 11 years is not smooth (menurut CNN utama) and the amount of time my sister walked and about to walk out is countable with both hands.

My sister spoke to our closest Aunt about her marriage, maka pastu dia pun kena sebijik. My Aunt apparently said..you young people always go on and on about love..love lost lah, love is not what it used to be la blablabla...all this because you don't want to love his weakness. My Aunt told my sister, you think you are so perfect your husband cannot fault you? Of course he sees your weakness, of course your imperfection is obvious to him...but has he said anything? No, because he is trying to find or maybe found other things to love about you. Ah..men kalau tak suka tak kan tunggu lama. What can you moan about apart from your feelings is not the same? He is good to your family, he is a good father, he comes home every night..he gave you what you want. If you can't be nice then stop being horrible.

I am ow friends with the one yang dah mati Uni mates. So we reminisced about the past. This guy asked, you must be so hurt before. I said, yes I was but I respected him because he was genuine and honest enough not to lie and caused me more hurt.

So I told MC recently, that I was never really angry dengan dia walaupun perangainya serupa beruang.

Because at some point before, they both stop being razorblade. I was upset and heartbroken...but thinking now, I was never really hurt because they do love me...with the only way they both know how.

Saturday, March 05, 2011

Saya Suka Menunjuk....

If I say I am so busy, you will say...elehh..so is everybody else. Hehehe.

The fact is, I really am...and I know that others are busy too. Dengan anak, laki, PHD...huiiiiyai. Sempat lagi diorang pergi boutique LV dan membuat tayangan perdana kann?

This entry is published way too late...I know that. But I don't write for money and you didn't paid to read this. Technically, we don't owe each other anything.

I read that people moaning about how intrusive other have been to them and their life. Intrusive yang macam mana pulakkk? This person komplen-komplen...orang dengki kat dia laa pasal dia dok berjalan sana berjalan sini, beli bag tu, beli pinggan mangkuk ni. Katanya, dia punya suka laa.

Memang la kak oii...awak nya suka la awak nak buat apa punn..nak hambik gambar tergolek gelantang at every destination yang you visits...hapdate status FB selang 15 minutes. Makan goreng pisang..baru lepas berak pun nak bagitau orang.

But dengan membuat tayangan hidup you dalam web, bukanke mengundang penonton yang rata-rata nya tidak bisu?

Penonton pulak...ada yang bangsa look see look see and ada pulak yang bangsa..look see and memaki. Kalau you dah tunjuk gambar you berjalan serata alam, tunjuk gambar makan restoran besar-besar hari-hari dan pergi beli LV Gucci bagai hari-hari....haruslah ada yang mempersoalkan keadaan ekonomi mu kann? Biasalah orang...you banyak duit orang misti apa benda nak cakap. You buat kenduri kawin kompem habis juta-juta pun dalam pada orang nak puji cakap cantik, ada gak suara sumbang dan tak berapa sumbang akan kata..elehh..nak tayang dia banyak duit la tu.

So senang-senang, kalaulah memang you ni ada perangai berupa exhibitionist, maka sediakan diri dan telinga you dengan comment-comment camni. Janganlah nak marah-marah pulak. Dah pandai menunjuk, pandai lah menjawab dengan graceful nya.

Oh ya..hari ni tadi saya tengok cermin. Dan tetiba saya rasa muka saya ada iras Angelina Jolie. Tapi semalam ada orang kata muka saya cam Winona Ryder pulak. Hehehe..Kiah, comment la cepat. Adakah saya seorang yang mega perasan?

Wednesday, March 02, 2011

Blue Moon

I'm not sure...if this is a typical traits of Capricorn or me being the middle child yang sejak azali nya mempunyai issue dalaman yang boleh disalah ertikan sebagai penyakit mental.

I think I live long enough to know that I have this mild type of personality. Ye lah kot. We often think that we know ourself better than anyone.Well if we are the self absorbed, obsessed like maybe lah. Kita dok cakap pasal kita aja berulang kali sampai kita pun boleh convince diri kita yang kita ni ada iras-iras Angelina Jolie, kan Kiah???

To blame it on menstruation pun dah overrated sesangat. Bad mood tanpa sebab-sebab pun bulan mengambang tu jugaklah nak yang disalahkan. I think what it was is when bulan kita datang, kita akan berasa tak selesa macam kucing kucing beranak tak lepas sekali mengeluarkan enzim-enzim kemarahan. Since I bertukar kerjaya dari pengira duit dan ratu perasan cantik ke pekerja sosial kepada orang-orang UK ni yang rata-rata terlampau sial pasal tu lah demand untuk pekerja sosial adalah banyak melebihi supply, I sangat jarang nak naik hangin tak pasal-pasal. Nak kata dulu I kuat marah, takdelah jugak...tapi dulu elemen kesabaran dalam diri adalah kurang dan radiator I memang cepat panas masa tu. Tapi sekarang...sebelum nak marah.....I akan pikir dulu dan bertanya kepada diri I yang kenkadang bengong ni, oh..perlukah aku marah and if aku marah, apa pekdahnya pada diri ku dah orang itu? Kalau takde, I akan dok dendiam dan meminum kopi. I am so lucky that I'm not this person who is nicotine dependent walaupun semasa muda dulu, adalah jugak peer pressure bangang nak menunjukkan orang yang I pun pandaiii...boleh gak hisap rokok. Syukurrr la sesangat.

Cuma, once in a blue moon...I have this sudden (hopefully temporary) insanity yang akan mentransform kan I jadi seorang yang mega unreasonable dan terencat akal. The moon was indeed blue yesterday.

First I got really angry at work. With the people, everyone's knows better there is never any point in arguing. Thus, we at this job rarely argues. We only argue with the bosses. But yesterday I have this patient telling me...you better have your brain checked up. Oh I must tell you, working in the secure unit with 'them', you get this remark loads of time. 'They' are really in this mission to upset the bones of you. Really, is the test of every inch of your patience.If I mengadu kat orang-orang, I imagine they will say ini dugaan tuhan. Tak lah jugak I nak percaya ni dugaan tuhan kat I..sebabnya ini semua dugaan verbal yang harus dikatup mulut masing-masing tu dengan penumbuk. Tapi negara-negara Eropah ni mempunyai law yang luar biasa bangang nya. Orang ni maki hamun you...you hanya boleh senyum simpul dan membuat lambaian Miss Universe saja. All this time, I'm quite good at concealing. There's time when my assistant expect me to explode but I didn't. And I will have the whole office offering me coffee so that they can ask me how I am. So selepas mangkuk hayun tu cakap dengan I yang kepala I ni patut di examine walaupun seantero London tahu dia tu yang sewel, I pandang dia balik dengan setajam-tajam nya. Dia cakap, kenapa I pandang dia? I pun jawab..because I cannot believe what you just said. Are you sure about me getting my head checked? You're having a laugh? Look at you..look at how many pills you have to swallow to stay safe? Look at where you live? You're sick as well as stupid! Don't go telling me to check my head. You get out of my face or I'll have you in long enough you cannot tell whether it is day or night. Pissed off! Pastu dia pun marah-marah cakap kat I yang I takleh bercakap dengan dia mcm tu (iskk..mmg tak bleh pun) and I dengan hati kering nya menjawab..go..go and make your stupid complaint. See who they will believe, lying piece of shit like you or me? POMM I tutup pintu.

And I feel like shit after that. People always say that kalau marah kena luahkan...iya. Luahkan apa yang perlu saja.Getting yourself lower like the perpertrator, tak membawa hasil jua.

And there's me and MC. Thing that we must never talk about is trip dia nak melawat I kat sini. Perjanjian syaitan nya masa memadu janji kelly dulu is, dia akan datang tengok I setahun sekali...tapi semalam, mulut I yang kenkadang brek tak makan ni bagitahulah pasal Malaysian Airlines cheapfares. Dia cakap, ohh I tahu. I cakap, so datang lah. You kan tak suka naik flight lompat-lompat, ni dah ada flight direct yang reasonable ...maka datang lah. Dah lah I ni lambat lagi nak mai tengok you.

Seperti biasa....dianya kata I sibuk laa...I cannot plan. nanti laa..nanti I datang okay. I beli je ticket, I terus bagitahu you.

Hmmm....ni nak cakaplah sikit dekat sesiapa saja yang berpartnerkan orang yang kununnnn nya tak banyak songeh cam I ni. Maybe 1 out 10 songeh kita tak lah banyak...mainly sayang lah ni.Sebab sayang, kita malas nak gaduh. Kita nampak segala benda yang tak berapa betul. Tapi chenta punya pasal, kita diam saja. Tetapi orang yang tak berapa banyak songeh ini jugak..bukanlah bangang.

I've been schtum...for 24 hours. Sebab sayang la punya pasal ni...mulut harus ditutup.