About Me

Thursday, March 17, 2016

Hit And Miss

Uolss sure tahu pasal cerita Awiek dan bini baru nya kann? Alaaa...mestilah tahu pasai kluor sokabar. Cerita Awiek dengan bini nya yang ini seems to be in headlines mostly for unsavoury reasons.

Memulanya cerita pasal Awiek terkantoi sebab ...well, bini nya yang ini adalah cawangan kedua tanpa SSM registration. Tau tau ada orang hantor gambor. Maka isteri pertama pun...err, err..nasib baik lah bini pertamanya bukan macam Kiah and Awiek will not live to see the morrow. Sebagai pompuan yang tertipu, ya lah kauu...kau dah memberi segalanya, korbankan kerjaya etc etc...sebab nak jadi isteri dan ibu mithali, stay out of the limelight, hari-hari dihabiskan dengan memasak, lipat sakit berbukit hahhhh....tetiba dihadiahkan dengan kawan baru. Tak kau rasa nak menangis tengah jalan?

I think I have written about it before...and masa tu reaksi bini pertama Awiek ni ialah...(ni versi palahotak I la ye) hahhh, ko nak menikah baru sangat...aku penat jaga anak, jaga tu jaga hini dalam rumah iniii..maka, sekarang akan ku kejar kebebasan yang ko deprive kan dari ku...si bini pertama yang muka selembut sutera tu pun membuat larian solo dan meninggalkan anak-anak kat Awiek. Well, why shouldn't she kan Kiah? Aku sampai tak sempat nak tukar bra dek jaga anak kau, ko sesedap ja kawin baru. 

Of course being a pig (oops) Awiek will not take this all lying down. Di kutuk nya bini pertama tu tak da tanggungjawab kat anak-anak dan lari macam tu aje...sambil nangis ayor mata boya dalam press conference nya. Laknat tol Awiek masa tu, pada hemat I. I don't know about you but kalo lah I yang ada dalam situasi bini pertama Awiek, memang I akan ajor Awiek ghopa tu. 

Maka rezeki cawangan kedua dapat naik carta setelah Awiek bercerai dgn bini pertama nya. Nak kata bini baru nya chantekk, well...if you are into voracious kind of look, well...those yang ghopa having a very eager approach to an activity, maka the bini baru fits the bill. Bini lama ala-ala gadis ayu. Susah tau nak faham jantan sebenor nya...uols kalo nak buat bini suka yang berciri bitch-bitch ke?

Dan rezeki ex bini pun dimurahkan Allah dengan mendapat laki yang ghopa-ghopa beriman dan bujang. Ye la...Awiek kan ghopa Ayahanda kawasan, nak kata dalam hati ada taman pun 114 kali gak la orang nak pikir. 

Awiek pun hidop bahagia dgn bini baru nya. Kakak bini baru nya adalah felakon watak garang dan dengarnya setelah all out in the open, dia pun lembutlah hati nak terima Awiek sebagai hadik hipar. Dan panas pun sampailah ke....tengahari pijor hangat, dimana keluar cerita, Awiek telah menerajang bini nya sampai patah riok terkelepet gittew. 

Banyak lah sides of stories yang kluar. Katanya Awiek naik hangin selepas mengetahui life savings nya dicopet dek sang bini untuk membeli beg mahal. Rasanya Awiek idok lah marah nau kalau duit perabis beli Corell, ya lah..cantik lah jugak hidangan meja makan...tapi beg mahal dapat kat bini nya sorang lah yang dapat melawa nya. Dengar nya depan bank pun dirembat bini baru nya tu. Ishh ishh...

Dan of course la adegan grievous bodily harm tu  menjadik kes polisi dan masuk mahkamah segala. OKT (Orang Kena Terajang) nak tuntut cerai. Awiek the OTT (Orang Tukang Terajang) kata dia akan cerai bila dia dapat collect balik duit dia..wah wahh..sial nya ko jantan.  

Dan bermulalah drama ya uols. Drama dalam IG, dalam media sosial, he says she says...his BFF says, her BFF says..gitu gamaknya sekarang ni. Tukang pemberi maklumat kenkadang lebih kari dari roti canai. Because OKT yang lari dari umah, maka dia taklah dapat jumpa anak-anak nya. Haaa...dah takdapat jumpa anak mula la kluor drama Ibu terseksa jiwa raga.

OTT kata OKT dah memandremkan nya sampai dia sanggup tinggalkan or buat lahanat kat bini pertama nya dulu.....hek elehhh, dalam keadaan dibawah pengaruh mandrem boleh lak kau pi cari tempat nikah kat overseas nun...and masa nak justify nikoh kedua tu idok lah ko bercakap ala-ala dalam trance ye dak? Siap dapat support bapak OKT katanya masa tu. OTT juga kata dia jumpa banyak barang mandrem dalam rumah nya...

Nak dijadikan cerita..nikah kat overseas tu taklah laku sebab registration kat tanah Malaya palsu kat tahapa bana. Wahh wahh..maka terlepaslah OKT scot-free dari menjadi isteri terseksa Ayahanda Awiek. 

Dan bebaru ni pulak, the kes telah selesai lah dgn OTT memohon mahap dan membayor denda 10,000. Makna nya kalau dah mohon mahap tu memang lah kome yang menerajang bini komer tu kan...awatnya khabor tak mengaku bersalah tu hari?

Disebabkan Makji uols kaki sibuk ni mengikuti IG wanita garang kakak kepada OKT tu, maka no prize in guessing where her allegiance lies kann...dan juga dia secara open menyatakan opinion nya kepada OTT...takat cakap kat IG la ya. Biasalah...hal rumahtangga, mesti ada sides. Tangan I nak saja komen kat IG ex SIL OTT tu yang..gamaknya, masa OTT dirampok dek OKT dari bini nya dulu, idok kah dia merasa bersalah memecah belahkan rumahtangga dan hati pompuan lain?

Uols rasa...setelah kita tahu sejarah silam OKT, nak kita menyibuk menderma simpati kita kat dia? Kalau I jadik wanita garang kakak OKT tu, I baik diam saja. Adik ko dulu rampok laki orang...so dah jadi camni, mungkin doa pompuan teraniaya..takpun doa anak tiri yang teraniaya gamak nya. Dah elok lah ko dapat jodoh kaki terajang camtu. 

Dan kepada Awiek, dah nama pun bini, duit meww duit keww la...agaknya OKT mintak baik-baik nak beli henbge ko tak kasik...dah ko simpan segala duit atas nama dia, maka tu technically duit dia la kannn?

Eh ehh...you both deserved each other lah. To OKT, you 'hit' the live of an innocent wife, ko main mata dgn Mat Motor kaki pukul ni, for what you are missing in your life right now, anggaplah ni semua pengajaran.

To OTT, I bet you are suffering the hit and miss thing the most. Makji hanya boleh kata....padannnnn muka kau nokkk.

Sekian. 

Monday, March 14, 2016

Tundukkan Playboy Bangang Itu

Haiiii uolsss....

Abaikan tajuk diatas. I sebenarnya nak tunjuk kat kawan I yang I support hobinya menengok cerita-cerita yang cenggitu. Cerita terbaru edisi maghrib TVtiga tu I tak tertengok pun, dek takde nya urgency nak cehck out siapa jantan or pompuan yang boleh ber prospect menjadi apple candy I. 

Bila I jarang update makanya itu bermakna I ada di Malaya yang...hadoiii la hangat nya semenjak dua menjak ni. I dah berjanji pada diri I yang I takmau komplen panass panasss, sebab I kat Hinglen pun keroje nya tak puas ngomplen jua...so untuk tidak mengiyakan fakta yang I ni kuat komplen, maka yeahh I akan diamkan saja sambil berpeluh-peluh. 

Oh ya bercakap pasal fakta...ada lah kawan saya yang sesungguhnya beraspirasi nak jadi trolley dolley tu kata keroje TD ni hanyalah penuh glamour semata-mata. Ye lah sesokmo nampak chantek. Cuci jamban pun kenalah nampak cantikkann? Senyummm ja tau bila kena sanitise lavatory yang berbau puaka tu. 

Uols tau kan...jamban dalam flight tu bukannya macam jamban kat office you. Well, unless you are in the queue. You can pinpoint to the offender of kencing haring or berak bau lahanat straightaway. But kalo you need to go and went it and tetiba disajikan dgn bau haramjad tu, what can you do? Lari sebatu? 

If you are like me, because I need to go, I will get it to the standard yang bearable to my level of hygienic expectation. I kenot go kat toilet bau haram or ada apa-apa yang mematahkan semangat nak memakai toilet ni. So I suffer in silence gitu..dan beruntung betul orang lepas I.

But if you are the Diva AA type yang termasuk lavatory berbau, step out and decide to just jeritkan cabin crew yang tengah lalu kat area tu and make your demand for the lavatory to be cleaned for you. I don't know about other crew but I pernah lah kena. Passenger Siew Mooi ni. Dengan jari telunjuk aja dia buat demand.And of course la, at 30,000 feet above sea level stucked in a confine space, you boleh cakap apa? Takkan u nak cakap, oii Nyonya, pi la cuci senirikk!

No. That's the dirty job for you. Maka dengan mekap dan rambut se neat-neat alam, you kena cuci jamban itu. Senyum dalam tangisan sangat ya. 

But I do understand where the glamorous perception came from. The air that came with it. You can see us from afar...dalam van transport....u can see us tolak bag dalam barisan...

But you can never see us bersidai pakai unipom seperti yang di war war kan dalam drama melayu itu. No. We cannot be seen hanging out with the Capt clinging to his arm...depan arrival or departure hall.  Tu semua tipoooo. 

Okay...betul. I don't look up to it. Sebab I ni sangat pemalu dan tak pernah rasa diri ni bak aruah Angeline Premila. On top of tak shantekk, I have serious social issue. 

I do not deal well with having the company of strangers. Then and now. Now dah okay sikit kot but still I know I have problems. I still rasa macam nak pecah kepala when strangers are unexpectedly thrust upon me. Sebagai introvert tegar, having to socialise really screws me up. I am the type that need to make necessary mental and emotional preparations. Orang ajak I pi party or keluar, I will ask, siapa lagi ikut/ada? If I cannot cope,I will just withdraw my participation. 

Pernah I dibawa ke art gallery saja janji awalnya....pastu ada pulak sessi mingle memingle....astaga. And to make things worst, your company dah ghaib memingle dengan seantero partygoers yang dia kenal maka tinggal lah I terkapar-kapar kelemasan.

Kesudahannya? Bila balik..dalam kereta I dah naik hangin....and the next day was spent recovering my balance. Really..that happens to me ya...

People assume that doing the work I do, I ni boleh fit in mana-mana. NO. I maybe good at solving and knowing problem and how to work around it, but my personality dengan kebolehan diri adalah entiti berbeza ya...

You can read me differently...and have this imagination yang I ni easy going. Hakikatnya...agaknya selepas secawan kopi, you akan kata, ohh patut lah dia kerja camtu, dia pun camtu. Amekkk kau.

Baru-baru ni I jatuh sakit..dan dalam sakit-sakit tu I dah bertekad untuk make more time for friends and family. Weihhh macam-macam betul aspirasi social bunny I.

And I agreed for my personal mobile number to be passed among friends. Two days lepas tu I rasa nak tukar nombor. No, I don't know how to bual kosong.I find it hard to re tell stories, where have I been...so so...

Apart from making new friends, I also managed to have lose some along the way. To those who slipped, I have reasons...bukan lah I nak justify tapi tataulah...sometimes only you know why you can't soldier on. To those yang suddenly muted...I guess, apalah nak diherankan, kalau I boleh tetiba jadi mute kat orang, orang pun boleh tetiba mute dengan I, kan?

Semoga kita semua mendapat kebahagiaan.