About Me

Thursday, December 31, 2015

2015 And Finishing

Perasan tak..bila kat oversea ja rajin update?

Ye, I kat Tanah Malaya macam hamba sahaya busy nya. Kau UK ni I every single ladies gitu. Takda kucing nak dibagi makan dan dicedok tahik nya.

So, tomorrow is 2016. 

What is new?  No much by the look of it.

Manusia ni bertambah sakit gamak nya. Semua pun tak boleh menurut Keislaman Tanah Melayu tu. 

Menurut seorang ustaz instant yang dahulu nya kaki clubbing lagi bertukar-tukar pasangan dilaman pesbuknya, dia bersabda bahawa banyaknya kejadian tak bermoral adalah disebabkan pompuan tak menutup aurat. Hari-hari dia gasak cakap benda yang sama, sampai I ni naik lah terasa. Ya lah...as if jahat nau la Makji uols ni. 

Walaupun pompuan yang kena cabul/rogol/bunuh tu semuanya set-set bertudung, dia tetaplah kata betapa perlunya pompuan menutup aurat untuk tidak menjadi mangsa. Macamlah yang pi rogol pompuan2 mangsa tu adalah seorang pompuan yang lain...gayanya.

Ustaz/Setazah instant juga punyalah ramai muncul tanpa diundang kat laman sosial retis-retis Malaya yang of course la tak pakai tudung tu. Bila retis tu belanja selfie barang sekeping ka dua tiga puluh keping rata-ratnya memnag mintak diberi perhatian lah kannn, maka mulalah segala manusia holier than thou ni bergasak-gasak mengeluarkan macam2 hadis.

I wonder lah kat laman sosial jantan-jantan maskul lagi mendedah aurat berketak-ketak tu ada tak yang datang berdakwah agaknya?

Tak tahulah kenapa ada antara kita yang gemar benar menyempitkan otak dan menjerut hati demi nak menegakkan kepercayaan yang entah-entah...menyeleweng dari ajaran sebenar, kan?

Kalau nak mempromosikan aggresion tu kemainlah hebat nya...macam kes pompuan G25 tu lah. Bila pompuan tu kata something about jangan tangkap orang berkhalwat or something like it...maka terus lah amarah segala manusia dan terus ugut nak rogol pompuan tu.

Wahh...jantan like that lah kalau nak tunjuk kuasa. We know that rape is not only about uncontrollable urge but is it also about taking control.

Padahal kalau kita tengok lah balik cerita zaman nabi kita...mana ada disuruh pi skodeng-skodeng dan tangkap hambik gambau dan mendatangkan aib ni? Ada ka?

Suka nau jatuh kan hukum. 

Tu belum masuk ketakutan melampau kat babi dan anjing, anything babi or anjing terus boleh dapat kancing gigi adanya. Sampai adalah yang nak cuci darah kan?

Sometimes I feel that life is much better if we communicate directly to god. Apa yang kita buat, kita rasa etc, semua pi cakap directly. Then rujuk lah Al Quran, kalau rasa tak berapa nak paham tu pi la tanya orang pandai sikit untuk mentafsir nya. Eventually, gunalah otak, kan?

Tetiba lak cakap pasai agama. Takpalah. Lain padang lain belalang. After all ustaz and setazah instant ni semua hanya bising kat alam maya ja. Kat alam nyata tah macam manalah pulak kan? 

Semoga tahun baru akan lebih bermakna untuk kita semua. 




Monday, December 28, 2015

Cerita Ni Takda Kena Mengena Dengan Nadia Brian

Okay....sebelum tahun ni tertutup, let's ask this question...

Have we forgiven Angelina Jolie sebab merampas laki Jennifer Aniston?

Walaupun gamaknya mereka nampaknya happy dengan anak sepenuh lori serta kita dah beberapa kali disajikan dengan tribute tribute gegar jantung dari hati laki ke bini oleh Brad Pitt?

Ohh tidak. I don't know you but that's one bit that I can't get over with. Secantik mana pun Angelina tu, goddess moddess sexy thang what have you...you cannot rampok laki orang ya.

CANNOT!

One may say that itu jodohnya but...sejarah tau yang orang tu masih berbini bila perampokan ini terjadi. 

Maybe Brad Pitt tak suka pompuan kelakar. Dia taste ala-ala vixen gitu. 

News kata kesudian Brad Pitt merelakan dirinya dirampok adalah sebab JA tak nak beranak. Ni macam cerita Akulah Balqish gittew bila si Nadia Brian tu dok lah heboh nak bercatwalk and tak ready ready nak beranak.

You watch that drama tak? I did. So hooked up on it sampai I tengok online bila I dah balik UK. So Nadia Brian wasn't just a pretty face ya uols....she can act I tell you, walaupun dialogue nya gasak lah ..Adi ni dah melampau!

We must agree that there should be a line that we must not over stepped. Yes, we have to draw a line to certain things like...

1. Kita takleh keluar or kahwin dengan ex boipren kawan kita walaupun diorang tu dah break off. No. We cannot. We must take side. And we must not make things awkward. Apalah rasanya bila lakiku adalah dulu ex bf mu yang kita sendiri tahu kisah percentaan mereka bak Rita Rudaini and footballer bingai tu. 

2. If our spouses died, janganlah dibagi kahwin dengan orang-orang yang pernah rapat dengan family kita dulu. Weird gamak nya. Kawan I sorang ni, her mother died and after that paknya kawin pulak dengan colleague mak nya. Hok olohhh. How can you? You were there sympathising with mak orang tu time tgh sakit tetiba bila dah ada greenlight ja, you made yourself available to her husband. Apakah?

3. This seems to be a trend now, tapi semasa hidupnya ko hambek laki orang, now bila laki ko dah takda, ko boleh pulak openly jiwang-jiwang merindui suami mu well aware that kejiwangan kau tu akan dapat ditengok dek anak2 dan bini pertama orang tu. Haiyaaa...you oredi stole the husband, jiwang lah dalam diam boleh tak kak?

Some people should really berbahagia in silent. Because of the risk upsetting orang yang chenta nak mampos kat dia dulu sebelum dia pandai2 berubah hati. Ye tak?

Hiks. 

Friday, December 25, 2015

A Very Strong Woman....Is it?

Okay...usahlah kita bersedih. 

Mari kita cakap pasal orang. Sedap tau cakap pasal orang ni. Membuat dosa sebenarnya adalah nikmat gittew.

Bebaru ni adalah keluar satu article pasal seorang pompuan femes ni. Well, she is a genius in her own right. She is good at what she does..famous dan ternama lah kiranya. So after many,many years..tetiba baru ni adalah satu suratkhabar or is it magazine I tak berapa perasan, writes tributes about her. Ye lah si pompuan ni adalah pioneer kepada benda yang dibuatnya like 20 or 30 years ago!

So dalam article tu, when she talks about herself and her career, of course lah she have to mention her anak-anak and her laki. How perjalanan career was made easy..bla bla bla. 

Because article ni keluar dalam FB, ramai la yang komen memuji...especially people in her line of work or those yang telah mendapat manfaat dari dia. 

So I pun terus call kawan I ni..hahahaha..ni yang part sadis nya. Baca ya. I call my friend, eh ko dah baca cerita pasai si pompuan ni tak? So I sent her the link. 

Within my circle, suami mithali kepada pompuan famous ini adalah juga boipren kepada kawan I ni...dan dia juga adalah boipren kepada beberapa wanita lain. Conventionally pompuan famous agak kerap bersuamikan lelaki hampeh dan this guy is the evident of it.

Hampeh sehampeh-hampeh nya!

Dia suka propah orang dia ada contact sana sini dan berbisness or at least hanging on to some share company sana sini. Tapi dia tetaplah merewang waktu bekerja dgn kereta tak glamour nya. Selepas tak berjaya mengorat I...dia alihkan pula perhatian kat kawan I yang masa ni baru putus chenta, juga dengan lelaki hampeh. Mula-mula I tatau but one day mereka telah terkantoi apabila dia call rumah I when I was supposed to be on flight. Terkejut la dia sebab I jawab phone...pastu dia buat2 tanya, eh bukan ka you nak pi flight? I cakap, ya lah..yang you call  ni buat apa? Tertekan number I katanya nya.

Then after a while, housemate I cakap si kawan I ni dah ada boipren baru pasal tu lah tak melekap kat rumah. When my housemate described the jantan, hahh...put two and two together ghopanya jantan hampeh suami mithali pompuan famous ni lah boipren baru nya.

Sebagai kawan yang concern I pun cakap lah dgn kawan I ni, you tau kan dia dah ada bini? Not only ada bini, dia ada gf dan gf dan gf yang I pernah nampak mereka check in hotel bersama2. So, why must you go for him or allowed him to go for you?

But sebagai pompuan bingai lagi lemah, manalah dia nak dengar cakap orang kannn? Sebelum dia tuduh I jeles dgn perhubungan dia maka kami sepakat takmo amik tahu. 

Hinggalah ke suatu hari si kawan I ni mintak I bawak dia pi balai polis...and ghopanya jantan hampeh tu dah lah pi songlap duit nya malah nak ugut2 dia pulak. I asked her, so what changed your mind? Rupanya bini famous nya dah get in touch...my friend dah bengang sebab dia dikayutiga kan maka she think it was a good idea to shop him to his own wife....only to know that wife dia yakni pompuan famous ni dah masak nau dengan peel lakinya yang ala-ala bapak ayam tu. 

Setelah jantan hampeh tahu my friend pi report kat bini nya maka angin lah dia dan dia pun start lah menggunakan kehebatannya yakni mengugut orang. 

Okay...enough of this story. I am trying to get on to why...whyy...after so many betrayal this pompuan famous still hang on to him? Is it sebab you famous and you can't be known of jadi mangsa penipuan laki dan akhirnya jadik janda?

I cannot brain. His betrayal are staring you directly at your face. Not one but many. Bini orang pun lakinya sapu juga sampai jadik case besar bila laki orang tu masuk campur. Because his forte is ugut mengugut, maka terjadilah kes polis kan?

So when I read the article, si pompuan famous ni cakap now at her age, she and her husband do many agama things together because that is more important to them now. They spent as many time together looking at life (wah rasa nak muntah nya)

I can tell you, she is not the only strong woman who managed to concealed her bad life with scum of a husband. I know of a few. Bini ala-ala superwomen kalau tak superwoman pun bini sana kemari mencanang goodness of life but cerita dalam rumah nya, kita yang mendengar luahan ni rasa nak tolong kapak kan lakinya. 

This ideal family life persona, worth it ka kalau hati manjang sakit jaa?

But I can heart all this. Dulu I selalu gak cover cover kononnya relationship I okay..padahal orang tu layan I macam telur dihujung tanduk ja. 

Yes, and I still ask myself why. 

Happy Xmas peeps. 


Wednesday, December 23, 2015

Update

Meh I nak bagitau....

Putus chenta di usia rumaja dan tua, the devastating effects of losing love are the same. Tak lebih dan tak kurang. Kalau 26 tahun dulu rasa nak mati, sekarang pun apalah kurang nya. But at this age...err errr age yang mature mature ni, otak pun adalah sedikit mature so boleh la cari alternative lain dari terus memikior benda-benda yang sakit tu.

People around you would say how heartbreak will gradually turned into acceptance and from there you can hope for the future. Katanya...

My relationships ended almost or more than 2 years ago. Pain. Searing pain. Disbelief pun ada. But This time I can see its coming. In fact I can see its coming when it started, sebab Makji uols ni kerja gasak la recycle chenta, dengan orang yang sama puluhan tahun dahulu. 

This time was easy...(ni I cakap kat diri I sendiri) but I think the cats made it easy, because most times I was so occupied. My mind didn;t have time for anything else. I have dropped everything of my comfort to start anew. Only to get 'dropped' last minute. Well, technically. I got the last word...like, okay, I don't want to do this anymore. So tu kira habis lah.

I didn't cry. But I cried buckets when the kitten slowly dying. Maybe that was the assimilation of many many painful things. 

This time there was no betrayal and that in a way made it even more difficult. I refused to talk about it. But it was a happy time for me. There's so many happy things. We were far but so much in love like we were near. Gaduh pun tak pernah. I wonder all those 'happy moments' papered over the fact that, almost imperceptibly there was a growing gulf between us. Without really saying much at all both of us used the circumstances to force the decision. So that's it.

I have good friends. This really helps. Because I don't talk about it (much) I am spared many I told you so's thingy. But friends are still people that can still bagi you janji palsu dan hurt your feelings. But really, kalau nak hidup lama you need too see past all that. Kalau bantai bergaduh dengan semua orang, siapa lagi yang ada?

Siapa yang tak menyakitkan hati? Cats do that all the time.Orang? Jangan cakap lah kan. I flawed and faults too and when people can get over that, so can I. 

My ex and I, we are still good friends. My closest friends said that as if nothings happens. We still talk as if we are still together. The only difference now is that both of us is not the centre of each other life anymore. There's times when I can fell into it again. But no. Good thing about being matured is you remember pain as well as joy. Yes, we should chase the fun but when you start questioning about..ehh, we had our chance and you blew it. So tak payah lah. 

Now, I don't think about anything. All I need to do now is to keep afloat. 

The pain will sometimes come and go. But this time I don't cry a river. 

Sunday, December 20, 2015

Special Kids Difficult Parents

Berenti sat cakap pasal Bangkak Ajuwan. Berenti sat..bukan berenti teruih naaa. Sakit kot jiwa I ni sebab kenot get him out of my head gittew.

I am sure uols know what I do for a living. Dari UK hingga ke Malaya, kerja yang sama la gak cuma di Malaya, Boss I adalah I sendiri.

Makji uols ni belum kaya lagi na...kalau dah kaya pun hasil kekayaan tu hanya baru dapat dirasai oleh anak-anak miau. Merasa anak miau berfeeling polar bear, tido dalam aircond dan makan makanan jenama mahal. Syukur alhamdulillah. Mereka-mereka inilah diharapkan akan mendoakan omak manusia deme ni sihat, kuat dan murah rezeki.

Doa anak-anak (miau) yang solehh gittew.

I ada dua kerja...satu dgn kanak-kanak terencat pembesaran dan sel otak nya dan satu lagi dgn orang orang dewasa berbulu yang terganggu mental nya. Dar jaman digaji dek NHS dan local council, cabaran kerja ni adalah sama saja. Kita kena tahu apa tujuan kita buat kerja ni.

Nak glamour? Apalah glamour nya reja ni? Ilekkk pochikk. I bukan nya Consultant Psiko yang boleh pi bagi talk sana sini cakap pasai how to jaga your mental health. Saya rasa yang bagi-bagi talk tu pun set yang hanya pandai gebang ja. Cuba ko letak dia dalam ward berkunci dan di confront oleh manusia-manusia garang. wahh wahh....mau berak cirit kat situ jugak.

But different professionals different ability, kan? Biaq la yang pandai belajar terus menjadi pandai. So far, di malaya ni saya dah ada 4 pesakit. Dua orang dah disuruh keluar. Sebab dah boleh hidup sendiri. Masa dihantar kepada saya dulu, mandi pun tak nak.

Dgn Izin Allah, selepas dikerjakan, maka jadilah manusia. Pesakit mental ni pun manusia biasa saja, mintak dipahami. Mereka juga bijak mengguna dan dipergunakan kan.

So kalau uols ada adik kakak yang uols rasa buat menyemak mata memandang dan menuju kearah pereputan, silalah hantar kat pusat rehab I. Hik hik..promo.

Second work is dgn kekanak. Ini lah yang paling menekan jiwa sekali. Bukan kekanak yang menekan jiwa ya...dah nama pun kekanak Autistik yang makpak deme suka nau panggil anak sorgaaaa, adalah yang berlainan sifat.

Kita yang ada kelebihan ni patut nya paham lah jiwa anak-anak ni.

Tapi....sepanjang nak dekat 2 tahun, sama umur nya dgn anak-anak bulus I, kekanak ni hanya menumbang 10% dari masalah mental I. 70% peratus kegilaan dan ketahian adalah datang dari makpak dia.

Para ibu bapa yang ngaku Islam kebanyakan nya kata..I dah redhoooo dah youuu..dah redhoooo..anak I anak sorgaaaaaa. Ye lah kak oii. Redho lah.

Most parents accepted their special child, acceptance setakat cakap mulut dan dah pujuk hati memasing lebih kurang...kan?

But, acceptance and understanding tu, lain head title ya? Like, aku terima anak ku lahirnya ada Autism...or whatever condition under the payung, tapiii....

Tetap gak mahu budak tu jadik macam manusia biasa...biasa ikut taraf mak pak nya. Hok olohhh. 

Pastu membuat keluhan keluhan menyayat hati bak cerita Hindostan dimana sekolah biasa rejek anak diorang. Laa kak, dah ko tahu anak ko cenggitu, dan memang patut masuk tempat khas, bakpo nyo dok gigih marah tadika biasa sebab tammo amik anak kau?

Ko hengat tadika tu nak caro anak mu sorang saja?

Then ada pulak parents yang....semua Dr tak betul. Semua therapist tak betul....dah tu, jo ajar la anak ko sendiri naaa. 

Another set of parents yang I pernah jumpa..yang ni pulak set-set lebih sudu dari kuah. Kereta penuh segala sticker I lap you Autistic tah segala menda, anak dia bila I tengok tak da la apa-apa sangat tapi makpak dah line up segala macam specialist appointment. Sekejap nak jumpa pakar tu, sekajap nak jumpa pakar ni...

Sampai I tanya, ehh kan dah jumpa Dr so and so dah tu hari, awat nya nak bawak jumpa Prof Dr sekian-sekian pulak? Nak dapat confirmation katanya. Dah la budak tu kena hadap macam2 test. Padahal budak tu memang dalam kategori umur nak main dgn kengkawan ja..dah dihantar terapi sana sini. 

Anak dah besar cenggitu makan bersuap, bila tanya apasal masih disuap...omaknya kata kalo tak suap dia tammo makan. Hek elehh....ko ingat anak ko 7 bulan? Tak nak makan bior dia lapar, ya tak?

I nak tegur lelebih kang kecik ati. Lagipun dah ada jugak makpak yang kecik ati dgn kelancangan kuningan mulut I. 

See, what people don't realise (or perhap tak nak paham) is siapa in the position of control sekarang? Yessaaa..mak pak. So ko la punya keja maintain boundary dgn anak ko. 

Awat yang ko malu sangat anak ko lemah belajar yang ko nak kena hantar dia ke segala macam kelas? 

Satu lagi..you really don't need to have or find reason for everything. Ehh apasal ya anak I suka buat camni..suka buat camni...well, unless he or she can tell you, stop la worrying. Ko cari jalan nak bagi positive stimulation. Ko jangan pi ngadu satu dunia anak ko pi terajang ko laki bini and u have no idea what to do.

If the kid is out of control, there is always child psychiatric ward kan?Tak ada salah nya makan ubat. Ni ko sebagai mak gasak la gigik nak jadi magsa perbuatan anak-anak. hari hari tunjuk bruise, ni la hasil adegan nak pergi sekolah dgn I syurga I hari ni hu..hu..hu..ish, meluat Kak Melah baca hehh.

Here's what I think...tak ada sapa tahu nak selesaikan masalah orang lain melainkan kita sama-sama cari jalan. Dah anak perangai buruk regim Asad, kalau dah koje nya nak pelangkung kengkawan dia kat tadikanya, maka ko bagilah dia makan ubat penenang, tak pun ko pelempang barang sedas. 

Over protective is okay...suffocating yourself out of any option is not.Belajar lah terima keadaan anak tu dan belajar lah buat macam biasa. 

Buat macam biasa? Ya..buat macam biasa. Bila anak kita lemah, kita up lah sikit speed kita dalam mendidik. Kalau rasa kita ni takda kepakaran kita hantar la kat orang lain. Macam kita hantar anak kita mengaji la...hantar kat orang yang kerja nya ajar mengaji. kalo anak kita macam setan perangai nya, kita cari la ustaz yang garang sikit dan kalo anak kita set-set lemah semangat, ko hantar lah kat Setazah yang keibuan sikit.

Pokoknya, kita kena paham masalah anak kita tu. Kita jangan taruk agenda kita yakni, nak anak kembali 'normal' dan tidak memanjat macam anak orang lain. Hek elehh..ada ka budak yang tak memanjat?

Rungutan ini akan disambung. Doakan saya tidak emosi. 

Friday, December 18, 2015

Wedding Troubles

Bulan ni bukan bulan weddings uols??
 
Sebetulnya sejak jaman kengkawan I kahwin, I jarang pi kenduri kahwin. Unless I have to. So I have live away for near 18 tahun..so terselamatlah saya dari acara-acara kenduri ni.
 
Last wedding I went to was of my brother, yang I hanyalah tetamu yang hadhirrr dihari langsung nya. Pengantin basi la kiranya because the belah pompuan was a week before. This was about 5 years ago. Takdalah pulak aksi pelik..but I do find that kelibat my brother and my SIL masuk semak semata-mata nak bergambau itu pelik.
 
Then when their album was finally ready, mulalah I perasan aksi-aksi tanpa seri pemalu pengantin...well, I ni membesar dijaman pengantin idoklah kena tersengih sana sini, ada aksi aksi silhouette pandang kearah utara timur barat or berkejar tepi parit etc. Nehi uolsss.
 
Masa my sisters kahwin, depa pun amik gambor berdua, dgn family n etc..tapi takdalah pose-pose yang jaman tu hanya couple couple chee cong fun ja yang buat.
 
One aksi yang I paling tak tahan is that both pengantin melompat..as if syiokk nya aku dah kahwin. I was like..heyy waddafakkk lah ni?
 
Uols...I mintak mahap na. But face it...or admit it..to make a perfect story book album, bukan kah ko memerlukan model-model yang sedap mata memandang?
 
I pernah tertengok satu album yang di upload dalam pesbuk...under hashtag Raikan Chenta ya...haiya...this couple must have spent quite a bit but I rasa, sepatutnya wedding2 planner depa ni berterus teranglah. Kot lah pengantin nak ada konsep fairy tales nak pakai baju princess/prince segala...
 
Adakah sesuwai kalau keduanya bersaiz mesin Photostat uols? takk..ya ampunn. Pastu ada pulak aksi pandang bunga, tangkap bouquet segala...aiya...close up muka pengantin yang sama lebar dgn dulang hadiah menang Wimbledon ya uols...
 
Tu bab bergambar. Gone were the days where pengantin all malu-malu. I would rather they just senyum. Tapi sekarang, tak cukup dgn aksi pelik, ada pulak gambar dgn mak bapak pun posing pelik jugak.All under the idea of being the most hipsters couple/hipsters family. Please lah.
 
Then there's the tend the pengantin membuat ucapan...kepada laki baru nya..kepada mak pak nya. Penipuuu sangat uols..I mean, part thanks to my mama ke papa for making me what I am..ptuihh. Padahal I can bet my bottom dollar yang nak menjadikan kenduri tu harus berperang satu rumah. pak nak macam tu, mak nak macam ni..anak nak yang sekian sekian. Alih-alih bila ucapan...semua yang Wangi ja kluar...and btw since when kita ada budaya bagi ucapan nihh?
 
Then pulak ada door gift tah hapa bala with flag yang tulis officially halal la..chenta ke jannah la...eeeshhhh. What for?
 
Wedding is stressful. You have parents yang nak kan macam2. You have relative yang also nak kan macam2. The couple pulak duit pun tak berapa nak ada. Silap2 loan tak habis bayar dah nak bercerai berai. I hate it when I have to go to so many majlis. Ye lah..malam ni malam berinai..besok majlis khatam then majlis toknek tahapa-hapa. Wahhh....u think I am going to buy baju for all that occasions ka?
 
Tu belum lagi yang I kena paksa mengikut tema pakai baju kaler sekian-sekian to which I tak pernah ikut and menjadi sore thumb.
 
Then wedding organiser juga bakal berdepan dgn masalah flower girls yang dilantik tanpa persetujuan dari flower girls tu sendiri...oh yeah..those under age flowergirls yang mak mak depa yang sasau excited. Tupp si organiser pi buat baju sedondon dan whaddayaknow...dihari yang depa kena perform, si flower girls ni tadi telah amukan dan mati-mati taknak pi berdiri tepi pelamin. Dahhh romping persembahan pengantin tu ya. Modal buat baju haruslah tak balik. lagi haru kalau dalam flower girls tu ada pulak set-set adik beradik yang bila kakak nya dah melalak amukan, adik pun taknak jadi flower girls. Wahh..how to cari replacement camni wehh? Nak rotan? Anak ko sendiri boleh la ko rotan. Anak orang?
 
Another potential mishaps is to you wedding goers yang beranak kecik ni. Of course anak u akan jadik tumpuan. Nasihat I, sebelum pergi wedding, berpakat lah dgn laki, bila I makan u jaga anak and sebalik nya ya. Jangan take it for granted once anak kita dah terlepas dari dukungan, kita assume dia dgn apak nya. Well, kalau dia dgn apaknya takpa. Tup tup kita ternampak apaknya tgh sibuk karaoke without your baby insight, tak berderau darah kau? Of course we will ask..eh mana anak I si baby XYZ ni? One will say ohh dgn pak dia kot. Don't stop at that. Send a search party. Kalau dgn apaknya Alhamdulillah. Kot lah dia dgn cousin-cousin yang tua lebih sikit ja dari dia dan dibawak dukung kulu kilir dan ditinggalkan bila fed up, ko nak kata apa?
 
Dah, kalo rasa nak berjoget nak melahu kat kenduri orang, toksah bawak anak.
 
Oh ya...wedding is not the place to cari or match kan jodoh. Is good to meet old relatives and old friends...but let it be the nice encounter. People need to realise that coming to wedding takes a lot of effort so please be nice.
 
And I really think people should all just kahwin lari. No fuss. Kan?

Thursday, December 10, 2015

Abang Ajuwan


Okay...do me a favour ya. If umur I tak panjang..bagi yang mengenali diriku, silalah khbar kan pada Ajuwan Ali yang I mintak mahap la pasai suka tulis pasai dia dalam blog I ni....hik hik hik.
 
Cannot help it lah uols. I rasa, sama jugaklah macam follower dia, the reasons we still follow is to see level kerosakan otak nya.
 
But do you really think dia tu manusia berotak rosak?
 
Ajuwan Ali sungguh pandai mencari perhatian. Dalam IG nya ada ja benda provocative dia buat kat orang. Dia dok kata orang sebok hal dia..tapi part dia pi kutuk orang walaupun secara tak terbuka tu apahal kan?
 
Dia kata dia tak heran masuk TV sebab tanpa TV pun, dia masih kaya raya. Katanya. Then you want to ask him, bang, kalau abang tak heran awat abang dok kata pasal benda tu ja...dah tammo kluaq TV biaq pi la melingkup, kan? Tak. Ni hari hari cakap tak heran.
 
Kalau tak heran...awat nya yang dok cakap pasal tak heran, tak heran tak habih-habis?
 
Pastu si Ajuwan ni suka benau mempromote kehalus mulusan wajah nya yang berseri-seri dek air wushu..ehh wudhu gittew. But kalo ko sambil mekap pakai pondeseng pastu pi announce muka ko jernih bak Puteri Frozen, bukan kah keshantikan tu milik bedak bertepek yang ko baru sapu tu?
 
Then ko posing depan Kaabah la...pakai ihram etc. Pastu sumpah seranah haters neraka jahanammmm. Ya haaaa...nak ja Tanya, bang, boleh ka menyumpah depan Kaabah..or boleh ke menyumpah dalam unipom suci tu?
 
Of course nobody can get through to him. Sebab the moment ko tegur, ko akan kena block. Bila dah kena block, ko akan di maki hamun kaw-kaw dan si Ajuwan ni bley lak cakap..eii apasal ko tak jawab? Eii apasal ko diam?
 
Hek elehh bang..dah ko block orang tu, manakan dapat dia menjawab lagi kan?
 
Kerjaya abang Ajuwana kita sekarang ialah memasak rendang. Yang best in the world katanya. Kalau uols order, dapat lah kluar muka dalam IG nya and dapat lah label melayu sorgaaa. Hik hik.
 
You crossed his path, habislah dia akan seru seluruh followers nya pi maki u. U maki haters dia, u dapat rending free. Yeah..berkat sungguh rezeki kita dan rending yang nak masuk dalam dan jadi darah daging tu.
 
Belum pun habis penyepit dia hilang dicopet oleh tah sesapa, dahh dia telah amukan dalam IG dengan BFF dia. Kisah nya dia marah la orang famous tu tak sound peminat dia bila peminat dia tu pi lahar Ajuwan Ali ni.
 
Hek elehhhhhhh. Ko ingat ni playground?
 
Of course lah si BFF famous dia tu got better things to do kann..so orang tu tak la melayan Ajuwan ni. So Ajuwan pun masih la tetap meroyan, panggil orang tu retis fake la...sangkak la..hanjing la...
 
Of course, Ajuwan Ali sedar apa yang dia buat. How can he gets attention...walaupun attention yang cenggini?
 
Well. Ajuwan is a has been. Susah kot dia nak terima kenyataan yang dia dah tak famous. Pergi ibadat pun tetap tak happy walaupun dah pergi berkali-kali. He is very good at provoking people. And it is also obvious dia adalah lalang dan suka dengar cakap orang.
 
Orang macam ni pun...well, I would blame the follower yang puji dia melangit, unless follower dia pun gila macam dia, then it explains everything lah. Walaupun follower dia berjuta, yang komen tetap lah seciput. Sebab nak watching him is a free entertainment...and seeing him meghoyan mencarut carut  adalah hiburan.
 
Macam tengok pompuan latah. We know we shouldn't...but if we stop...then that's it.
 
Tapi apasal Ajuwan suka gaybashing eh? Dia tu jejaka muslimin mulia sangat ka? Bukan ka dia candidate penghisap lollipop hidup gak?

Friday, December 04, 2015

MCC

It stands for Minah Ceritaku Ceritamu.

This may be new to you...tapi kalau uols dah seasoned macam Kiah uols akan tahu siapakah MCC ni. How long have you been reading this blog eh?

MCC ni sekarang ..dah famous. In her own right. Zaman blogging nya agak kabur. Ye lah, para ilmuan mananya nak famous kann? Well, tengojk gak lah ilmu apa yang nak ko sampaikan. Ilmu jaga anak? Ilmu masak? Ilmu memikat laki? That one can jalan. But if your blog is something like promosi diri maka...payahlah untuk digemari.
 
Si MCC ni, from what I gather, she will parked herself at so many blogs. Blog yang famous la. Blog Kak Teh.....blog Kak Lang...blog Kak Chik what have you. Blog I pun dia ada parking juga. But I suspect MCC's interest to me was the association with UK. Elehhh.
 
Our path crossed twice...yelahh MCC ni peminat I. I dulu glamour...ye lah, expatriate diluar negaralah katakannn...ye!

With the rise of social media FB and the lot, nak jadi famous di alam maya ni senang ja. Gunakan lah saluran buatan Yahudi tu. Betapa kita anti dan menyampah kat orang Yahudi, dek kerana kepakaran Yahudi lah some of us dapat mem famouskan diri.

So easy...all you need is just a differ of an opinion or just a slight radicalism in thought processing. Pastu ko tulis dalam pesbuk. Ko maki hamun la sesapa pun. Well...make sure mangsa maki hamun you tu orang famous. Setakat maki hamun orang sebelah umah dalam hati will not make it far. Macam Ali Abdul Jalil lah...what he has to do is gunakan bahasa karat karat lagi nista melambangkan kuturunan nya. Shiannnn mak pak si Ali ni.

Then...kalau you set-set yang pro or anti vaccine? Hahh....keluarkan propaganda u through FB. You rasa vaccine adalah agenda medical industry untuk memeras intelegensia uols, u hujahkan dalam pesbuk jua. Tak cukup dgn itu, sila up kan persona uols sebagai seorang yang hostile dan meremeh-kutuk ideologi orang lain. Zasssss....u be amassing followers. Konon nya you telah berjaya menghurai sentiment mereka dalam penulisan you.
 
All these differing opinion will make you famous. You adalah jentera kata-kata yang tak terluahkan oleh mereka puak-puak yang tak pandai nak mengappplikasi kan idea mereka dalam bentuk tulisan.
 
Not everyone is cut to write, ya?
 
So what is the story with MCC? Setelah berjumpa barang dua kali dengan MCC, my heart tells me that there will not be any more to it. Pelik perangai nya. You know, people who gaves out impression mahu bersosialan tapi bila bertemu, you rasa dia macam psycho tudung saji gittew.
 
What is socialisation and what does social inclusion is all about?
 
Bila kita berjumpa kawan baru, kita borak2. Kita pi la minum kopi..or makan-makan. Jumpa dalam alam maya kenkadang kita boleh joke-joke dalam tulisan tapi joke direct-direct kita tak reti cara. MCC talked about herself non-stop. Haiyoo. In a way I am thankful la jugak memula because then I ni tak lah payah bercakap banyak.
 
She talk, she talk and she talk. Because we are at the eateries, of course lah the longer time you spent at your seat, you have got to keep ordering food or drinks. Wah..selera makan boleh tahan ya...macam macam jugak di order nya. Sampai I dah rasa penat dan pelik dengar dia cakap, I pun cakap lah yang I nak kena balik.
 
So, bila time kira bill, MCC hanya duduk senyum tunggu I bayar. Padahal I hanya lah minum dan dia yang lapar pi pilih tempat makan tu dan order macam babi feedlot. Opps.
 
Bila dia keluar dgn kawan I pun, macam tu jua gaya nya. Order persis babi feedlot, and orang lain bayar bill. Pastu dia bersidai kat rumah orang tu macam tak reti nak balik sampai my friend dah buat aksi aksi terlelap.
 
After that, perhubungan diteruskan lalu FB, which is thank heavens bearable! Tapi seperti biasa she will make a very loud statement sampai memualkan. BIla nak suruh I beli barang, oh can you go to Boots kat sini, sini and sini address nya...in a way to show off la yang she know her way around London. Weii...Boots ada serata UK okay??
 
Then bila I kat Spain, she tulis panjang2 on my wall offering spanish translated words...eh? And yang paling tak sanggup, start visualising Spanish men.
 
Tu belum lagi dia share fantasi nya pasai jantans ye uolssss! Tapi dia ni berimej Setazah.
 
Nowadays, dia amat active di FB, terutamanya di wall jantan-jantan bermikiran sado. Comments that she made. As if she thinks she is one of the guys.
 
Of course since I taklah serius dalam perhubungan kami, selepas I rasa dia ni set-set yang tak boleh I nak bawak balik jumpa kengkawan sekapal I, maka I hanya membiarkan dia begitu saja. Sekali sekala dia akan buat komen menyakitkan jiwa yang secara pantas I padam sebab I malu membaca nya.
 
See, I malu tau baca. Dia yang buat komen tu tak rasa apa-apa gamak nya. But what can you expect when she can openly share her fantasy aboy about men?
 
Pastu dia kata orang sekelilingnya kata ghopa dia macam Naelofar. Naelofat ada lahhh heh. Pastu dia kata ghopa dia macam KimK pulak. Ye lah, dia kan ber vangga dgn kuturunan kuah Nasik kandaq campuran dia tu.
 
Setelah itu I dengaq cerita dia amat famous dalam media social. Kat memana ja dia ada. Potong stim Kiah betul. Pastu dia suka buat komen lucah melucah and I also read somewhere she will private message people to gain information about some eligible bachelor.
 
Recently she made the mark again..of menjadi batu api.

The extent of what she will do to be in the game.
 
Dahagakan perhatian sangatkah sampai kan negative attentive pun dia mahu?
 
I actually rasa kesian. Sama macam saya rasa kesian pada Ajuan Ali. Si MCC ni terus dibagi perhatian oleh orang-orang yang tahu lubang tergolek nya. When one day she really tergolek, all they do is to laugh.
 
Some of us are oblivious. WE cannot see the damage we are doing to ourselves and to others. Ada yang tahu tapi, tak nak cakap apa-apa sebab tak mau gaduh.
 
Sekarang ni MCC adalah batu api ronson yang tegar. I think everybody around her know where she is heading, the level of destructions. But people are just talking behind her back.
 
(Me and Kiah included..tapi kan kitorang ni adalah penganalisa screen captured info ja)
 
Semoga one day si MCC ni akan dapat tengok yang dirinya tu adalah interesting..tanpa menjadi parasite.


Sent from my iPhone