Seorang kawan I ni pernah cakap yang anak nya yang seorang ni adalah amat payahhhhhh untuk dibela...hih hih hih...
Sebab dia tahu apa kerja I dia pun mintak lah pendapat, apa yang patut dia buat..ye lah, dah nama nya anak, nak buang tak leh. Always, always mak pakkk jugak yang kena pick up the pieces kan?
The anak is from a failed marriage. Marriage that failed from the word go...berantakan masa anaknya dalam perut lagi. Bapak terajang mak, mak pun bukannya the type who will take it lying down. So budak ni memang takda contact dengan bapak nya sebab dah berperang besar, dan of course la masa tu macam-macam tuduhan keluar, bapak nya kata budak tu bukan anak nya etc etc.
But all was well for the mum. Mak nya tetap meneruskan kehidupan macam biasa sebab dia bukannya dependant kat laki and to her, kalau laki tak nak ambik tanggungjawab she can just soldier it on alone so ala-ala tak harap la muka laki nya.
Over the years budak tu membesar dengan....pada dasar nya elok lah tapi kerap lah juga menyakitkan jiwa mak nya. Sekolah memain, ala-ala hidup tanpa arah lah gitu. Bila dah tak tentu arah, dia pun salahkan mak nya sebab katanya mak nya have never been there for her...mak nya heboh dengan anak dan laki baru that kind of things...
Of course these are not true but biasalah, bila ko dah rasa macam hampeh dan taknak ambik credit, ko salahkan lah orang lain ye tak?
But like I cakap tadi, anak ni takleh nak dibuang. Macam mana marah pun, bila budak tu dah melungkup, mak dia la yang kena pi ambik. Yang mak dia pulak agak pandai lah nak ajar anak dia dengan cara cara tough love ni, but as a mother, you tahu anak you tu kedegilan dan ke terrer an nya tu setakat mana..so dalam pada anak dia berlagak bravado macam reti la nak mengharungi dunia dengan kandungan garam dalam badan tak banyak mana, mak dia tahu yang anak dia ni idok lah can rise up to the challenge.
Bebaru ni anaknya dah membuat onar..dengan anak orang lain. Berkeras budak tu mintak dikahwin kan dengan boipren nya yang ala-ala duit cukup nak makan petang aja. Diugut lah kepada sang emak, if you try to break up us, you will not see me again. Camtu lah kot. Logika nya kalau dibagi kahwin satu kampung tahu budak tu dan laki nya akan menambah susah mak nya.
Bertambah sakit lagi jiwa bila boipren anak nya pulak membuat statement yang ekceli, I ikut ja, anak you yang berfeeling perigi. Babi.
Sebagai kawan I cakap lah...I ni tak reti bagi nasihat. Ye lah..menjadi mak ni dan membela anak pompuan ular tedung selar jadian ni bukannya specialty I. But here's my thought.
Anak you memang sedari dulu akan blame you on her shortcomings, so what is new there kan? What do you do? You picked her up. Dia tuduh you jahat pasal tu bapak nya lari and bapak nya tak ambik pusing pasal dia pun you telan jugak. Padahal dia tahu betapa haramjad nya bapak kandung nya tu. Budak ni pun pemain politik kotor jugak. Of course over the years dia berjejak kasih dengan bapak nya yang dah turned over the new leaf dan berbini dan berfamily baru. Bila dia tengok betapa bahagianya apak dia dengan family baru, dia salahkan mak dia...dia tengok adik beradik belah bapak dan mak nya doing well dia salahkan mak nya, kata mak nya memang tak support dia sesungguh hati etc etc.
I told my friend ni, I rasa anak you tahu apa yang dia buat as in menyakitkan hati you because she knows you will take it. Awat dia tak pi memberontak kucar kacir kan hidup bapak kandung nya?
Ko ada beranikk? Idok. Semua orang keliling hidup dibumi yang nyata kecuali kawan I ni. But really mother cannot be blame because hatinya tak sekeras tahik lembu yang orang negara sinun pakai untuk buat rumah. And macam yang I cakap tadi....bila anaknya dah tergolek gelantang, anak nya akan balik gak kepangkal omaknya.
I said, kalau I jadik you...I will let her have her own way...but you must now pull your handbrake. What you mean? I mean, dia nak kahwin kan? Bior dia. Send her to her dad sebab orang tu ja yang boleh kahwin kan dia. You said, you bagi blessings and because she want this very much, she must now do it on her own. Mother will not chip in to something she didn't approved. Seketul seketul script I ajar omak nya...if you invite I will come. But you're on your own and if you need me, you know where to find me.
Perang besar...anak berlagak victim, bapak yang baru jadik mithali pun termakan cakap anak and cakap to the ex wife kenapa kijam sangat dengan anak sendiri..
Hek elehhh...
I told my friend, anak you tak sedar yang she needs you more than anything so biarkan dia. Enough is enough...you ada anak lain yang memerlukan good energy you. Kang tak pasal2 you bercerai berai dengan laki baru, anak-anak you merajuk pasal you banyak buang masa dengan budak tak sadau diri tu...so, enough la. You have done more than you should.
Apa moral nya posting ni? Takdak langsung. I am telling a mum to let go. I rasa anaknya jahat sangat and patut diajar dengan jahat juga.
I cakap dengan mak nya, stop drilling your brain finding reasons why your baby is turning that way. How can you know? Ko dah besarkan budak dengan kasih sayang, hantar ngaji..hantar segala tempat...bagi apa yang patut dibagi, last last baru ko perasan yang selama ni ko bela ular tedung. Oleh itu I sangat menentang bila orang kata, selagi kita ni tak kahwin, sedara lelaki and bapak kita lah yang kena tanggung segala musibat yang kita buat.
Hey, pandai pandai je kata dosa tu transferable kan? Patut nya bila anak pompuan tu tak berlaki, nafkah dia yang ko kena tanggung. Bab nafkah tu pandai pulak oostard retard ni lari sebatu.
Okay, that is an argument for another day.