Uols yang dikasehiiii.....
Dalam hidup berpasangan ni, adakalanya kita berselindung disebalik kelemahan kita dan secara tak langsung menggunakan kepakaran pasangan kita ittew....
Benerrr ka tak?
Tak caya, tengoklah PM Negara Pasir Berdengung tu uols. I don't know for sure what's what...but gossip kencang bertaburan mengatakan yang PM itu adalah puppet dan bini nya tu lah yang memainkan peranan John Malkovich nya.
Walaupun kita ni nampak nya macam sado, kita tak lah jugak boleh buat macam-macam benda dan juga melawan dunia. Kita buat demand macam Raja Swaziland..kita nak benda ni macam ni..benda ni macam tu...tapi, ada jugak benda-benda macho yang lain yang kita tak reti nak buat tapi coverina tak hengat suruh bini kita buat..dgn alasan, I don't deal with things like this. Hek elehh ko mangkuk!
Kita menggunakan kepakaran bini kita untuk mencari therapist untuk anak kita yang autistic tu dan juga menyampaikan segala macam expectation kita, tatkala kita duduk diatas sofa bak ayam berak kapur.
Kita menggunakan kepakaran bini kita untuk bergaduh dgn agent pencari bibik.
Kita suruh bini kita gaduh dgn orang Astro.
Kita suruh bini kita gaduh dgn orang kat sekolah anak kita. Kita pi eksyen kata kita boleh manage meeting seantero antarabangsa, kantor besar kita...tapi, bila meeting Tadika Sri Murni nak diskus naik yuran pun, kita dok macam tikus. Puiii.
Kita menggunakan kepakaran bini kita untuk bertanya direction bila kita sesat jalan, padahal kalau bini kita yang silap jalan, kita kutuk dia sehabis kutuk.
Pastu, setelah kita pergunakan dia untuk kerja-kerja kotor kita, we have the audacity to kata bini kita tu adakalanya meroyan lah..cakap banyak lah...psycho la...iskk. Babiks sangat.
I remember my parents. To us, Appa hardly ever compliment Amma. Haiyyoooo....growing up listening your mother is the reason for every fault termasuklah masalah alam sekitar, adalah menyakitkan jiwa. But malay ....err, Asian couples have funny ways of complimenting each other. You want to pay your spouse the attention she needed, by nit picking, airing dirty linens etc etc. Bini pun sama...kalau kat FB ja nak cakap benda elok2 pasal laki...kalau secara lisan, mana nya ada nak puji puji?
Alaa... macam pemain bola kembar tu menunjukkan rasa chenta yang masih ada kepada ex bini nya...dengan berkata macam-macam kat janda nya tu. Weii...boleh tak uols duda janda dok dendiam disinunnn?
Using people....is actually not a bad thing to do. Ye lah, kita hidup saling guna menggunakan. Kalau tak guna laki, kita guna bini kita, kan? Orr, guna anak...especially dalam misi memujuk orang gaji kita kembali kerumah, kita kata la anak kita rindukan dia, kan? Padahal kita ni yang takleh hidup tanpa nya..POM!
While we are at it...yakni menggunakan orang, it actually gives away variety of feelings.
At times, you felt superior, ya lah...ko rasa ko boleh ja menggunakan orang kononnya tanpa disedari.Ko rasa pandai la..kuat la...sebab bebila masa saja ko pantas mempergunakan orang.
But I tell you, 12 out of 10 people...hihihi, will know that they have been used. Just because depa ni tak cakap, janganlah ko rasa depa ni tatau ya perangai buruk kau tu.
For them....they don't actually mind it so much because by being used by you, they actually gain that comfort thoughts that you needed them so much you can't live without their expertise.
I think my Amma have probably live with this feelings yang Appa adalah amat memerlukan dirinya yang dikata bodoh tu.
My Appa is now dead. I hope he had the chance to tell Amma how much he needed her.
To those yang masih lagi berselindung disebalik kekuatan bini, sila la bagi compliment sebelum pompuan tu mati.
Jadilah seperti bapak kepada George Michael, yang memuji-muji bini nya yang berjaya mendidik anak kerana dia tu sendiri takleh harap.
No comments:
Post a Comment