About Me

Monday, June 27, 2011

Kuning Itu Tidaklah Bersih Sangat Punn....Kan?

Before I returned, there was this big news about BERSIH. There is this huge majority of Malaysians who believe that our voting system is not as 'clean' as it should be. I for once, believe that. I grew up in a small town witnessing cash handouts to warrant a vote.

But siapalah yang tak BERSIH sebenarnya ni? Shall we point to the one who accepted handout and pangkah the party everyone think tak BERSIH?

It is best if I don't talk about Malaysian political scenario because I know noughts. But it is very apparent that all the so called pembangkang mahupung yang tidak bangkang adalah kaya dan raya.

Who is Anwar Ibrahim to call Mahathir a maha zalim when he mercilessly toppled Ghaffar Baba and calling him an old git? There are all practically the same, although I have slightly more admiration to Tun Mahathir.

Since the Cameronian took over, we saw many students rallying in the streets of London. The Police is there to make sure the civillian like me yang nak pi keja naik bus tube segala ni are safe.

What was observed during the reign of Party Tidollah and prodigal SIL is that MaLAYSIAN have better freedom in many things. That's a good signs albeit weak leader. They can blog about every single thing that crossed their mind.

We should speak up about things that we believe need to be put right....like membayar tol dengan banyak nya and kenapa ticket MAS sangat mahal padahal yang naik nya adalah orang Malaysia (tetappp ni ada kepentingan sendiri)

Tetapi, bersihkan lah diri kita dulu sebelum kita bersihkan orang lain.

8 comments:

aking said...

it supposed to be BERSIH shouted not REFORMASI*that was sooooooooooooo 1999*

Anonymous said...

" Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan"

Anonymous said...

Masih terdapat ramai orang yang tidak faham bersih itu apa tetapi masih komen seperti tahu apa itu bersih.

Apa itu bersih?

bersih ialah satu kempen. Ia bukan parti politik. Oleh itu ia tidak memerlukan ROS dan apa2 pendaftaran sekalipun. Anggap sahaja kempen 1malaysia sebagai contoh. Sepertimana najib kempenkan 1malaysia untuk menyatupadukan rakyat.

Apa kempen bersih?

Kempen bersih ialah membantu menambahbaikpulihkan sistem SPR. 8 perkara bawah neh di tuntut ;

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI <-- Terdapat kecelaruan maklumat dalam sistem spr sendiri. Ini ialah salah satu contoh. Jadi kita minta SPR bersihkan senarai undi mereka. Kita tidak tuduh SPR kotor. Contoh ;

Bersih : Saya nampak ada kotoran di belakang baju awak lah!
SPR : Yeke? Mana2, saya tak perasan pun.
Bersih : Ada di belakang awak, mari saya tolong bersihkan.
SPR : Terima kasih ya. Lain kali saya akan lihat sendiri di cermin supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.
Kita nampak ada kecelaruan maklumat, kita bagitau SPR supaya dia betulkan. Simple. Kita bukan marah + tuduh + fitnah + atau nak perang.

2. MENREFORMASI UNDI POS <-- Sistem undi pos yang ada ini tidak relevan. Aku ada saudara yang bekerja sebagai askar. Dia tidak pernah mengundi. Dia masih seorang askar sehingga ke hari neh. Dan dia tahu bahawa undi dia adalah reserved untuk BN. Bukan kah ini negara demokrasi? Jangan gunakan undi pos untuk hal sendiri. Bagi peluang kepada mereka untuk memilih dan memangkah apa yang mereka sukai.

Jangan jumpa / meeting dengan mereka sehari sebelum dan selepas undi pos. Kenapa perlu "nasihat" supaya mereka sedar bahawa mereka bekerja dengan siapa, makan duit siapa, kena kenang budi dan sebagainya. Jangan. Bagi mereka pilih apa yang mereka mahu. Jangan ugut dan jangan paksa. Sebab itu sistem undi pos seharusnya dihapuskan. Biarlah mereka mengundi sesiapa yang mereka suka dan perkara itu haruslah dirahsia bagi menjaga privacy masing2.

Anonymous said...

...continue here


3. GUNA DAKWAT KEKAL <-- Kita mahukan penggunaan dakwat kekal. Perlu supaya tidak berlaku pemanipulasi. Kita tidak mahu satu individu boleh mengundi di seratus tempat yang sama. Selepas dia mengundi, kita cop dia. Biar kita tahu bahawa dia telah mengundi di satu2 kawasan dan tidak boleh mengundi lagi di mana2 kawasan yang lain.

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI <-- kita mohon masa kempen yang panjang supaya kita boleh bersedia untuk berkempen. Itu sahaja.

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL <-- Kita mahukan media yang bebas dan telus. Kita bukan mahu media yang bodek satu2 parti. Kita tak perlukan media pro pembangkang dan sebagainya. kita cuma mahukan media adil yang melaporkan kes berdasarkan fakta. Itu sahaja. kita tak minta media menipu dan menfitnah mana2 individu demi kita tetapi kita cuma minta media bersikap telus dan adil. Adakah permintaan ini berat dan sukar bagi SPR?

Peranan media sangat penting untuk menyampaikan maklumat direct kepada rakyat. Apatah lagi media arus perdana dipelopori oleh pro kerajaan atas pelbagai sekatan dan tekanan polisi kerajaan terhadap mereka. Ibarat sistem AUKU. Kita mahukan sekatan neh di hapuskan. Laporkan yang jujur dan benar sahaja. Susah sangat ke?

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM <-- Institusi awam harus dibebaskan daripada kekangan dan peraturan yang tidak munasabah. Dalam erti kata lain, tangan ghaib tidak patut timbul dan masuk campur dalam apa2 hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan dasar negara untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan agar merasionalkan tindakan yang salah.

7. HENTIKAN RASUAH <-- Seringkali berlaku rasuah dan penyelewengan dalam kempen pilihanraya. Benda itu sangat terang dan terbukti banyak kali. Oleh itu kita minta SPR alert dan faham bahawa rasuah ini sangat bahaya. Ianya ialah penyakit. Rasuah boleh merosakkan dan membinasakan negara.

Sepertimana yang kita alami sekarang, kesan akubat rasuah. Disebabkan rasuah lah kita lihat pelbagai projek mega terabai, bangunan runtuh, projek yang tak lulus qc tapi di approved dan macam2 lagi. Terlalu banyak. Andai wakil rakyat menang dengan cara rasuah sudah tentulah dia akan gunakan cara yang sama untuk kekalkan kuasa dan ketika berkuasa, sudah tentu dia akan merasuah dan memberi rasuah. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR <-- Inilah amalan yang kita mahu SPR faham. Amalan neh tidak bersih dan tidak boleh diamalkan. Politik kotor dengan menyerang peribadi, menfitnah, mengaibkan, mencabut banner, melarang pembangkang berceramah dan berkempen politik, menutup kawasan ceramah, menggunakan polis untuk menghentikan ceramah, sengaja tak beri permit ceramah, sempadankan semula kawasan, dan macam2 lagi lah benda yang tidak sepatut timbul.

Di negara yang demokrasi neh kita minta agar spr izinkan kita bertanding secara adil dengan pihak yang lagi satu. Apa salahnya bertanding secara adil dan saksama? Bukanlah kita meminta perkara yang bukan2. Kita cuma minta jauhi amalan politik kotor dan kita bertanding secara adil.

matt said...

kenapa ratu elizebeth memakai kuning semalam ketika najib mengadap beliau?
apa sudah jadi? (Ini mesti Queen Browse Internet utk mengenali Najib dgn lebih dekat)

ini satu tamparan kepada najib
ini melekehkan najib

dalam bahasa diplomatik
ini memperlekehkan najib
baju kuning sengaja dipakai
ini sengaja dilakukan

dalam bahasa diplomatik
ini tanda tanda penghinaan
terhadap najib

seminggu dahulu
sepupu najib kata
warna kuning diharamkan

kelmarin polis upahan gerombolan
kata warna kuning haram
ada yang telah ditangkap

ratu elizebeth sengaja
menganjing najib
kah kah kah

Hjh Esah Jolie said...

Anon, ko ni salah channel lah pulak nak ber propaganda pun....haiya, gi lah kat FB najib tu..

Matt, a'ah kann...saja je lah QE 11 tu...

matt said...

Bukan apa aku tempelkan kat sini sebab ko kata : Kuning itu tidaklah bersih sanagt pun...kan?


Aku memang minat baca ko nyer blog (silent reader) tapi bila ko mula stereotype bersih, hati aku tak leh tahan beb...dari silent reader jadi stand-up-for-bersih reader.

I know what a good cause is when i see one. Itu jer. Aku tak salah tempat.

Hjh Esah Jolie said...

In what way I stereotype BERSIH? The mission sentiment is correct however they allow themselves to be politocised by the org yang tak berapa BERSIH. I am all for BERSIH, tapi apa yang BERSIH nya pembangkang yg gunakan BERSIH as a platfoem to promote their corrupted ideology? Thats why I said KUNING tu tak lah bersih sgt pun...maksud saya, PASPKRDAP bersih kah jua? BERSIH should just go and stand independently against them corrupted politicians. Good for yoy if you know a good cause when you see one but I would prefer it if you express your view abt politics at places where you share similar sentiment. Saya hanya menulis apa yg saya observe dan nak gelakkan mereka yang nak me rebel tak tentu cause. :) Ini bukan platform politikus, Encik...