About Me

Friday, September 02, 2011

Selamat Hari Raya....

Daripada mula puasa sampailah raya....saya tak berhenti-henti pergi kerja. Padanlah muka saya kannnnn....dek kerna saya ni tak beranak, saya takleh la nak ambik cuti school holiday macam colleague2 saya yang lain. Tetapi adakah saya jehlezzz mereka2 tu cecuti??? Tidakk....kerana bila saya cuti, cuti saya amatlahhh bermakna. Colleague2 saya tu, lepas cuti akan balik ke opis dgn muka dan mood yang macam setan aje. Muka macam setan tu satu hal...komplen tak berduit sepanjang masa. Tapi kalau pergi pub tu adalah pulak duit nya?? Bangang tulll.

Pada hari raya pertama, saya membuat dating dengan kawan saya di Bandar Cina. Saya dah pesan dgn dia, kita pakai baju kurung ye...sebab hari ni hari raya. Dia kata, okay lah..settt. Sesampainya saya dgn baju kurung kain cotton saya tu, dah la sejuk pulak hari tu...kawan saya tu boleh pakai baju pergi pasar aje dengan alasan kain tak jumpa katanya. Well, make sense la...baju kurung bukannya pakai hari-hari kat sini, so kalau kain hilang tu kira biasalah kannn. I ni pun nasib baik baju kurung baru..baju kurung lama I tu tah mana-mana laaaaaa pergi nya. So, bersama-samalah kami pada hari itu, yakni pada satu Syawal, telah menjamu selera memakan Mee Goreng. Yehhhhh....sedih kan??? Hmm...tak lah jugak. Hikss

The conventional thing about Hari Raya is kita ni ziarah menziarahi. Supposedly masa nilah kita nak serang rumah orang tanpa buat appoinment pun. But I recently asked my fren ni, eh..ko pi lah raya rumah sipolan dan si polan tu and she said, ehh..dia tak ajak pun.

I pun pikir...ye lah..kalau orang tak ajak...tak kan kita nak masuk pulak rumah nya kannn? This then begs the question, kalau kita kawan yang agak rapat jua, perlukah kawan kita tu dijemput officially untuk datang?

Privacy rules kaaa or friendship rules???

Since I dah dewasa serta berakal ni...err, dulu dewasa jugak tapi akai kurang sikit, Hari Raya is the day when all sorts of effort is required. Antara effort-effort yang perlu dihari raya termasuklah.....

a) Menunjukkan muka kepada saudara mara yang datang kerumah kita. Sudah lumrahnya kita ni selalunya tak lah berapa suka dengan kaum-kaum yang bersaudara dengan kita ni. Well, we can't choose who we can be related too...kadang2 orang tu pun tak berapa suka dengan kita tapi kerana Hari Raya dan adanya hubungan tahik kucing ini, maka digagahkan lah kaki-kaki mereka itu untuk datang melawat rumah makpak kita. When I was younger...everytime I nampak orang datang everytime jugaklahh I cabut lari masuk bilik and kunci pintu. Things did get gradually better after that, yakni salam dan lari. Then, when I was made to ikut amma appa di beraya, I saw the exact example of me, anak orang tu tak nak pun datang salam pakmak sedara nya (amma appa I) and macam jahanam catwalk masuk bilik. That left my mum terkonting-konting lah nak bertanya khabar budak sumbung tu via makpaknya. Terasa sampai ketulang sum-sum I agaknya camtulah malunya makpak I bila orang datang I lari masuk bilik. Setelah peristiwa itu, I telah mendapat cahaya kebenaran and after that, bila orang datang...I will tunjuk muka and duduk with them until depa tu balik. Because I ni tak berapa peramah I senyum kambing gurun aje lah sepanjang masa dan menjawab soklan-soklan berupa puaka 'apo lahhh yang kau tunggu laie ni...adik-adik kau semuo eh dah berlaki..kito orang pompuan ni tak elok do nak milih-milih bona...kesiannnn kek omak kau'. Lerrr haii...I nak aje menjawab..but I know that berbalas pantun dengan sedara-mara yg macam gini tak ada untung nya..tak pasal2 nanti dia kata...patut lah tak berlaki..handa mulut eh menjawab. Knowing that the masyarakat have the propensity to blame amma appa atas apa saja kelakuan anak-anak mereka, keeping schtum is wayyy wayy much better.

b) Selain dari menunjukkan muka bila orang datang kerumah kita, kita jugak perlulah gagahkan bontot kita menunjukkan muka kita dirumah orang jua. If you're above 25 dan masih belum mempunyai tanda-tanda untuk berlaki, please expect pertanyaan-pertanyaan puaka dari tuan punya rumah merangkap sedara kita tu ye.

c) Hari Raya jua adalah hari yang menuntut pelbagai jenis tahap kesabaran. Especially dengan adik beradik kita sendiri. Kalau kita ramai adik beradik lelaki, cabaran berhari raya adalah berbeza dengan adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki hanya pandai membawak kawan2 dan meng expect kita menjadi bibik menghidang barang makan kat kengkawan nya. Adakah adik beradik lelaki kita tu nak tolong memasak atau membasuh pinggan? Ohh tidakk...disuruh pergi beli ais ataupun memotong nasik himpit pun akan dibuat pekak. Setelah garuda2 kengkawan jantan mereka tu datang, mereka pun akan ikut serta menjadi garuda dirumah orang lain jua. Mereka mempunyai banyak peluang nak menayang baju raya dirumah orang dan sedara pompuan mereka ni hanya terperap dirumah menjadi waitress tak berbayar. Kalau kita ni beraya pulak dengan ipar duai...siaplah kita dengan segala ragam ipar-ipar kita tu yang mahukan menu yang mengikut cita rasa tembolok dia tanpa ada unsur-unsur practical untuk memudahkan kerja. Contohnya, mak kita nak goreng meehon...pastu kakak kita kata lakinya nak makan nasik gulai lemak pepagi raya. Mulut kita yang mungil ni nak je kata...eh, kalau kau nak makan gulai lemak, ko balik lah rumah kau. Tak gituuu? Tidak...laki kakak kita merangkap kerbau balau itu tetap juga nak berfeeling tuan rumah takpun VIP visitor yang keinginan perut boroinya perlu dipenuhi.

d) Pengorbanan yang tak belah bahagi jua adalah perlu. Dari pagi kita dan menyinsing lengan bersingkap kain mengemas rumah, menjadi waitress, bibik dan bankers (pemberi angpau) dan bila malam menjelma, ada program Hari Raya bersama Sila Majit. Kita dah kompang dari pagi...aku nak tengok Sila Majit ye...jangan kacau. Tiba-tiba....pabila Sila Majit muncul menyanyi Aidilfitri yang mulia...3 buah kereta datang beraya dan amma kata, kita kena hidang nasik. Menitikkkk air mata kita. Sila Majit tu entah bilalah ada repeatnya...and raya ke lima kita dah nak balik London.

Selamat Hari Raya uolssss....

10 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Makji! Semoga hepi selalu dan aman tenteram hendaknya. +Lobai+

Anonymous said...

LOL ! this is such a funny piece !
Selamat Hari Raya , maaf zahir batin..
That is so true of women folk on Raya day..sampai tak pegi semayang raya dek sebok kat dapur. Walhal Eid prayers and khutbah is such an important event to attend.
Luckily i managed to escape mum in law's kitchen in the morning :)

Anonymous said...

peminat silat majit rupanya hahaha
i suka part ittew

Typhoon Sue said...

Hahaha
i can soooo relate to para (a). Mmg aku selalu salam dan larik aje dolu2.. pastu mak aku pun kena la explain itu ini kat orang. ada kengkadang tu, tak kuar langsung pun ada. Now dah tua2 bangka ni, aku awal2 lagi dah gi salam, and duduk sembang2 jap. Nasib baik la soklan2 puaka tu takdak tahun ni... depa dah penat tanya kut? ye la kan, tiap2 tahun tanya takde jugak kawin2, buang air liur aje la gamaknya kalau nak bertanya lagi, haha.

aking said...

nyah...aku dari dulu lagi mmg officialy bibik a.k.a in spanish aku lah Maria Clara ok!!!.Multitasking kieww semua zone aku cover termasuk zone halaman rumah n buang sampah? Untungggg mak aku kan? alhamdulillah cahaya juga aku dapat.Mrasa!! hahahaha

Anonymous said...

Salam Eid Mubarak Mak Aji Esah!

I was like you - part lari masuk bilik dolu2..and now as we get older, I realized the importance of showing our face(literally) to sedara-mara & tadah telinga je la dgn soklan2 cepu omeh tu. I still did the washing up (to avoid entertaining the guests) but I'm doing it with a better keikhlasan now hehehe...-rad-

Izuan Kunang-Kunang said...

Since I ni Kak Long, I la yg jadi bibik ok!! Adik I yg jantan tu kejenya mengangkut kawan2 dia datang. Kalau sorang dua takpe. Ni ramainya mengalahkan tentera bergajah Abrahah. Bila kawan2 dia cabut, dia pun ikut cabut sekali. Hantu betul!!! Anyway, selamat hari raya naaaaa!!!

Cik Kiah said...

I dah ada laki dan anak tp still salam and lari masuk bilik. Kenkadang pak mak I tak habaq pun ada org dtg rumah...depa biarkan je aku mengoluh dlm bilik. Parental love is unconditional kan?

ruggedmom said...

suko bona tang soklan puako tu hahahah...dulu masa umo baru 22 dah sibuk org tanyo soklan puako tu

Hjh Esah Jolie said...

Selamat hari raya to you too, Lobai...

Anon..good for you.

Sue...begitulah adanya nasib kita yang belum teringin nak berlaki ni..hahahaha.

Aking, mung klw tak dibagi assignment Maria Clara pung, mung kopom volunteer kannn?

Rad, basuh pinggan adalah escapism yg paling selamat, sebab ko tak yah berpura-pura berminat dgn cerita diorang tu...plus, lagi berlambak pinggan lagi bagus, nescaya ko akan di exempt dari kena gi melawat rumah org pulak..hiks

Izuan, kalau dah Kak Long, itu lah nasib nya...tapi ada jugak Kak Long set set Datin yang mengarah adik2 aje keja nya...samdol betul kaklong yg jenis ittew..

Kiah, your mom has already given up hoping on you...pray Allah she is grooming yr anak daras

RM, 22 tu kiro dah almbek, ado orang lopeh SPM dah start tanyo...