Hello y'all. Busy ke aiiii? Tak uols...tak sangat. Pasal tu boleh update ye.
Macam biasa laaa..bila tahun dah dekat nak habis ni macam-macam declarations kita boleh baca kat pesbuk la...instageraham la...twittwit laaa...tentang analisa sepanjang tahun takpun cadangan azam baru masing-masing.
Ada yang berterima kasih dari hujung rambut ke hujung kaki pasal dia dikurniakan macam2 benda antaranya...anak yg dapat straight A's...(this is after the numerous statuses about the result) dapat pi holiday...dapat habiskan sebulan puasa tanpa halangan katanya (inadvertently hinting her menses irregularities dia tak sedar) kasih sayang swomi yang bertambah-tambah katanyaa...dan macam-macam lah rezeki yang jatuh keatas riba nya.
Bila kita baca...tak tau nak menyampah ke nak rasa happy. Tengok orang lah kan. If kawan tu set yg sokmo dirundung malang and we know it, kita pun happy tengok dia bahagia. Ye tak?
Tapi kalau kawan tu set yg dapat perfume sebotol hadiah Valentine gi iklan, dapat kek sepotong dari swomi pun iklan...dapat durian runtuh masa buat laundry swomi pun iklannn....agak2 apakah perasaan kita everytime menengok status update nya tu?
Adalah seorang pompuan penipu patologi ni....memang pemurah dgn iklan tentang dirinya. Dia makan kat mana...holiday kat mana..project hidupnya apa...macam2 lah. Thanks to pesbuk lah kannn...iklan iklan diri tu semuanya free. Imagine takdak pesbuk...tak ke haru nak bayar iklan dalam sokabar?
I am sure bila supplies dah terlampau banyak...ada ke punca demand nya? Makna...kalau dok menunjuk aje..adakah kebenarannya?
Macam...punyalah pompuan ni nak tunjuk betapa loving nya laki dia kat dia...dia upload gambar bunga Rose merah and habaq kat donia yg lakinya kasi. But who knows...opis dia ada opening and banyak supplier bagi bouquet bunga ka apa...dia rembat bawak balik. Pastu tunjuk kat kengkawan...
Or...breakfast in bed yang kononnya laki dia buat....unless dia ada tunjukkan bukti bergambar laki dia bawak mai tray atas riba dia, maka susahlah kita nak percaya kannn? Elehh..tah-tah, Nasik lemak beli kat PETRONAS, pastu taruk atas pinggan cantik2..taruk atas dulang..place it on yr riba atas katih..pastu..zapp amik gambar dah haplod, dengan caption...breakfast in bed by Encik Swomi.
Pastu adalah 2,3 ekor kawan ketat (takpun lebih kurang aje gilo nya) yang dok like-like dgn ucapan..ohh suweettttt nya. Ptuii..ptuiii..ptuiii sangat rasanya kan?
Pastu adalah 2,3 ekor kawan ketat (takpun lebih kurang aje gilo nya) yang dok like-like dgn ucapan..ohh suweettttt nya. Ptuii..ptuiii..ptuiii sangat rasanya kan?
Then masuklah pulak self-acclaimed successful businessman/woman ni. Kejap launch project ni..kejap launch project tu..well, unless dia tu jutawan MLM yang job descriptionnya diwajibkan menunjuk-nunjuk kat serata alam, do we honestly think people got time for social media dalam mengejar tender, buat kerja, main golf etc etc...benda yang biasanya dibuat oleh businessman/women yang genuine?
Siapakah kita yang sebenarnya? Pelahap sangat dengan attention kah yang kena tunjuk menunjuk ni tak pun..memang kita ni dilahirkan set-set exhibitionist?
Ada pulak yang set-set terang lagi bersuluh...(bodoh nya) yang pi lah hapdate status dia pi partay cam nak pengsan meriah nya, selfie kiri kanan tak sedaq diri..pastu besok nya pi update..don't feel well. Tak ke memang dah terserlah yang ko tu hangover dari partay binatang semalam nya?
Then this exercise freak (kononnya) yang dok semedang check in kat gym...pastu menjelang lunch time perkhabaran berapa pinggan lauk pauk serta air berkalori sama banyak dengan dosa pun terbit. Pastu caption menyesal..arghhh..there goes my diet!
I must say that 8 out 10 si pengiklan-pengiklan berhemah dalam pesbuk tu idoklah bahagia seperti yang di war-war kan. This friend I know, tatau lah apa yang nak ditunjuk nya, dapat benda baru aje kata hadiah dari sang laki, telepon hilang pagi nya..petang keluar gambar phone baru, dengan caption..thanks darling, padahal sokmo bagitahu kita kengkawannya betapa mereka laki bini pokai cam nak rak!
Okay lah...asalkan mereka bahagia..siapakah kita (yang takde banyak benda nak ditunjuk ni) untuk mempertikaikan ke happy an mereka itu kannn? Itu pesbuk account mereka...kata mereka, sukati mak ai la. Pastu mereka sure kata kita jeles..kerana kita tak happening cam mereka.
Iskkk..iskkk.
Tapi, apa-apa pun...makcik sorang ni lagi best. Status update nya berbunyi...(dgn gambar dia menadah tangan kelangit tak pun sambil ber posing depan kedai Ferrari)
Syukur Allah, dikurniakan rezeki....
1. Dah booking rumah lapan tingkat, bayar down payment 3 juta cash
2. Pergi KLCC terbeli rantai kapal rega 18 juta..so, niat pi umrah terpaksa ditangguhkan..sighhh (katanya)
3. Dah order beg dengan baju direct from Donatella. Kasut rekaan Manolo tu hari dah lunyai pakai angkat kotak meggi pi Kuantan.
Good things coming my way (katanya) Semoga tahun 2014 lebih berkat...
Humble sungguh makcik ni kannnn uols? Terharu kita membaca nya....rasa nak pijak ipad kita!
Sent from Samsung Mobile
15 comments:
Nasib baek tk de butang like... Sarcastic dan menusuk kalbu...
Hjh kena up status "udah2 lah meriak utk resolusi taun 2014..pehtu tag yg berkenaan" haha
makanya mereka2 ini adalah orang2 yg suka mencapub! kat sekolah tak glemer, kat opis tak glemer, kat taman perumahan mmg tak glemer, so kat FB la nak glemer..
Mak ji...
heheh tajam tuh...kekekek
manusia...mcm mcm ragamnya.Kalau boleh satu dunia dia nak kasik tau hal hal diri dari luar sampai dalam kain oppps!!!
kalau dah semuanya di warwarkan...apa lagi yang tinggal? lantaklah kan...tepuk dada tanay selera...semoga semua information /riak cerita depa depa tuh tak digunakan balik ke depa dikemudian hari...
eh paham ker apa i tulih? wakakakak
selamat tahun baru mak ji. terus menulis!
Jeles sungguh rasanya.....mcm2 peel msnusia nih!!!
~Jolie~
Tapi i pun nak ngaku lah, I suka baca status2 org2 mcm ni. Lagi best yg taruk picture results anak, as if words aren't enuf to riak kan diri! Or letak 'alhamdulillah' aja and tunggu je kawan2 nak tanya kenapa. Suka bukan apa, it's an entertainment for me seeing them making a fool of themselves. Seeing how far they would go. Betul lah FB tu mengeluarkan berbagai penyakit2 baru. The fact that statuses like those mentioned annoy the h#*l out of me and yet I still find it entertaining is perhaps one of those penyakit!
Keep on writing Hjh Esah. U often say what's inside our heads and u said it well!
Kak esah. entry ni memang kelako. Gelak guling2 ai baca.
Type lah aje LIKE. Hihihi..
Sebagai ketua kumpulan hipokrits denai alam....idok lah saya nak buat begitu...kang diremove nya saya..dah habis saya takde bahan..kan?
Ya betullllllllll bebeh!
Masalah nya...idea utk meriak riak ni dtg mencurah curah uols..like takde LV..beg plastic evita peroni pun jadi nak ditayang untuk mengundang benci...
Awak jelessss ye?
You and me..both :)
Terima kasihhhh latipahhhh :)
Adoi kelakar baca entry ni.... :)
Post a Comment