About Me

Tuesday, August 20, 2013

There's Always Someone Gets It Wrong...

Hola peeps...selamat menjamu selera kat segala open house kat malaya tu.

Semenjak I dah nak berambus dari opis ni, kerja makinlah melimpah ruah dengan Boss demand macam-macam tau. Macam dia hilang ingatan lah pulak surat resignation I yang dia dah sign 4 minggu lepas tu. Tapi tak apa...walaupun I akan berambus secara sepenuh masa, ada masa tertentu baagi menyedapkan hati Boss, I akan kembali membuat comeback gantian...tapi taktau lah bila kan? I dgn my Boss mungkin akan cross path dimasa-masa akan datang so I taknak lah berpatah arang berkerat rotan dgn dia tu.

Cakap pasal crossing path ni...ramailah jugak orang yang I tahu bertembung balik dgn orang yang dia pernah buat tahik ataupun orang tu yang buat tahik dgn dirinya. Tu pasal lah orang kata, let bygone be bygone...rise above it and jalan.

I cuba jugak nak ingat-ingat pernah tak I bergaduh kaw-kaw dgn sesiapa...rasanya macam tak pernah. Kalau ada pun, I taruk lah orang tu sedas dua and I blah la macam tu aje. Tengoklah 'kejahatan' orang tu cemana kann? Ataupun adakah berbaloi you nak menegangkan urat leher you kerana dia. Adakah sakit hati yang berpanjangan itu menguntungkan?

Dulu adalah satu mamat ni. I think ada orang telah menyakitkan hatinya. Yang dia ni pulak...yelah darah muda...macam si Adam Adli tu. Asal salah dimata, protest...protest. Macam tak ada jalan lain selain dari protest.

Ehemm..dedolu, I pun macam tu juga. Hihihi. Zaman muda. Memang kadang2 orang muda akan ditindas oleh ego orang tua, dengan alasan kita ni belum banyak telah garam macam diorang (hahh..merasalah kau high blood pressure kan?) But looking back, although I was in the right, the battle sungguhlah tak worth it.

Back to this Mamat, well, from what I can see he was upset. His friendship was betrayed.  Orang yang membuat tahik tu memanglah takda unsur-unsur tahik pun pada luarannya but for all he knows, habis segala benda tak betul keluar. Maka marah semarah-marahnya lah mamat ni dan I think, he did not favour himself so much that he turned into antagonist too, sampai orang pun naik meluat dgn dia. I asked him why and true enough he was upset. I remember telling him, yes upset is natural after things like this happened but do you really need to be so mean? He did see sense in the end and the batu api burned herself down.

My ex Boss pernah kata...we may have won the battle, but not the war. Orang sakitkan hati kita, maka kita rasa perkara yang wajib kita buat ialah 'mengajar' orang tu supaya beringatlah jangan cari pasal dgn kita.

I am sure we all read about that young footballer orang kampung Ani BNS dgn bini meh-kita-kawin-kat-siam-nak nya tu. Tak sudah-sudah bergaduh sampai orang jadi fed up. I think people have come to term dgn lakinya yang tak berapa nak matured tu, what worse dgn twin yang boleh tahan pulak kaki gaduh nya. But betapa moden nya orang sekarang, gaduh dalam pesbuk lah, gaduh dalam twit-twit lah. Satu donia tahu lagi best, kan?

Habis hal kain dalam seluar dalam keluar. People seems to think that it is so important to be proved right all the time. Siapa casualty is besides the point kan, janji dunia misti tahu akulah party yang tak bersalah.

Bercakap pasal hal-hal dalam-dalam ni, terfikirkah kita..kalau kita tak supply seluar dalam atau kain dalam kita kat orang, mana mungkin orang boleh jaja hal kain/seluar dalam kita kan? Lainlah kalau orang tu buat fitnah.

Jumpa berbagai-bagai ragam manusia is like a rezeki, I think. Because if you see it deeper, people can either bring the best or the worst experience to you. Nasiblah kalau dapat kawan Mak Buyung mulut longkang (kata you lah) kann? But that experience should be a reminder not to be repeated or emulated.

To be consumed by anger pun tak guna juga. The more we dislike people the more we are nearer to be mirroring them. Have you not see that around you already? We hate the guts of the other woman ripping away our happiness but the hatred is turning us likewise. Kita marah orang buat cerita hal kita...dan kita pun dah nak serupa macam dia juga.

I don't know what may be the issue for the watak antagonist ni. Dalam ramai-ramai kita, mestilah ada sorang yang mesti kerja nya membawak mulut dan berperangai teruk. Kadang2 package antagonistic tu lengkap sesangat..dah la kaki gaduh, kaki bercerita hal orang, kaki hasut etc etc. Selalunya orang yang cenggini badan kecik aje tapi kebolehan mulutnya sungguhlah bersize XXL supersize lagi. I do see them in counseling room at times. Selalunya issue mereka ialah..need to be part of something, tak kiralah benda tu positive ke, negative ke..mesti nak masuk jugak. But you can sense that they are not the likeable type anyway...so, tah macam mana orang boleh terjebak nak share hal-hal private dgn orang camni pun, tidaklah diketahui puncanya.

But...janganlah ditangisi nasib dan rezeki malang kita tu. Sebab kalau tak ada dia, tak akan nya kita sedar bumi ni penuh dgn mangkuk bertingkat seperti mereka itu. Why mangkuk bertingkat lah? Sebab talam only has dua muka aje ye...

Percayalah...dengan orang yang takde conscience ni, you lawan pun you pun boleh naik sewel. Tak payahlah nak tegakkan benang. Bad words, at the end of play will just be words. It will not kill you. It brings you down, yes..for a little while but after you realised how sad it is for the manipulator. Ye lah..sedih kan tengok hidup dia camtu..nak mengata dan mencari gaduh dgn orang aje.

I have now resign to..kalau orang tu menyakitkan hati I..I akan katalah dia sepatah dua..dalam blog ni or kat dia...bagi puas ati sendiri pastu, ignore aje lah. Orang tu yang berhutang dgn kita kann? Kalau dia rasa kita ni ber attitude sebab tak layan dia, maka sudah terang lagi bersuluhlah mmg dia takde tanda-tanda nak menyedari kesalahannya.

Moving on....

Psstt..if your comment ddint get published, take a hint lah yang I tak nak you pun jadi sewel macam orang tu ye :) Biar lah dia. (tapi I masih takde clue tau)

Sunday, August 18, 2013

Edisi Gewamp

Setelah berbelas-belas tahun mencari makan kat negara orang...dan selama dua tahun kebelakangan ni membuat research tentang negeri sendiri, saya belumlah boleh lagi nak mencapai keputusan samada orang-orang Malaya ni

a) Tidak ambitious
b) Over ambitious
c) Kelabu asap

I am so incline towards C I tell you...tapi macam tak adil lah pulak nak buat rumusan cenggitu. Tapi yang nyatanya..tak adapun yang black and white dalam urusan orang Malaya sehari-hari. hari-hari lain-lain kaler nya taww.

Ada lah sorang umat ni..I baru nak caruts dia padahal kutuk dalam hati dah lama. Bila dia tak dengar bunyi-bunyi dari saya, maka dia akan buat-buat tanya..ehh, apa ceritanya si Makji ni. padahal dia lupa yang dia tak balas email yang saya hantar kat dia berbulan-bulan dahulu. Orang suka buat alasan..ohh saya ni tidak technology savvy. Kalau setakat balas and acknowledge email, one need not need to be one. Lainlah I suruh you convert file mp3 pergi ke mp4 or anything similar yang memerlukan kepakaran orang2 macam Dr Lurpak. Convert2 file ni, I pun tak tahu uols. tapi kalau orang hantar you email, sehabis hormat..kalau sibuk cam nak rak pun..balaslah dgn note, I received your mail..adalah sedikit busy sekarang but give me a week or so to reply.

I pikir, kalaulah I boleh bersabar dgn mevengtuyu yang macam haramzadah service online nya, maka perihal culas malas tak ber courtesy dalam hubungan dua hala world wide web ni apalah sangat. Sekarang ni, kalau I hantar email kat orang..I akan tulis sedirect-direct nya. I give lah seminggu dua and cakap kat dia, if I don't hear from you, I will assume yang you etc etc.

Hati I pun tak sakit..dan dia sipenerima tu pun takyah lah sakit pala nak pikir nak jawab apa.

Satu lagi yang I maha tak larat ialah bekerja dgn orang tak takde system ni. I bagitau uols lah ye, I ni pun bukanlah organise sangat. I ada calendar dalam opis dan assistant yang kerjanya menuntut report for every assignment yang I pergi. So everytime bila I dah on the verge nak jadik kelabu asap, maka si assistant nilah yang akan me remind I tentang akibat nya jika deadline yang sedia ada ataupun perancangan yang sedia ada tak diikuti.

Yes, saya akui lah kadang-kadang orang ada banyak kepandaian. Kalau kita beranak 4 dan boleh memenuhi tuntutan anak dan laki dalam waktu yang sama, maka secara automatiknya kita rasa kita boleh buat dan mahu buat semua.

Tapi terfikirkan kita ada orang yang hidup dan kerja nya mengikut bullet point? Tak terfikirkah kita betapa stress nya bila kita buat perancangan yang elok2 untuk urusan kita dan orang lain main sesuka jiwa pulak menukar halatuju dan fikirannya?

Ada orang yang sangat autistik yang perlu tengok kerja mereka in stages. Macam I lah...satu opis I memang autistik ye..we have colour coded planner. From stage to stage, warna bertukar so we know where are we heading.

We wanted to make a porridge. Stage one..belajar cara-cara buat porridge melalui pencarian info. Stage two, beli bahan..stage 3 masak dan seterus nya.

Bukannya..okay..meh kita pergi buat porridge pada hari selasa. Tup tup petang cakap..eh tak boleh buat hari selasa sebab hari selasa ada orang nak masak nasik ayam. Okay..kita plan hari Isnin minggu depan. So you would expect from today to Isnin minggu depan, you will be inform of the progress kan? Dah beli barang ke, dah cari resepi ke etc etc.

Ada ke nak buat camtu uols? Haram. Tau tau...you call saya hari ahad, oii besok jadi tak nak masak porridge? Tak ke you rasa nak cakap aje, porridge pakcik hang lah! Seriously people need to realise that bad planning cost more than money.

In between tak salahlah kalau kita nak deviate sikit kan..gossip hal duniawi ka apa ka, tapi tanggungjawab tu kenalah ada. I seriously kena get use to perangai cipan yang macam ni. Sebab kalau I basuh karang, habis bergaduh satu Malaya and of course, I am known not to filter my thoughts bila hati dah panas.

Tak guna weh nak mengkritik orang lain..menyindir dan memerli how people run their life, how people run their office or country dalam sendiri punya urusan pun tak bersistem, ye tak?

Communication and clarity tu sangat fenting ya.

Kalau tak ada, cakap tak ada. Bila kita mintak satu-satu benda, kalau tak boleh dapat..bagitau dgn terangnya apasal kita tak dapat. Sebab kita tak lawa ke or sebab form kita tu kurang lengkap. We need to know why we were given the turning.

Nak buat A, buat lah A. Jangan buat planning dalam kepala hotak yang hanya you saja yang paham. Boleh..tak salah nak buat A,B,C dan D sekaligus. Tapi..buat lah dengan terang nya.

Dah, sekian edisi gewamp hari ni.Semoga saya dilimpahi dgn kekuatan untuk bersabar.


Saturday, August 17, 2013

Kempen Mencegah Keganasan & Mencegah Perlakuan Buang Masa

Oii Makji..covert-agressive tu cemana ghope nya?

Contoh covert aggressor cawangan Taman Melawati...her wife is your best fren. You memang tahu kawan you ni adalah dalam set-set wanita teraniaya sebab, well, kalau takde penglipurlara tak kan lah ada cerita ye tak. Laki I cenggini, cenggini.You pun naik simpati apatah lagi dgn bahan bukti kekejaman laki nya dimana bininya lebam satu badan, selalu dapat panggilan telepon berbunyi ugutans. You rasa nak aje you tolong terajangkan laki kawan you tu.

Tup-tup..you all dijemput kerumah terbuka Boss you dan di KB you ni datang sekali dgn laki nya. Sekali ghope lakinya..ghope Asrap Mulim. Buikan setakat ghope Asrap Muslim aje, malah pendiam..lemah lembut...cakap tak banyak senyum aje lebih. Maka impression you adalah..eh, okay je laki dia. Tapi dalam you nampak okay-okay tu lah, dianya adalah penyumbang kepada kelebaman badan bini nya.

Clear?

I remember working with this lady and it took us/her years to get her out of her abusive relationship. She was just the type 'who couldn't walk away'. Chenta ke uolsss? Ye lah kot. It takes two people to make a relationship work and each party must assume responsibility for their own behaviour. Tapi sebagai manusia, kita adalah mudah tertipu dgn perasaan kita sendiri. Our feeling keep telling us it is love, love and love. Worst part is we can feel it, and we know that it is true. Walaupun habis satu donia dah bagitau kat dia yang partner kita tu adalah penghabih boreh tersohor.

I am always in awe for pompuan yang kahwin cerai kahwin cerai ni. Jantan tak kira lah eh, bini dia stage 3 cancer pun dia boleh tanya, bila ko nak mati bley? Pompuan ni emosi sikit uols...nak get over satu benda tu makan bertahun-tahun jugak.

Yang emosi terdisplaced pun ada. But buang masa je cakap pasal pompuan yang cenggitu. Bak kata entah sapa, ada orang yang mmg set suka jadi mangsa sebab dia suka attention sympathy orang lain. Macam kengkawan I tu lah, yang dok kata terseksa dek laki lah...pejabat agama tak tolong lah..hati dah takda kat laki lah (walaupun anak dah 6) tetapi apa ke pulak bebaru ni boleh bergambar riang ria aidilfitri dgn laki tak guuuuunaaaaaa nya tu?

But different people, different ability kan? One can just look ahead and leave their past. One can just get miserable while building themselves up. Which one is better?  None.

Entry ini bukanlah nak mengondem orang yang lemah. Sebenarnya, kita tak tahu adakah yang bertahan tu sebab dia lemah ataupun dia telah pun menjadi kuat sebab penderaan fizikal mental itu. Per son in abusive relationships with the musang berbulu ayam kind of people are often initially 'seduced'. The longer time spent, they already put a significant emotional investment into trying to make the relationship work. Selalunya bab-bab macam nilah yang membuat payahnya nak blah tau...

Counselors are trained to only focus on their patient. So, adalah amat jarang bagi counselor memberi kata-kata perangsang supaya patient mereka meninggalkan laki mereka yang binawe itu. If you are a friend with laki macam jahanam, I will just say..oii Munah, you can do better. Leave him. Satu pigi serbu mari gitu.

In my office, I have to look at your problem carefully. I will need to weight which side is heavier between your self-esteem and self-respect. Without self-esteem susah nak ada self-respect. Dan setelah diganyang emosi selama bertahun-tahun, the intuitive of your own self estimation can completely be gone.

Kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga dan rumah tak bertangga..err, kalau kau diterajang boipren dan masih lagi nak kahwin dgn jantan tu, tak tau lah Makji nak cakap apa...kan? Ehh..mahapkan saya...saya tidak boleh judgemental hiks.

Okay, diulangi, kepada mangsa-mangsa yang masih chenta...ataupun, dah tak tahu nak rasa apa dah...hormatilah diri kamu sendiri since orang yang menerajang kamu tu dah takde hormat dgn kamu.

Dan kepada kengkawan yang sokmo mendengar permasalahan rumahtangga orang lain...macam ni lah, you tanya aje mangsa keganasan domestic tu...apa yang dia nak? Kalau dia tak nak diterajang lagi..suruh dia pi report polis dan pejabat kadi. Dan kalau dia masih gak takut kat laki macamlah lakinya tu ada kuasa Wolverine, suruh lah dia berhenti mengadu kat you. Cakaplah kat dia..oi, kau ni tak habis-habis mengadu kena terajang dgn laki, tapi ko balik gak rumah. Dah tahu sakit kena terajang tu..blah lah.

Gitu. Letih kann dok dengar benda yang sama aje nak nak orang tu hanya pandai ngadu aje.

Friday, August 16, 2013

Buaya Berbulu Kambing

Hey uols....uols dah tengok dah Mak Piah kena terajang dalam lift tu? Nasib baik lah time tu time tengahari kann, so memang timing lari lah Mak Piah boleh menjelma jadik buaya. Cuba aksi terajangan tu time-time maghrib, mau mampus jantan tu kena libas pastu kena ngap sayott sekali.

Shiall taww jantan shatan tu!

Tapikan uols...pompuan yang kena terajang tu dah her her way out pun. Ye lah, agaknya kena madu tak dibagitahu. Katanya dia sebelum ni tak pernah lagi kena pukul dek lakinya. I rasa kan uols..lakinya tu bukanlah kaki pukul yang tegar..sebab kalau kaki pukul bini dia takkan ada nya nak terajang bini kat tempat-tempat awam gitu. Menjadi kaki pukul bini atau gilpren ni memerlukan kepakaran yang luar biasa taw uolsss. I must tell you..you cannot tell a kaki pukul bini/gilpren just from the eyes met. Criteria jantan pukul ni kenkadang jantan yang kita nampak pada luarannya pijak kucing kucing tu pun tak berbunyi.

So the abang pejabat haiwan tak mengaku salah tau uols. Well maybe for him this is just his 'out of character' outburst so seperti biasa orang bijak pandai cenggini akan me manipulate the law system menggunakan alasan dia adalah terdorong untuk membelasah atas sebab-sebab tekanan.

Okay...it would be unfair to judge the abang kingkong berbini dua tu berhati binatang walaupun kerjanya dikelilingi binatang. I tell you...nilah kebenarannya dalam kajian yang jantan tu ber mental lemah. Walaupun depa tu dok lah menuduh kita ni kawum yang lemah..tapi, kecepatan menjadi gila sementara dan kekal jatuhnya pada jejantan ni.

I banyak gak tengok mangsa dera ni. Dalam kes terajang dalam lift ni, the wife is very unfortunate but I don't think she was hit hard.Maaf cakaplah ye uols, but I really don't think the laki is kaki pukul. But really, that is not the point. Allah betul bayar cash kat dia...bukak aib nya dalam pesbuk lagi. Tah tah lepas ni kena buang kerja kann...manalah tahu dgn tersebarnya video cctv tu dia telah memalukan majikannya. Misti orang akan suspek dia juga terajang ayam itik lembu segala. The only thing I hope the incident should achieved is that the real 'beaten up' women out there should now come out and face up to their abusive partners.

Ada dua jenis mangsa domestic sebenar nya iaitu..mangsa covert aggression dan juga mangsa buang masa. I think I wrote about mangsa buang masa ni before. Mangsa buang masa ni selalunya suka jadi mangsa malah akan mengapi-ngapikan pemangsa nya supaya memangsakan dirinya. Ishh...konpius acik tau.

I ni belum lah pernah lagi jadi mangsa kakitangan orang...melainkan appa lah. Tapi sebagai anak solehah memang sepak terajang appa tu I dah mahapkan...eleh..mahapkan kunun padahal memang patut pun I kena terajang dek membuli adik-adik dan juga membuat benda2 yang dilarang. But I do know of people yang dok bertahun-tahun makan sepak terajang boipren dan laki tapi tak buat apa-apa. Pemangsa they all tu memanglah expert at concealing their aggressive character. They have their 'way' with their mangsa and look good in the process. Some is so ruthless that their mangsa is so shut down without a sight of getting out.

Adalah perkara biasa bagi kita ni rasa apasallah mangsa manipulations ni have a hard time seeing what really goes on in their life. We can be so tempted to fault them. Ye lah, dah patah tangan..lebam jangan cakaplah...tetap gak tak reti-reti nak berambus. It is easy for us to say..kalaulah aku yang kena terajang, mampus dia aku terajang balik.

Nak jadik mangsa ni..ada gak melalui process nya uols. Si mangsa ni bukannya setakat kena pukul sehari dua je. It probably did occur to them to melawan the first time. I think sapa-sapa yang kena terajang kali pertama sure akan melawan tapi atas kebijaksanaan sipemangsa nya...maka, setelah diterajang beberapa kali untuk jangkamasa yang lama, maka kudrat tenaga dan perasaan tu hilang sama sekali uols.

I have never work work with mangsa domestic kat Malaya tapi mangsa-mangsa kat UK ni, dalam sepuluh, 2 mati...6 depressed tahap tak boleh sembuh dan 2 berjaya diselamatkan dgn scar emosi yang susahhhhh sangat nak hilang.

Secara am nya kita akan ingat sipemangsa itulah yang sakit nya. Ye lah..why would anyone with a sound mind nak terajang orang lain. Again, 8 out of 10 adalah manusia ber emosi normal. 2 memang psychopath lah kann. That was why yang 8 orang ni lah hak yang paling susah kita nak kenal kerana mereka adalah buaya yang berkulit kambing bebirin ye uols..hiks.

Sipemukul ni selalunya adalah sangat sayangkan mangsa nya. Malahan dia juga tahu mangsanya sangat terseksa dan dia adalah sangat rasa bersalah. It is just the nature of their relationship yang sangat volatile. They are not able to stop the abuse and secretly hoping yang mangsa nya lah yang perlu keluar menyelamatkan diri.

If you one of the pemangsa, you know that this is so true. There is something that you just can't explained.

Whilst the pemangsa can't be helped (only because they and we don't know what is wrong with them) the mangsa can. So I urge you the mangsa...get out of it as quick as you can. Showing love can be in a painless way. Your love can only work from the distance and you were never meant to be together.

Sekian.

Wednesday, August 14, 2013

Lemak Kampung Santan

Apa ni uols? Nama hidangan terbaru restoran Chef Wan ke?

Katanya Hans Isaac, ni adalah pilem terbarunya yang kononnya dia memerah tenaga selama 2 tahun to ensure the top rank quality. Menurut sumber gossip yang I baca, walaupun Hans Isaac belanja lebih sejuta buat kerja santan ni, well...he only managed to recoup just over a 100k.

Seperti biasa retis Malaya, tak pueh ati ke, marah kat gilpren ke laki nya, semua pi tulis kat twit-twit kann? Retis Malaya, tayang gambar private mereka kat open media yang boleh di access dek sekandang lembu diladang ber wifi, pastu bila orang start berkata-kata teruslah mereka-mereka tu buat statement, ohh..sila hormati privacy kami. Boleh camtu, Piah?

I tak tengok cerita ni. Ye lah...I kan dok Hinglens uols...melainkan sesapa yang baik hati nak upload kat yutiup maka merasalah I tengok dan memberi ulasan.

Menurut twit-twit Actor Hans Isaac ni, lebih kurang..kuciwalah dirinya yang Lemak Bersantan dia ni tak berapa laju takings nya. Pastu buatlah statement, unless industri pilem Malaya berubah, maka inilah pilem terakhirnya.

I don't know much about Hans and his directing work, but is he really THAT great? I don't remember him being that great of an actor too. Alah kalau takat perasan hemsem, Badul pun boleh buat. From what I gather, he quite fancy himself as some sort of elitist lah gitu, set set Harith Iskander la..Jit Murat laa..like, bagosss lah kan.

Pernahkah Hans Isaac menjadi pesawah dan cintanya dgn anak ketua kampung terhalang? Or, pernahkah Hans Isaac berlakon menjadi samseng estet? Well, kan dia tu berbangsa ammapodi? Ataupun..pernahkah Hans berlakon menjadi anak ketua pelampau Tamil Eelam yang menagih samsu haram lantas terpaksa dihantar rehab oleh bapaknya Tan Sri Padaiyappa?

Nope. Not that I have ever come across. I last saw him in that movie where he was a samseng but Capt Lukman knows that bukan sebab dia aku tengok wayang tu. If you ask me, Hans Isaac tang berlakon pun dia akan memainkan peranan dia perasan bagus.

Now you got the gist kann? Yang I takdelah berapa suka kat Hans Isaac ni.

But, can he be serious and start pointing to the 'industry' for his failure? He is in the industry kan? He 'should' know better. He should know that...

1. Without a proven track record...i.e. kalau kau belumlah pernah buat cerita blockbuster box office crash boom bang, can you guarantee a huge turn out at the cinema?

2. If you are a suam-suam kuku pelakon yourself, do you really think that people will think that kau tu pun anak didik Speilberg juga?

3. Kiah & Piah. ---Oii, jom tengok wayang? Piah jawab..okay..jom. (This is so Piah..okay jommm..jomm aje walaupun ko ajak tengok filem iklan susu) Kiah will ask, cita apa? I say..Lemak Kampung Santan. Kiah, cisss...you will NOT find me anywhere near the ticket booth. Cerita bangang apa tu? Err...the return of Mona Gersang bila ah keluar, Kiah tanya.

So please lah Hans Isaac. I am sorry that you didn't succeed. But to blame the penonton sebab tak nak tengok cerita santan tu is sooooo...dumb.

Heroine gilpren sendiri lak tu...lagilah orang menyampah kan?

Bu the way, Lemak Kampung Santan ni cerita apa? Cerita tokey santan ke, cerita orang banyak makan lemak ke or cerita hantu santan?

Shatannnn tau tajuk.

Monday, August 12, 2013

Update

Selamat hari raya you all......I ni bukanlah macam orang yang kat Ealing yang siap ambik cuti-cuti raya gi rumah ambassador untuk beraya..wahh sapa tu? Setelah berbelas tahun, kuasa untuk beraya dgn orang2 yang I tak kenal dan manusia-manusia yang akan menelek I atas bawah adalah tiada, lantas...berayalah I di office saja tahun ni dgn Egg Sandwich gittew.

Tapi masuk aje Raya ke 3, I dan kawan2 I beraya sakannnnnnnn uols. Kat rumah I lah berkumpulnya manusia-manusia yang tak beraya dihari raya.

Kalau ada tersalah kata, tersindir dan termelukakan hati dan perasaan uols, I mintak mahap lah ye. Maklumlah..manusia sekarang kan semakin sensitips. I mengata Sheila Majid, Roslan Aziz terasa. Nasha Aziz makan cili, Noorkumalasari pulak yang tetiba mintak air sejuk bergelas-gelas sebab pedass. I bagi makan kucing, owner chihuahua sebelah rumah lak kecik ati kata I menghina anjing nya. I bantai main lagu Ais Ais babi pada raya pertama...karang orang kata I menghina orang melayu pulak.

So, in view of apa saja yang kita buat tetap akan mengundang kata-kata sumbang mambang mahram, apa lagi yang boleh I buat selain dari mintak mahap, ye tak?

Mana yang telah dikata dan kutuk, err...well, kalau ada conscience I, I akan pergilah jumpa you untuk mintak mahap..tapi rasanya macam tak ada lagi..sebab memang I nak kutuk/kata you pun. I tak nak jadi macam kawan I tu, kaw kaw dia naik hangin dgn Mamat supplier payung emas tu, tup tup..bila dia dah witness keputihmelepakan orang tu adding to his good looks, terus dia berubah pikiran. Kalau dia berubah pikiran lepas orang tu terjun lombong selamatkan makcik Jeyton yang hampir lemas sebab rantai leher berat tu, lain lah kannn...

Okay, Kiah telah membuat ugutan secara tak rasmi yang katanya kalau I tak update, dia pun takkan update. I know I need her more than she needs me..so I akan ambil serius ugutannya...maka terhasillah update yang akan menambah dosa yang mampu I kurangkan masa berposa tu hari. Hiksss. So you all..terimalah posting bersiri...

Siri 1 - Wanita Dan Payung Emas
It seems to me that people made whole loads of big deal bila alim ulamak ataupun jantan2 yang set-set alim ulamak ni menikah lagi satu. Well, with exception of that Serap Muslim yang memang dah rasanya premeditate lah kan yang dia nak kaup dua-dua pompuan tu sekali. I read about ada Ustaz ni kahwin. Tu hari UAI pun kahwin ke 3. Sepesen aje rhopa bini mereka yang muda rumaja dan tidaklah nampak mereka tu berkahwin dgn balu ke or janda yang ditinggalkan laki. Marahlah kawum pompuan kannn....agaknya kita ompompuan ni rasa, berkahwin lebih dari satu tu adalah perkara yang biasa dilakukan oleh orang yang bekerja sebagai bapak ayam part time. Like...between Bung Mokhtar & Husam Musa, siapakah yang lebih cenderung untuk digossipkan dgn wanita-wanita gediks? Tapi bila Pak Ustaz yang sembahyang tak tinggal, cakap pun berselang seli dgn nama Allah, sabda Rasulullah etc etc, tetiba keluar news kahwin lagi satu...maka tergoncang lah sekejap donia. Padahal...dgn jantan...ustaz ke, mustaz ke...apa yang perlu diheran kan? Anything can happen gitu. Bertambah tercabar lagi kita perempuan bila dapat tahu yang membagi greenlight adalah bini mereka sendiri. Maybe terasa lah agaknya..wahh..aku dok jadi onggaji pilipin, pelacur pilipin dalam umahtangga ku, tidak kah cukup lagi untuk ku dapat highway to heaven gitu? Perlukah kupinangkan Nilopa untuk Encik Swomi maka syurgalah tempat kieww? Misti sang isteri akan rasa gittew kannn?

Ada orang lelaki yang kata..hehehe...ni I petik dari apa yang orang tu cakap lah ye...lelaki yang kahwin lebih dari satu ni umpama macam beli KFC lah. Ikut nafsu kita kepada 'ayam' tu. Kalau tak berapa lapar, beli seketul. Kalau nafsu lebih sikit, beli snack plate dan kalau nafsu bagak lagi beli dinner plate.

So, walaupun sibini sendiri yang volunteer untuk pinangkan, kalau you tak klapaq, tak akanlah you akan kahwin dua kann?

Dan kita pompuan ni akan dijanjikan dgn payung emas lah. Samada kita hadap ke tidak dgn payung emas tu...entah lah. Kalau you dah menggatal nak menikah lagi, pi jelah toksahlah dok promote payung emas kat I kann?

Kenapakah bila Ustaz muka suci tu kahwin dua kita rasa menyampah tapi Salih Yakop muka kambing mengawan tu kawin 3 siap bergambar dgn ketiga-tiga bini kita idoklah pulak rasa nak tubuhkan whatsapp group mengumpat dia?

Is it really a woman place to decide which man should remarry? And sebagai bini yang mithali...adalah kemithalian kita tu takkan lengkap dgn payung emas itu?

And do we really need that payung emas? Entahlah...kalau Allah nak bagi, ambik je lah kann? tapi, takyah lah posing dgn bini2 ku locking arms lagi...wahh tak goma den tengok. Pompuan tu dah redho kau pasang lagi sorang pun dah cukup baik kann? Takyahlah gi sagat hati nya lagi...hati menangis tak siapa tahui wooo Ustazz.

Siri 2 - Wanita & Cahaya Kebenaran

Vahh vahh..edisi wanita sungguh lah kan. Adalah kawan I ni uols...masa puasa tu hari dia pergi ke Mekah. Wahh..sebelum dia pergi, dia mintak mahap satu pesbuk. I kan uols..I suka tgk orang pergi Mekah dan I juga suka tengok result orang balik Mekah. Kadang2 terserlah apa pemberian Allah kat kita. Kawan I ni balik..setelah kami disajikan dgn hapdate2 dia dari kota Mekah (ehh..ada pulak masa ko gi posing2..maksud I, kalau gambor tu diupload lepas balik ke Malaya okay lah..but bukankah kita di Tanah Haram tu perlu fokus kepada Ibadat? Time ibadat, buat Ibadat lah kann..time jenajalan naik unta tu okaylah. Ni tengah2 masjidil haram, depan Kaabah tgh tawaf, boleh kau snap-snap depan Kaabah? Makna nya, in between tu, ko check pesbuk lah kan?

Setelah kawan I ni pulang...maka status update nya, penuh dgn ayat itu dan ini. Syukurrr. Pastu dia announce aktiviti duniawi pesbuk nya akan dikurangkan dan dia tak lagi akan berkawan dgn lelaki yang bukan muhrim nya dlm pesbuk. I don't think dia nak putus sahabat like that lah but, kalau boleh..dia nak kurangkan ber pokpek2 dgn orang jantan yang bukan muhrim nya dalam pesbuk. Okaylah...gitu sekali dia nak jaga adab nya kan? Syukur.... Pastu pulak...dia announce sentiment  antisemitism nya, yang kata dia dan keluarganya akan menjauhi Mekdonal. Okay...I thought she want to quit pesbuk too..yelah..dan tak suka Yahudi sangat kan. Tapi dia tetap ada dlm pesbuk. Mungkin juga dia ingat Mark Zukerberg tu orang Pilah, maka..yes, kita misti sapport Pilah Most Wanted yo yo yo...doso den bertingkek tingkek!!!

Semalam...dia sudah share satu status (yang I dah tahu bulan lepas lagi) suruh umat Islam boikot air Mineral yang kununnya datang dari jirat cina dan dipunyai oleh Cina2 tu. Wah....cahaya kebenaran nya juga telah menunjukkan yang kita saudara seislamnya kenalah memusuhi cina dan air mineral mereka.

Wahh. Saya insaf sangat. Saya berdoa..kalaulah suatu masa nanti kalau saya ber rezeki lagi untuk melawat Tanah Suci, maka saya harap...manusia pertama yang akan saya betulkan bila mendapat hidayah dan cahaya kebenaran ialah....diri saya sendiri. Aminnn.

Siri 3 - Wanita Yang Tak Reti Bahasa
I sudah pesan pada kawan I yang tgh buat PHD tu...andaikata dia dah pass besok, boleh tak dia jangan hilang langsung nilai-nilai sosial nya macam sorang pompuan ni.

Tapikan...agak kasarlah juga I panggil dia tak reti bahasa sebab I belum pernah lagi tegur perangai dia secara direct cuma setakat sindiran secara halus saja. Tapi nampak sangat dia ni tak makan sindir dan juga agaknya hidup didalam buih. Status pesbuk dia kenkadang adalah sedih juga as in...kalau dia up status perlawanan sabung ayam, maka macam dialah commentatornya dan dia jugalah akan menulis tribute kat wall nya sendiri. Ohh congratulation soand so..kerana dapat mengekalkan ranking perlawanan sabung ayam you ketahap global etc etc.

Tu belum lagi dia buat status update orang lain macam tempat cerita mu cerita ku nya. Semalam I compliment drebar bas kat rumah I...memandangkan drebar bus no 72 tu selalunya adalah jelmaan setan, maka semalam, drebarnya sanggup tunggu walaupun I jauh lagi nak lari sampai ke bas tu. Terus dgn tak semena-mena dia seperti biasa dgn komen tak diundang nya...teruslah tulis cerita ku ceritamu pasal hal dia yang pernah dok London and memory dia naik bas dedolu.

Tu hari, bila I buat status berkenaan anjing, dia pun ceritaku ceritamu pasal dia dgn anjing juga. Tak cukup dgn itu, dia mengeluarkan pendapat tanpa merujuk buku lalu ditembak secara berdas-das oleh Kiah.

Kiah kata, she is almost everywhere on my pesbuk wall. Tak dapat komen pun dia like. Betul lah orang kata..kalau kita menyampah kat orang tu..nama dia pun kita tgk kita rasa meluat juga. tapi Dr Lurpak tak bagi remove..sebab katanya nanti takdak gossip. Hihihi. So what I did..asal dia komen aje, I terus delete. Tapi..tengoklah. Dah sampai tahap menyampah even tengok muka nya (dia rasa gambar close up dia lawa lah kot tapi I anmpak cam pompuan tak betul aje ada unsur-unsur juling lak tu) , bahan gossip pun dah tak worth it..and one of this day, I may have to let go.

Okay...bersambung nanti.