About Me

Sunday, December 20, 2015

Special Kids Difficult Parents

Berenti sat cakap pasal Bangkak Ajuwan. Berenti sat..bukan berenti teruih naaa. Sakit kot jiwa I ni sebab kenot get him out of my head gittew.

I am sure uols know what I do for a living. Dari UK hingga ke Malaya, kerja yang sama la gak cuma di Malaya, Boss I adalah I sendiri.

Makji uols ni belum kaya lagi na...kalau dah kaya pun hasil kekayaan tu hanya baru dapat dirasai oleh anak-anak miau. Merasa anak miau berfeeling polar bear, tido dalam aircond dan makan makanan jenama mahal. Syukur alhamdulillah. Mereka-mereka inilah diharapkan akan mendoakan omak manusia deme ni sihat, kuat dan murah rezeki.

Doa anak-anak (miau) yang solehh gittew.

I ada dua kerja...satu dgn kanak-kanak terencat pembesaran dan sel otak nya dan satu lagi dgn orang orang dewasa berbulu yang terganggu mental nya. Dar jaman digaji dek NHS dan local council, cabaran kerja ni adalah sama saja. Kita kena tahu apa tujuan kita buat kerja ni.

Nak glamour? Apalah glamour nya reja ni? Ilekkk pochikk. I bukan nya Consultant Psiko yang boleh pi bagi talk sana sini cakap pasai how to jaga your mental health. Saya rasa yang bagi-bagi talk tu pun set yang hanya pandai gebang ja. Cuba ko letak dia dalam ward berkunci dan di confront oleh manusia-manusia garang. wahh wahh....mau berak cirit kat situ jugak.

But different professionals different ability, kan? Biaq la yang pandai belajar terus menjadi pandai. So far, di malaya ni saya dah ada 4 pesakit. Dua orang dah disuruh keluar. Sebab dah boleh hidup sendiri. Masa dihantar kepada saya dulu, mandi pun tak nak.

Dgn Izin Allah, selepas dikerjakan, maka jadilah manusia. Pesakit mental ni pun manusia biasa saja, mintak dipahami. Mereka juga bijak mengguna dan dipergunakan kan.

So kalau uols ada adik kakak yang uols rasa buat menyemak mata memandang dan menuju kearah pereputan, silalah hantar kat pusat rehab I. Hik hik..promo.

Second work is dgn kekanak. Ini lah yang paling menekan jiwa sekali. Bukan kekanak yang menekan jiwa ya...dah nama pun kekanak Autistik yang makpak deme suka nau panggil anak sorgaaaa, adalah yang berlainan sifat.

Kita yang ada kelebihan ni patut nya paham lah jiwa anak-anak ni.

Tapi....sepanjang nak dekat 2 tahun, sama umur nya dgn anak-anak bulus I, kekanak ni hanya menumbang 10% dari masalah mental I. 70% peratus kegilaan dan ketahian adalah datang dari makpak dia.

Para ibu bapa yang ngaku Islam kebanyakan nya kata..I dah redhoooo dah youuu..dah redhoooo..anak I anak sorgaaaaaa. Ye lah kak oii. Redho lah.

Most parents accepted their special child, acceptance setakat cakap mulut dan dah pujuk hati memasing lebih kurang...kan?

But, acceptance and understanding tu, lain head title ya? Like, aku terima anak ku lahirnya ada Autism...or whatever condition under the payung, tapiii....

Tetap gak mahu budak tu jadik macam manusia biasa...biasa ikut taraf mak pak nya. Hok olohhh. 

Pastu membuat keluhan keluhan menyayat hati bak cerita Hindostan dimana sekolah biasa rejek anak diorang. Laa kak, dah ko tahu anak ko cenggitu, dan memang patut masuk tempat khas, bakpo nyo dok gigih marah tadika biasa sebab tammo amik anak kau?

Ko hengat tadika tu nak caro anak mu sorang saja?

Then ada pulak parents yang....semua Dr tak betul. Semua therapist tak betul....dah tu, jo ajar la anak ko sendiri naaa. 

Another set of parents yang I pernah jumpa..yang ni pulak set-set lebih sudu dari kuah. Kereta penuh segala sticker I lap you Autistic tah segala menda, anak dia bila I tengok tak da la apa-apa sangat tapi makpak dah line up segala macam specialist appointment. Sekejap nak jumpa pakar tu, sekajap nak jumpa pakar ni...

Sampai I tanya, ehh kan dah jumpa Dr so and so dah tu hari, awat nya nak bawak jumpa Prof Dr sekian-sekian pulak? Nak dapat confirmation katanya. Dah la budak tu kena hadap macam2 test. Padahal budak tu memang dalam kategori umur nak main dgn kengkawan ja..dah dihantar terapi sana sini. 

Anak dah besar cenggitu makan bersuap, bila tanya apasal masih disuap...omaknya kata kalo tak suap dia tammo makan. Hek elehh....ko ingat anak ko 7 bulan? Tak nak makan bior dia lapar, ya tak?

I nak tegur lelebih kang kecik ati. Lagipun dah ada jugak makpak yang kecik ati dgn kelancangan kuningan mulut I. 

See, what people don't realise (or perhap tak nak paham) is siapa in the position of control sekarang? Yessaaa..mak pak. So ko la punya keja maintain boundary dgn anak ko. 

Awat yang ko malu sangat anak ko lemah belajar yang ko nak kena hantar dia ke segala macam kelas? 

Satu lagi..you really don't need to have or find reason for everything. Ehh apasal ya anak I suka buat camni..suka buat camni...well, unless he or she can tell you, stop la worrying. Ko cari jalan nak bagi positive stimulation. Ko jangan pi ngadu satu dunia anak ko pi terajang ko laki bini and u have no idea what to do.

If the kid is out of control, there is always child psychiatric ward kan?Tak ada salah nya makan ubat. Ni ko sebagai mak gasak la gigik nak jadi magsa perbuatan anak-anak. hari hari tunjuk bruise, ni la hasil adegan nak pergi sekolah dgn I syurga I hari ni hu..hu..hu..ish, meluat Kak Melah baca hehh.

Here's what I think...tak ada sapa tahu nak selesaikan masalah orang lain melainkan kita sama-sama cari jalan. Dah anak perangai buruk regim Asad, kalau dah koje nya nak pelangkung kengkawan dia kat tadikanya, maka ko bagilah dia makan ubat penenang, tak pun ko pelempang barang sedas. 

Over protective is okay...suffocating yourself out of any option is not.Belajar lah terima keadaan anak tu dan belajar lah buat macam biasa. 

Buat macam biasa? Ya..buat macam biasa. Bila anak kita lemah, kita up lah sikit speed kita dalam mendidik. Kalau rasa kita ni takda kepakaran kita hantar la kat orang lain. Macam kita hantar anak kita mengaji la...hantar kat orang yang kerja nya ajar mengaji. kalo anak kita macam setan perangai nya, kita cari la ustaz yang garang sikit dan kalo anak kita set-set lemah semangat, ko hantar lah kat Setazah yang keibuan sikit.

Pokoknya, kita kena paham masalah anak kita tu. Kita jangan taruk agenda kita yakni, nak anak kembali 'normal' dan tidak memanjat macam anak orang lain. Hek elehh..ada ka budak yang tak memanjat?

Rungutan ini akan disambung. Doakan saya tidak emosi. 

2 comments:

Anonymous said...

Makaji kena tambah satu lagi kejer... bukak kelas makbapak anak sorga. Siriyes. Makpak yg makaji jumpa nmpk macho tu entah berapa lapis mask depa pakai nak cover line.. agaknyerr.

seri said...

Mak aji punya pusat rehab tuh nama apa? mana tau kot saya perlukannya di kengdian hari.