Hola uolssss......percayalah, ai tak terlibat langsung dengan kebangkitan puak extremist blogist di stasiun sinunnn itu. Kita ni, kenalah sedar diri yang kita ni bukanlah Azwana Dediva yang mempunyai jutaan billionz supporters trending worldwide (oii ponek ehh cakap camni) yang fofuler.
Meaning, blogger si Sentraal Stasiun tu adalah fofular dan Adik Aji ni adalah blogger picisan lagi tak bermoral. Adik Aji jua adalah blogger amfibia ye uols...ye lah, pesona blog lain, luaran nya nak kata gadis suci bertudung Yuna belum tentu.
Diam tak diam dah lebih setahun I bermestautin balik di Malaya(lam) ni uols. Balik jua ke tanah Hengland kekadang dan melepaskan rindu. Duduk Malaya maka jadilah orang resmi orang Malaya yang sokmo tak puas ati. Hishh....sedih I tengok nasib I yang tatau bersyukur ni. Ops.
Untuk tidak memanjangkan kedukaan hati....I dan melibatkan diri dalam arena sukan yakni menjadi pemain futsal ye uols. Wah wahh....apa penyakit makji dah patplohan nak berkecimpung dlm sukan lasak lagi boleh mematahkan kakitangan tu tatau lahhhh.
But, sebagai amatur, Makji telah diterima masuk kedalam pasukan Seripah Layla. Macam masuk sekolah tadika pun ada masa tu, ye lah team SL tu dah main futsal berjaman lama nya dan mak aiii, terror nya. I ni bukan lagi tahap buah cempedak diluar pagar boleh dijolok jolok gitu.
Tetapi berkat kesabaran Makji yang sanggup meredah jam NKVE yang macam nakharoms dan menerima cercaan dalam hati pemain team SL yang lain, maka Makji ni sekarang kira nya bolehlah dilantik sebagai pemain simpanan dan jua pemain yang boleh dikerah kemana-kemana oleh wanita-wanita Team Barcelona ittew. So now, I am not going to write about how well I have been but perhaps, a simple tips for you all memakcik yang macam I ni untuk terjun ke bidang membuat tebiat ini.
Antara permasaalahan dan risiko yang perlu diambil kira semasa bermain futsal ialah....
1. Most futsal players dah bermain futsal dari jaman anak dara ke jaman tak dara tak pun...extended dara (andartu) or dah menjadi anak dara baru (janda title is very degrading lah) so mereka-mereka ni mengenali satu sama lain walaupun hanya mendengar bunyi nafas. Sebagai pemain baru yang tak kenal orang, risiko untuk kita tak kenal kawan dan lawan adalah besar. Lawan kita boleh bertukar menjadi kawan yang mengecek bola, dan kita pun tersepak lah bola tu kat dia dan mengundang jelingan 'hoiii babi' dari team mate kita sendiri. So peringatan, pastikan kita kenal team mate kita.
2. Sebagai pemain yang baru serta bangku, tolonglah jangan ingat bermain futsal ini hanya boleh dipelajari melalui tutorial yutiup ya. Even if you have watched Bend It Like Beckham 189 kali pun ,belum tentu kau boleh menjaringkan penalty. Silalah ambil tanggungjawab yang specific seperti, kalau teammate ko kata, weii, ko dok sini, ko jaga si baju kuning tu, maka duduklah kau menjaga si baju kuning tu dengan menghalang pergerakan bola nya. Ko jangan feeling Thiery Henry ya. Tolongggg jangan.
3. Disebabkan kebangkuan kita, kita kena redha dan pasrah dilakukan seperti onggaji Myanmar ataupun security guard Nepalese. Sorang team mate ko akan kata, weii makji, ko jaga defend, ko jgn gi memana...ko ikut. Then sorang lagi teammate ko kata, heyy..you should go up and chase the ball maaa..don't just stand here....ko ikut. Pastu datang lagi sorang yang suruh ko jadi goalkeeper padahal ko penakut nak mampus dgn bola yang datang bak peluru rejim Zionis beserta dgn penyepaknya yang bermuka nak tikam kau sebab ko menghalang perjalanan nya, ko terpaksa gak ikut. So kesimpulannya kalau team SL nak ko jadi badut sarkis pun ko kena sanggup, sebab kau adalah cempedak dah ganyut diluar pagar yang menunggu masa ja nak gugur. Bersabarlah...tuhan akan menolong orang yang sabar, bak kata Amran kepada Azizah.
4. Janganlah ko percaya bila teammate ko kata kat ko, alahhh..hey this is just a friendly game. Friendly? Puiii friendly. Mereka semua akan bertukar menjadi singa bila ko tersalah langkah.Siapakah yang suka bila team depa kalah weiii? Siapa yang kata adat ialah kalah dan menang itu pastinya tidak ikhlas. Kalo ko kalah musti jiwa kau membusut dendam nya. Sebagai sumber kekalahan pasukan, cepatlah ko sedar diri kau yang ko tu kaki bangku dan bermuka bersalah untuk mencari simpati.
Makji kau ni..takdelah feeling nak menjadi ala-ala gol dan gincu. Tujuannya ialah nak mengecikkan ular daun yang obese menjadi anaconda ni semenjak I ni tidak lagi berjalan dan berlari kemana-mana. Dan juga, macam I cakap tadi, kebarangkalian untuk kakitangan patah riuk adalah besar. Alangkan bola kena kaki I dah menjerit bak Kak Ogy marah kat Usop Wahab dalam pilem Puteri Makassar tu, can you imagine kalau ada tulang yang patah?
But hey....this is one wish crossed off the list.
Selamat bermain futsal diusia senja.
No comments:
Post a Comment