About Me

Friday, December 21, 2012

Guest

Semenjak dua tiga menjak ni.....ramai pulak tetamu datang rumah. I dengan MB1 ni ber konsep, kalau orang datang rumah kita, orang itu membawa rezeki so, usahlah nak berkira-kira kerana Allah akan membalas budi baik kita kat orang. Githoooo uols.

Tapi orang putih dalam rumah I tu pulak...sama seperti orang putih yang lenlain pada am nya...akan berkata, eh, apasal nak duduk rumah ni? Tak boleh ke dia dok hotel?! Free loader sungguh! Ekcherliii....orang putih dalam rumah tu okay. Ye lah..ni yang kenkadang I dengan MB1 tak paham..orang2 melayu kita ni.

Dah le datang nak tumpang rumah orang...ada pulak set yang buat macam hotel tak pun rumah sendiri saja. Tu yang si putih tu kedang kala bengang juga.

Sementelah ittew...I think posting ini ditulis untuk tips dan guidance untuk orang2 yang bakal menumpang rumah orang dimasa depan ye...tak kiralah short term atau long term.

1. Rules Nombor satu....find out who owns the space and remember it. Ye, kita rasa kita pi tumpang rumah kengkawan kita tapi kita juga kenalah ingat, ada orang lain juga yang mungkin membayar sewa.Unless tempat yang you tumpang tu adalah hakmilik penuh kawan you, maka perlulah you menghormati si rakan kongsi tuan rumah ittew. Maksud I, macam...kalau I pi menumpang rumah Dr Lurpak, adalah tidak manis rasanya kalau I tak menegur swomi nya dan meng acknowledge yang T-Bag ittew adalah owner jua. Beringatlah...we are in someone's space.

2. Rules Nombor dua, always remember yang kita ni menumpang. Selalunya orang melayu macam I ni...akan mengutamakan keselesaan penumpang. Sebab I dah biasa masa I kecik2 dulu, makpak I ajar.Tapi kann....bila orang dah bagi you comfort, you janganlah pulak berfeeling2 duduk hotel dan lupa diri pulak. Okay...bebaru ni...adalah sahabat lama I mintak I tolong anak buahnya yang datang belajar di UK. I dgn makciknya dah kawan lama so kalau takat nak menompangkan anak sedaranya barang sehari dua, tak jadi hal. Of course I akan tanya hosmet I, mereka pun cakap okay. So datanglah budak ni. Dah le suruh makciknya yang organise tempat tinggal sementara nya, at least make lah effort nak menelepon I ke kan? So she came...muda lagi budak pompuan ni. Datang pun dah gelap. Bingung I...dah le kami2 ni bekerja..pastu nak make sure dia boleh masuk ke rumah. Tidok le dia reti nak bercommunicate dgn i nak bagitahu sampai pukul berapa. Tup2 hantar message kat I kata dah on the way. Lehhh. Nilah dia anak orang melayu alaf baru set-set yang didatangkan dari KL ye. Muka cantik, otak pandai (ye lah..buat postgrad, pandai lah kann?) tapi..manners...zilch. Dalam borak2, idoklah dia kata..thanks la Aunty sebab bagi saya tumpang rumah aunty bla..bla..bla...mulut dia berat. MB1 tanya, sudah makan ke, dia cakap belum. Maka dek kesiankan anak orang, MB1 mustered something to sort her tummy out.Habis kau tadi tak reti ke nak pergi makan sebelum sampai rumah orang? I let her sleep in my room pastu sepanjang2 her stay, bilik I tu macam bilik dia..gasaklah dia mengunci pintu pastu pandai pulak menunjuk muka time nak makan. Eh..kau ingat ni hotel ke kau nak ada2 privacy segala? Dia perasan I tidur kat sofa...tapi macam takdelah nak acknowledge yang I ni bagi keutamaan kat dia. Cakap dgn I pun sebab nak mintak WIFI password. Bleh? Dah perangai cenggitu, all one can hope is cepatlah masa berlalu..sebab rasanya makcik dia kata dia nak tompang 2 hari aje..tup tup, dia pi cakap kat I, dia tak boleh buat apa dia nak buat kat opis gomen kat London nun maka dia akan pergi balik opis tu hari lusa nya. Pun..masih tak tanya, okay tak..if I extend my stay? Takde uolsss...takde.

3. Rules Nombor 3. Berbudi bahasalah..walaupun pertolongan yang kau dapat tu dihulurkan, bukannya kau yang mintak. Yes, I offered my place. (sebab makcik kau kawan baik diriku) so, apa kata kau belikan buah tangan kat orang dalam rumah tu tak pun..offer lah membasuh pinggan lepas orang nak bersilat masak untuk kau menterkedarah kannn? Ni tak...jangan kata Ferraro Roche...offer nak buatkan air untuk tuan rumah pun takde, pastu sedap betul kau memicit Remore Control Sky tu macam reta abah kau kannn? Kami tau student ni duit pun tak berapa nak banyak...(err tapi boleh pulak kau cerita kau pergi beli baju kat Selfridges) tapi apa kata, kau ajak kami ni keluar makan ke..tanda terima kasih, tak gitu?

4. Rules Nombor 4. Masalah kau bukan masalah tuan rumah ye? Dah la makcik ni..dah cukup baik bagi kau menompang so...dengan budi bahasa kau yang cantik sikit aje dari Lindsay Lohan tu, ko rasa ada ke aku kesah kalau kau kena ada kat station ketapi or bus sekian2 time? Kau ingat ini KL ke kau tu nak dihantar dijemput? Boleh pulak kau tanya..macam mana I nak be there on certain time..kalau you guys (yes,,she addressed us as YOU GUYS) takde kat rumah? Patutnya..kau tanya apa plan tuan rumah then kau buat plan kau ikut time tuan rumah, bukannya tuan rumah yang macam di expect kena ambik cuti menunggu kau kat rumah, making sure kau ada access keluar masuk.

Ni lah dia budak KL ye...to be exact..budak sekolah Convent atas Bukit yang rasa diri diorang sama bagus dgn budak TKC. Berlain betul dgn set2 gadis desa yang selang seminit mintak kebenaran..kak..boleh saya minum air kak..kakkk boleh saya guna toilet akakkk...

Okay...I tengah bengang ni. Syukur budak tu akan berambus hari ni.

7 comments:

adi said...

pergghh perghhh.. panas pulak darah bila baca posting makji nih, kalu aku siap la dah kena sound budak pompuan tak tau untung tuh...jilaka.

Anonymous said...

Sungguh x bermoral budak ittew. Itulah mungkin mak n pak lupa nk pesan,dtg rumah org mesti lah in the best behaviour org kampung cakap. Walaupon rumah sendiri kt kl tu besar gedabak ala2 kt bukit bangsar tu kan,tp kene humble and serendah rendah dirinya kerana kene juga menumpangkan..

Anonymous said...

Budak2 benggap macam ni dah biasa mengkulikan makbapak mereka so they have no feeling nak bersopan santun.Cara mengatasinya (should you get some funny friends mengirim their anak buah for you to babysit) is to lay out the rules siang-siang: masak sendiri, basuh pinggan sendiri, you sleep on the sofa, bla bla.Cara membesarkan anak sekarang berbeza dari dulu.

Makji Esah said...

Yes uolsss....wait up for the cerita sambungan!

Anonymous said...

Agree with anon 2: seeloknya u bagi dia sofa after the first night ... Cukup la sofa sahaja.. Dan bagi dia chores... Budak2 kan kita kena treat dia mcm tu!

Kak ayda

captainlukman said...

Motif aku baru dapat baca citer ni? no update dekat wall blog aku...blogspo bengs kah uols? Natang nguh budok tu!! Siap*tu emoooooooooo doh aku* hahah

Unknown said...

kalau makcik dapat tetamu macam tu harus makan sindiran