About Me

Monday, October 24, 2011

Update

Kadang2 kan uols.....bila I tak bertarung nyawa (cihhh..macamlahhh) pergi menyelamatkan orang-orang terpeleot ni dari anasir-anasir jahat ciptaan mereka sendiri, kerja I dalam hopis I (err, by the way I do have the pleasure of sitting in the office one week undisturbed) ialah bergossip tak hengat dgn SW yang lain. Best tau gossip-gossip ni...siapa keluar dengan siapa...siapa mabuk masa kita keluar reramai and ended up kat katil siapa..hah tu dia. Orang putih biasalah kann...kalau dah mabuk tu dengan siapa rumah siapa dia balik tuhan aje laaaaaa yang tahu.

Nak kata I ni tak join diorang, I join lah juga kenkadang...albeit the alcohol la sebabnya my toleransi kat air kencing syaitonn tu adalah kurang yakni, one bit of everything enough to send me straight to dreamland. Tak ke tu semua mengundang bencama alam? Kalau Brad Pitt bawak balik lain la cerita kann, Kiah?

So today, dalam pada menyiapkan report-report untuk bacaan resmi Consultant-Consultant berlagak dalam tempat ni, I dengan 2,3 orang semi-depressed yang lain dok lah bercakap pasal our Boss yang digossipkan dengan seorang budak accounts department yang juga janda beranak empat tu. I'm not sure lah that girl janda ke tidak, as you know, in UK and in any other secular country, you don't have to be married to be producing babies..gituh. Elehh, kat Msia pun ramai gak dengar nya...ni kes, main mahu pakai condom tak reti pastu salahkan budak fomfuens tu ye..padahal sama2 consenting nak berprojek tu. Cilaka lu jantan! (tetiba nahhh)

The thing is our Boss ni...adalah tersangat middle class, speak charmly with his cut glass accent Kiah...originated from the West. You know lah how people from the West Country yang sungguh kaya dengan rrrrr rrrrr nya....he is single, eligible, educated..pangkat besarrrrr and hensekem lagi. Tup tup lately, berpacaran dengan this girl, anak 4 yang my collegue kata from 3 different dads, kerja biasa-biasa gitu. Bak kata orang kat sini, ni semua set-set homputeh fariah council-estate githooo.

This colleague of mine kata, our Boss could do better. I pulak cakap..maybe this accounts girl ada kelebihannya. Ye laa...she is not that bad looking cuma kalau nak dibandingkan dengan boipren nya tu, tak sama taraf lah kira nya. I cakap laa...maybe our Boss is into that kind of girl..loud mouth, obnoxious etc etc..something that he is not. Ye lah, sometimes the opposite attracts.

So off they went and talk about couples dalam Company we all yang dok berdating. Orang tu dengan orang ni..tak seswai..so on so forth.

Makes me wonder...people do passionately talk about things like this, starts questioning your taste in choosing a partner. Not all of us goes out with someone like us or someone who will precisely menepati taste kita yang kadang2 tah hapa2 ni.

I have always fancies older man...nak nak the nerdy looking one. I seems to go for the brain and his ability to charm. Ohh janganlah tertipu dengan statement tu. Charming in my standard is people ability to write the sloppiest surat centa, mixing tapes...or making lovely gestures (by this Kiah, I don't mean gesture bawak kita masuk semak ye...) The aruah siamang speaks and write very good English...tahap budak law masa tu and that turns me on big, big time. For his eloquence in English, he doesn't need fake accent like any other UK scholar I know (elehh..baru dok UK sekejap, tegur I kat kedai terus nak ber accent Mr Bean, pirrrahhh mabuk)

I do wonder what my friends think about me and MC..yang sangat jauh beza nya. I even question that myself. Dia pun, of course, sudah menyampah untuk menjawab soklan ini bila ditanya (apasal you dengan I) ---dia akan kata, you ni, apa lagi yang tak puas ati ni???

Sometimes I think we are with the person we're with is because the way he/she makes us feel. Sometime, kita suka kat partner kita sebab dalam ramai-ramai, dialaaaaaaaaah yang boleh harap nya (I suspect MC syiok kat I pasal ni) and ada pulak sebab dah orang tu aje boleh tahan dengan kita, maka kita end up lah dengan dia.

We don't have to always want the same thing, look or appear the same and have to have the same background. Attraction can come like thunder, shock the system and change what is usual. We married, we dated our partner...thought that this is it..but then came tah sesapa kononnya menyapu kaki kita and make us feel like we are on top of the world..in love. But is that really love?

How we feel about a person more than always ended up fooling and clouding our judgement. Others look from the outside and the outer view can sometimes be true. You tak sesuai dengan si so and so, walaupun you rasa you dalam percentaan daun pisang. Outsiders sometimes said, you are better off dengan di yang ini dan yang ini, walaupun kita taklah crazy sangat kat si yang ini yang ini tu.

But hey, life is about trying and taking risk. I for once am crazy about the person who others think doesn't deserve me. You got to follow your heart sometime and learn later (hopefully takde lah casualty seberat-berat alam like kena pulau, halau dari rumah gituh) from your mistake.

Tak gitu, Kiah?

Thursday, October 20, 2011

So When Must We Give Up Our Seat?

I love public transport...hehehhe...cam setan kan statement ini??? Apakan daya, I tak punya kereta..maka option untuk bergerak kemana-mana adalah dengan public transport. London punya public transport, walaupun adakalanya menyakitkan hati...adalah sejuta kali ganda bagusnya dari public transport kat Kehell dan Seremban.

Bila I balik Malaya, nak tak nak..terpaksa I mengeluarkan zakat naik taksi takpun naik MetroBus, RapidKL...takpun telepon sesiapa yang berkenaan mintak jemput hantar ambik. Nak tunggu MC?! Pandai cakap aje kannn....sayang you jangan naik bas tau...ada ko nak jadik supir? Haram....nasib baik ada supir2 lain yang boleh harap.

Sebagai pekerja sosial dan memerlukan saya bersosialan sepanjang masa, tambang naik public transport I adalah ditaja sepenuhnya oleh Ketua Jabatan. Ini juga bermakna, kalau hari saya tak bersosial pun, travel adalah free...pergilah kemana-mana saya nak pergi pun dalam London. part tu saya happy sesangat....katalah suatu hari nanti, bila saya dah tak duduk London lagi, musti saya akan merindui bas/train/tram/tube/DLR dan basikal £1.00 itu. Hiksss....

Kat Malaya, walaupun puaslah Mesia Airlines mempromote betapa tingginya budi (dan body) bahasa orang Mesia, kononnya kitalah bangsa yang mempunya manners tahap Queen Rania, perlulah saya katakan yang itu hanyalah tipu-tipuan belaka. Saya pernah tengok pompuan mengandung yang sarat tak dioffer tempat duduk oleh adik-adik sihat walafiat office girl KLCC tu. Ishh..ish...Ah Soh pun diorang tak nak offer tempat duduk. Pernah sekali I tegur budak pompuan ni, bila I nampak seorang Achi yang ala-ala nak pitam...I cakap dengan adik tu, bagilah orang tua ni duduk...kamu berdirilah sekejap. Nak tau apa katanya kat I? Sukelllllllllllllahhhhh. Babi tul adik tu. Rasa I nak tarik aje tudung dia pastu serkup mulutnya dengan tudung dia tu.

But then, kat sini...although orang muda dan belia serta sihat tubuh badan cam I ni...muahahahahaha...secara automatic nya will give up our seat to the needy ones, ada pulak orang yang kita rasa needy tu, akan berfeeling gagah perkasa dan menolak pelawaan kita, made us feel so bad as if we have inadvertantly show them up as the tak larat one. Gituuuu pun ada. Nak nak orang jantan.

Kalau dah set-set rambut putih dan bertongkat, tak kan lah kita nak sampai hati nak suruh dia berdiri kannnn? So I ni pun bangun lah, would you like to sit here, Sir? Ohh no I am fine katanya...walaupun lutut dia tu dah nak menyembah bumi.

Then the pregnant lot. Sometime it is hard to distinguish who is bearing a child and who is not. Bila I keluar dengan pesakit2 I, I selalu pesan..you must give up seat to a pregnant lady. So this autistic guy did so one day sambil cakap kuat-kuat, ohh you must sit down because your tummy is heavy with baby. And I must tell you...pompuan tu hanyalah gems saja..bukannya mengandung pun. Ohh...she look so embarrased.

So, who do we really do need to give up our seat to? Orang tua-tua kahhh? But wouldn't you wonder, kalau mereka-mereka ni larat membawak diri mereka berjalan, maka haruslah mereka tu larat berdiri dalam bas kannnn? Orang muda macam kita ni (macam kita ni Kiahhh) ada gak masanya rasa macam segalanya tak larat, especially after a long day work tak duduk2...

And, must we give up our seat to a child? I don't. Budak kecik bukannya reti dok diam pun kannn?

Kihkihkih....


Tuesday, October 18, 2011

The Pigeon Strikes Back....

One thing that some of my relatives can't put their finger in when my appa is around is mencari jodoh untuk anak-anaknya. You can suggest but you must not tell him that you intend to jodohkan his sons or his daughters with so and so. He will put you back in your place or anywhere he thinks your nosy butt should be.

Now that appa is out of my relatives way (the one yang dia tak suka and the one yang tak berapa suka dengan dia) so these pigeons are free to come round to my moms and mengadu-domba.I quite like some of the pigeons ----why are they called Pigeons? My amma is half Indonesian chinese and unlike their inlaws who originated from Kuala Sayong yang gelap-gelap belaka, the Pilahs side yang dahulu kalanya didatangkan dari Sumatera sinun tu, adalah putih-putih belaka. And they're too, the happening type. Ye laa...makpak kan kaya unlike in law mereka yang kasut sekolah bertukar setahun sekali aje tu.

But hey, biasalah bila hidup beripar duai..manakan ada antara mereka yang boleh ngam semuanya. They look nice and all good didepan but balik rumah kalu...fooohhh! Its an open secret they dislike my appa, and vice versa. But if there's any consolation for them Pigeons, my appa is impossible to like too :( iskkkk.

So, the younger Pigeons hinted to me some months ago that she knows this well to do orang minyak yang keroje kat kehelcici yang telah terlajak umurnya dan belum berbini. Orang terlajak ini juga adalah bukan dari set-set kita ye, adik-adik. Si Terlajak ini adalah dari Hinglen gittewww and the Pigeon think that since I pun dah ala-ala homputeh, maka akan sesuwaiiii lah kiranya I menjadi jodoh si Terlajak ini yang kononnya sukakan gadis Melayu. Pigeon kata kat I, kalau you kahwin dengan dia, maka the offsprings akan berupa Angelina Jolie tak pun, Julia Rais.

I didn't say yes or no, but I said to Pigeon, don't get excited laa...sometimes I am too, impossible to like. Something in the line like, kalau orang tu suka kat I pun, tak semestinya I akan suka kat orang tu. Buat lah promosi banyak mana pun duit orang tu...kalau hati tak suka, tak akan suka jua kannn? Pigeon said, alaaa....kita orang pompuan ni takleh memilih. Of course lah I tak kan cakap my other suspicions e.g. tak kan lah kaya bertimpa-timpa takdak orang nak kannn? Adakah si Terlajak ini tak hensem rupa dan budi pekerti? Speaking of which, pompuan Melayu yang I come across kat Tanah Brit ni, semuanya bervangga berlakikan Mat Sallehs, hatta berferangai cipan sekali ponnn. Well, money may appeal to some laa...nak kata I tak turn on dengan duit, idok la...siapa tak nak berlakikan org berduit yang sanggup nak bagi apa saja kita nak?

Sebagai anak buah yang solehah lagi nak mengcoverina suspicion sedara-mara yang kenapalah I ni tak ndak kawin2 walaupun dah ada yang menanya, I pun gelak-gelak aje laaa sambil kata, ok lahhh..okay laaa. But I never revisit that issue again until I borak dengan amma few weeks ago. See, after appa dah takda, I mengikut nasihat Kiah & MC, rajin2 lah call lu munya amma. Find something to chat about and you will get use to it. Hahhh, bila dah friendly maka some of us terlajak boundary kann...benda yang dia tahu anak dia tak berapa suka jangan kata nak dengar, nak diskus jauh sekali ni. Amma pun menyampaikan perkhabaran bahawasanya ada cadangan dari si Pigeon untuk menjodohkan I dengan si Terlajak tu. Amma pun bagitau la yang Pigeon in one of her regular trips hantar kuih/lauk kat amma I, telah menyuruh amma memujuk anak nya yang sama degil dengan kerbau balau ni...

Amma kata, Pigeon suruh I pujuk you kahwin...pikir la...Amma tak kisah, asalkan orang tu masuk Islam...Pigeon kata orang tu baik, hormat orang tua (so I see Amma omitted the part orang tu banyak duit yee...)

I said to Amma, I know already, Pigeon dah bagitau.

Amma said, pergilah kawan-kawan dulu (ada kau, mak encourage anak gi dating???)

I said, tak mau lah...I like to live alone (menipu la sangat naaaa) tak pening kepala.

Amma said...laaaa, janganlah pikir camtu. Kita ni kalau ada kawan, senanggg kalau apa-apa sakit2 besok...(waa, adalah si Terlajak tu ada terminal illness nak suruh aku pulak menjaga nya???)

My Amma is the type of person you find no reason to be rude to. She is extra nice. I think the more I let her talk me into it, the more irate I will get, karang dengan tak pasal2 nya I jadik terkasar bahasa lak...

So masa I dok bertelephone tu, I tgh tunggu bas, maka tanpa berlengah nya...amma, I got to go naaa...I am catching a bus.

After that I don't telephone her....iskk..iskk...

Time like this, I wish Appa is around. Al-Fatihah :(

Saturday, October 15, 2011

Facebook Wall You Keluar Kat Facebook Wall I Jua...hiksss

One of my friend posted this on her pesbuk wall....

Some people believe we must not be good or kind to those of other faiths. This is a serious mistake. It is our duty to ensure that all human beings be treated fairly with kindness, genuineness and goodness. It is also important that we be just and side with he who is correct even if he does not belong to our faith. Justice and kindness result in portaying the true image of who we are and the value...s we stand for. Those who believe that we should side with a family member, relative, friend, fellow worshipper, colleague etc even when he is wrong have not understood the basic values and morals taught by the Almighty. May our actions always be in line with whatever pleases the Almighty. Aameen...[Mufti Ismail Menk]

Syukurrrrrrrr kehadrat Illahi sangat kannn....Kiah? I suka berkawan dengan orang kuat ilmu agama ni..almaklum lah, I pun set-set suam-suam kuku gituh.

Tapi yang tak best nya...2 jam sebelum post ni keluar....makcik Ustazah Semanis Haribo ni juga ada mengeluarkan post...


Sebarkan!!! Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pe...ngetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Hmmmm......

Tuesday, October 11, 2011

When You Should Go

The nasihat I always dapat from people close to me is 'jangan masuk campur hal washing machine orang'. And pasal tu jugaklah bila saya kena kumpul clinical hours dengan mendengar masalah-masalah orang, saya reject siang2 bila ada couple counselling ni...

Tapi semenjak dua menjak saya dah plan nak balik Malaya ni, saya macam terdesperate pulak nak cukupkan clinical hours saya tu. Supervisor saya kata...dalam email la sipompuan ni cakap pun...yang saya ni tak sepatutnya prejudice kat couple-couple bermasalah ni.

Wehh, prejudice ke saya?! Sebona eh...saya bukannya apa...bila manusia ada masalah kain baju dalam ni, masing2 tu tak akan mengaku salah. Puak2 jantan actually jarang yang ada masalah (kerna selalunya mereka ittew adalah punca segala masalah washing machine umah mereka tu) dan yang kesiannya, pompuan jugaklah yang terkedek2 mintak macam-macam.

Naturally I think, kita orang pompuan ni memang kayo dengan nafsu. Nafsu material, nafsu physical...nafsu social. Jarang jantan jumpa counsellor mengadu bininya kurang bercakap dengan dia. Tapi, tahukah kita berapa ramai antara kita yang sukaaaa mengadu bahawa laki kita tu semakin hari semakin bisu?

Orang jantan akan menggunakan alasan yang gf/bini mereka itu boring untuk mencari orang lain. Good for them, they can marry to four. Kita pompuan, kalau laki kita tu boring, kita terpaksa tahan aje...but boring tang mana yang kita tak tahan? Masa kita kawin dia dulu, dia happening ke? Selalunya pompuan yang rajin berhijrah dari minah happening ke makcik rambut gulung. Lagi mau komplen laki tak bagi perhatian naaa? Women seems to expect and hope their partner to change. They said...I don't expect much but it will be good if for the better. Very vague kannn?

Aruah boipren saya dulu...memang tak cakap banyak orang nya (tapi dgn pompuan lain, terserlah kegedikan beliau) dan dia jarang ber romantik2 dengan saya. Pada dia aksi paling romantik ialah bawak saya pi Old Trafford teman dia tengok bola. Tengok wayang? Tak pernah...janjinya nak bawak saya tengok wayang adalah serupa janji kaki judi tak nak beli nombor ekor lagi. Janji tinggal janji aja. Tapi...dia tu ada kelebihannya. Malah, sampai ke hari ni saya teringat kebaikannya...walaupun dia telah melukakan hati saya.

Okay, saya bukan nak cakap pasal saya. Berbalik pada couple counselling....can it work? It will if both want the same thing. People stay married for lots of reasons, one is they both hope things will get better and two, they don't dwell on small problems. Mana ada hati puas sentiasa, kan?

But what about set-set yang menyeksa jiwa laki/bini masing2 with no intention to change? God forbid kita dapat laki macam jahanam yang nak terajang bini...but if laki kita tu bangsa ikutkan aje napsu kita yang ngalahkan Donatella Versace tu dan pastu kita nak kata dia tu buhsannnnn? Memang laaa tak patott kann? Kalau pun kita sudah beralih arah..terjatoh centa kat Anuar Jen dan Anuar Jen membalas chenta kita, kan ke patut kita cakap sejujurnya dgn laki kita tu??? Chenta dah takda nak buat cemana kannn? Kita dok rasa laki kita tak membawa makna buatnya nanti lepas kita tinngalkan dia, kita dapat setan reincarnated baru kita tahu kannn....

People always leave it until late to speak out, masa ni chenta dah tak ada and without love, counselling berbakul pun tak jadi apa. So whenever ada orang cakap dia tak sayang laki/bini nya lagi...saya cakap...okay...leave him/her.

Most men will do that in a heartbeat. They know leaving it for much longer will make them more unhappy, talk about men moan women are selfish creatures kannn? So women who don't love anymore....do the right thing. Udah2 menyeksa jiwa laki/boipren anda. Kalau kita rasa kita ni tak bagus untuk dia, bagilaa dia carik pompuan lain. Dan you pulak, pi lah cari jantan yg tak boring yang menepati citarasa you yang happening tu.

I quote Kiah...I say this because I care....

Sent from my BlackBerry® wireless device

Saturday, October 08, 2011

Karipap-Karipap Gaduh

Hey uolsss, setelah I google si si tenet, memang ada wayang karipap-karipap centa tu uolsss. Tapi dek kerana I telah gaduh dengan situkang ajak tu, maka terpaksalah membuat muka karipap dengannya sambil bercakap sori. I pun cakap dengan dia, takpelah...nanti kita tengok karipap-karipap balik rumah ye??? Sumpah tak lawak langsung.

Talking about karipap, I masih lagi berperang dingin dgn kawan I yg pandai buat karipap tu....oops, didn't I say pasal karipap-karipap beku lah punca ketidakpuasan hati I? Poor girl still oblivious yang tuturkata serta perbuatannya telah menyakitkan hati I but isn't that normal if we are in the centre of the world?

Biaq pi lah dia...ada jugak dia msg I tanya apa khabar, tapi buat donut aje ---sambil menggunakan excuse Berakberi UK bebaru ni crash selama 2 hari...hah! Masa tu I betul2 jadik karipap-karipap lesu...dah le BBM aje alatnya I nak memadu kasih....

Dimasa yang sama, ada lagi sorang karipap setan juga kawan kepada I, ghope2 adalah illegal immigrant uolsss, dan bebaru ni dia telah dicekup oleh pihak berkuasa. So pada suatu malam, dia call dan nak boraks dgn I, katanya dia ada masalah dgn laki nya. I ni takdelah rapat dgn dia (dia aje semenjak 2menjak ni macam overfriendly....oooh, ada karipap disebalik batu lah sangat kannn) tapi bila dia dah nangis2 mintak tulun, kena pulak dgn I yang berhati inti karipap ni....I pun cakap, okaylah...I'll help. Against nasihat kawan2 I. Dia nak mintak I buat statement menipu uolsss....haiyo...secara paksarela, I buat jugak statement menipu utk dia. Tapi lepas tu, hati I pulak macam karipap-karipap penyet rasanya. I ngadu dengan MC, maka kenalah I sedas....dgn ucapan, you ni tak reti2 ke lagi??? I cuma berdoa, jgnlah I kena siasat dan ditangkap sebab memberi statement menipu. Implication nya sungguhlah besar...dah la I kijo gomen...erkk.

Dalam pada I tgh mode karipap karipap insaf dan rasa bersalah sebab menipu, sikawan I yang tak tau lagi nasibnya akan kena deport ke Malaya...boleh berparty liar dalam pesbuk uolsss. Gambar dia mabuk without any care in the world, walaupun nasibnya ala-ala telur didalam kuali panas. Bukanke dia patut pose-pose dok atas sejadah la ni?
Iskkk.....

Sent from my BlackBerry® wireless device

Thursday, October 06, 2011

Wahhh....Nowadays bertunang Ini Macam kaaaa?

Hello uolsss....
Setelah Pakji Pandai Masak tu meroyan bercerita pasai anak bujang dia nak kawin dengan Jan Dee, makin rajin pulak I google hal orang ittew.

Wahhh, cantik sungguh pompuan yang diminat oleh anak Pakji ittew. Sekarang bermuka cantik tidaklah menjanjikan keselamatan rumahtangga kannn? Kita selalu ingat kalau kita cantik dan berbody Kate Moss maka abang sayang kita akan kompem tak pandang orang lainnnn. Ohhhh tidak.

I ni bukannya jeles ke hapa dgn org cantik2 ni. Infact this post bukanlah nak ngata orang cantik ye Kiah but setelah ramainya orang Malaya menayangkan gambo and video hari pertunangan mereka, I pon tertanya2, bukan kah bertunang tu hanya patut dilakukan dlm suasana yg se low profile mungkin??? Ni macam sekampung pulak yg datang not to mention ada upacara hambik gambar secara professional dgn si tunang kita tu macam nak kawin la pulakkk, kannn?

Bukan ke hanya mak budak laki aje yg datang and sibudak laki itu sebolehnya takleh tunjuk muka? Ni, dia pun sama mengelinjang nak bergambarr nahh?

I would have thought bertunang is such a small affair where makpak boipren kita datang and sarung cincin and bawak all those stuff atas dulang. And kita masa ni diwajibkan berperilaku se mithali mungkin depan sedara mara dan makpak boipren kita tu. Macam ni lah punya majlis bertunang, berapa lah banyak duit habis ni?

Sent from my BlackBerry® wireless device

Makji Hadhirrrr via Blackberry ni nyahhh....

As salammmm....(Ekjas tudung awning serupa stadium Emirates)

Ini adalah posting menunjuk yang didatangkan dari telepon-pandai I, atas tunjuk ajar Cik/Dr Lurpak kita tu. Mekasihhh naaaa.

Semoga penurunan ilmu ini akan membawa berkat dimasa-masa uolsss nak seludup bahan makan terlarang dari tanahair naaa....seperti mana kamek berjaya membulak pihak immigration...dan berjaya menyeludup Ikan Terubuk Masin dan Terung Dayak, menggunakan skill muka wanita lindungan Kaabah.

Aminnnn....
Sent from my BlackBerry® wireless device

Tuesday, October 04, 2011

Gaduh Gaduh Karipap....(Satu Kisah Bangang)

Hari ni mood kami berdua sangatlah baik....(setelah saya memberikan bahu yang beku selama 3 minggu sebab tunjuk perasaan) macam-macam dia cerita hari ni..dia dapat increment lahh..dia menang game itu ini la...dia beli Mekbuk Air la...dan dia juga kata, nanti kita pergi tempat-tempat ni ye..kita spend the weekend away. Waa..syiok nya.

Kalau baik punya time...cakap dalam phone 2,3 kali sehari..cakap I lapyu Yulapmi banyak kali...berapa kali gi toilet dan tgk TV cerita apa pun cakap...Kalau biasa punya time...I busy...nanti kita cakap. I dah sampai rumah, nak makan..nak tgk TV..okaylah nak tido. Gituh. Setelah nak masuk dua tahun...overal dalam 17tahun, bak kata kawan I yang meng quote Ziana Zeng....Terpaksa Aku Redho. Gaduh2 dan komplen yang berpanjangan tanpa ada hasil, akan memenatkan kepala hotak saja. 

Kiah kata, I lurus bendullll. Terima saja apa orang buat kat I. Ishh..ish...I hope she didn't mean lurusbendulbuduhs. Kadang2 dalam perhubungan, bila kita tahu ada centa dan ada sayang...dan orang itu pun ada centa ada sayang tapi tak reti nak pektis, kita hanya boleh bersabar aje. Cannot win all. Dalam 24 jam, 8 jam dia okay..kira okay la tu.Nak kata I ni tak kena dulik idok juga...orang tu ada gak hati dan perasaan nya, cuma sembelit aje. Tapi tak gak bermakna I ni tak reti marah...

Okay, I'm not really a pushover. Sometime I can get angry too...so berjaga-jagalah kalau you berpartnerkan pak/mak turut yang nampak macam all the time sanggup menyeberangi lautan api..lautan Bond Street untuk you. Mereka ada hati juga...yelah, kalau dah berbuat baik dan bersabar dengan peel hantu raya you tu sentiasa dan takde pun tanda-tanda you nak reciprocate...orang macam I ni tidaklah memintak henbeg LV, cukuplah dengan balasan-balasan budi that does not incurr any sky high cost...e.g. kata-kata centa merapu lagi tak masuk akal pun cukup untuk memuaskan hati....

So setelah sekian lama menahan hati...maka saya pun cakap sedas...dan diakhiri dengan kata-kata...do what you like lah. Dan mogok kata-kata pun bermula. This was the time, saya cakap dalam hati..kalau habis, habislah...biar habis dalam keadaan yang diam-diam dan takde trading insult.

Sehinggalah pada satu malam dimasa saya sedang menengok X Factor dengan riang nya..tepon rumah saya berbunyi. Dialah yang call...'ohhh dalam FB you tulis macammm macammmm ye' ---(ehh terasa pulak)

Dan selepas tu, saya tak bercakap..because I can't get any words in...dan keluarlah berbagai pengakuan jujurrr diiringi tangisan-tangisan buaya.

Cukup. We did the infant term, salam balik then kawan..........sungguh drama. malaysia sudah pukul 3 pagi...saya kata tidorlah. Kita sudah okay..saya sayang you. Saya tak pernah kata saya nak tinggalkan you (walaupun plan tu ada hehehe..time marah la tu) Dia pun okay...dan we are back into the good time again...sampailah tadi, orang tu message saya, sayang nanti you balik kita tengok wayang Karipap Karipap Centa ye? You kan sukaaa makan karipap...

Saya jawab..eleh...pandailah you. Ye ke ada cerita karipap ni? Pastu I cakap lah..you, I ni takdelah harap you nak bawak I gi mana-mana...janganlah buat janji palsu nak bawak I tengok Karipap Centa la, Kuih Kosui Centa la..KFC centa la...sebab memamng you tak akan ada masa nya...and sentiasa penat. I will have more luck tengok wayang dgn Kiah or Ani BNS dari nak tunggu you.

Dia marah. You ni, apa lagi lah tak puas ati...kalau komplen pasal I macam2 kann...ni bila I ajak, you kata I main-main lak...dah lah, malas nak cakap lagi.

Saya pun menjadi minachi dalam drama tamil ni...ohh you dah malas ye?? You selalu malas pun, no surprise kann?

Tupp...terus tak cakap dah. 3 minggu gaduh, satu hari baik..now panas hati lagi....

Karipap Centa la sangat kannn....

Sunday, October 02, 2011

So And So Have Spoken.....(lah sangat)

I said to my colleague yesterday that nowadays we don't really need to watch TV for dramas..because you can see plenty of them in FB. I ada sorang colleague ni yang suka sangat meroyan dalam FB. The thing is si dia ni adalah sangat educated among kami-kami ni...well, she went to Uni to get her social work degrees compared to some of us yang hanya ada training aje...meaning, she should know better lah kann...

We are living in the society yang semenjak terasa pandai ni asyik dok menyaman aje...plus, bercakap banyak can actually expose us to more count of vulnerabilities, while some may insist that speaking out or up is one of the good way to get your point across, we must also be aware that not many of us ada ketahanan mental yang kuat serta boleh berfikir dan bertindak rational bila hati sedang bengang.Brain, mouth and heart can't always sychronise and at times, they do have their own mind...maka akan terbitlah benda-benda yang tak disangka-sangka....

FB is such a bad platform for public speaking....when it is very obvious that all the words are actually generated from thinking aloud method. We don't always verbalise what we think..and we don't always think what we verbalise.The amount of time I kena pi tegur kawan-kawan sekerja I dalam FB atas keceluparan mereka itu ialah tak terkiralah banyaknya. Bab-bab camni my boss selalu suruh I lah pulak yang membuat kerja kotor nya...yelah, cakap dengan orang yang sakit, dah kita sah-sah tau mereka tu sakit, so kalau dia taknak dengar cakap kita pun sebab kita tahu dia tu takde upaya nak dengar dan paham dalam satu masa. But bercakap dengan orang yang sakit tapi tak sedar dia sakit ni (kita ni laaa) lagi tinggi cabarannya...

What we wrote is practically a written evidence for everything. Mengutuk orang tu dah lah satu cerita..bila kita meroyan tanpa henti, takde ke tu menunjukkan bukti tahap kesihatan fikiran kita? (Dengan itu, marilah kita mengutuk rakan sekerja kita dalam bahasa kita...dengan se vague-vague yang mungkin)

Terlanjur cakap pasal ni, meh la I nak bergossip sikit. I come across seorang seleburity ni...in the past masa I kerja kat satu stesyen TV, pernah lah the production I was attached to ada deal dengan dia. Ringan mulutnya...to the extend macam nak menunjuk pun ada. That time si dia ni baru balik dari Mekah...wahh...syukur. Susah tau masa tu nak dengar orang fofuler dlm TV gi buat kerja-kerja ibadat. Tak macam sekarang...after nikah, pi Mekah..after baik dari gaduh laki bini pi Mekah...menang award gi Mekah. Sampai ada pulak yang berhajat nak kahwin kat Mekah..bagosssssss naaaaa. He was very excited about it dan kami-kami ni pun rasa syiok lah dengar cerita jejak rasul from him. 15 days dia ada kat set, 15 days lah jugak dia cerita hal Mekah nya...diselangselikan dengan cerita gossip artist lain. He talks about Mekah so much, sampai bila ada orang bagi dia Teh ais bungkus pun dia akan cakap..syukurrr, dapat teh ais free, boleh la I simpan duit gi Mekah. Gittewww...

So hari ni tadi...I nampak dia bukak mulut menggunakan tangannya (dalam FB) jabbering about how some VIP he come across yang buruk perangai gitu. Berani sungguh dia cakap begitu...ye lah, dia tu siapa yang tak kenal and of course kalau dia cakap pasal VIP tu VIP ni, mestilah orang yang kenal dia wil know who was he referring to. His choice of words...hellemekkk. I suppose he really takes pride being the outspoken type....ish, ada gak orang macam ni. Kalau outspoken benda baik as in fight for Orang Asli punya rights pun tak apalah jugak kannn...
Then he went airing his dismay on other stuff...he bemoan why people made such a big fuss about anak dia yang nak kahwin dengan Jan Dee. I nak aja tanya...is it him or kita ni yang masih dok zaman Jurassic yang heran sangat dengan hal-hal camni? Who made the fuss actually, orang lain ke or diri dia sendiri? The fact that went on and on about it with some unflattering remark about Jan Dee, dia kot yang ada problem? Well, kalau orang kata bagus kawin janda because you takyah fork out full price, bukan ke itu degrading nama nya? Lupakah you you ada anak pompuan gak yang belum tahu lagi untung nasib nya?

So you go telling people how you are supportive to your children, you want the best for them...janda ke duda ke, bla bla bla..all that positive reinforcement words too good to be true has exited his mouth. Yo lah pakcik...and this is the same pakcik who masuk paper once upon a time ago merajuk-rajuk sampai satu malaya tahu dia tak suka anak daranya kawan dengan Pak Duda yang dah arwah tu.

So you have spoken I can see and should we all be very afraid? Kalaulah betul orang mengata anak you nak kahwin Jan Dee, bukan ke a wise Pak Haji like you should know better that melayan cakap2 orang yang tak kan memberi pekdah tu, adalah tak membawa pekdah jua?

So, adakah anak kita aje dalam Malaya tu nak kawin Jan Dee? Big deal sangat kahhh? Well, he would differ that...serupa macam..ehh, saya ni adalah sangat bersederhana dalam segala hal...hah! Hambik lah kau Senah kenduri kahwin 3 hari 3 malam, segala majlis ada dari khatam Quran sampai majlis menghantar tetamu pulang....sederhanalah sangat kannnn?

Sekian gossip saya...

Saturday, October 01, 2011

One Grouchy Episode

How's your week been? I started mine by mulling over...to tell this friend of mine of what I really think of her or buat tak tahu saja. We don't live in the same country fortunately and even if I balik KL, I don't think that I'll bump into her, but you never know your fate...sebab selalunya dengan orang kita nak elak lah kita akan selalu terjumpa. Like, I don't go to Secret Recipe that often...but bila I pergi, tak kan adalah I akan terserempak dengan Anuar Jen.

Allah itu maha mengetahui....akan niat tak berapa baik hamba-hamba nya. My mother, bless her soul...selain dari ceramah perdana and cerita jejak rasul yang selalu diperdengarkan kat I bila I dok dekat dia, she will also make a point telling me betapa hubungan sedara mara itu penting dan biarlah orang jahat kat kita, Allah itu maha pengampun etc etc....

She knows that I have stopped talking to some of our relatives. I know she is not singing and dancing about it but I think, she is just sad that I am still angry. How can I tell her that I am not? The anger has disappear (ye lahhh tu) I have buried them somewhere unmarked. I'd like to say it got better; it didn't. What works for me is that I should be separated from it. Kalau terjumpa tu lain cerita...I can't stop the hantus from coming to see my mother but what I can do is to go and sit somewhere away quietly, until they berambus.

Well, kesimpulannya, like always Amma selalu kata, biar orang jahat dengan kita. Jangan mintak or buat balasan. Serahkanlah kepada Allah. If only that is so simple. Sekarang ni, I am rather disappointed with this girl. Kawan lama...banyak sejarahnya...but sekarang bila masing2 dah dewasa, takdelah gunanya lagi mengingat zaman-zaman dia rasa dia bagus dari orang lain tu. Tu pasal lah orang selalu kata, choose only nice words, because you might end up chewing it back yourself.

MB1 kata salah I jugak..sebab I am a people pleaser. Ye ke? Tak lah jugak...dengan kawan yang ini tak ada apa nak di please kan...but I ni murah kesian and more than often walaupun hangat hati dah berbakul-bakul, bila orang tu cerita hal kain dalam dia koyak, I will be the one who would volunteer belikan dia kain dalam baru. Very the cakap tak serupa bikin, kann?

So ceritanya, recently I asked this girl a small favour, and I did say to her...apa2 expenses you nanti claim lah kat I, sebab I yang dok suruh dia buat itu ini. So off she went doing what I asked her to...and lepas tu, dia pun kasik la bill nya kat I. On top of the thing I asked her to get me, she also added this and that cost and pastu mintak (jokingly) extra.

Terus hati I jadik panasssssssssssssssssssssssssssssss. Bley cam tu Kiah?

All I keep saying is that (sampai MB1 and kawan I lagi sorang ni) menyampah dengar is that..I'm not making this bigger fuss because of the money. Tak ke orang yang mendengarnya akan cakap..so, if this is not about money, bayar aje lah apa yang pompuan ni mintak.

Where do I start ye....2 years ago, I mintak bayarkan zakat...which dia tolong...and when I repay her, I added $200 extra. I pikir ni hari nak raya, I ni takde anak2 nak dibelikan baju kasut segala, so I pun sedekah la...(ke I rabun ingat duit $50 tu $1.00)

Kalau orang mintak barangan obersea...tahu sebut brand aje, makcik nilah bawak balik sampai baju nak pakai tak muat nak bawak...memikirkan...ye lah, nak beli kat Kehelll, benda tu beribu reganya...plus some of things yang dia hajatkan tu, takde jual kat KL. Uihh..talk about selera besar gedabak kann? Kita kecik2 dulu apa ke boleh main tudung oren je?

Pun, I tak mintak duit..I ni suka mintak makan...kalau you tak masak, then bawak lah I gi kedai makan yang best2...(bukan DOME ye Kiah...) I ni kurang makan kat UK..nak harapkan MC bawak I gi makan...janji pelsiewww semedang...alih2 aku yang disuruhnya tapau KFC. Chenta tahik kucing itu..kan Kiah??? Dia banyak masalah peribadi yang didatangkan sendiri oleh dirinya. I was always there to talk..walaupun jawuhhhhh ni beribu batu, time pun tak sama, walaupun tahu pukul 3am tu time aku tido, tetap dia nak ngadu untung nasibnya.

Memang lah kita ni tak sepatutnya mengharapkan balasan kann? Tapi, adakah kita juga patut get, get, get and forget or give, give, give and forgive? Tak terpikir ke oleh sipolan tu....that for once, dia perlu juga reciprocate budi/body I yang dia dah terima? I don't know why I am so kecik hati..what is so great about $40 tu, yang macam £10 yang I kadang2 lupa nak keluarkan dari poket lalu terbasuh dlm washing machine.

Am I that petty, Kiah???

MB1 cakap, okay, just pay her the cost of the thing you asked her to get you. But I cakap dgn MB1, err, actually I jugak yang suruh dia buat all the favour and offer to pay her expenses. MB1 cakap, eleh...macam you mintak tolong I beli susu, kat kedai je pun...itu pun tak nak sedekat tenaga ke..selepas banyak benda dia mintak tolong kat you?

Kawan I pulak cakap...is it worth to rock the friendship, just for that small amount of money?

Then I say, is not about the money.

I am still making this fuss. I haven't paid her though.

Kalau I bagitau MC, I dok terbayang dia kata..eleh you ni, bayar aje lah...salah you jugak. Siapa suruh you baik2 sangat dengan orang.

Yes, I should pay her...but I also want to tell her apa yang terbuku..and I think if I cakap, she will ask me to keep my money and she will be gone for good.

Ohh, dia tak bermakna dalam diri ku. (Nasihat anda-anda adalah saya hargai)