About Me

Thursday, March 17, 2016

Hit And Miss

Uolss sure tahu pasal cerita Awiek dan bini baru nya kann? Alaaa...mestilah tahu pasai kluor sokabar. Cerita Awiek dengan bini nya yang ini seems to be in headlines mostly for unsavoury reasons.

Memulanya cerita pasal Awiek terkantoi sebab ...well, bini nya yang ini adalah cawangan kedua tanpa SSM registration. Tau tau ada orang hantor gambor. Maka isteri pertama pun...err, err..nasib baik lah bini pertamanya bukan macam Kiah and Awiek will not live to see the morrow. Sebagai pompuan yang tertipu, ya lah kauu...kau dah memberi segalanya, korbankan kerjaya etc etc...sebab nak jadi isteri dan ibu mithali, stay out of the limelight, hari-hari dihabiskan dengan memasak, lipat sakit berbukit hahhhh....tetiba dihadiahkan dengan kawan baru. Tak kau rasa nak menangis tengah jalan?

I think I have written about it before...and masa tu reaksi bini pertama Awiek ni ialah...(ni versi palahotak I la ye) hahhh, ko nak menikah baru sangat...aku penat jaga anak, jaga tu jaga hini dalam rumah iniii..maka, sekarang akan ku kejar kebebasan yang ko deprive kan dari ku...si bini pertama yang muka selembut sutera tu pun membuat larian solo dan meninggalkan anak-anak kat Awiek. Well, why shouldn't she kan Kiah? Aku sampai tak sempat nak tukar bra dek jaga anak kau, ko sesedap ja kawin baru. 

Of course being a pig (oops) Awiek will not take this all lying down. Di kutuk nya bini pertama tu tak da tanggungjawab kat anak-anak dan lari macam tu aje...sambil nangis ayor mata boya dalam press conference nya. Laknat tol Awiek masa tu, pada hemat I. I don't know about you but kalo lah I yang ada dalam situasi bini pertama Awiek, memang I akan ajor Awiek ghopa tu. 

Maka rezeki cawangan kedua dapat naik carta setelah Awiek bercerai dgn bini pertama nya. Nak kata bini baru nya chantekk, well...if you are into voracious kind of look, well...those yang ghopa having a very eager approach to an activity, maka the bini baru fits the bill. Bini lama ala-ala gadis ayu. Susah tau nak faham jantan sebenor nya...uols kalo nak buat bini suka yang berciri bitch-bitch ke?

Dan rezeki ex bini pun dimurahkan Allah dengan mendapat laki yang ghopa-ghopa beriman dan bujang. Ye la...Awiek kan ghopa Ayahanda kawasan, nak kata dalam hati ada taman pun 114 kali gak la orang nak pikir. 

Awiek pun hidop bahagia dgn bini baru nya. Kakak bini baru nya adalah felakon watak garang dan dengarnya setelah all out in the open, dia pun lembutlah hati nak terima Awiek sebagai hadik hipar. Dan panas pun sampailah ke....tengahari pijor hangat, dimana keluar cerita, Awiek telah menerajang bini nya sampai patah riok terkelepet gittew. 

Banyak lah sides of stories yang kluar. Katanya Awiek naik hangin selepas mengetahui life savings nya dicopet dek sang bini untuk membeli beg mahal. Rasanya Awiek idok lah marah nau kalau duit perabis beli Corell, ya lah..cantik lah jugak hidangan meja makan...tapi beg mahal dapat kat bini nya sorang lah yang dapat melawa nya. Dengar nya depan bank pun dirembat bini baru nya tu. Ishh ishh...

Dan of course la adegan grievous bodily harm tu  menjadik kes polisi dan masuk mahkamah segala. OKT (Orang Kena Terajang) nak tuntut cerai. Awiek the OTT (Orang Tukang Terajang) kata dia akan cerai bila dia dapat collect balik duit dia..wah wahh..sial nya ko jantan.  

Dan bermulalah drama ya uols. Drama dalam IG, dalam media sosial, he says she says...his BFF says, her BFF says..gitu gamaknya sekarang ni. Tukang pemberi maklumat kenkadang lebih kari dari roti canai. Because OKT yang lari dari umah, maka dia taklah dapat jumpa anak-anak nya. Haaa...dah takdapat jumpa anak mula la kluor drama Ibu terseksa jiwa raga.

OTT kata OKT dah memandremkan nya sampai dia sanggup tinggalkan or buat lahanat kat bini pertama nya dulu.....hek elehhh, dalam keadaan dibawah pengaruh mandrem boleh lak kau pi cari tempat nikah kat overseas nun...and masa nak justify nikoh kedua tu idok lah ko bercakap ala-ala dalam trance ye dak? Siap dapat support bapak OKT katanya masa tu. OTT juga kata dia jumpa banyak barang mandrem dalam rumah nya...

Nak dijadikan cerita..nikah kat overseas tu taklah laku sebab registration kat tanah Malaya palsu kat tahapa bana. Wahh wahh..maka terlepaslah OKT scot-free dari menjadi isteri terseksa Ayahanda Awiek. 

Dan bebaru ni pulak, the kes telah selesai lah dgn OTT memohon mahap dan membayor denda 10,000. Makna nya kalau dah mohon mahap tu memang lah kome yang menerajang bini komer tu kan...awatnya khabor tak mengaku bersalah tu hari?

Disebabkan Makji uols kaki sibuk ni mengikuti IG wanita garang kakak kepada OKT tu, maka no prize in guessing where her allegiance lies kann...dan juga dia secara open menyatakan opinion nya kepada OTT...takat cakap kat IG la ya. Biasalah...hal rumahtangga, mesti ada sides. Tangan I nak saja komen kat IG ex SIL OTT tu yang..gamaknya, masa OTT dirampok dek OKT dari bini nya dulu, idok kah dia merasa bersalah memecah belahkan rumahtangga dan hati pompuan lain?

Uols rasa...setelah kita tahu sejarah silam OKT, nak kita menyibuk menderma simpati kita kat dia? Kalau I jadik wanita garang kakak OKT tu, I baik diam saja. Adik ko dulu rampok laki orang...so dah jadi camni, mungkin doa pompuan teraniaya..takpun doa anak tiri yang teraniaya gamak nya. Dah elok lah ko dapat jodoh kaki terajang camtu. 

Dan kepada Awiek, dah nama pun bini, duit meww duit keww la...agaknya OKT mintak baik-baik nak beli henbge ko tak kasik...dah ko simpan segala duit atas nama dia, maka tu technically duit dia la kannn?

Eh ehh...you both deserved each other lah. To OKT, you 'hit' the live of an innocent wife, ko main mata dgn Mat Motor kaki pukul ni, for what you are missing in your life right now, anggaplah ni semua pengajaran.

To OTT, I bet you are suffering the hit and miss thing the most. Makji hanya boleh kata....padannnnn muka kau nokkk.

Sekian. 

3 comments:

Ummie Of2 said...

Nice One makji, gelak koour kentut bila baca storytelling makji ni..;))

DinoHauz said...

tolong menulis selalu. rindu nak baca cerita hjh esah yang tak pernah gagal buat saya tersenyum.

Anonymous said...

Salam Hajjah, yr writing never fail to mk me smile. Keep up d gd wk-nic